Monday, 20 June 2011

PANDUAN MEMULAKAN MAJLIS

SKRIP JURUACARA CERAMAH1
CERAMAH 1;
Melayang serindit di atas permatang
Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang
Awal bismillah pembuka bicara

Yg Berbahagia tetamu kita pd pagi ini Yg Berbahagia Tuan Hj Mohd Erfino b. Johari, Yg Dihormati Pn Pengetua Pn Hjh Romlah bt Abd Rahim,barisan guru2 GPK,Ketua-ketua Bidang dan rakan seperjuangan yg ada did lm dewan ini. Assalamualaikum w… dan salam 1 Malaysia.

Sayang kumbang mencari makan
Terbang seiring di tepi kali,
Selamat dtg kami ucapkan
Moga diiring restu illahi

-Terlebih dahulu pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yg Berbahagia Tuan Hj Mohd Efino b Johari kerana sudi hadir ke SMKPP9[1] . Juga tidak ketinggalam pihak majlis mengucapkan terima kasih kepada guru2 yg hadir pd pagi ini. Kelazimannya, pd hari sabtu merupakan hari bersantai bersama keluarga. Nampaknya, apl dilihat muka2 cikgu yg ada di dewan ini begitu ceria yg menjkkan keprihatinan cikgu dlm memartabatkan profesion perguruan, Terima kasih.

-Sebelum penceramah menyampaikan cermah yg bertajuk GURU,BICARA KEPIMPINAN ALQURAN DAN SUNAH, terlebih dahulu Kenalilah Penceramah secara ringkas. [BIODATA DIBACA]

-Dengan tidak membuang masa, dengan segala hormatnya mempersilakan Yg Berbahagia Tuan Hj Mohd Erfino b Johari untuk menyampaikan ceramah beliau yang bertajuk GURU,BICARA KEPIMPINAN ALQURAN DAN SUNAH,

-dipersilakan……………………………………

-Demikian sudah ceramah beliau pd pagi ini. Penerangan dan kupasan yang cukup menarik yg perlu kita renungi bersama. Diharapkan apa yg kita peroleh, dapat manfaat dan seterusnya diaplikasikan dalam kelas dan kehidupan sebagai seorang guru

-majlis berhenti rehat seketika.

CONTOH PANTUN

Pantun Pembuka Acara
Melati kuntum tumbuh melata
Sayang merbah di pohon cemara
Assalammualaikum mulanya kata
Saya sembah pembuka bicara

Terbang unggas riuh menari
Mentari terbit menguning padi
Girang rasa tidak terperi
Bertemu tuan yang baik budi

Mencari timba si anak dara
Di bawah sarang burung tempua
Salam sembah pembuka bicara
Selamat datang untuk semua

Sayang kumbang mencari makan
Terbang seiring di tepi kali
Selamat datang kami ucapkan
Moga diiring restu Illahi

Ke Pekan Kuala membeli bingka
Dalam pesanan pelbagai juadah
Majlis bermula tirai dibuka
Dengan alunan madah nan indah

Melayang serindit di atas permatang
Merbah berkicau dihujung muara
Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara

Pantun Ucapan Alu-aluan

Bukan rumput sebarang rumput
Rumput penghias tepi halaman
Bukan jemput sebarang jemput
Jemput memohon kata aluan

Duduk sekawan gadis jelita
Buat santapan buat pahlawan
Tampillah tuan kami meminta
Madah ucapan kata aluan

Mudik di sungai mendayung sampan
Sampan di dayung ke laut dalam
Sudilah tuan beri ucapan
Kata aluan pemanis kalam

Emas tempawan buatmu puteri
Busana indah buat rupawan
Sudilah tuan tampilkan diri
Bersama madah kata aluan

6 comments:

  1. Terima ksh byk cikgu. Sy ambil sedikit ilmu dr blog cikgu utk panduan..

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas perkongsian,,moga ilmu yang cikgu bagi dibalas oleh Allah..:)

    ReplyDelete
  3. pohon dihalalkan ilmu cikgu, barakallah

    ReplyDelete
  4. terima kasih byk cikgu..saya ambil juga pantun cikgu

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete