Monday, 9 May 2011

KATA NAMA TERBITAN

1.3 KATA NAMA TERBITAN
1. Kata nama terbitan ialah perkataan baru yang terbit apabila sesuatu kata dasar menerima sama ada imbuhan awalan, akhiran, atau imbuhan ampitan.
2. Kata dasar itu boleh berasal daripada kata nama, kata kerja, kata adjektif, kata sendi nama, dan kata hubung.
Contoh :
Kata nama

jalan…..Perjalanan Kata kerja
bangun…..bangunan Kata adjektif
bulat....bulatan Kata sendi nama
untuk…..peruntukan Kata hubung
serta ….. penyertaan
Peringatan
1. Semua perkataan yang menerima imbuhan membentuk perkataan baru mestilah kata nama.
2. Sekiranya kata kerja yang terbentuk, maka perkataan yang baru terbentuk itu bukanlah kata nama terbitan.
Contoh : Pasar ….. memasarkan
Contoh :
Kesalahan dari segi Kata
Ayat yang salah
Kejalanan saya yang menuju ke Johor Bahru mengambil masa selama empat jam.
Ayat yang betul
Perjalanan saya yang menuju ke Johor Bahru mengambil masa selama empat jam
Keterangan
Kesalahan ini disebabkan penggunaan imbuhan yang salah dan boleh membetuk maksud yang berbeza.

Kesalahan dari segi Frasa
Ayat yang salah
Penyerta pelajar itu telah mendapat penentang daripada pelajar-pelajar lain kerana usianya yang sudah melebihi had.

Semua pemberita-pemberita sedang membuat laporan tentang kejadian itu.
Ayat yang betul
Peserta pelajar itu telah mendapat tentangan daripada pelajar-pelajar lain kerana usianya yang sudah melebihi had.

Semua pemberita sedang membuat laporan tentang kejadian itu.

Keterangan

Kesalahan ini disebabkan terdapat dua penggunaan imbuhan yang salah.
Salah dari segi penggunaan hukum jamak.

1 comment: