Tuesday, 7 June 2011

KATA GANTI NAMA TEMPAT

Kata ganti nama tempat digunakan untuk menggantikan nama tempat.
Contoh :
a - sana-digunakan oleh orang yang bercakap untuk menunjukkan tempat yang jauh dan tidak kelihatan.
b - sini - digunakan oleh orang yang bercakap untuk menunjukkan tempat yang dekat dengannya
c - situ- digunakan oleh orang yang bercakap untuk menunjukkan tempat yang jauh tetapi masih dapat dilihat tempatnya.
Peringatan
Fahamkan dengan teliti dan jelas penggunaan kata ‘sana’ dan ‘situ’.
Kesalahan dari segi kata
Ayat yang salah
Letakkan beg itu di sana.
Pergilah kamu ke sini.
Ayat yang betul
Letakkan beg itu di sini/situ.
Pergilah kamu ke sana.
Keterangan
Salah menggunakan kata ganti nama tempat.

No comments:

Post a Comment