Friday, 3 June 2011

BAHASA BAKU

TAJUK TUGASAN : APAKAH MAKSUD BAHASA BAKU?
Disediakan oleh En Rozali Rajab
1.0 PENGENALAN
Kita sudah biasa mendengar istilah bahasa baku. Perkataan ini sering kali digunakan atau disebut sama ada di sekolah-sekolah,pejabat kerajaan, university dan sebagainya. kata baku telah terdapat dalam kamus Melayu lebih kurang setengah abad lalu. Walau bagaimanapun, istilah tersebut menjadi popular apabila kerajaan memutuskan pengajaran dan penggunaan sebutan baku yang berasaskan keselarasan antara ejaan dengan sebutan pada tahun 1988, bersempena dengan pelaksaan Kurikulum Bersepadu.
Oleh itu, bahasa baku sering kali menjadi pendebatan dalam kalangan pencinta-pencinta bahasa terutama dalam sebutan bahasa baku. Masyrakat sering kali mempertikaikan bahawa bahasa baku sama seperti bahasa Indonesia. Namun, masyarakat tidak menyedari bahawa bahasa baku telah lama diamalkan.
“…bahasa Melayu baku telah mempunyai asas sejak berabad-abad yang silam. Bahasa Mekayu telah memiliki tradisi yang teguh dalam hal sistem dan strukturnya. Sistem bahasa yang lahir daripada tradisi itulah yang kita sebut tatabahasa.tatabahasa itulah yang menjadi asas bahasa baku……..” 1
1.Awang Sariyan. 2005, Tuntutan Bahasa, Asas Pegangan Pelajar, PJ Parson Malaysia Sdn. Bhd ; ms 177

Justeru, bahasa baku banyak digunakan dalam situasi yang rasmi, manakala dalam situasi yangtidak rasmi tidaklah terlalu dituntut untuk bahasa baku.
Oleh itu, tugasan ini meninjau tentang takrif atau maksud bahasa, pembakuan bahasa Melayu, ciri-ciri bahasa baku, apakah yang dimaksudkan dengan bahasa baku, sebutan bahasa baku dan usaha-usaha pembakuan bahasa Melayu.
Dengan meninjau tentang bahasa baku, kita boleh melihat tentang perkembangan bahasa baku. Hal ini disebabkan bahasa baku lazimnya ditutur semasa urusan rasmi kerja.
2.0 KAEDAH KAJIAN
Tugasan ini dilakukan melalui kaedah kajian perpustakaan. Buku-buku yang berkaitan dengan bahasa atau tajuk tugasan ini, merupakan salah satu rujukan untuk menyiapkan tugasan ini. Selain itu, rujukan nota BBM 5203 Sosiolinguistik Lanjutan oleh Prof. Dr. Hashum Hj. Musa telah membantu menyiapkan tugasan ini.
3.0 OBJEKTIF
1. Dapat menyatakan maksud bahasa
2. Dapat menyatakan pembakuan bahasa Melayu
3. Dapat menyenaraikan ciri-ciri bahasa baku
4. Dapat menghuraikan maksud bahasa baku
5. Dapat menyatakan sebutan bahasa baku dengan betul
6. Dapat meninjau lebih mendalam tentang usaha pembalakan
4.0 DEFINISI BAHASA
Sebelum kita membicarakan maksud bahasa baku, kita perlu mengetahui dan memahami maksud atau erti bahasa.
Bahasa ialah suatu sistem lambang bunyi suara yang abritari yang digunakan oleh suatu kelompok manusia untuk perhubungan. Bunyi suara ini disebut bunyi bahasa. Bunyi-bunyi bahasa dilahirkan oleh manusia dengan alat-alat pertuturannya dan digabungkan untuk membentukkan kata. 2
2. J.Nulawadin Mustafagani,1991, Asas Kemahiran Berbahasa Malaysia ; Fajar Bakti Sdn. Bhd, Kuala Lumpur : ms 1

......................................................................................................................................................................... UNTUK MAKLUMAT,SILA HUBUNGI PENULIS.
PENULIS MEMBERI CERAMAH KEPADA PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH

No comments:

Post a Comment

Post a Comment