Monday, 9 May 2011

TEORI-TEORI PEMBELAJARAN BAHASA

1.0 PENDAHULUAN .

1.1 Pengenalan .
Apabila dapat berfikir dan berbahasa merupakan cirri utama yang membezakan manusia dengan makhluk –makhuk lain. Oleh sebab memiliki kedua-duanya, maka sering disebut bahawa manusia sebagai makhluk yang mulia dan makhluk yang pandai bermasyarakat. Justeru, manusia sentiasa berfikir perkara-perkara yang ada disekeliling mereka. Apabila adanya bahasa, manusia akan berkomunikasi antara satu sama lain untuk menyampaikan buah fikirannya.
Salah satu objek pemikiran manusia adalah bagaimana manusia dapat berbahasa. Terdapat berbagai-bagai pendapat tentang teori pembelajaran bahasa. Antara pendapat mereka ada yang bertentangan namun ada juga yang saling mendukung dan melengkapi. Pemikiran para ahli tentang teori pembelajaran bahasa ini begitu variatif dan menarik.
Sehubungan itu, begitu banyak teori pembelajaran bahasa, yang akan dibincangkan dan dihuraikan dalam tugasan ini. Hal ini dimaksudkan agar pembahasan ini menjadi lebih terfokus.Teori- teori ini ternyata berpengaruh sangat kuat dalam dunia ilmu bahasa.
Sebelum kita berbicara lebih jauh tentang teori pembelajaran bahasa, kita memahami dulu pengertian teori. Menurut Mc lauglin dalam (Hadley: 43, 1993) Fungsi teori adalah untuk membantu kita memahami dan mengorganisasi data tentang
1
pengalaman dan memberikan makna yang sesuai. Jadi bahawa setiap guru pasti sudah memiliki teori tentang pembelajaran bahasa, tetapi sebahagian besar guru tersebut tidak pernah mengungkapkan seperti yang diperkatakan dalam teori itu. Teori mempunyai fungsi iaitu:

1) Mendeskripsikan, menerangkan, dan menjelaskan fakta. Contohnya fakta bahawa mengapa air laut itu masin.

2) Meramalkan kejadian-kejadian yang akan terjadi berdasarkan teori yang sudah ada.
3) Mengendalikan iaitu mencegah sesuatu supaya tidak terjadi dan mengusahakan supaya terjadi
Teori berhubungan dengan belajar ialah belajar adalah acquiring or getting knowledge of a subject or a skill by study, experience, or instruction ( pemerolehan ilmu melalui belajar, pengalaman, latihan) atau learning is relatively permanent change in a behavioral tendency and is the result of reinforced practice). Dengan kata lain teori belajar bahasa adalah gagasan-gagasan tentang pemerolehan bahasa. Semua kegiatan belajar melibatkan ingatan. Jika kita tidak dapat mengingat apa-apa pun tentang pengalaman kita maka kita tidak dapat belajar. Seringkali kita lupa, bahawa sesuatu yang kita lupa belum tentu hilang daripada ingatan. Refleksi daripada pengalaman belajar di sekolah menunjukkan bahwa sesuatu yang pernah dipelajari mudah menjadi lupa. Ingatan dapat dilakukan dengan cara merangsang otak. Pengetahuan yang terlupakan dapat
2
diingat kembali dengan cara belajar kembali.
Prinsip belajar meliputi:

1. Dilakukan dengan sengaja.

2. Harus direncanakan sebelumnya dengan struktur tertentu.

3. Guru menciptakan pembelajaran buat siswa.

4. Memberikan hasil tertentu buat siswa.

5. Hasil-hasil yang dicapai dapat dikawal dengan cermat.

6. Sistem penilaian dilaksanakan secara berkesinambungan.
Sedangkan ciri-ciri perubahan perilaku dalam belajar: terjadi secara sedar, bersifat kontinu, fungsional, bersifat positif, aktif, tidak bersifat sementara, bertujuan atau terarah dan mencakup seluruh aspek perilaku individu. Menurut Suryabrata dalam Sumardi (1998: 232) proses belajar diharapkan membawa perubahan (dalam arti behavioral Changes, aktual maupun potensial), menghasilkan kecekapan baru, adanya usaha mencapai hasil yang lebih baik (dengan sengaja)
.
Perkataan bahasa membawa pengertian yang amat luas. Ahli-ahli bahasa belum sependapat untuk memberikan satu makna yang boleh diterima oleh semua.
3
Setiap ahli bahasa memandang bahasa menurut sudut pandangan latar belakang pengkaji dan aliran pemikiran yang dianuti. Setiap kumpulan ahli bahasa mempunyai pandangan tersendiri tentang perkara yang dikaji. Demikianlah juga hal yang berlaku kepada tanggapan mereka terhadap perkataan bahasa.

Beberapa sarjana bahasa telah memberikan hujah masing-masing dalam mendefinisikan bahasa. Antaranya Sapir dalam buku tulisan John Lyons terjemahan Ramli Salleh dan Toh Kim Hoi mendefinisikan bahasa adalah “semata-mata suatu kaedah yang bukan naluri untuk manusia menyampaikan idea, emosi, dan keinginan melalui ciptaan simbol-simbol yang lahir secara sedar”.

Buku ini juga memetik definisi daripada Bloch dan Trager yang terkandung dalam Outline of Linguistic Analysis (1942 : 2) sebagai “suatu sistem simbol arbitrari untuk sesuatu kumpulan sosial yang bekerjasama”. Sementara Hall dalam Essay of Language menegaskan bahasa ialah” institusi untuk manusia berkomunikasi dan berinteraksi melalui simbol-simbol lisan-pendengaran yang arbitrari mengikut tabiat”.Menurut Lyons lagi, Robins menterjemahkan bahasa “bersifat remeh-temeh dan tidak memberikan maklumat tambahan, cuma mengandaikan… beberapa teori am tentang bahasa dan analisis linguistik”.

Definisi bahasa oleh Chomsky yang dipetik John Lyons daripada Syntactic Structures (1957 : 13) terdapat sedikit perbezaan iaitu “Bermula daripada sekarang, saya akan menganggap bahasa sebagai suatu set ayat (finit atau Infinit). Setiap satu set ini mempunyai had panjang dan tersusun dengan menggunakan satu set
4
unsur yang terhad Ferdinand de Saussure, seorang sarjana Linguistik Swiss mendefinisikan bahasa yang dititip daripada buku Pedagogi Bahasa tulisan Kamarudin Hj. Husin dengan “satu sistem isyarat yang yang mempunyai bahagian terpenting berupa gabungan daripada erti dengan bayangan bunyi dan kedua-duanya adalah bersifat psikologi. Menurutnya lagi erti dan bunyi itu tidaklah terpisah tetapi tergabung dalam satu rantaian ucapan menurut hukum-hukum tatabahasa”.

Dapatlah dirumuskan bahawa bahasa itu merupakan lambang-lambang bunyi yang dihasilkan oleh alat-alat sebutan manusia, bersistem atau mempunyai susunan tertentu. Turut mempunyai bentuk-bentuk tertentu, bertugas untuk menyampaikan dan menyatakan sesuatu, yang mengandungi makna untuk difahami oleh orang lain bagi mewujudkan interaksi sesama manusia.


1.2 Objektif

Objektif tugasan ini adalah untuk menghuraikan tentang Teori-Teori Pembelajaran Bahasa dengan memberi beberapa contoh yang relevan bagi tugasan ini.

1.3 Batasan Tugasan

Kaedah yang diguna pakai untuk menyiapkan tugasan ini adalah dengan menggunakan kaedah kepustakaan. Beberapa buah buku, Modul PPL, jurnal dan artikel telah digunakan sebagai panduan dan rujukan semasa menyusun atur tugasan yang diberikan ini.
5
Segala bahan yang diperoleh daripada pelbagai sumber dianalisis dan disusun atur mengikut kesesuaian. Justeru, penulis membataskan tugasan ini tentang Teori-teori Pembelajaran Bahasa dari segi teori dan penghuraian tentang contoh-contoh berkenaan tajuk ini.


2.0 Teori-Teori Pembelajaran Bahasa .

Dalam bidang pengajaran dan pembelajaran bahasa ada terdapat empat teori penting yang berhubung dengan pembelajaran. Antaranya, ialah ;

i. Teori Pembelajaran Pembentukan Kebiasaan
ii. Teori Pembelajaran Kod-kognitif
iii. Teori Pembelajaran Interaksionalis
iv. Teori Pembelajaran Fungsionalis

2.1 Teori Pembelajaran Pembentukan Kebiasaan
Teori Pembelajaran bahasa ini memandang pembelajaran bahasa sebagai satu kegiatan
mekanis iaitu sebagai satu aktiviti fizikal semata-mata. Teori ini menganggap faktor-faktor
persekitaran sebagai rangsangan dan tindak –tanduk organism pada rangsangan itu sebagai gerak balas. Teori ini cuba menunjukkan bahawa tingkah laku adalah ditentukan oleh faktor-faktor luaran seperti ganjaran yang menguatkan hubungan rangsangan dan gerak balas. Teori pembelajaran ini memakai model berikut ;
6



Banyak contoh dalam kehidupan kita sehari-hari, manusia menggunakan model ini untuk menguasai sesuatu pembelajaran, misalnya belajar memandu kereta, belajar menaip, menghafaz puisi, menguasai perbendaharaan kata atau sebagainya. Menurut teori ini, perancangan guru dalam satu-satu pengajaran adalah penting. Ia harus dapat menentukan apakah perlakuan baru yang perlu dicapai oleh murid-murid dan dapat pula menyediakan persekitaran pembelajaran yang bermakna dan berkesan.

Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran bahasa, teori ini menegaskan latihan dan latih tubi pola. Hal ini bertujuan untuk membentuk satu kebiasaan baru pada pelajar. Menurut Bloomfield [1933].



Latihan pembelajaran mengikut pandangan teori ini ialah latihan yang dikukuhkan. Latihan yang dimaksudkan itu ialah ulangan satu-satu gerak balas dikaitkan dengan satu-satu rangsangan. Misalnya latihan membentuk ayat-ayat Tanya, tujuannya ialah untuk menguatkan hubungan rangsangan [ keperluan membentuk ayat-ayat Tanya] dan gerak balas [ kemahiran membentuk ayat-ayat Tanya] menjadi kekal keadaannya. Jika tidak digunakan kemahiran
7
membentuk ayat-ayat itu akan berkurangan.. Latihan walau bagaimanapun hendaklah dalam keadaan yang bermakna, jika tidak ia boleh membosankan para pelajar. Perlu diingat, kekalnya satu-satu pembelajaran itu adalah bergantung kepada bagaimana latihan itu diuruskan.

Teori pembentukan kebiasaan ini juga menekankan kepada kemahiran lisan. Kemahiran mendengar dan bertutur ini ditegaskan kerana kedua-dua ini mempunyai hubungan yang rapat sekali dan ia merupakan satu perkara yang mudah untuk dikuasai jika dibandingkan dengan aktiviti membaca dan menulis.
Oleh yang demikian, di sini dapat diringkaskan melalui rajah di bawah;







Kesimpulan,bahasa dikuasai melalui proses pengulangan sehingga ia membentuk satu kebiasaan atau tabiat. Kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh pelajar
dianggap kegagalan mereka membantuk biasaan yang betul atau tepat .Bahasa dianggap sebagai
8
alat komunikasi yang terhasil apabila adanya rangsangan dan gerak balas. Aspek lisan, iaitu percakapan dan pertuturan amat dipentingkan. Kebiasaan berbahasa dapat diperoleh melalui latih-tubi diikuti dengan pengukuhan dan ganjaran. Ganjaran dapat mewujudkan pengulangan dan menggalakkan pelajar memberi gerak balas yang betul. Bahasa dihuraikan secara deskriptif atau struktural. Ia dihuraikan mengikut peringkat-peringkat tertentu seperti fonetik atau fonologi, morfologi dan sintaksis.


2.2 Teori Pembelajaran Kod-kognitif[Piaget]

Teori pembelajaran kod-kognitif memandang pembelajaran bahasa sebagai satu proses pemikiran iaitu satu aktiviti mental yang merupakan kebolehan khas manusia secara semula jadi. Teori ini menekankan kefahaman struktur bahasa yang dipelajari kerana dipercayai bahawa pengetahuan tentang pemahaman struktur bahasa itu memudahkan pembelajaran dan penguasaan bahasa tersebut. Apabila teori ini digunakan dalam pengajaran bahasa kedua, maka pengetahuan mengenai tatabahasa bahasa kedua ditekankan. Hal ini adalah kerana pengetahuan itu dapat membantu pelajar tersebut menguasai bahasa yang dipelajari itu secara lebih berkesan.
Teori kod-kognitif ini juga begitu mementingkan pengetahuan dan kesedaran tentang pola-pola sintaksis dan leslikal. Dalam pembelajaran bahasa, pemahaman pelajar akan struktur-struktur bahasa yang dipelajari adalah amat penting. Selain itu, menghafaz peraturan-peraturan dalam tatabahasa itu adalah juga perlu.

9
Teori pembelajaran ini menganggap bahasa adalah fenomena pemikiran dan bukan mekanikal. Menurutnya, kanak-kanak mempunyai satu daya penguasaan bahasa yang bertindak melalui hipotesis dan cuba uji. Dengan daya penguasaan bahasa ini, mereka boleh memilih bentuk-bentuk yang bukan struktur dalam bahasa tersebut. Teori penguasaan bahasa ini rapat hubungannya dengan teori psikologi kognitif pembelajaran yang menekankan analisis dan pembelajaran melalui proses deduktif.

Perbezaan antara kedua-dua teori pembelajaran ini sebenarnya adalah perbezaan penegasan, dan ini juga merupakan kelemahan masing-masing. Sebenarnya, latihan
dan pengetahuan, lisan dan bertulis bukanlah bersifat berasingan tetapi merupakan pasangan yang saling melengkapi dan tidak dapat dipisahkan. Jadi , guru bahasa patutlah menggabungkan kekuatan kedua-dua teori pembelajaran ini dalam pengajaran mereka. Hal ini dapat membantu guru memaksimumkan hasil pengajaran mereka.
Oleh yang demikian, di sini dapat diringkaskan melalui rajah di bawah;






10









Kesimpulan , teori ini lebih menekankan penggunaan akal fikiran dan otak bagi proses pembelajaran. Dalam teori ini, Piaget memperkenalkan 4 peringkat iaitu bagaimana otak memberi respon terhadap sesuatu pelajaran. Proses pemikiran manusia dikatakan berperingkat mengikut tempoh umur dan perkembangan otak.


2.3 Teori Pembelajaran Interaksionalis {Haliday]

Teori ini berkembang dalam bidang psikolinguistik dalam tahun-tahun enam puluhan dan tujuh puluhan. Ahli-ahli bahasa seperti Bloom [1970], Bowennan [ 1973-6], Gromer [1976] dan lain-lain yang menunjangi teori ini bersependapat bahawa kebolehan kognitif sahaja
11
tidak boleh menjelaskan penguasaan bahasa. Hal ini adalah kerana kebolehan kognitif hanya membolehkan kanak-kanak mentafsir makna tetapi tidak menjamin pentafsiran ini boleh dilahirkan dalam bentuk bahasa.

Menurut teori pembelajaran interaksionalis, kanak-kanak perlu didedahkan kepada interaksi linguistic supaya mereka boleh mempelajari cara-cara menggambarkan makna-makna kognitif dalam bentuk-bentuk linguistik yang jelas dan tepat.
Teori ini memandangkan pembelajaran bahasa adalah sebagai alat berinteraksi dan ia merupakan satu proses yang melibatkan mental dan linguistic. Teori ini
menekankan pentingnya proses pembentukan hipotesis mengenai undang-undang bahasa dalam sesuatu pembelajaran bahasa itu. Seseorang pelajar harus boleh menggunakan struktur-struktur bahasa yang betul dari segi tatabahasa dan makna. Kebolehan ini adalah penting bagi
membolehkan mereka itu berkomunikasi dalam bahasa masyarakat itu dengan baik dan berkesan .

Dalam pembelajaran bahasa, teori ini menyarankan supaya guru-guru memberi banyak latihan kepada pelajar-pelajar. Walaupun pada dasarnya teori ini menganggap penyampaian makna lebih diutamakan daripada struktur bahasa namun kedua-dua makna dan struktur harus berjalan serentak. Langkah ini dapat menolong murid-murid menggunakan bahasa yang dipelajarinya itu dengan betul.

12
Selain itu, aktiviti-aktiviti bahasa yang bermakna dan menarik adalah juga penting difikirkan. Menurut teori ini, aktiviti-aktiviti bahasa yang bermakna dan berkesan membolehkan murid-murid bukan sahaja berusaha menguasai dan memperbaiki pengunaan sistem bahasa itu tetapi juga berkemampuan untuk menggunakannya dengan fasih dan lancar.
Oleh yang demikian, di sini dapat diringkaskan melalui rajah di bawah;










Kesimpulan, pembelajaran merupakan proses mental dan linguistik. Kebolehan menggunakan struktur bahasa yang betul dalam aspek tatabahasa dan makna diutamakan untuk membolehkan kanak-kanak berinteraksi. Guru perlu menyediakn situasi dan bahan pengajaran yang bermakna dan berkesan. Struktur bahasa akan dikuasai dengan berkesan jika pelajar menjalankan aktiviti
dengan berkesan dan berkaitan dengan kehidupan sehari-hari . Teori ini menekankan komunikasi
13
lisan berasaskan pendekatan komunikatif.
2.4 Teori Pembelajaran Fungsionalis [Haliday]
Teori fungsionalis berkembang dalam tahun-tahun enam puluhan dan tujuh puluhan. Ahli-ahli bahasa yang menganut fahaman ini bukan sahaja mengkaji bahasa dari segi strukturnya
malah mereka juga memberi perhatian yang serius terhadap fungsi bahasa itu. Hal ini bermakna mereka menegaskan bahasa sebagai alat untuk berkomunikasi.

Menurut teori ini, bahasa mempunyai tiga fungsi :
i. Bahasa menyampaikan idea :

Kita berfikir dan mencuba berkongsi pandangan dan pendapat dengan orang lain melalui bahasa. Secara umum ini disebut sebagai fungsi kognitif.

ii. Bahasa menyampaikan maklumat:

Bahasa mempunyai keupayaan untuk menyampaikan maklumat mengenai penutur. Apabila seseorang itu bercakap, sama ada dia suka atau tidak, secara tidak disedarinya dia telahpun menyampaikan maklumat tentang dirinya.

iii. Bahasa menyampaikan partisipasi kita dalam proses berkomunikasi:

Hal ini bermakna bahasa itu digunakan untuk tujuan-tujuan berinteraksi.
14

Menurut teori ini, bahasa bukan semata-mata dikaji dari segi bentuknya tetapi perkara yang lebih penting ialah bagaimana bahasa itu berubah-ubah sifatnya sewaktu ia digunakan untuk berkomunikasi. Dalam perkataan lain, kajian-kajian bahasa adalah tertumpu kepada perubahan –
perubahan yang berlaku pads bentuk-bentuk bahasa itu ketika seseorang itu berkomunikasi.
Teori ini mengutarakan beberapa ciri penting :

a. Sistem bahasa yang digunakan pleh ahli-ahli masyarakat untuk berkomunikasi tidaklah merupakan satu system yang statik atau tertutup sifatnya tetapi sistem itu bertenaga dan terbuka.

b. Perkara dasar yang ditekankan dalam struktur bahasa ialah semantik dan bukan hubungan-hubungan sintaksis.

c. Semasa bahasa itu dituturkan ada terdapat kepelbagaiaan di dalamnya. Hal ini adalah kerana bahasa itu tidak statik dan bertindak mengikut sesuatu keadaan dan sistem sosial.


d. Bahasa adalah sebagai alat untuk berhubung, melahirkan pendapat dan menyatakan perasaan dan oleh sebab inilah ia bukan sahaja berfungsi sedemikian tetapi juga dapat juga menggambarkan watak dan peribadi penuturnya.
Oleh yang demikian, di sini dapat diringkaskan melalui rajah di bawah;
15















Kesimpulan, bahasa dikatakan sebagai satu fungsi kerana bahasa merupakan alat komunikasi yang menghubungkan individu antara satu sama lain. Ia boleh menyampaikan maklumat yang dapat memberi faedah kepada penuturnya. Dalam pembelajaran, bahasa dikatakan dapat memberi
16

pengetahuan tentang penggunaan tatabahasa yang betul sama ada dalam pertuturan mahupun dalam penulisan. Kanak-kanak perlu didedahkan dengan penggunaan bahasa yang betul agar mereka dapat mengaplikasikannya dalam pertuturan seharian.


2.5 Teori Pembelajaran Situasionalis

Teori pembelajaran situasionalis menganggap bahasa adalah sebagai satu kod komunikasi dan ia digunakan untuk menyatakan aksi, untuk menerngkan, untuk menyatakan lokasi, nama, aras dan peringkat dan sebagainya
Pandangan ahli-ahli bahasa yang menganut teori ini mengenai deskripsi bahasa tidak banyak perbezaannyadengan apa yang diutarakan ole golongan strukturalis. Mengikut pandangan teori ini bahasa dipelajari dengan cara menggalakkan pembentukan kebiasaan. Item-item linguistik haruslah dimanupulasi dan dipelajari. Bentuk-bentuk ayat perlu diperkenalkan dan ini dilakukan dengan cara mewujudkan situasi-situasi sebenar di dalam kelas. Ayat-ayat dipilh oleh guru dan ia harus terdiri daripada ayat-ayat yang betul dan gramatis. Selain daripada itu, formula sosial perlu diperkenalkan, walaupun ada kemungkinan ia merupakan aktiviti-aktiviti yang
kompleks. Formula sosial ini penting kerana ia berguna dalam konteks bermasyarakat.

Teori situasionalis menyarankan supaya bahan-bahan pengajaran disesuaikan dengan kaedah dengar-tutur di mana bahan-bahan itu diperdengarkan terlebih dahulu sebelum murid-murid diminta membaca dan menuliskannya. Bahan-bahan realis, objek-objek yang terdapat di
17
dalam bilik darjah seperti buku, meja,kerusi,pensel,pen dan pembaris; aksi-aksi biasa seperti
berjalan ,berlari, duduk, berdiri, member dan menerima, dan mengukur; atau satu kit pengajaran yang berguna, gambar-gambar, botol, kasut dan sebagainya sangat baik digunakan. Satu lagi perkara yang amat digalakkan ialah ‘main peranan’ simulasi atau berlakon dalam keadaan dan situasi sebenar.

2.6 Teori Pembelajaran Anggapan

Teori pembelajaran anggapan menggunakan pendekatan yang menekankan kepada fungsi bahasa. Ia mempunyai ciri-ciri yang bertentangan dengan teori pembelajaran situatinal yang berlandaskan
kepada teori pembelajaran struktual. Pendekatan anggapan berdasarkan pandangan-pandangan fungsionalis terhadap cirri-ciri semula jadi bahasa yang menekankan tatabahasa dan makna secara serius.

Dari segi deskripsi bahasa, teori pembelajaran anggapan berlandaskan kepada pandangan-pandangan aliran kognitif terhadap pembelajaran bahasa. ini bermakna teori ini menekankan makna (aspek semantik) dan mengutamakan tatabahasa yang bersistem. Teori ini menganggap pengatahuan semantic sebagai perkara utama. Soalan uang harus dijawab ialah ‘Apakah yang
mahu dinyatakan oleh penguna-penguna bahasa?’ teori anggapan ini percaya bahawa bahasa adalah satu sistem – bukan system bentuk tetapi system makna. Mereka mengandaikan bahawa
18
pembelajaran bahasa adalah mempelajari cara memberi makna. Berbeza dengan teori
pembelajaran situational, teori ini cuba menerangkan keperluan berkomunikasi pelajar-pelajar dan kemudian mempamerkan cara-cara setiap komunikasi yang diperlukan dinyatakan.

Penutup

Berdasarkan huraian di atas, dapat kita simpulkan bahawa dalam proses belajar bahasa dapat ditinjau dan dilihat daripada berbagai -teori teori yang kesemuanya kita boleh terima dengan baik. Yang terpenting bagi kita dengan adanya teori-teori tersebut dapat membantu kesulitan dan permasalahan bagi mereka yang sedang belajar bahasa sehingga dapat memaksimalkan kemampuan mereka seperti yang kita harapkan.








19
BIBLIOGRAFI ;
Abdullah Hassan. (1980). Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. Petaling Jaya:
Penerbit Fajar Bakti.
Lightbown,M.P& spade, N.[2006]. How Language are Learned, Oxford; Oxford Press
Long, H.M& Doughty, C. 2005, Handbook of Second Language Acquition, Cambridge; Cambridge University Press.
Hadley. Alice Omaggio,[ 1993], Teaching Language 2nd Edition, Heinle and Heinle Publishers, USA
J. S. Atherton.[ 2005]. Learning and Teaching: Humanistic approaches to learning Pedagogy 2th edition , New York
Kamus Dewan Edisi Ke-4, [2007], Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka
Kamarudin., Siti Hajar Hj. A.Aziz., dan Arba’ie., (1997). Teori Pembelajaran
http://www.scribd.com/doc/pandanganbloomfield
Kamarudin Hj Husin [1988] Pedagogi Bahasa,Petaling Jaya; Longman
Pateda, Mansoer,[1990] Aspek-aspek Psikolinguistik, Nusa Indah. Flores.
Rieken, Elizabeth,[ 1993]. Theaching Language in Context. Heinle & Heinle Publiser, Boston.
Soenjono Dardjowidjojo,[2000],ECHA Kisah Pemerolehan Bahasa Anak Indonesia, Unika Atma Jaya; Grasindo.
Suryabrata, Sumardi.[1998]. Psikologi pendidikan. PT Raja Grafindo Persada. Jakarta
20

Vijayaletchumy A/P Subramaniam [2006],Artikel; Pemerolehan Bahasa dalam Kalangan Kanak-kanak Melayu; Perspektif Psikolinguistik, Petaling Jaya: Sasbadi.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment