Monday, 9 May 2011

PANDUAN MENJAWAB SOALAN NOVEL-PMR

BAHAGIAN D : PEMAHAMAN NOVEL

Panduan Menjawab Soalan Novel.
 Markah isi 6 markah dan markah bahasa 4.
 Jawapan berdasarkan novel-novel yang dipelajari.
 Jawapan hendaklah dalam ayat yang gramatis.
 Jangan lupa tulis nama novel ketika mula menulis jawapan.
 Isi harus disertakan dengan contoh. Sebaik-baiknya satu perenggan satu isi.

BAHAGIAN D ( KOMSAS ) 10 MARKAH.
1. Jumlah isi- 3 isi sahaja. 1 isi = 2 markah.
2. Perenggan- 3 perenggan.
3. Setiap isi wajib/mesti disertai dengan huraian atau contoh.
PENTING !!!!! Tanpa contoh tiada markah.
4. Permarkahan- Isi ( 6 markah ) - Bahasa ( 4 markah ).

Topik penting dalam Komsas
1. Huraikan tema yang terdapat dalam novel yang anda kaji ( 10 markah )
2. Jelaskan persoalan-persoalan yang terkandung dalam novel yang anda kaji ( 10 markah ).
3. Huraikan perwatakan watak utama dalam novel yang anda kaji. ( 10 markah ). Bandingkan perwatakan watak utama dengan watak sampingan dengan memberikan contoh yang sesuai. ( 10 markah ).
4. Huraikan mesej/amanat/pengajaran yang anda peroleh dalam novel yang anda kaji ( 10 markah ).
5. Nyatakan nilai-nilai kemanusiaan yang anda ketahui dan huraikan dengan memberi contoh yang sesuai ( 10 markah ).
6. Jelaskan citra masyarakat yang terkandung dalam novel yang anda kaji 9 10 markah ).
7. Huraikan citra wanita yang dapat dilihat dalam novel yang anda kaji ( 10 markah ).
8. Nyatakan gaya bahasa yang terdapat dalam novel yang anda kaji dan nyatakan contoh yang sesuai ( 10 markah )
9. Jelaskan apakah yang dimaksudkan dengan latar dan huraikan jenis latar yang anda ketahui ( 10 markah ).
10. Jelaskan teknik plot yang anda peroleh dalam novel yang anda kaji ( 10 markah ).

_________________________________________________________________
Jawapan Contoh Novel.
Berdasarkan novel Panas Salju yang saya kaji semasa Tingkatan 3, terdapat beberapa nilai murni yang dapat kita jadikan panduan hidup.
Dalam novel ini terdapat nilai kasih sayang. Contohnya, Bushrah dan Zulkifli sanggap melakukan apa-apa sahaja untuk menyelamatkan nyawa anaknya Nadhirah yang kerosakan hati dan hempedu. Bushrah sanggup mendermakan sebahagian hatinya kepada anaknya walaupun banyak pihak yang menentang demi kasih dan sayangnya kepada anaknya,Nadhirah.
Selain itu, terdapat juga nilai baik hati. Nilai murni ini ditunjukkan oleh Tan Sri Shamsudin yang telah sanggup membiayai kos rawatan Nadhirah di luar negara yang berjumlah RM 350 000. Hal ini menunjukkan kebaikan hati Tan Sri Shamsudin.
Nilai kegigihan juga terdapat dalam novel ini. Contohnya, Nadhirah gigih belajar walaupun menghidap penyakit kronik. Gurunya sanggup datang ke rumah Nadhirah untuk mengajarnya kerana sikap gigih yang ditunjukkan olehnya.

10 comments:

  1. panduan ini sangat membantu saya dalam menjawab soalan novel. :)
    harap cikgu dapat post lagi panduan yang membantu pelajar..

    ReplyDelete
  2. panduan yg sangat berguna :)
    terima kasih cikgu .

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Contoh yang bagus. Saya akan mengikut teknik cikgu untuk menjawab soalan novel. Terima kasih cikgu. Salam daripada daniel.

      Delete
  4. jika terlupa tulis nama novel , apakah kesan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Markah anda mungkin kurang drpda 5 ataupun automatik dpat 1.

      Delete
  5. satu isi mesti diikuti dgn 3 contoh peristiwa kah?

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Jika nama novel tulis salah , apakah kesan

    ReplyDelete