Monday, 9 May 2011

TEKNIK PERKEMBANGAN ISI-PMR

TEKNIK PERKEMBANGAN ISI-PMR
TEKNIK PERKEMBANGAN ISI
Kelemahan pelajar dalam mengembangkan isi ialah:
- Mencampuradukkan isi dalam satu perenggan. Terdapat pelajar yang menulis perkara yang diketahui dan tidak menulis perkara yang dikehendaki dalam soalan. Misalnya soalan berkehendakkan faktor penyebab, pelajar memasukkan isi tentang kesan.
- Tidak menuliskan contoh sebagai bukti huraian atau hujah yang disampaika. Contoh dalam sesuatu huraian isi merupakan pengukuh kepada isi yang mahu disampaikan.
- Hanya memberikan tumpuan kepada satu aspek bagi soalan yang memerlukan huraian tentang beberapa perkara. Misalnya bagi soalan yang bertanyakan punca dan langkah, pelajar hanya memberikan punca tanpa memberikan perhatian terhadap langkah.

Soalan 1
Kejadian jenayah yang membabitkan remaja semakin bertambah sejak kebelakangan ini”
Pada pendapat anda, siapakah yang bertanggungjawab menangani masalah ini.
Isi yang mahu disampaikan:
Peranan ibu bapa mengawal aktiviti dan tingkah laku anak-anak.
APA
Apakah isi pokok yang mahu disampaikan ibu bapa merupakan pihak yang paling berkesan dalam usaha mengawal aktiviti dan tinhkah laku anak-anak mereka.
MENGAPA
Mengapa boleh berlaku apa (isi pokok). Hal ini disebabkan ibu bapa merupakan orang yang paling faham dengan aktiviti dan tingkah laku anak-anak mereka.
BAGAIMANA/KESAN DARIPADA APA
Bagaimanakah boleh berlaku apa (isi pokok). Dengan demikian, ibu bapa dapat sentiasa memantau pergerakan dan aktiviti yang dilakukan oleh remaja.
CONTOH/BUKTI
Apakah contoh yang dapat menunujukkan apa (isi pokok). Misalnya, ibu bapa boleh memberikan teguran dan nasihat sekiranya tingkah laku dan perbuatan anak-anak mereka mula menampakkan unsur-unsur negatif.
PENEGASAN
Kesimpulan daripada isi-kembali kepada persoalan pokok. Sekiranya semua ibu bapa memainkan peranan masing-masing dengan berkesan, pembabitan remaja dalam kegiatan jenayah akan dapat dikurangkan.

Perenggan lengkap:
[APA] Ibu bapa merupakan pihak yang paling berkesan dalam usaha mengawal aktiviti dan tingkah laku anak-anak mereka. [MENGAPA]Hal ini disebabkan ibu bapa merupakan orang yang paling hampir dan paling faham dengan aktiviti dan tingkah laku anak-anakmereka. [BAGAIMANA]Dengan demikian, ibu bapa dapat sentiasa memantau pergerakan dan aktiviti yang dilakukanoleh remaja.[CONTOH] Misalnya, ibu bapa boleh memberikan teguran dan nasihat sekiranya tingkah laku dan perbuatan anak-anak merekamula menampakkan unsur-unsur negatif. [PENEGASAN] Sekiranya semua ibu bapa memainkan peranan masing-masing dengan berkesan, pembabitan remaja dalam kegiatan jenayah akan dapat dikurangkan.

Soalan ;2
Semakin banyak pendatang asing yang berhijrah ke negara ini untuk mencari kehidupan yang baru.
Pada pendapat anda, mengapakah Malaysia menjadi tumpuan pendatang asing yang mencari kehidupan baru?
Isi yang mahu disampaikan.
–Faktor peluang pekerjaan yang banyak di Malaysia.
Perenggan lengkap:

Faktor utama yang mendorong kemasukan pendatang asing ke negara ini ialah adanya peluang pekerjaan yang terbuka luas kepada mereka. Hal ini demikian kerana peluang pekerjaan yang ada tidak diisi oleh penduduk tempatan. Kekosongan inilah yang diisi oleh mereka. Umpamanya, mereka memenuhi peluang-peluang pekerjaan di sektor pembinaan, perkilangan ataupun di sektor perkhidmatan. Selagi peluang pekerjaan yang ada tidak diisi oleh penduduk tempatan, selagi itulah pendatang asing akan teru membanjiri negara kita.
-Bagi memulakan perenggan kedua dan seterusnya, mulakan karangan dengan penanda wacana unutk menunjukkan pertalian antara isi kedua dan isi-isi seterusnya.
- Contoh penanda wacana yang sering digunakan:
-Selain itu,(jika isi menunjukkan pertalian idea yang sama)
-Namun demikian,(jika menunjukkan pertentangan idea antara isi)
-Justeru,….
_____________________________________________________________________
Teknik Mengembangkan Karangan Jenis Cerita
Karangan jenis cerita merupakan gambaran sesuatu perkara dalam cerita yang disampaikan. Gambaran yang diberikan mesti jelas dan seboleh-bolehnya dapat mewujudkan suasana seolah-olah pembaca atau pemeriksa terlibat sama dalam cerita berkenaan. Pengembangan isi dalam karangan jenis cerita sebenarnya lebih mudah. Karangan jenis cerita memerlukan plot ataupun jalan cerita yang dapat menggambarkan urutan peristiwa yang berlaku.
Perkara penting perenggan isi karangan jenis cerita
Ayat 1 : Isi pokok yang mahu disampaikan.
Ayat 2 : Mengapa boleh berlaku isi pokok/perkara yang mahu disampaikan. Ayat 3 : Bagaimana boleh berlaku perkara berkenaan.
Ayat 4 : Huraian urutan peristiwa yang berlaku.
Ayat 5 : Peleraian isi atau peralihan kepada idea baru.
-Bagi memulakan perenggan kedua dan seterusnya, mulakan karangan dengan penanda wacana untuk menunjukkan pertalian antara isi pertama dengan isi kedua dan isi-isi seterusnya. -Contoh penanda wacana yang sering digunakan dalam karangan jenis cerita. -

Sementara itu...
-Setelah itu…
-Jesteru…

Soalan:
Setiap bulan sekolah anda mengadakan pertandingan kelas terbersih sebgai satu cara mewujudkan kebersihan dan keceriaan kelas. Ceritakan tindakan yang telah anda dan rakan-rakan anda lakukan untuk menceriakan kelas anda.
Isi yang mahu disampaikan. -Mengecat bilik darjah dengan warna yang menarik.
Perenggan lengkap:
Tindakan pertama yang kami ambil untuk menceriakan kelas kami ialah mengecat kelas kami dengan warna yang dibenarkan oleh pihak sekolah. Kami telah menggunakan tabung kelas kami untuk membeli cat dan berus yang diperlukan. Kami melakukan kerja-kerja tersebut pada hujung minggu. Pada hari tersebut semua pelajar kelas kami bergotong-royong membersihkan kelas sebelum mengecatnya. Walaupun agak penat, namun kami berasa amat gembira kerana keadaan kelas kami bertambah ceria dan lebih berih bertanding sebelum ini.
Soalan:
Anda dan keluarga telah terlibat dalam pemindahan mangsa banjir besar yang melanda kampong anda. Ceritakan pengalaman anda semasa berada di pusat pemindahan banjir selama beberapa hari.
Isi yang mahu disampaikan: -Menerima bantuan makanan dan pakaian daripada pihak Jabatan Kerajaan Masyarakat. (isi kedua atau isi ketiga)
Perenggan lengkap:
Pada hari kedua di pusat pemindahan banjir, kami telah menerima bantuan makanan dan pakaian daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat. Bantuan tersebut telah disampaikan oleh kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang melawat mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan di situ. Kami amat bersyukur kerana menerima bantuan itu. Hal ini dapat meringankan beban kami yang tidak sempat membawa bahan-bahan makanan. Tanpa bantuan itu, pasti kami akan kelaparan selama berada di pusat pemindahan tersebut.

1 comment:

  1. terima kasih.blog tuan banyak membantu saya.

    ReplyDelete