Monday, 9 May 2011

TAJUK ; KAJIAN BAHASA OLEH PENGKAJI BARAT

Pengenalan

Pada masa ini, bahasa Melayu telah menduduki tempat keempat sebagai bahasa terbanyak penuturnya di dunia, iaitu berjumlah hampir 300 juta oarang. Daerah penyebarannya meliputi negara-negara yang terletak di rantau yang dikenal sebagai Kepulauan Melayu dan juga di beberapa kawasan lain di luar Kepulauan Melayu. Di Kepuluan Melayu, bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi di tiga buah negara yang berdaulat iaitu Malaysia, Indonesia dan Brunei Darussalam meskipun Indonesia menggunakan istilah bahasa Indonesia. Singapura yang sekalipun penduduk Melayunya hanya kira-kira 14 peratus mengisytiharkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan salah satu bahasa rasminya, aras sebab-sebab sejarah dan lokasinya yang terletak dalam lingkungan negara-negara berbahasa Melayu.

Selain di negara –negara induk bahasa Melayu iaitu Malaysia, Indonesia dan Brunei Darussalam , bahasa Melayu mempunyai penuturnya di Thailand [khususnys dibahagian selatan], di Fillipina[ didi pulau-pulau di bahagian selatan,], di Kemboja[,di Loas, di Vietnam, di Sri Langka, di Afrika Selatan, di Madagascar, di Pulau Cocos dan Pulau Krismas di Australia bahkan di beberapa buah negara lain, tempat terdapatnya komuniti berbahasa Melayu, termasuk di Arab Saudi, di Belanda,di England dn di Australia.

Hasil kajian ahli linguistik sejarah dan perbandingan, ahli arkeologi dan ahli antropologi dan penyelidik-penyelidik dari barat menunjukkan bahawa bahasa Melayu telah wujud pada awal abad Masihi. Tidak banyak maklumat yang dapat dihuraikan tentang bahasa Melayu purba selain pelbagai hipotesis yang dihasilkan daripada kajian-kajian ilmiah, disebabkan tiada bukti sejarah yang ditemukan dengan nyata. Namun, bahasa Melayu dalam tahap bahasa Melayu kuno telah memperlihatkan fungsi dan bentuknya yang jelas kerana adanya nukilan bahasa tersebut pada prasasti-prasasti yang ditemukan di pelbagai tempat seperti di Campa, di
1
Sumatera, di Jawa dan di Kalimantan.
Tahap awal bahasa Melayu moden, digerhanai oleh penjajah yang mengurangkan peranan bahasa tersebut dalam ranah-ranah utama kehidupan tetapi segera bersinar semula apabila kemerdekaan diperoleh. Bahasa Melayu terus memainkan peranan penting dalam pentadbiran,kehakiman dan sebagainya, bahasa tersebut telah membuktikan kemampuannya sebagai bahasa moden yang duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan bahasa-bahasa moden yang lain. Justeru, segala ilmu moden dapat diungkapkan dan dikembangkan dalam bahasa Melayu dengan tercipta banyak istilah dalam pelbagai bidang . Hal ini bukan sahaja ditemukan oleh para sarjana kita, namun ditemukan juga oleh sarjana luar negara .

Oleh yang demikian, dalam tugasan ini dihuraikan kajian bahasa oleh pengkaji-pengkaji barat yang melibatkan beberapa orang penulis barat iaitu Sir Henry Yule, R.0.Winsted, Lorenzo Hervasy Panduro, John Crowford dan Geoge Coedes .

2.0 Objektif
Objektif tugasan ini adalah untuk menghuraikan Kajian bahasa oleh pengkaji-pengkaji barat yang melibatkan hanya lima orang pengkaji sahaja.

3.0 Batasan Tugasan

Kaedah yang diguna pakai untuk menyiapkan tugasan ini adalah dengan menggunakan kaedah kepustakaan. Beberapa buah buku, Modul PPL, jurnal dan artikel telah digunakan sebagai panduan dan rujukan semasa menyusun atur tugasan yang diberikan ini.

2
4.0 Analisis Kajian Bahasa oleh Pengkaji-Pengkaji Barat.
4.1 Sir Henry Yule
Setiap karya yang terhasil di dunia ini pasti mempunyai pengkaryanya, sama ada dari barat, timur atau seluruh pelosok dunia. Masing-masing mempunyai kekuatan pada penghasilan karyanya walau dalam apa jua bahasa yang digunakan. Begitu yang ingin disentuh sedikit tentang prihal seorang sarjana barat yang begitu terkenal seantero dunia pada suatu masa dahulu. Beliau merupakan anak kelahiran dari Inveresk, Scotland iaitu sebuah negara yang berhampiran dengan Edinburgh. Beliau yang ketika itu telah mula menumpukan sepenuh masa dan perhatiannya dengan mengkaji tentang perkembangan sejarah kuno dan geografi bagi Asia Tengah.

Sumbangan.
Terdapat pelbagai sumbangan yang telah beliau curahkan sepanjang penglibatannya dari pelbagai sudut. Antara sumbangannya yang berjaya ditonjolkan adalah seperti dalam penghasilan karyanya menerusi hasil penulisan beliau yang sangat diminati. Oleh itu, hasil karyanya telah diambil sebagai salah satu contoh hasil penulisan yang terbaik suatu masa dahulu. Hasil penulisannya tersebut dalam sebuah buku yang bertajuk Narrative Misssion dan telah digunakan sebagai salah satu rujukan khas oleh mahkamah Ana pada tahun 1858.

Selain itu, beliau juga telah berjaya menerbitkan pula buku lain yang berjudul Cathay dan Way Thither, pada tahun 1866. Setelah itu, sebuah lagi buku yang berjudul Book of Marco Polo juga telah Berjaya dihasilkan tetapi ia diterbitkan setelah beliau bergelar sebagai pesara dengan berpangkat kolonel. Sepanjang kariernya sebagai seorang penulis, beliau juga pernah dibawa keluar oleh sebuah agensi yang bertujuan untuk kerjasama antara beliau untuk kerjasama antara beliau dengan Dr Authur C Burnell dalam menghasilkan Hobso Jobson iaitu pada tahun 1886. Dalam hal ini, misinya utama yang menjadi tunjang kekuatannya adalah untuk menerbitkan sebuah kamus
3
yang berkenaan tentang ungkapan-ungkapan yang berbentuk kolokial Anglo-Indian Inggeris. Hal yang demikian keterlibatan beliau dalam penerbitan kamus ini pastinya telah menaikkan lagi semangat perjuangan beliau dalam memperjuangkan hasilan karyanya.

Seterusnya, Sir Henry Yule juga pernah menyumbang Mirabilia pada tahun 1863 sebagai penghurai kepada Jordanus dan The Diary William Hedges dari tahun 1887 hingga tahun 1889, dan beliau yang ketika itu merupakan seorang bekas president bagi Hakluyt Society. Suntingannya tadi bukan hanya untuk sekadar huraian terhadap dua perkara tadi bahkan turut mengandungi sebuah biografi pertama terhadap seorang yang berpengaruh isitu Gabenor Pitt yang merupakan datuk kepada William Pitt yang berjudul Eart of Chatham. Bukan sekadar itu sahaja, Sir Henry Yule juga merupakan penyumbang kepada penciptaan sebuah kamus Oxford Inggeris dan merupakan penasihat dalam pelbagai perkara yang berkaitan dengan Oriental.

Tidak ketinggalan juga dengan hasil karya beliau yang telah banyak memberi manfaat kepada masyarakat seperti hasil buku-bukunya yang berjudul “The Book of Ser Marco Polo’: The Vietnam Concerning the Kingdom and Marvels of the East, ‘The Travels of Marco Polo’: The Complete Yule-Cordier Edition, Vol 1 by Mar Marco Polo’ ‘The Travels of Marco Polo’: The complete Yule-Cordier Edition, Vol. 2 by Marco Polo, Book of Ser Marco polo V1: The Venetian Concerning the Kingdoms and Marvels of the East, ‘Book of Ser Marco Polo V2’: The Venetian Concerning the Kingdoms and Marvels of the East, Book of Sera Marco Polo V2: The Venetian Concerning the Kingdoms and Marvels of the East, Habson-Jobson dan banyak lagi.

Begitulah tadi kisahnya serba sedikit mengenai salah seorang tokoh terkemuka sarjana barat iaitu Sir Henry Yule. Hal yang dapat diperjelaskan tadi seperti latar belakangnya dan sumbangan beliau yang telah banyaj mengharumkan namanya dan khususnya juga
4
terdapat negaranya sendiri. Seorang insan yang dahulunya hanya sebagai orang biasa kini berjaya
mencipta nama sehingga sangat dikenali dan turut disegani seantero dunia.

Sebut sahaja namanya, pasti sesetengah pihak yang begitu mengikuti hasil karyanya akan terpanggil untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut. Walaupun karyaan beliau banyaknya dihasilkan pada suatu ketika dahulu, namun ianya masih lagi diguna pakai sehingga sekarang. Tidak kiralah di mana berada, hasil karyaan beliau pasti mendapat tarikan.

Bertuah kepada sesiapa sahaja yang berpeluang untuk mengetahui tentang tokoh-tokoh terkemuka ini kerana sikap dan watak beliau yang sering mendapat perhatian seperti kebijaksanaan yang beliau perolehi dan sifatnya yang sentiasa berusaha untuk mencari sesuatu yang terbaik. Hasilnya beliau telah berjaya mencipta nama sehingga ke mana pelusuk dunia sekalipun pasti akan digeruni.

4.2.George Coedes
George Coedes merupakan salah seorang sarjana barat yang telah banyak mengkaji sejarah dan perkembangan di Asia Tenggara. Beliau dilahirkan di Paris dan berketurunan Hungary. Beliau telah mempelajari indologi di Sorbonne dan seterusnya mempelajari bahasa dan budaya Sanskrit di Berlin bersama R. Pischel. Beliau telah banyak menumpukan perhatian pada epigrafi Khmer dan telah menulis banyak tentangnya. Beliau juga telah menerbitkan artikel bertajuk “ Le Royoume De Crivijaya” pada tahun 1918 di Hanoi dan ini telah meningkatkan lagi reputasinya di kalangan orientalis barat.
Coedes dilantik sebagai curator di Perpustakaan Kebangsaan Thailand dalam tahun 1918 dan menjadi pengarah L’Ecole francaise d’Extreme-Orient sekitar tahun 1929 hingga 1946. Dalam
5
tempoh masa ini, beliau telah menerbitkan bukunya yang bertajuk “ Recueil Des Inscriptions Du Siam” ( Bangkok , 1924-29, 2 vols ). Kemudiannya, beliau telah menerbitkan buku yang mempunyai siri yang panjang di antara tahun 1937 dan 1942 . Tajuk buku tersebut ialah “Inscriptions Du Cambodge”.Beliau menerbitkan buku edisi pertama yang bertajuk “Etats Hindouises d’Indochine et d’Indonesia di Hanoi pada tahun 1944 dan edisi ke dua pula diterbitkan pada tahun 1964 di Paris.

Coedes menjalinkan hubungan kerjasama yang baik di antara L’Ecole francaise d’Extremw-Orient dan orang-orang Belanda yang merupakan kawan-kawannya dari Koninklijk Genootschap van Kunsten en Wetenschappen di Batavia. Pada tahun 1928, Coedes telah mengadakan lawatan ke ibu negeri Belanda Timur dan pada tahun 1930, pengarahnya puoa telah datang ke L’Ecole francaise d’Extreme-Orient DI Indochina. Ini menunjukkan bahawa Coedes mempunyai hubungan yang cukup yang baik dengan orang-orang Belanda.

Coedes kembali ke Perancis selepas peperangan dunia ke dua dan berkhidmat di Ecole pratique des Hautes Etudes sebagai tenaga pengajar sehinnga bersara. Selepas itu beliau tinggal di Paris sehinggalah beliau mati pada tahun 1969. Coedes telah menulis banyak teks di dalam kajiannya antaranya ialah, “The Indianized States of Southeast Asia (1968,1975)” dan “The Making of South East Asia (1996)” di mana beliau telah membina satu konsep “Indianized Kingdom”. Beliau juga telah menukis buku bertajuk “Angkor An Introduction” yang telah diterbitkan di Paris pada tahun 1947.

George Coedes merupakan penyumbang terbesar dalam kajian berkenaan kerajaan terdahulu Sriwijaya iaitu kerajaan yang berpusat di Palembang Indonesia dan telah meluasakan kawasan jajahannya hingga ke semenajung Malaysia dan Tanah Jawa. Coedes telah
6
membentangkan hasil penemuan dan tafsirannya berkenaan Sriwijaya dalam akhbar berbahasa
Belanda dan juga bahasa Indonesia sekitar tahun 1920.

Coedes juga adalah salah seorang daripada pengkaji yang menyatakan bahawa daerah Asia Tenggara telah lama bertamadun. Ini adalah berdasarkan kajiannya ke atas tinggalan-tinggalan zaman terdahulu. Antaranya, beliau telah berjaya mentranselitkan prasati berbahasa Melayu tertua yang ketiga iaitu prasasti Kedudukan Bukit. Prasasti ini ditemukan di sebuah kampung bernama Kedudukan Bukit,di tepi sebuah sungai yang bernama Sungai Tatug dan di kaki sebuah bukit yang bernama Bukit Seguntang. Nama bukit Seguntang ini ada tercatat dalam buku Sejarah Melayu (Sulalatus Salatin). Prasati ini ditemukan pada tahun 683 masih tidak jauh dari \kota \palembang, ibu kota propinsi Sumatera Selatan.

Selain itu, Coedes juga telah berjaya mentranselitkan prasasti yang ditemukan di Talang Tuwo iaitu di Palembang, Sumatera Selatan. Prasasti ini bertarikh pada 684 Masihi. Prasasti seterusnya yang telah diterjemahkan oleh Coedes ialah prasasti yang ditemui di Kota Kapur, di Pulau Bangka. Prasasti ini bertarikh pada 686 masihi. Satu lagi prasasti yang telah diterjemahkan oleh Coedes ialah prasasti yang ditemukan di Karang Berahi. Prasasti ini bertarikh pada 686 masihi.

Daripada penemuan-penemuan prasasti-prasasti ini, dapatlah kita mengetahui ciri-ciri bahasa yang digunakan, adat resam serta kepercayaan sesuatu bangsa dan masyarakat pada masa itu di Nusantra ini. Dengan adanya terjemahan pada prasasti tersebut maka pengkajian bidang Sejarah Bahasa Melayu menjadi semakin meluas. Daripada teks yang terdapat prasasti-prasasti tersebut, kita dapat mengumpulkan kata-kata yang boleh diberi padanannya dengan kata-kata bahasa Melayu Moden. Selain itu juga, kita boleh melihat persamaan dan perbezaan kosa kata,
7
morferm, fonem, morfologi, fonologi dan sebagainya antara bahasa Melayu Kuno dengan bahasa Melayu Moden.

4.3 John Crawford
John Crawford dilahirkan di Pulau Islay, Scotland pada tanggal 13 Ogos 1783. Pelantikan beliau sebagai Residen Singapura pada tahun 1824 telah mengubah suasana politik di Tanah Melayu. Sisa hidupnya hanya dikhaskan untuk menulis buku dan juga makalah tentang Timur. Terdapat beberapa karya yang dilakukan secara atau menerusi kajiannya.

John Crawfurd juga turut meneruskan kajian yang telah dijalankan oleh William Marsden dalam bukunya A Grammar and Dictionary Of Malay Language, with a Pleninary Disssertation (i852) pada bahagian tatabahasa. Beliau menyatakan bahawa perbezaan dalam bahagian ucapan adalah tidak senyata dan sejelas bahasa Eropah.

Selain itu, John Crawfurd juga telah menulis sebuah buku yang berjudul On Malayan and Polynesian Languages and Races. Dalam buku ini beliau merumuskan bahawa jedua-dua bahasa Melayu dan Polinesia adlah tidak sekeluarga. Melalui buku ini juga beliau menyatakan dengan jelas bahawa jejak bahasa Melayu telah dijumpai dari Madagascar hingga ke Pulau Easter, dan dari Farmosa ke New Zealand .
Dalam bukunya juga, beliau turut menyatakan dengan jelas ciri-ciri ras bangsa Melayu yang terdapat di Madagascar hingga ke Pulau Easter, dan daripada Farmosa ke New Zealand. Dari segi penyebaran bahasa pula adalah sangat luas dan Crawfurd mengatakan bahawa bahasa yang digunakan oleh merekaadalah sangat kasar. Malah, terdapat pelbagai dialek yang wujud. Malah,
teori beliau juga turut diterima pakai oleh Mr Marsden, Sir Stamford Raffles, dan Baron William
8
Humboldt, dan juga oleh orang Perancis dan Jerman.
Seterusnya adalah pada tahun 1848, John Crawfurd membuat kajian tentang perbandingan antara bahasa-bahasa di kawasan Nusantara iaitu bahasa Polinesia seperti Sumatera, Jawa, dan Kalimantan. Beliau menerbitkan bukunya yang berjudul A Grammar and Dictionary of the Malay Language dan buku ini terdapat empat jilid. Dalam bukunya yang pertama beliau membincangkan sejarah bahasa Melayu dan bahasa Jawa.
Dalam buku ini juga turut membincangkan tentang perbandingan di antara bahasa Melayu dan bahasa Jawa. Crawfurd juga turut merumuskan aslal usul bahasa Melayu dan bahasa Jawa. Beliau dengan tegasnya menyatakan bahawa bahasa yang tersebar di seluruh Nusantara adalah berasal dari Pulau Jawa dan Pulau Sumatera. Bahasa Jawa berasl Pulau Jawa manakala bahasa Melayu berasal dari Pulau Sumatera. Bahasa Jawa dan juga bahasa Melayu juga dikatakan sebagai bahasa induk kepada bahasa-bahasa serumpun yang terdapat di Nusantara.
Crawfurd juga turut menyimpulkan bahawa Nusantra telah mencapai taraf kebudayaan yang tinggi khususnya dalam abad ke-19. Manakala hasil perbandingan antara bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa Nusantara yang lain antaranya adlah Bugis, Tagalog, Sunda, Madura, Farmosa, Bali, Lampung, Sunda dan banyak lagi. Beliau turut menegaskan bahawa orang Melayu tidak berasal dari mana-mana kawasan tertentu yetapi induk mereka yang tersebar ke tempat lain. Beliau menjadi pencetus idea kepada para pengkaji yang lain untuk mengkaji tentang bahasa Melayu kerana kebanyakan mereka tidak bersetuju dengan pendapat dan kesimpulan tegas yang dikemukakan oleh Crawfurd.
Representasi piktorial adalah terdiri daripada benda dan perkara alam yang paling jelas dan mudah. Contohnya dalam penulisan bergambar suku Aztech di Mexico. Malah, menurut Crawfurd juga, ketidaksempurnaan piktoral juga turut berlaku kepada sebahagian besar bangsa manusia. Namun, golongan ini juga dapat memberikan sumbangan contohnya dalam penemuan vocal fonetika atau penulisan. Beliau turut merumuskan bahawa manusia mempunyai kapasiti intelik
9

terhadap vocal fonetik dan penulisan.
Seterusnya, John Crawfurd juga turut menghasilkan kamus dan juga buku-buku nanu bahasa Melayu. Dalam buku beliau yang berjudul A Grammar and Dictionary of the Malay Language mengkhukususkan tentang nahu yang dimulakan dengan abjad jawi dan cara-cara penyebutan perkataan. Penggolongan perkataan yang merangkumi kata nama, kata adjektif, kata ganti nama, dan kata kerja turut dibincangkan dalam bukunya. Perbincangan mengenai binaan ayat juga turut dimuatkan di dalam bukunya.
Karya yang dihasilkan oleh JOHN crawfurd jelas memberikan sumbangan yang besar dalan asa pembinaan kamus dan nahu sama ada bahasa Melayu mahupun bahasa Inggeris. Malah, buku yang dihasilkan oleh beliaumerupakan antara salah satu buku tatahabasa terawal yang agak lengkap.
Salah satu sumbangan penting Crawfurd adlah system ejaan rumi Crawfurd. Dalam tahun 1848, beliau berusaha merumikam tulisan jawi dan telah disiarkan dalm Journal of Indian Archipelago dan Easten India. Beliau juga turut menegaskan bahawa skrip bahasa Arab sebenarnya tidak dapat melambangkan bahasa Melayu dengan sempurna. Kenyataan beliau :
“…a little better than an imperfect short-hand…”
Beliau menyatakan bahawa system tulisan jawi hanya mendatangkan sedikiti kenaikan. Dalam proses merumikan ejaan jawi, Crawfurd telah mengambil abjad Jawa sebagai panduan kerana beliau berpedapat bahawa bunyi yang mengikutinya menyamaibunyi bahasa Melayu.
Selain itu, Crawfurd bukan sahaja menulisbuku yang berasaskan bahasa dan teori bangsa Melayu tetapi, beliau juga turut menulis buku-buku yang berkaitan dengan dengan sejarah. Penulisan beliau mengenai sejarah lebih terarah kepada kawasan Nusantara. Antara hasil penulisan beliau mengenai sejarah ialah History of Indian Archipelago (1820). Menerusi bukunya, Crawfurd menegaskan bahawa agama Islan datang ke Nusantara adalah melalui Tanah Arab.
Beliau turut mengemukakan beberapa hujah yang mengukukan lagi pendapat beliau tentang
10
catatan sejarah Cina mengenai kedatangan orang-orang Arab ke Tanah Jawa dan membuat penempatan di Pantai Barat Sumatera sekitar 684 H. Malah, sebagai salah seoranga pentadbir koloni Barat, nama beliau turut tercatat dalam sejarah.
Ketokohan beliau dalam bidang penulisan amat terserlah walaupun dalam masa yang sama beliau turt terlibat aktif dalam bidang politik. Nama beliau dalam bidang penulisan walaupun tidak standing dengan nama-nama penulis yang lain, namun penglibatan belaiau dalam menyumbagkan idea tidak dapat dinafikan. Malah, beliau juga turut membuktikan ketokohan dalam bidang pentadbiran.
Usaha beliau dalam penyelidikan tentang asal usuk bahasa Melayu merupakan saru usaha yang telah meninggalkan kesan yang mendalam. Penulisan Crawfurd mengenai nahu bahasa Melayu juga telah meletakkan nama beliau sebaris dengan nama-nama ahli bahasa yang lain. Malah, hasil-hasil karya beliau terus dimanfaatkan sehingga sekarang dan untuk generasi yang akan datang.

4.4 R.O Winstedt

Bagi Richard Olaf Winstedt dilahirkan pada 2 Ogos 1878 di Kota Oxford, England. Ayahnya berasal dari Sweden dan telah menjadi rakyat Britain. Beliau mendapat pendidikan di Magdalen College School dan di New College, Oxford di mana beliau telah menerima satu MA. Beliau juga telah berkahwin dengan Sarah Castell, daripada sebuah keluarga yang telah lama menetap di Kota Oxford. Mengikut Bastin (1964:1) Winstedt cepat dan rajin membaca, tetapi sering mengalami penyakit beguk dan tidak dapat menyertai sukan. Oleh itu beliau memilih hidup yang alternatif yang wujud dalam buku dan dunia intelektual.
Mengikut Sheppard (Winstedt, 1969) anak muda ini telah memilih kursus metafizika di Oxford dan pernah mengikuti kursus Undang-undang selama setahun di universiti yang sama.
11
Tetapi beliau ternyata tertawan dengan karya-karya Robert Luois Stevenson pada akhir tahun ketiga di New College. Oleh hal demikian, jika dilihat dari suatu sudut beliau tidak mempunyai pengkhususan dalam bidang antropologi, sastera ataupun bahasa yang merupakan bidang yang diceburinya ketika di Tanah Melayu.
Winstedt juga telah menduduki peperiksaan Gabungan Perkhidmatan dalam negeri India dan Tanah Jajahan adalah untuk menjadi pegawai kolonial di India, tetapi kerana kecuaiannya telah tersalah membaca soalan peperiksaan menyebabkan markahnya agak rendah dan beliau telah dihantar untuk berkhidmat di Tanah Melayu iaitu di negeri Perak pada tahun 1902 sebagai pegawai pelatih. Melalui pengaruh R.J Wilkinson, Winstedt akhirnya telah dipindahkan ke Kuala Pilah, ini memberinya peluang untuk mempelajari sistem marrilenial. Dalam 1913 beliau telah dilantik Pegawai Daerah dalam kuala Pilah, dan dalam 1916 telah dilantik berkhidmat di Jabatan Pendidikan. Pada tahun 1920an, Winstedt menerima DLittnya daripada Oxford. Beliau juga berkhidmat sebagai Presiden pertama, di Raffles College Singapura pada tahun 1921 hingga 1931. Sepanjang jawatan sebagai presiden dia juga telah berkhidmat sebagai setiausaha bagi pesuruhjaya tinggi, pada tahun 1923;bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, dan anggota majlis Perundangan Negeri-Negeri Selat, 1924 hingga 1931; dan sebagai anggota FMS Federal council, 1927 hingga 1931.
Setelah pencen daripada Perkhidmatan Awam Melayu, beliau telah dilantik sebagai pensyarah, pembaca dan kemudian sebagai Honorary Fellow dalam kajian bahasa Melayu di School Oriental Studies, di mana beliau juga berkhidmat sebagai ahli Badan Pentadbiran pada 1939 hingga 1959. Di samping itu beliau dilantik sebagai ahli Jawatankuasa Penasihat Pejabat Tanah jajahan Mengenai Pendidikan, 1936 hingga 1939. Kemudian beliau juga telah dilantik sebagai presiden di Royal Asiatic society pada tahun 1947. Beliau juga turut berkhidmat di British Academy dan menjadi ahli kehormat bagi Southeast Asia Institute, Royal Batavian Society, dan di Kon Institut Voor TaalLanden Volkenkunde. Beliau telah meninggal dunia pada 2 Jun 1966.

12
Sumbangan R.O Winstedt
Sewaktu bekerja di Kuala Pilah, beliau telah menghasilkan dua buah buku yang berjudul Colloquial (Malay: A simple Grammar with Consorvations) dan sebuah kamus yang dianggap sangat penting dalam perkembangan bahasa Melayu iaitu A Dictionary of Colloquial Malay-English and English Malay pada tahun 1920. Kamus Winstedt ini dianggap baik kerana mengandungi banyak maklumat tentang geografi tempatan. Di samping itu, beliau juga banyak memasukkan kata-kata bahasa Indonesia. Menurut Jurnal Australian Journal of Politics and History, “Winstedt adalah cendekiawan British pertama untuk membuat satu kajian yang sistematik mengenai bahasa Melayu untuk tujuan-tujuan bersejarah, malah mengaplikasikan pendekatan sainstifik dalam tulisannya mengenai Sejarah Melayu”.
Dengan kata lain, kamus Winstedt ini banyak menunjukkan persamaan antara bahasa Melayu dan bahasa Indonesia. Menjelang abad ke-20, Winstedt juga telah menghasilkan buku tatabahasa melayu yang berjudul Malay Grammar iaitu pada tahun 1913. Namun begitu, pada tahun 1958 Winstedt telah menghasilkan An Unabridget English-Malay Dictionary diikuti dengan kamus bahasa Melayu pada tahun 1960.
Winstedt juga turut memainkan peranan penting dalam sistem pendidikan orang Melayu khususnya, beliau sangat berminat untuk mendidik orang Melayu. Atas cadangannya Sultan Idris Training College (S.I.T.C) telah ditubuhkan pada 1922. Pada tahun 1997, Kerajaan Malaysia telah menaik tarafkan Maktab Perguruan Sultan Idris kepada Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI). Manakala Winstedt pula telah dianugerahkan Order of British Empire, Order of St. Michael and St. George oleh kerajaan British. Dari segi kerjaya R.O Winstedt juga telah berkhidmat di Pejabat Karang Mengarang yang telah ditubuhkan di Maktab Perguruan sultan Idris (MPSI) pada tahun 1924. Winstedt dan O.T Dussek telah dilantik menjadi penasihat. Antara tahun 1924-1957, Pejabat Karang Mengarang di bawah nasihat Winstedt telah berjaya menerbitkan 85 buah buku bacaan sekolah di bawah Malay School Series.
Di samping itu, Winstedt juga banyak menghasilkan buku-buku mengenai kesusasteraan
13
Melayu sepanjang perkhidmatannya sebagai pegawai British di Tanah melayu. Pada tahap awal penulisannya dalam bidang sastera bermula pada tahun 1907 iaitu lima tahun sejak beliau menetap di Perak. Atas galakan Wilkinson, Winstedt telah berjaya menghasilkan esei yang berjudul “The Literature of Malay Folklore.Beginning: Fables, Farcical Tales, Romance”. Wan Abdullah Sabary misalnya telah menggolongkan esei ini dalam siri Papers of Malays Subject yang agak khusus ditujukan pada pegawai kolonial Inggeris untuk mengenali Tanah Melayu. Selanjutnya pada tahap kedua beliau telah menerbitkan A History of Classical Malay Literature diikuti dengan “Father Civet” pada tahun 1908 dan diikuti dengan “Musang Berjanggut” setahun selepas itu. Inti ceritanya yang didengar berpuluh-puluh zaman telah dihidupkan kembali oleh Winstedt dalam bahasa yang sesuai dengan zaman itu.
Sebagai perkembangan pada tahun 1910, Winstedt sendiri telah merumikan “Hikayat Seri Rama” dan setahun selepas itu beliau menghasilkan esei yang berjudul “Awang Sulung Merah Muda”, iaitu sebuah sastera rakyat yang dituturkan oleh Pawang Ana, seorang penglipur lara keturunan Temusai. Diikuti dengan esei berjudul “Hikayat Anggun CHe Tunggal” yang dihasilkan pada 1914.
Beliau juga turut menghasilkan esei yang berjudul “Misa Melayu” pada tahun 1919 dan diikuti dengan “Shaman, Saiva and Sufi.A Study of the evolution of Malay magic” pada tahun 1925. Selain itu, dalam bidang kesusasteraan Melayu Winstedt juga menghasilkan karyanya yang berjudul “A Malay History of Riau and Johore”,etc. (Malay text of the Tuhfat Al-Nafis) pada tahun 1932. Pada tahun yang sama juga beliau telah menerbitkan karyanya yang berjudul “A History of Johore”, iaitu mengenai salasilah Kerajaan Johor. Sumbangannya dalam bidang sastera tidak terbatas malah pada tahun 1934, beliau sekali lagi menghasilkan sebuah tulisan yang berjudul “A History of Perak” dan diikuti dengan “A History of Malaya”. Pada tahun 1938, beliau telah menghasilkan karya yang berjudul “The Date, Autorship, Content and Some New MSS.Of Malay Romance of Alexander The Great” diikuti dengan “The Malay Annals or Sejarah Melayu;(with An Outline of the Malay Annals...). Manakala pada tahun 1940, beliau menghasilkan karya yang berjudul “Valentjin copy of The Sejarah Melayu”.
14
Pada tahun 1941 pula, beliau menghasilkan karya yang berjudul “The Panji Tales” dan “A Literary Device Common to homer and the East”. Diikuti pula pada tahun 1943 dengan karya yang berjudul “Nature in Malay Literature and Folk Verse”. Manakala pada tahun 1944 pula beliau menghasilkan “An Undersribed Malay Version of the Ramayana”. Sumbangannya dalam bidang bahasa dan sastera amat besar dengan kemunculan “The Malays:A Cultural History” pada tahun 1947. Pada tahun yang sama juga Winstedt juga telah menghasilkan karyanya yang berjudul “Notes On Malay subjects”.
Sumbangannya dalam bahasa Melayu tidak terhenti di sini sahaja. Pada tahun 1949, beliau telah menghasilkan “A Panji Tale From Kelantan” dan “Malay Annals Again, Goa and the King Of Singapore”. Pada tahun 1961, beliau telah menghasilkan satu lagi tulisannya yang berjudul “Modern Malay Poetry”.

4.5.Lorenzo Hervasy Panduro
Lorenzo Hervasy Panduro adalah seorang Bahasa Sepanyol Jesuit dan ahli filologi terkenal. Beliau dilahirkan di Horcajo pada 1 Mei 1735 dan telah meninggal dunia di Rom pada 24 Ogos 1809. Filologi berasal dar bahasa Yunani, Filologi merupakan ilmu yang mempelajari naskah-naskah manuskrip, biasanya dari zaman kuno. Tugas seorang filologi, nama untuk ahli filologi, ialah meneliti naskah-naskah ini membuat laporan tentang keadaan naskah-naskah ini dan menyunting teks yang ada di dalamnya. Lorenzo merupakan Ilmuan filologi biasanya berdampingan dengan paleografi, atau ilmu tentang penulisan pada masa lampau.
Pada tahun 1799, beliau kembali ke tanahair namun empat tahunberikutnya menghabiskan sisa-sisa hidup beliau di Sepanyol dan hidup di Rom. Beliau diberikan penghargaan yang tinggi.
Beliau tekun dan diberi peluang secara luar biasa. Dengan itu ia memberikan beliau ruang mengkaji maklumat tentang simpulan bahasa secara terperinci yang tidak diketahui dan dikaji dalan khazanah sastera. Keputusan daripada pembelajaran beliau simpan dalam satu siri nombor kerja-
15
kerja yang pertama dicipta oleh Itali dan kemudian diterjemahkan ke dalam bahasa Sepanyol.
Kerja terbesar beliau adalah wacana kosmografi, “Ideadell’Universo”(Cesena, 1178-87, in 21 vols. In 4ti). Ia mengandungi beberapa bahagian , hampir semua dapat diterjemahkan ke dalam Sepanyol dan muncul seperti memisahkan kerja-kerja. Ini amat penting di mana wujudnya secara berasingan di Itali pada tahun 1784, hasil beliau bertajuk “Catalogo de las lenguas de las naciones cono cidas, y numericaion division y claseos” de estas segun la diversitad de sus idiomas y dialectos” b(Madrid, 1800-5 6 vols.)
Percubaan L.Hervas di sini adlah untuk menyiasat asal usuldan hubungan etnologi bangsa yang berbeza ke atas dasar bahasa. Onjektif utama buku bukan filogi. Vol I adlah ‘ merawat saya bangsa Amerika dan simpulan bahasa’; Vol II’ bagi pulau-pulau mereka dalam Orang India dan Pasific Oceans’; (jilid-jilid baki, amat manyayangi Orang Eropah bahasa-bahasa, adalah kerendaan mutu dalam nilai yang pertama dua. Dialek-dialek Amerika adalah suatu tentu lebih baik menggambarkan rahsia daripada mereka yang sebelum ini ; (kewujudan seorang Melayu dan Polinesia ucapan keluarga telah ditubuhkan)
Untuk penentu afniti dalam persamaan bahasa kedalam tatahabahasa yang ditekankan sebagai menentang kesamaan yang kecil dalam perbendaharaan kata. Semasa di sana beliau melihat kesilapan-kesilapan dan kecacatan-kecacatan dalan kerja, (ia dikalahkan yang ia menyampikan bahan dengan akademik ketepatan dan oleh itu terbukti berguna untuk penyiasat terlambat).
Bahagian kerja yang lain muncul bersaingan di Itali dan kemudian Sepanyol adalah (“Virilita dell’ Uomo” (4 vols.,1779-80); “Vecchiaja e morte dell’ Uomo” (1780); Viagggio estatico al Mondo planetario ” (1780); Stiria della Terra” (1781-83, 6 vols);” Origine, formazione, mecanismo ed prolegomeni sopra piu de CL lingue” (1787); “Saggio practicco delle Lingue com prolegomeni e una raccolta di orazioni dominicali in piu di trecento lingue e dialetti”(1787)
Selain itu, beliau juga menulis stu nombor kerja penyelidikan untuk pekak mutes, (yang terbanyak kewujudan penting)” La Escuela Espanola de Sordo-mudos o Arte para ensenarles a
16
escribir y hablar el idioma esponal” (Madrid,1795), kerja-kerja lainyang aksara pelbagai, di mana kita mentebut “Descripcion de los archivos de la corona de Aragon y Barcelona”,etc. (Cartagena,1801). Beliau juga meninggalkan satu nombor kerja-kerja yang belum disunting; “Historia de la Escritura”; “Paleografia universal”; “moral de Conficio”; “Historia de las primeras colonoas de America”; “El hombre vuelto a la religion”, (serta hutan rimba satu kontroversial atau yheolgicial sifat).
Beliau lahir di Horcajo pada 1 Mei 1735 dan telah meninggal dunia di Rom pada 24 Ogos 1809. L.Hervas adlah orang yang pertama melahirkan pendapat bahawa bahasa-bahasa di Aia Tenggara adalah serumpun. Beliau amat menyokong pendapat William Marsden yang mengkaji bahasa Melayu. Mereka banyaj membuat kajian-kajian bahawa bahasa Austronesia adalah berbeza dengan bahasa Melayu-Polinesia sejak pada abad ke-19 dan ke-20. L. Hervas yang tekun mengkaji bahasa telah memberikan beliau keuntungan banyak serta penghargaan yang tinggi.

4.6. William Edward Maxwell

Bagi William Edward Maxwell atau dikenali juga dengan W.E Maxwell merupakan seorang
pegawai British yang popular di Tanah Melayu. Beliau diberi gelaran ‘Sir’ sewaktu berkhidmat sebagai pegawai British di Tanah Melayu. Semasa pentadbirannya, beliau sentiasa berusaha mewujudkan hubungan baik dengan penduduk di Tanah Melayu. Sir W.E Maxwell telah mempelajari bahasa Melayu selama 16 tahun sewaktu berkhidmat sebagai pegawai British di Pulau Pinang, Melaka dan Perak. Hasil dari pengalaman beliau bertutur dalam bahasa Melayu dengan penduduk tempatan memberi peluang kepadanya untuk menambah pengetahuan dalam bahasa Melayu.
Beliau juga turut membandingkan bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa lain seperti bahasa Sanskrit bahasa Arab, bahasa Jawa, bahasa Sumatera dan bahasa-bahasa lain di Nusantara. Kesan daripada hubungannya dengan orang Melayu dan usahanya mengkaji tentang pelbagai dialek dalam
17
bahasa Melayu, telah menjadikan beliau seorang pegawai British yang mahir bertutur dalam bahasa Melayu. Ini telah memberi idea kepadanya untuk menerbitkan buku tatabahasa Bahasa Melayu yang berjudul A Manual of Malay Language. Hasil tulisannya telah menjadi sumber rujukan kepada para pelajar, pegawai British yang berkhidmat di Tanah Melayu dan juga pengkaji-pengkaji bahasa.
Sumbangan William Edward Maxwell
Sir William Edward Maxwell telah memberikan sumbangan yang besar dalam perkembangan bahasa Melayu. Hasil karyanya yang paling popular ialah Buku Tatabahasa Bahasa Melayu iaitu ‘A Manual of Malay Languages With an Introductary Sketch of the Sanskrit Element in Malay’. Karyanya ini merupakan buku tatabahasa bahasa Melayu moden pertama diterbitkan. Ianya diterbitkan dalam abad yang ke-17.
Dalam karyanya ini, beliau menyatakan bahawa, bahasa Melayu mempunyai struktur dan binaan yang sama. Namun sebutan yang sama hanya dapat didengar di daerah yang sama tetapi sebutan akan berlainan di daerah atau negeri yang berlainan walaupun mempunyai maksud yang sama. Beliau juga menjelaskan bahawa perkataan ‘saya’ dan ‘awak’ mempunyai sebutan yang berlainan di daerah atau negeri yang berlainan. Beliau telah menulis tentang pembentukan kata, penggolongan kata, pembinaan ayat dan kamus dwi bahasa. Beliau juga merumuskan tentang pengaruh bahasa lain di Nusantara yang dibawa ke dalam bahasa Melayu. Sebagai contoh, dialek Kedah banyak dipengaruhi oleh bahasa Pattani. Selain itu, bahasa Melayu juga banyak dipengaruhi oleh bahasa Arab, bahasa Sanskrit, bahasa Jawa, bahasa Sumatera dan bahasa di kepulauan Melayu yang lain.
Maxwell turut mengklasifikasikan bahasa Melayu kepada beberapa bahagian iaitu bahasa dalam, bahasa bangsawan, bahasa dagang dan bahasa campuran atau kacukan. Dari aspek penulisan pula, Maxwell menyatakan bahawa penulisan dalam bahasa Melayu banyak dipengaruhi oleh bahasa
Arab. Contohnya, antara karya penulisan bahasa Arab yang diterjemah dalam bahasa Melayu iaitu ‘Kisah 1001 Malam’. Beliau juga menyatakan, orang Melayu lebih baik dalam aspek
18
pertuturan berbanding aspek penulisan. Penulisan dalam bahasa Jawi banyak digunakan pada masa itu.
Buku Tatabahasa ‘A Manual of Malay Languages’, hasil karangan Maxwell mengandungi lima bahagian atau bab. Setiap bab di dalam buku ini ditulis dalam susunan yang sempurna pada zamannya. Kamus dwibahasa yang ditulis ini sangat membantu meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu dalam kalangan penutur bahasa tersebut.

5.0 Kesimpulan
Dengan penerangan dan huraian di atas dapatlah disimpulkan bahawa penggunaan bahasa Melayu sudah sejak lama memiliki tradisi nahunya. Oleh sebab kajian awal bahasa Melayu dilakukan oleh bukan penutur ibunda bahasa Melayu iaitu pengkaji-pengkaji barat dan bahasa Melayu itu sendiri telah dipengaruhi oleh nahu bahasa Arab dan bahasa Inggeris, maka penyusunan nahunya juga tidak terlepas daripada pengaruh kedua-dua bahasa ini. Walau bagaimanapun, beberapa orang penulis tempatan telah berusaha menulis nahu yang lebih bersifat Melayu, namun kerana rujukan awal dan pengetahuan nahu yang diterima berasal daripada bahasa asing, maka pengaruh tersebut masih tidak dapat dilepaskan. Sementelahan pula, hampir semua buku nahu bertitik tolak daripada falsafah Yunani dan dikembangkan oleh penulis nahu bahasa Inggeris. Oleh yang demikian, penulis-penulis terkemudian dalam menghasilkan buku-buku terpaksa merujuk pada buku-buku yang terdahulu.
Selain itu, kedatangan barat juga telah merintis kepada kewujudan pelbagai teori tentang asal usul bahasa Melayu yang menjadi polemik besar dalam kalangan tokoh barat seperti William Marsden, John Crawford, Wilhelm Von Humbolt, Johan Casper Kern dan sebagainya yang mempunyai alasan tersendiri tentang kewujudan bahasa Melayu. Oleh itu dapatlah ditegaskan bahawa penjajahan Barat ke Tanah Melayu jika dilihat pada suatu sudut sebenarnya membawa banyak manfaat khususnya dalam pengembangan bahasa Melayu. Pelbagai hasil kajian yang dibuat
19
oleh mereka sebenarnya dapat digunakan untuk mengukur setakat mana kemajuan bangsa Melayu pada ketika itu.


















20
BIBLIOGRAFI
Abdul Rashid Daing Melebek dan Amat Juhari Moain [2006], Sejarah Bahasa Melayu, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Abdul Rashid Daing Melebek [2010], Sejarah Penyelidikan Barat Tentang Bahasa dan Bangsa Melayu, Shah Alam,Selangor: Maya Press Sdn. Bhd
Ismail Jusoh dan Mat Nor Hussin [2008], Perancangan Bahasa, FBMK ; UPM
Abdul Chaer [2007], Kajian Bahasa: Struktur Internal, Pemakaian dan Pemelajaran,Jakarta: PT Rineka Cipta
Kamus Dewan Edisi Ke-4, [2007], Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka

No comments:

Post a Comment