Monday, 9 May 2011

KARANGAN BERDASARKAN BAHAN RANGSANGAN

KARANGAN BERDASARKAN BAHAN RANGSANGAN.

BAHAGIAN B ( Karangan Bahan Rangsangan ).
Langkah-langkah;
1. Jumlah perkataan- Tidak melebihi 120 patah perkataan . ( tulis di bahagian bawah sebelah kanan ).
2. Perenggan- 5/6 perenggan.
1 Perenggan- Pendahuluan. 3/4 Perenggan-[2] Isi/huraian 1 Perenggan- [3]Penutup.
3. Jumlah isi- 3 / 4 isi sahaja.
4. Sintaksis- ringkas & padat.
5. Mesti ada 3 penanda wacana atau lebih
( Selain itu, Sehubungan itu, Justeru dll ).
6. Pemarkahan – pemeriksaan keseluruhan dan markah karangan akan ditentukan berdasarkan gred markah yang telah ditetapkan.
7. Kesalahan tatabahasa akan menyebabkan markah pelajar akan ditolak.

Ciri-ciri karangan yang cemerlang
( Peringkat Cemerlang iaitu 16- 20 markah ).
Ayat yang gramatis.
Kosa kata yang luas dan tepat.
Tiada kesalahan ejaan dan tanda baca.
Hanya kesalahan minimum pengunaan kata.
Isi menepati kehendak soalan
Huraian isi matang dan berkembang.
Pengolahannya yang menarik dan berkesan.
PEMBINAAN KARANGAN BAHAN RANGSANGAN

Cara membuat pendahuluan. ( 2&3 ayat sahaja ).

Hendaklah membincangkan tajuk bahan rangsangan yang diberikan. Mesti menyentuh pernyataan tentang tajuk bahan rangsangan dan isu yang berkaitan dengan kehendak soalan.

Cara menulis isi karangan.

Setiap perenggan mesti ada ISI UTAMA + ISI SAMPINGAN + CONTOH. Setiap perenggan mesti ada pertalian dengan menggunakan penanda wacana.

Cara penulisan penutup.

Buatlah rumusan berserta cadangan, pandangan, bagi keseluruhan isi yang terkandung dalam dalam tajuk bahan rangsangan.

BAHAGIAN B; [20 MARKAH]
SOALAN PMR 2009; Berdasarkan rajah di bawah, huraikan pendapat anda tentang cara mengatasi kesesakan jalan raya. Panjangnya hurai anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
KESESAKAN JALAN RAYA
[CARA MENGATASINYA]


Tingkatkan mutu pengangkutan awam

Baiki sistem lalu lintas

Amalan berkongsi kereta

Tambah bilangan kereta
CONTOH KARANGAN RANGSANGAN;
Dalam era pemodenan dan kecanggihan teknologi ini, masalah kesesakan jalan raya menjadi topik perbincangan orang ramai. Masalah ini harus dibendung dengan segera untuk mengekalkan kemakmuran negara.
Jabatan Pengangkutan Jalan Raya [JPJ] telah memainkan peranan yang sangat unggul untuk menyelesaikan masalah tersebut. Kerajaan harus meningkatkan mutu pengangkutan awam supaya kepentingan pengguna terpelihara.
Sehubungan itu, Jabatan Kerja Raya harus membaiki sistem lalu lintas dan menambah bilangan jalan raya. Hal ini merupakan langkah yang drastik untuk menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas.
Pihak media massa harus memainkan peranannya untuk menggalakkan rakyat menggunakan pengangkutan awam dan mengamalkan amalan berkongsi kereta supaya dapat mengurangkan bilangan kenderaan di jalan raya.
Tuntasnya, semua pihak tidak harus menunding jari kepada mana-mana pihak, sebaliknya semua pihak harus berganding bahu menggembleng seluruh tenaga untuk memerangi masalah tersebut supaya Malaysia kekal cemerlang, gemilang dan terbilang. [120 patah perkataan]

8 comments:

  1. Terima Kasih cikgu atas tip-tip ini. Saya yakin bahawa tip-tip ini boleh membantu saya mengarang karangan(rangsangan) yang baik untuk PMR 2012.

    ReplyDelete
  2. terima kasih cikgu atas tip-tip ini saya yakin bahawa tip-tip ini boleh membantu saya mengarang karangan(ransangan) yang baik untuk spm2012.

    ReplyDelete
  3. agak pening juga baca dalam keadaan gelap akibat black-out tpi xpe saya bookmark dan jadikan ini panduan untuk saya mengarang karangan (rangsangan)

    ReplyDelete
  4. terbaikkkk !!!!

    ReplyDelete
  5. terima kasih cikgu atas tip-tip ini saya yakin boleh mengarang karangan saya yang sendiri dengan menggunakan tip-tip cikgu

    ReplyDelete