Thursday, 7 July 2011

KARANGAN BM KERTAS 2 - PMR

-Belilah Barangan Buatan Tempatan. Bincangkan
Intan Nor Azah Binti Md Razak
3 Alpha

Sebagai negara yang maju dan membangun, Malaysia sebenarnya telah berjaya mengeluarkan pelbagai produk serta barangan sendiri atas hasil keringat usahawan-usahawan Malaysia. Sudah tiba masanya untuk rakyat Malaysia membuka mata tentang barangan buatan tempatan yang ada di Malaysia, yang kualitinya setanding dengan barang luar negara, malah kemungkinan besar lagi baik daripada produk luar negara. Dalam menghadapi cabaran globalisasi, kita perlu membuang sikap prejudis yang ada dalam pemikiran untuk memandang rendah terhadap barangan buatan tempatan, dan sebaliknya membina semangat “Malaysia Maju” dalam semua aspek termasuk soal kualiti dan standard barangan sendiri.
Produk Malaysia telah miniti dari bibir ke bibir tidak kira rakyat Malaysia atau luar negara. Sudah banyak produk Malaysia yang telah dihasilkan. Misalnya kereta, kita telah merintis lebih awal industri automotif, malahan kenderaan keluaran negara kita telah banyak yang menembusi pasaran luar negara.Barangan elektronik seperti kipas, penghawa dingin dan televisyen juga telah banyak membanjiri pasaran luar negara.Ini tidak termasuk barangan berasaskan kain seperti pakaian.
Terdapat pelbagai cara untuk menggalakkan pembelian barangan buatan Malaysia. Strategi yang utama ialah perubahan dari segi mentaliti dan sikap orang kita sendiri, untuk beralih kepada barangan tempatan. Selagi sikap dan mentaliti tidak diubah rakyat masih mengagungkan barangan luar negara, selagi itulah produk di negara kita dibarat ‘katak bawah tempurung’. Apabila kita mengutamakan barangan tempatan, ia membawa manfaat serampang dua mata kepada kebanyakan pihak. Pertama, menggalakkan pembangunan industri tempatan yang berkaitan untuk menghasilkan produk lebih berkualiti dan berdaya saing. Kedua, akan mengelak aliran keluar wang negara ini.
Pengguna tidak boleh disalahkan juga, kerana mereka tidak mendapat maklumat yang lebih mendalam untuk membezakan produk Malaysia dan produk import. Berikutan itu, Fomca dengan kerjasama semua gabungan persatuan pengguna di seluruh negara perlu mengumpul senarai bahan itu untuk diedarkan kepada pengguna. Senarai bahan itu boleh diedarkan melalui media massa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), Lembaga Pemasaran pertanian Persekutuan (Fama) dan syarikat-syarikat yang berkenaan. Pengguna perlulah diberikan maklumat mengenai barang buatan tempatan bagi membantu usaha kerajaan untuk mengelakkan kejatuhan ringgit Malaysia.
Selain itu, mengadakan Kempen Beli Barangan Malaysia haruslah diadakan secara berterusan. Tujuannya adalah untuk memperkenalkan barangan buatan tempatan kepada seluruh rakyat bagi membantu negara dalam sektor ekonomi. Kempen ini harus dijalankan sepanjang tahun dengan mempromosikan semua jenis produk buatan tempatan. Kempen ini haruslah diperluaskan keseluruh negara, terutamanya negara yang maju. Justeru, semua agensi, sektor swasta dan NGO harus memainkan peranan masing-masing.
Pihak kerajaan dan agensi swasta perlu memberi keutamaan yang lebih kepada barangan buatan Malaysia seperti produk berteknologi tinggi hasil tangan pencipta tempatan dan terus membuang rasa sangsi terhadap produk tersebut. Rakyat harus memberi peluang bagi pencipta tempatan ini, dengan membeli barangan tersebut dan sekaligus akan menaikkan barangan buatan tempatan tersebut.Institusi kerajaan dan swasta juga haruslah memberi peluang kepada barangan pencipta tempatan untuk berada di pasaran bagi membolehkan reka cipta tersebut berkembang maju, lebih berkualiti dan menaikkan nama produk Malaysia di persada dunia.
Tuntasnya, persepsi rakyat dan pemimpin berlu diubah dari segi mentaliti. Tidak perlulah kita sebagai rakyat Malaysia untuk mendewa-dewakan barangan import, sedangkan sudah terang lagi bersuluh, di Malaysia sudah ada barangan tersebut. Amatlah diharapkan supaya kempen belilah barangan buatan Malaysia ini dapat dijalankan secara berterusan kerana sudah menjadi tabiat masyarakat kita yang mudah lupa dan perlu pula digerakkan melalui kempen. Jikalau bukan kita rakyat Malaysia untuk menjulangkan produk buatan tempatan, adakah kita akan maju dan membangun? Selain itu, siapa lagi yang akan menjulangkan produk buatan tempatan ini?
_________________________________________________________________
2-Anda mewakili kelas dalam pertandingan perbahasan antara kelas-kelas tingkatan tiga yang diadakan sempena sambutan Hari Guru. Tajuk perbahasan yang ditetapkan ialah ‘Komputer Merupakan Gaya Hidup Masa Kini’. Sebagai pencadang,
tulis teks perbahasan anda itu selengkapnya
oleh Farah Nabihah Bt Ahmad Radzi

Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, barisan pihak pembangkang yang saya hormati, dan hadirin hadirat sekalian. Selaku pihak pencadang yang menegakkan tajuk perbahasan kita pada hari ini, iaitu “Komputer Gaya Hidup Masa Kini”, saya sebagai pencadang pertama akan menjelaskan definisi komputer yang menjadi topik utama kita pada hari ini. Menurut Kamus Dewan edisi keempat, komputer bermaksud sejenis alat elektronik yang menyimpan maklumat pada cakera atau pita bermagnet, menganalisisnya dan mengeluarkan maklumat selanjut apabila diperlukan.
Hadirin yang dihormati,
Di zaman yang moden dan semakin maju ini, komputer merupakan satu keperluan yang penting dalam kehidupan seharian. Sebelum komputer digunakan secara meluas, kegunaannya hanya untuk mengira dan menyimpan data dalam jumlah yang besar. Kini, dengan kepelbagaian ‘software’ dan aplikasi yang bukan sahaja akan memudahkan pengguna dalam pekerjaan tetapi menjadi salah satu daya tarikan kepada pengguna untuk berebut membelinya di pasaran.
Kemahiran menggunakan komputer juga merupakan salah satu syarat wajib apabila memohon sesuatu pekerjaan. Hal ini terjadi kerana hampir semua sektor pekerjaan memerlukan kemahiran menggunakan komputer seperti bidang perniagaan, pentadbiran dan termasuklah bidang kedoktoran. Bukan sahaja pekerja sahaja yang memerlukan kemahiran menggunakan komputer, malah para pelajar juga memerlukan kemahiran menggunakan komputer kerana kita sebagai pelajar menggunakan komputer semasa menjalankan kerja kursus.
Selain itu, komputer juga merupakan alat berkomunikasi dan bersosial. Pada masa kini, dengan wujudnya laman web sosial seperti facebook, twitter dan myspace menunjukkan bahawa komputer merupakan gaya hidup masa kini. Ramai orang sanggup membeli komputer dan melanggani internet khas hanya untuk terlibat dalam kehidupan sosial secara maya. Lebih-lebih lagi laman web sosial tersebut tidak mengenakan sebarang bayaran.
Komputer juga sesuai dijadikan ruangan untuk mengembangkan bakat dan melakukan hobi. Sebagai contoh, jika kita mempunyai bakat dalam menghasilkan video dan gambar yang akan memberikan impak yang menarik, kita boleh menghantar hasil karya tersebut kepada syarikat-syarikat yang sedang mencari bakat dalam bidang tersebut dengan cara yang pantas iaitu melalui kaedah penghantaran ‘e-mail’ atau kaedah ‘upload’ pada laman web seperti ‘Youtube’ dan setaraf dengannya. Kita juga dapat melakukan hobi kita seperti mendengar muzik, menonton drama mahupun bermain permainan secara langsung. Kita hanya perlu memuat turun fail yang berkenaan dan terus dapat memainkannya dengan komputer. KIta juga boleh membaca buku atau surat khabar di dalam komputer tanpa mengeluarkan sebarang wang. Hal ini bukan sahaja dapat menjimatkan wang tetapi dapat juga mengurangkan bilangan pokok yang ditebang semata-mata hanya untuk menghasilkan kertas yang akhirnya akan dibuang juga.
Sidang hadirin sekalian,
Sebelum saya mengundurkan diri untuk memberi laluan kepada rakan-rakan saya untuk membentangkan hujah-hujah yang lebih bernas, saya sekali lagi menegaskan bahawa komputer merupakan gaya hidup masa kini. Dengan adanya komputer, masyarakat akan menjalani kehidupan yang lebih mudah dan masyarakat juga akan menjadi celik di dalam bidang teknologi maklumat. Sekian, terima kasih.
__________________________________________________________________________________
3- Ceritakan apa yang akan anda lakukan seandainya anda telah menjadi jutawan.
Oleh ;Nur Zuleikha Bt Zam Zam
Aku ini hanyalah seorang budak kampung yang miskin . Aku ada angan-angan untuk menjadi seorang jutawan . Jika aku menjadi seorang jutawan , akan aku tolong ibuku yang hari-hari menjual ikan di pasar . Aku akan membelikannya sebuah rumah yang besar untuk dia tinggal bersamaku . Aku juga akan membelikannya pakaian baru dan segala yang baru .
Aku juga ingin menolong orang-orang kampungku yang susah . Aku akan menderma sebahagian hartaku kepada orang-orang kampung dan juga anak-anak yatim . Aku juga ingin menolong semua orang yang memerlukan wang .
Selain itu , aku juga memasang angan-angan untuk membawa ibuku bersama-sama abang dan kakak ku menunaikan haji dan umrah die Mekah pada suatu hari nanti .Aku akan membawa mereka melawat ke tempat-tempat yang menarik seperti makam Nabi Muhammad SAW . Aku juga mahu membawa mereka melancong ke luar negara seperti ke Dubai , England dan macam-macam tempat lagi .
Di samping itu juga , aku akan membrikan pertolongan kepada mereka yang tiada tempat tinggal dan juga mereka yang memerlukan duit bagi menjalani rawatan kesihatan . Aku juga mahu membuka perpustakaan awam , masjid dan juga sekolah bagi penduduk di kampungku .
Tetapi itu hanyalah angan-angan aku . Aku perlu lebih berusaha jikalau ingin menjadi seorang jutawan . Aku akan belajar bersungguh-sungguh demi ibu , abang , kakak dan juga orang –orang kampungku . Bak kata pepatah berakit-rakit ke hulu , berenang-renang ke tepian ; bersakit-sakit dahulu , bersenang-senang kemudian .
__________________________________________________________________
4- Anda telah menyertai rombongan pengakap ke sebuah pulau.
Tulis catatan lengkap tentang perkhemahan tersebut
Oleh; Nur Amirah bt Hisham
JUMAAT, 27 MEI 2001
7.30 Pagi
Sebanyak 30 orang ahli pengakap Sekolah Menengah Kebangsaaon Putrajaya Presint 9 (1) bertolak dengan menaiki bas menuju ke kem pengakap peringkat kebangsaan di Pulau Tioman dengan diiringan oleh empat orang cikgu iaitu Cikgu Rozali, Cikgu Zubaedah, Cikgu Azlan Ali dan Cikgu Raheemah.
12.00 Tengah Hari
Sampai di Pulau Tioman. Mendaftar diri dan dibahagikan kepada lima kumpulan iaitu kumpulan Helang, kumpulan Enggang, kumpulan Cenderawasih, kumpulan Garuda dan kumpulan Dodo. Makan makanan tengah hari yang disediakan oleh pihak urus setia. Selepas itu, mendirikan khemah.
4.30 Petang
Minum petang dan berehat.
8.30 Malam
Makan malam di tempat yang disediakan. Sesi suai kenal yang dikenali sebagai ‘ Ice Breaking’ , berehat dan tidur.
SABTU, 28 MEI 2011
8.15 Pagi
Aku dikejutkan oleh rakan sekhemah. Kami bersedia bagi aktiviti yang akan dijanlankan. Aktiviti yang pertama, kami dikehendaki membuat sarapan pagi untuk kumpulan masing-masing.
9.30 Pagi
Aku dan rakan-rakan membuat gajet untuk meletakkan barang-barang keperluan kami.
12.30 Tengah Hari
Makan tengah hari. Kami diberi ceramah tentang sejarah penubuhan pengakap oleh pengakap yang berpengalaman.
3.00 Petang
Membuat persediaan untuk malam kebudayaan yang akan dijalankan.
6.00 Petang
Memasak dan makan malam.
7.45 Malam
Persembahan malam kebudayaan.
12.30 Tengah Malam
Persembahan kebudayaan tamat dan tidur.
AHAD, 29 MEI 2011
5.30 Pagi
Bungun pagi, bersenam dan bersarapan.
8.30 Pagi
Menaikkan ‘Jalur Gemilang’ serta bendera negeri Pahang. Bersiap sedia untuk pemeriksaan khemah/
9.50 Pagi
Upacara penyampaian hadiah dan sijil penyertaan kepada para peserta. Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 9(1) diisytiharkan sebagai Johan Keseluruhan.
11.15 Pagi
Kami sungguh bertuah kerana dapat berjumpa Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara iaitu Dato' Haji Abdul Kader bin Mohd Nor.
1.15 Petang
Mengemas khemah dan pulang ke rumah masing-masing dengan menaiki bas yang telah disewa khas.
6.45 Petang
Tiba di rumah. Berehat.
________________________________________________________________
5- Kesedaran rakyat tentang alam sekitar masih belum memuaskan.
Berikan pendapat anda.
Oleh ; Nurul Shafiqah Bt Ahmad Hisham
Pada zaman serba moden ini , sememangnya ada yang menyedari tentang kemerosotan alam sekitar. Bagi tempat-tempat tertentu kemerosotan alam sekitar telah mencapai krisis dan boleh dianggap sebagai bencana. Sebagai contoh, media massa sering membawa berita tentang aspek kemerosotan alam sekitar, dan tidak kurang juga orang perseorangan menyuarakan tentang keadaan alam sekitar itu dalam media tersebut. Antara perkara yang diberi perhatian termasuklah keadaan pencemaran di Bandar-bandar besar, kesesakan lalu lintas di Bandar, banjir kilat, pencemaran air, pencemaran udara, bunyi dan tanah tanih.Selain itu, penebangan hutan tak terkawal dan kepupusan pelbagai spesis flora dan fauna juga turut diberi perhatian.
Walaupun pelbagai usaha untuk menangani isu-isu alam sekitar telah dilakukan sama ada oleh kerajaan, pihak swasta dan masyarakat. Namun hasilnya tetap tidak memuaskan. Keadaan ini disebabkan oleh pelbagai kelemahan dari aspek kesedaran dalam melaksanakan langkah-langkah tersebut.
Sungguhpun dikatakan kesedaran rakyat tentang kepentingan alam sekitar telah meningkat, tetapi kesedaran ini masih belum mencapai peringkat yang realistik. Masih ramai yang melihat pengurusan alam sekitar semata-mata untuk mengadakan udara yang nyaman dan air yang bersih tanpa melihat kaitannya dengan usaha pembangunan.
Berdasarkan keadaan ini terdapat golongan yang tidak bertanggungjawab terus melakukan kegiatan yang mencemarkan alam sekitar dan melanggar peraturan alam sekitar.
Majoriti rakyat Malaysia masih tiada kesedaran yang menyeluruh tentang pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar. Pelbagai pihak hanya melenting dan mengutarakan pendapat mereka apabila suatu isu alam sekitar itu menjadi sensasi atau mendapat liputan meluas media massa. Namun tiada tindakan susulan yang berkesan yang diambil untuk menyelesaikannya. Sebagai contoh, isu bahan toksik yang diletakkan di dalam sebuah kilang terbiar di Johor di mana bahan toksik itu datang dari Taiwan .

Pelbagai pihak mengutarakan kebimbangan mereka dan kesan bahan toksik itu terhadap penduduk setempat, namun masih tiada tindakan berkesan untuk menghapuskan bahan toksik atau memindahkannya ke tempat lain. Mereka yang terbabit memberikan pelbagai alasan seperti pihak Taiwan enggan menerima balik bahan itu, masalah pengurusan dan undang-undang dan sebagainya. Seharusnya tindakan drastik harus diambil dalam hal ini seperti melupuskan bahan toksik ini dengan segera dengan cara yang dipratikkan dan bukan membiarkannya begitu sehingga suatu hari nanti memudaratkan penduduk.

Dalam kes ini, rakyat perlu sedar bahawa mereka turut bertanggungjawab dalam pemeliharan alam sekitar dan tidak mengharapkan kerajaan semata-mata. Kesedaran perlu ada dan bukannya hanya mengambil mudah isu-isu alam sekitar atau hanya pandai bercakap tanpa apa-apa tindakan. Cadangan dan pelan tanpa apa-apa tindakan berkesan umpama mencurahkan air ke atas daun keladi.
__________________________________________________________________________________
6- Kebanyakan kemalangan maut di jalan raya melibatkan penunggang motosikal dan pemboncengan. Bincangkan punca kemalangan dan berikan cadangan untuk mengatasi masalah tersebut.
Oleh ; Nur Husnina Binti Abrari
Saban hari meniti dari bibir ke bibir tentang kemalangan jalan raya yang acap kali berlaku terutama sekali yang melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal. Berita-berita tentang kemalangan jalan raya semakin kerap dipaparkan di kaca televisyen serta di dada-dada akhbar, artikel dan sebagainya. Kadar kes kemalangan jalan raya kian meningkat dari semasa ke semasa. Terdapat berbagai-bagai faktor yang mendorong ke arah tersebut.
Punca utama berlakunya kemalangan yang melibatkan motosikal adalah kerana sikap sesetengah penunggang yang menjadikan jalan raya sebagai tempat perlumbaan. Senario ini amat membahayakan kerana mereka tidak langsung mempedulikan pengguna-pengguna jalan raya yang lain. Tindakan ini mungkin akan mengakibatkan berlakunya kemalangan.
Selain itu, penunggangan yang melebihi had kelajuan yang ditetapkan turut menjadi salah satu punca berlakunya kemalangan. Lebih-lebih lagi motosikal adalah kenderaan yang kecil. Sekiranya had laju tidak dipatuhi, kebarangkalian untuk terlibat dengan kemalangan amat besar.
Situasi yang menggemparkan ini seharusnya tidak dipandang remeh bahkan harus ditangani dengan segera. Cadangan-cadangan yang bernas bagi mengatasi permasalahan ini harus dilaksanakan. Antara usaha-usaha yang boleh direalisasikan bagi menyelesaikan masalah yang merunsingkan fikiran masyarakat adalah dengan memperketat penguasaan undang-undang. Hal ini memerlukan kerjasama kerajaan dalam memainkan peranan penting mereka dalam mengenakan hukuman kepada pengguna jalan raya yang melanggar peraturan-peraturan jalan raya. Pesalah laku trafik sebolehnya dikenakan denda atau mungkin dipenjarakan. Kerajaan perlu menjalankan peranan mereka dengan berlandaskan sebuah peribahasa yang berbunyi ‘berdiri di atas pagar’. Dengan ini pengguna jalan raya tidak akan memperlekeh amaran kerajaan lagi.
Seterusnya, segenap masyarakat harus turut sama menjalankan tanggungjawab masing-masing sebagai ahli dalam sesebuah komuniti. Sebagai contoh, jika berlaku aktiviti perlumbaan haram yang sememangnya telah melanggar undang-undang jalan raya, mereka seharusnya melaporkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa dengan segera. Melalui kerjasama antara masyarakat dan pihak berkuasa ibarat aur dengan tebing, sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.
Intihanya, seperti kata orang tua-tua, ‘malang tidak berbau’. Begitu jugalah kemalangan jalan raya. Justeru, setiap pengguna jalan raya terutama para penunggang motosikal haruslah menjalankan kewajipan mereka sebagai pengguna jalan raya dengan mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan, ‘hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih’.
_______________________________________________________________
7- Membaca membawa banyak faedah kepada kita. Tulis sebuah karangan tentang kelebihan tabiat suka membaca.
Disediakan oleh Radhiah Bt Sulaiman

Dewasa ini minat membaca di kalangan rakyat Malaysia semakin berkurang oleh sebab arus pemodenan Negara. Pelbagai faedah yang kita peroleh jika kita membaca. Namun begitu, terdapat sesetengah individu yang menganggap membaca itu tidak penting. Terdapat pelbagai kelebihan tabiat suka membaca yang harus kita ketahui.
Antaranya ialah dapat meningkatkan perbendaharaan kata. Hal ini disebabkan dengan membaca, kita dapat peroleh perkataan-perkataan baru yang dapat kita gunakan semasa membuat karangan. Hal ini juga membuatkan karangan kita kelihatan lebih menarik untuk di baca.
Kelebihan yang kedua ialah dapat meningkatkan memori kita. Jika kita tidak menggunakan memori, lama-lama memori kita akan menjadi lemah. Permainan seperti teka silangkata akan mengurangkan risiko kita untuk nyanyuk di hari tua. Walaupun membaca bukan sejenis permainan, dengan membaca, kita dapat membantu meregangkan otot-otot memori dengan menggunakan cara yang sama seperti kita bermain permainan yang menggunakan memori. Ini kerana membaca memerlukan ingatan lebih lanjut tentang apa yang kita baca itu. Secara tak langsung akan meningkatkan kekuatan memori kita.
Kelebihan yang ketiga ialah melatih diri menjadi seorang yang berdisiplin. Ini kerana apabila kita selalu membaca, kita telah membuatkan masa membaca sesuatu yang kita tahu dan kita mesti lakukan pada masa-masa tertentu. Tapi ada siapa-siapa yang membuat jadual membaca dalam sehari? Sangat sedikit yang melakukannya. Itulah sebabnya apabila kita menambahkan aktiviti membaca dalam jadual seharian dan sentiasa melakukannya, kita akan meningkatkan tahap disiplin dalam diri kita. Kita juga mungkin merasa tidak selesa jika tidak membaca pada satu-satu hari, itu bermakna tahap disiplin untuk membaca dalam diri kita sangat tinggi.
Kelebihan yang terakhir ialah dapat meningkatkan kreativiti dalam kotak fikiran. Jika kita seorang yang rajin membaca tentang kepelbagaian kehidupan, ini akan memberikan kita inspirasi kepada idea-idea yang baru. Dengan penambahan maklumat-maklumat yang lebih, membaca akan membantu memajukan bahagian kreatif dalam minda kita dimana membaca dapat menyerap pembaharuan kedalam proses pemikiran. Seterusnya kita akan lebih kreatif untuk melakukan sesuatu perkara yang baru dalam hidup kita
Konklusinya, sikap membaca perlulah diamalkan oleh segenap lapisan masyarakat. untuk mencapai taraf negara maju menjelang tahun 2020. Jika tidak, kita akan jauh ketinggalan di belakang dan tidak mampu bersaing dengan negara-negara lain. Bak kata orang bijak pandai, “membaca jambatan ilmu”.
_________________________________________________________________


8- Tuliskan pengalaman anda sewaktu balik ke kampung baru-baru ini.
Oleh ; SHAHRUL FAIZI BIN ABDULLAH SANI
Cuti penggal persekolahan baru saja bermula. Aku telah mengikut kakakku pulang ke kampung halaman di Kampung Kepis, dalam daerah Kuala Pilah. Aku amat gembira kerana dapat pulang ke kampung. Ibu dan ayah telah menghantar kami pulang ke kampung kerana mereka sibuk di tempat kerja sepanjang cuti persekolahan kami. Ketibaan kami telah disambut baik oleh datuk dan nenek. Mereka amat gembira kerana kami jarang pulang ke kampung.
Kampung kami terletak di tepi sawah. Belum pun sejam kami tiba, kakakku telah mengajak aku mandi air telaga di belakang rumah. Sungguhpun ada kemudahan air paip tetapi kami sengaja ingin menyejukkan badan dengan air telaga. Pada waktu malam, kami menghabiskan masa di rumah, mendengar pelbagai cerita menarik daripada datuk dan nenek kami.
Aku telah dikejutkan oleh kokokan ayam yang kuat pada keesokan paginya. Suasana yang dingin begitu mencucuk tulang. Hari ini, aku dan kakak bersiar-siar menaiki basikal di sekitar kampung. Pada sebelah petangnya, datuk mengajar kami cara-cara untuk bermain layang-layang. Aku berlari di atas permatang sawah sambil berusaha menaikkan layang-layang itu.
Pada sebelah petang hari yang berikutnya, datuk dan nenek membawa kami dua beradik ke bendang dan ke dusun buah-buahan. Hamparan padi yang menghijau, saujana mata memandang sentiasa menambat hatiku. Begitu juga dengan dusun buah-buahan serta sungai yang jernih yang menjadi tempat kami bermandi-manda semasa kecil dahulu. Selepas itu kami ke sawah untuk membantu datuk memasang lukah.
Keesokan harinya, kami melihat lukah berkenaan. Wah, terdapat banyak ikan di dalam lukah tersebut! Aku dan kakakku seronok melihat ikan itu melompat-lompat di dalam lukah. Kami membawa ikan-ikan berkenaan ke rumah untuk dimasak oleh nenek. Kakak membantu nenek di dapur. Ikan-ikan itu menjadi santapan kami pada tengah harinya. Itulah kali pertama aku menjamah ikan keli dan ikan haruan yang begitu enak rasanya. Sehari sebelum kami pulang ke bandar, aku tidak melepaskan peluang untuk berakit di sungai di hujung kampung bersama-sama dengan budak-budak kampung. Aku berasa amat gembira dapat berakit beramai-ramai kerana pengalaman seperti itu tidak dapat diperoleh di bandar.
Sedar tak sedar, sudah lebih seminggu kami berada di kampung. Tibalah masanya kami pulang ke bandar apabila ibu dan ayah datang menjemput kami. Berat rasanya untuk berjauhan dengan datuk dan nenek. Percutian ini merupakan pengalaman yang manis yang akan sentiasa terpahat dalam ingatanku.

(363 patah perkataan)
_________________________________________________________________


9- Sebagai Setiausaha Persatuan Kebudayaan, anda diminta untuk menyediakan laporan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh persatuan anda.
Tulis laporan itu selengkapnya
.
Oleh; Shafiq Ameer Bin A’ssr
Laporan Aktiviti Kelab Persatuan Kebudayaan
Kelab Persatuan Kebudayaan di Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Kuala telah ditubuhkan pada tahun 2007 . Pada tahun pertama kelab ini ditubuhkan , seramai 25 orang ahli telah menyertai kelab ini . Bilangan pelajar yang menyertai persatuan ini meningkat tahun demi tahun . Bilangan pelajar yang menyertai kelab kebudayaan kini telah meningkat kepada seramai 90 orang .
Pada tahun 2011 , banyak aktiviti-aktivit yang telah dijalankan oleh persatuan kebudayaan ini . Aktiviti pertama yang dijalankan pada awal tahun ialah mesyuarat agung . Tujuannya ialah untuk melantik ahli jawatankuasa seperti pengerusi kelab , setiausaha , ajk-ajk tingkatan dan lain-lain . Pengerusi pada tahun ini disandang oleh Ahmad Fauzan Bin Ahmad Fauzi manakala naib pengerusi ialah Nurul Wani Binti Baharom . Pelantikan dilakukan berdasarkan undian daripada ahli kelab ini .
Selain itu , kelab ini juga telah mengadakan pertandingan nyanyian lagu tradisional tempatan . Tujuan pertandingan ini dijalankan ialah bagi mengumpul dana untuk persatuan kebudayaan ini . Pertandingan ini terbuka kepada dua kategori iaitu kategori pertama bagi guru-guru yang berminat manakala kategori kedua ialah untuk pelajar . Setiap orang yang menyertai pertandingan ini dikehendaki membayar RM5 . Seramai 35 orang murid dan 15 orang guru yang telah menyertai pertandingan tersebut . Pemenang bagi setiap kategori mandapat hadiah berupa wang bernilai RM 25 berserta sijil .
Pada bulan Julai , persatuan ini telah menyertai pertandingan menari kebudayaan . Pertandingan ini telah dianjurkan oleh Majlis Daerah bagi mencari bakat-bakat yang ada di dalam diri pelajar sekolah . Pertandingan ini diadakan di Dewan Orang Ramai Kota Star dan disertai oleh 15 buah sekolah menengah . Persatuan kebudayaan sekolah telah berjaya mendapat tempat ketiga serta berpeluang ke peringkat seterusnya pada tahun hadapan .

Akhir sekali , aktiviti yang telah dijalankan pada tahun ini ialah mengadakan lawatan ke Putrajaya . Duit bagi menjayakan aktiviti lawatan ini diperoleh daripada hasil kutipan pertandingan nyanyian dan yuran tahunan yang dikenakan kepada ahli persatuan serta bayaran RM50 kepada sesipa yang ungin menyertainya. Seramai 60 orang ahli persatuan telah menyertai lawatan ini . Kami berada selama 3 hari di sana . Ahli-ahli persatuan yang menyertai berpuas hati dan gembira kerana dapat mengikuti lawatan tersebut .
Tuntasnya , kami berpuas hati dengan aktiviti yang telah kami jalalankan sepanjang tahun ini . Pada tahun yang akan datang , kami berharap lebih banyak aktiviti yang dapat dijalankan serta menyertai pertandingan-pertandingan luar yang dianjurkan .

Disediakan oleh , 20 Jun 2011
Ameer
(SHAFIQ AMEER BIN A’SSRI)
Setiausaha Persatuan Kebudayaan
Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Kuala
________________________________________________________________
10-Satu temasya sukan akan berlangsung di sekolah anda.
Tulis laporan tentang temasya sukan tersebut
.
DISEDIAKAN OLEH : NUR AFIFAH BINTI RABAN , 3 ALPHA
TEMASYA SUKAN SEKOLAH
Pada hari Sabtu yang lepas , bersamaan dengan 12 Oktober 2010, sekolah saya telah mengadakan temasya sukan buat kali yang ke-8. Acara ini dilakukan pada hujung minggu. Sebelum itu, pihak sekolah telah menyiapkan persediaan yang rapi bagi memastikan semua acara dapat berjalan dengan lancar. Bagi memastikan temasya sukan tahun tersebut berjalan dengan jayanya, persiapan awal telah dilaksanakan. Antaranya ialah membuat ‘warm-up’ bagi memastikan semua peserta tidak akan mengalami sebarang kecederaan semasa acara berlangsung dan latihan perbarisan serta formasi buat kali yang terakhir.
Seluruh kawasan padang telah dipenuhi dengan khemah-khemah tetamu serta khemah-khemah rumah sukan masing-masing yang terdiri daripada rumah syahbandar, laksamana, bendahara dan temenggung. Pada pukul 7.30 pagi, para tetamu yang dihadiri oleh ibubapa tiba. Mereka telah dipersilakan duduk di bawah khemah yang telah disediakan. Manakala para tetamu jemputan pula tiba tepat pada pukul 8 pagi. Dengan hadirnya para tetamu jemputan, semua murid diminta berkumpul di bawah khemah rumah sukan masing masing.
Acara telah dimulakan pada pukul 8.30 pagi. Ia dimulakan dengan acara lintas hormat rumah-rumah sukan dengan pakaian yang seragam. Semua peserta formasi kelihatan cukup bersemangat membuat persembahan di depan para tetamu jemputan. Para tetamu meberikan tepukan yang gemuruh pada setiap pasukan. Kemudian, tetamu khas iaitu Penolong Pengarah Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya telah merasmikan temasya sukan bagi kali yang ke-8. Acara sukan bermula pada pukul 9.30 pagi. Antara acarra yang telah dipertandingkan ialah acara larian berganti, larian pecut serta tarik tali. Semua murid yang mengambil bahagian telah bertanding dengan penuh bersungguh-sungguh dan semangat kesukanan yang tinggi.
Ibu bapa yang hadir turut meberi semangat kepada anak-anak mereka. Mereka menjerit nama anak mereka bagi menandakan bahawa mereka juga telah member sokongan yang penuh kepada anak mereka. Murid-murid yang lain juga turut member sokongan kepada rumah-rumah sukan masing-masing. Suasana temasya sukan tersebut cukup meriah dan amat menyeronokkan. Pada waktu rehat, tetamu dihiburkan dengan persembahan tarian dari Kelab Kebudayaan sekolah serta pencak silat. Persembahan tersebut cukup terhibur dan telah menarik perhatian para tetamu yang ada.
Setelah semua acara sudah berlangsung, kini tibalah dengan acara kemuncak bagi temasya sukan tahunan kali yang ke-8 iaitu penyampaian hadiah. Anugerah olahragawan telah disandang oleh saudara Iskandar b. Zulkarnain manakala anugerah olahragawati telah diungguli oleh Nur Alya Natasha. Majlis telah berakhir pada pukul 1.30 tengah hari. Semua para tetamu cukup berpuas hati dengan kelancaran sukan tahunan bagi kali yang ke-8. Saya berharap agar sukan tahunan ini dapat dilaksanakan pada tahun-tahun yang akan datang.

________________________________________________________
11-Ceritakan pengalaman anda sewaktu cuba untuk menyelamatkan seorang budak lelaki yang terperangkap di dalam kebakaran.
Oleh ;Ruzaldeen b. Zainal Abidin
Pada hari Khamis yang lalu, aku berjalan seorang diri ketika pulang dari sekolah. Aku berasa amat penat dan dahaga sekali. Semenjak dua minggu yang lalu, cuaca di Kampung Pagar amat panas. “Mungkin dah masuk musim kemarau”, kataku di dalam hati. Tiba-tiba aku ternampak kepulan asap tebal di sebalik pondok usang yang sudah tidak digunakan lagi itu. Aku bergegas ke tempat tersebut. Rupa-rupanya asap tersebut datang dari rumah En. Saari yang terbakar.
Aku sudah terpaku di depan rumah itu. Aku tidak tahu apa langkah seterusnya yang aku patut lakukan. Apabila aku hendak ke pondok telefon yang terdekat, aku terdengar suara tangisan kanak-kanak. Tanpa berfikir panjang aku mendekati rumah tersebut dan tangisan itu menjadi makin kuat. “Itu mesti anaknya”, kataku. Aku mencampak beg aku ke tepi dan terus meluru masuk ke dalam rumah itu.
Kelihatan api yang marak itu sudah merebak ke seluruh kawasan dapur dan bilik setor. Aku jangkakan kebakaran ini mesti berpunca daripada perkakas dapur. Habanya seperti mengguris pipiku ini. “Aduh, panasnya api ni” , kataku. Aku tidak boleh membuang masa lagi. Aku meneruskan pencarianku . Tangisan itu datangnya dari tingkat atas. Aku terus segera mencari anaknya. Aku terpaksa menggeledah setiap bilik di dalam rumahnya dengan pantas kerana nasibku sekarang untuk keluar dari rumah ini semakin tipis.
Akhirnya aku menjumpai anaknya. Dia masih menangis dengan sekuat-kuat hati nya. Aku mengangkatnya dan aku cuba untuk mencari jalan keluar yang terdekat. Dia meronta-ronta dengan kuat. Aku hampir terjatuh akibat perbuatannya itu. Semasa menuruni tangga , api yang marak itu telah merebak sehingga ke ruang makan. Aku cuba untuk melarikan diri tetapi siling yang runtuh akibat kebakaran itu menyukarkan aku untuk bergerak. Akhirnya aku dapat meloloskan diri dan menyelamatkan anaknya.
Aku terasa kakiku dalam keadaan yang amat pedih. Setelah aku melihat , aku dapati kakiku mengalami luka yang agak besar. Nasibku baik kerana terdapat beberapa orang yang sanggup memberikan bantuan kepadaku dengan menelefon pihak bomba dan ambulans. Setelah pihak berkuasa tiba di tempat kejadian, segala permasalahan dapat diselesaikan. Tetapi rumah En. Saari tidak dapat diselamatkan. Dia tiba di tempat kejadian 15 minit kemudian . Dia mengaku itu adalah disebabkan kecuaiannya membiarkan alatan dapurnya menyala tanpa memeriksa sebelum dia keluar dari rumah. Dia mengucapkan ribuan terima kasih kepadaku kerana sanggup bergadai nyawa untuk menylamatkan anaknya. Dia menghulurkan aku duit tetapi aku menolaknya. Aku memberitahunya aku melakukan semua itu dengan ikhlas. Kemudian dia menawarkan untuk membawaku ke klinik terdekat untuk kakiku dirawat. Akhirnya aku bersetuju dan menaiki keretanya untuk ke klinik. Aku berasa bangga dapat menolong jiran tetanggaku.
_____________________________________________________________
12- Kamu dan rakan kamu sedang membaca surat khabar. Isu yang menjadi perbincangan kamu ialah kemalangan jalan raya.
Tuliskan perbualan tersebut selengkapnya.
Oleh ;Aina Shazwani Bt Abdul Aziz 3 Alpha
Semasa waktu rehat di sekolah semalam saya berbual dengan rakan sekelas saya Mira sambil membaca surat kabar.Tajuk utama perbincangan kami ialah kemalangan di jalan raya.
Mira : Wah, banyaknya berita tentang kemalangan di jalan raya!kasihan saya melihat mangsa- mangsanya, sungguh menyayat hati
Amey : Betul kata kamu itu, kebelakangan ini banyak kes kemalangan dilaporkan tetepi masyarakat tidak menjadikannya sebagai pengajaran atau iktibar buktinya kemalangan jalan raya masih meningkat umpama kudis menjadi tokak. Kemelangan akan semakin bertambah apabila tiba musim perayaan.
Mira : Amey apakah punca-punca yang menyebabkan kemalangan jalan raya?
Amey : Antara punca-punca kemalngan jalan raya ialah keadaan jalan raya yang tidak selamat, sikap pemandu yang hanya mementingkan diri sendiri dan kecuaian pengguna itu sendiri.
Mira : Pada pendapat saya, untuk menagani masalah ini, pihak berkuasa hendaklah mengenal pasti keadaan jalan raya yang sering menjadi punca kemalangan. Jabatan Kerja Raya wajar membaiki jalinan jalan raya di tempat-tempat yang berisikoh dan berbahaya.
Amey :Saya sokong pendapat awak itu Jabatan Kerja Raya wajar membaiki jalinan jalan raya dengan melebarkan jalan raya, membina jejantas dan lampu isyarat serta memasang lampu di sisi jalan raya.
Mira : Selain membaiki jalan raya sikap pengguna juga perlulah mengubah sikap tidak bertanggungjawab, mementingkan diri sendiri dan kurang sedar tentang keselamatan diri dan orang lain sebagai contoh mengubah suai kenderaan, memandu dalam keadaan mabuk melanggar lampu isyarat serta melanggar peraturan jalan raya.
Amey : Untuk pengetahuan awak kecuaian pengguna juga merupakan faktor penyumbang kepada kemalangan jalan raya. Kecuaian pengguna boleh menyebabkan kemalangan terhadap diri sendiri sebagai contoh memandu ketika keletihan, mengunakan telefon bimbit ketika memandu dan keadaan kerata yang tidak selamat.
Mira : Nampaknya loceng waktu rehat sudah berbunyi nampanya waktu rehat kita sudah tamat.
Amey : Jomlah kita masuk ke kelas nanti kita pula yang lambat masuk ke kelas. _______________________________________________________________
13-Anda ingin memohon biasiswa untuk membiayai pelajaran anda di sekolah.
Tulis sepucuk surat kepada pihak terbabit.
Dania Syahirah Bt Zakry

A-2-10, Flat Damai,
Jalan Anggerik,
Taman Berkat,
Ulu Kelang,
51300 Kuala Lumpur



Pengarah
Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Bahagian Pendidikan Menengah
Tingkat 19 & 20, Ibu Pejabat MARA
Jalan Raja Laut,
50609 KUALA LUMPUR 23 hb. Julai 2011

Tuan,

Permohonan Biasiswa Pendidikan Sekolah Menengah

Merujuk kepada perkara di atas, saya ingin memohon biasiswa berbentuk bantuan kewangan daripada pihak tuan bagi meneruskan pembelajaran saya di Sekolah Menengah.

2. Untuk makluman tuan, saya merupakan pelajar tingkatan 3 Ilmu di Sekolah Menengah Taman Berkat, Ulu Kelang. Pendapatan bapa saya yang berkerja di Kilang Pencetakan adalah kurang dari RM1000 sebulan manakala ibu saya pula adalah suri rumah sepenuh masa. Saya merupakan anak sulung dari 5 adik beradik yang mana 3 daripadanya bersekolah.

3. Saya juga merupakan pengawas sekolah yang aktif di dalam bidang sukan dan ko-kurikulum. Saya mewakili sekolah untuk pertandingan perbahasan di peringkat daerah dan mewakilli sukan olahraga untuk peingkat MSSM.

4. Butir-butir diri saya adalah seperti berikut :

Nama : Nur Alia Binti Ahmad
No. K/P : 960606-14-5122
Tingkatan : 3 Ilmu
Sekolah : Sekolah Menengah Taman Berkat,
Ulu Kelang, Kuala Lumpur

5. Bersama-sama dengan ini saya sertakan dokumen-dokumen yang berkaitan untuk menyokong permohonan saya ini.

6. Akhirkata, saya berharap agar permohonan saya ini mendapat perhatian dan pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak tuan. Saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian,

Yang Benar,
Alia
(NUR ALIA BINTI AHMAD)
________________________________________________________________
14- Sebagai seorang wartawan majalah sukan yang terkenal anda dikehendaki menemu ramah seorang pemain yang mendapat pengiktirafan dalam satu kejohanan sukan. Tulis wawancara anda selengkapnya
Nama : Nur Shafiqah Bt Azmi
Shafiqa :Selamat pagi, Encik Soon. Saya ,Shafiqah dari majalah sukan Aksi
diminta untuk menemuramah Encik. Sebelum saya meneruskan
saya ingin mengucapakan tahniah atas kejayaan Encik Soon
yang telah membanggakan ibu pertiwi dalam Sukan SEA baru-baru ini.
Encik Soon : Terima kasih, saudari Shafiqah.
Shafiqah : Baiklah, bolehkah Encik Soon memberitahu saya mengapakah Encik
Soon melibatkan diri dalam acara wushu?
Encik Soon : Sebenarnya, badan saya amat lemah sewaktu zaman kanak-kanak
dahulu. Saya sering diserang penyakit baik penyakit ringan mahupun
penyakit serius. Hal ini amat merisaukan ibu bapa saya, lalu mereka
menghantar saya ke pusat wushu yang berhampiran.
Shafiqah : Oh, rupa-rupanya Encik Soon telah belajar seni wushu sejak dari kecil
lagi! Adakah kesihatan Encik Soon bertambah baik selepas itu ?
Encik Soon : Sudah tentu. Slogan ‘Sukan Asas Kesihatan’ tidak boleh dipertikaikan
Melalui sukan, penyakit-penyakit tidak menghantui saya lagi.
Shafiqah : Setahu saya, Encik Soon telah banyak mengencapi kejayaan dalam acara
wushu. Bolehkah Encik Soon menceritakan serba sedikit tentangnya?
Encik Soon : Hingga hari ini, saya telah memenangi pingat emas dalam pelbagai pertandingan yang
dianjurkan oleh pihak wushu. Namun begitu, pingat-pingat emas yang saya peroleh
semasa Sukan SEA merupakan kemenangan yang paling bermakna bagi saya.
Shafiqah : Adakah Encik Soon menghadapi masalah semasa berlatih ?
Encik Soon : Masalah yang saya hadapi tidak sebesar mana. Kadangkala saya terlalu letih atau
konsentrasi saya terganggu. Namun semua itu bukan alasan untuk saya curi tulang.
Shafiqah : Tidak hairanlah jika Encik Soon beroleh kejayaan kerana semangat Encik Soon yang cekal.
Baiklah, kalau Encik Soon tidak keberatan, bolehkan Encik Soon memberikan satu
gambaran tentang rancangan Encik Soon kelak ?
Encik Soon : Saya akan terus bergiat dalam acara wushu selagi terdaya.Kelak, jika saya berasa bahawa masanya telah tiba, saya akan berundur dari medan pertarungan wushu dan mungkin menjadi jurulatih.
Shafiqah : Sebelum saya menamatkan temu ramah ini, apakah nasihat Encik Soon kepada
golongan muda?
Encik Soon : Seboleh-bolehnya, saya berharap agar pemuda dan pemudi Malaysia bergiat dalam
sukan, tidak kira apa-apa jua bentuk sukan kerana merekalah yang merupakan
penyandang tampuk kepimpinan nusa kelak.
Shafiqah : Terima kasih Encik Soon kerana sudi meluangkan sedikit masa untuk ditemu ramah.
Semoga Encik Soon terus berjaya.
Encik Soon : Sama-sama
__________________________________________________________________________________
15- Jelaskan kebaikan dan keburukan televisyen.
Mohammad Fiqhry Bin Japar
Televisyen adalah penyebar maklumat dan pengetahuan yang sungguh meluas dan berkesan. Itu adalah fungsi utama televisyen diciptakan. Televisyen juga mempunyai kebaikan dan keburukannya.
Antara kebaikan televisyen adalah saluran penyebar maklumat dan pengetahuan terluas zaman sekarang. Sebagaimana radio, siaran televisyen dilanjutkan selama dua puluh empat jam. Hal ini demikian kerana dunia semakin maju. Maklumat dan pengetahuan ke arah kemajuan meledak dengan pesat sekali. Maklumat dan ilmu pengetahuan ini perlu disalurkan kepada masyarakat di negara kita semaksimum yang dapat. Hal ini demikian supaya kita tidak ketinggalan dalam arus kemajuan. Melalui televisyen, perkara ini dapat dilaksanakan. Antara contoh penyalur maklumat melaui televisyen adalah berita terkini dan belutin utama. Contoh sumber ilmu pula adalah ’national geography’, ’discovery’ dan banyak lagi.
Selain itu, televisyen boleh mengisi masa lapang. Televisyen adalah sesuatu teknologi yang dicipta untuk menghibur manusia tanpa melakukan aktiviti yang memenatkan seperti bersukan dan banyak lagi. Fungsi penghiburan televisyen adalah untuk mengurangkan tekanan dan menghilangkan stress. Contoh rancangan yang boleh menghilangkan stress adalah rancangan yang bertema lucu.
Di samping itu, televisyen adalah pemberi pengajaran kepada penonton. Terdapat rancangan seram yang disiarkan di televisyen yang menyampaikan pengajaran juga kesedaran agama terhadap penonton. Rancangan drama juga memberi kesan yang sama terhadap penonton tentang keburukan jenayah dan juga memberi kesedaran untuk tidak melakukan jenayah. Rancangan-rancangan tersebut terdapat pada kebanyakkan saluran televisyen yang disediakan oleh ASTRO.
Seterusnya, televisyen adalah kemudahan kepada peniaga untuk mencari rezeki melalui pengiklanan. Iklan merupakan suatu cara pemberitahuan kepada umum oleh pengeluar sesuatu barangan atau perkhidmatan. Cara ini dapat membantu pengeluar barangan atau perkhidmatan meningkatkan perniagaan mereka.
Selain memberi kebaikan, televisyen juga memberi kesan yang buruk terhadap penonton televisyen terutamanya remaja dan kanak-kanak. Salah satu keburukan televisyen ialah televisyen menimbulkan gejala negatif dalam kalangan remaja dan kanak-kanak. Sudah banyak kali kita mendengar atau membaca rungutan masyarakat tentang rancangan yang disiarkan di televisyen. Antara kata-kata yang terbit dalam rungutan-rungutan itu termasuklah ganas, lucah, dongeng, khayalan, dan berunsurkan hinaan. Tidak mustahil akhlak para remaja dan kanak-kanak di negara kita akan semakin terjejas. Hal ini demikian memberi kesan yang negatif terhadap penonton.
Di samping itu televisyen menyebabkan penonton leka. Penonton akan lupa untuk membuat kerja kerana khusyuk melayan televisyen. Kalangan remaja pula akan lupa untuk mengulangkaji pelajaran kerana beberapa rancangan yang diminati oleh kalangan remaja disiarkan pada masa yang tidak sepatutnya.
Seterusnya, televisyen memberi keburukan kepada penonton dengan mempengaruh rakyat tempatan dengan gaya hidup barat. Ada beberapa aksi yang disiarkan tidak sesuai dengan budaya di Malaysia. Antara contohnya ialah aksi bercium.Televisyen juga mengandungi unsur-unsur keganasan. Kebanyakan rancangan ditayangkan itu memaparkan adegan pembunuhan, peranggaran, tembak-menembak, tipu muslihat, dan sebagainya. Unsur-unsur negatif dalam rancangan-rancangan tersebut mudah meresap ke dalam fikiran golongan muda ini kerana masih mentah untuk menilai dan membezakan kejadian yang berupa realiti daripada kejadian yang berupa khayalan. Mereka meniru atau terikut-ikut akan watak kegemaran mereka dalam rancangan yang ditonton. Sebagai akibatnya, sikap dan perwatakan mereka mudah berubah, malah mereka sanggup bertindak agresif.
Konklusinya, ternampak bahawa televisyen mengadungi lebih banyak keburukan daripada kebaikan. Walaupun yang demikian, kita tidak mampu untuk hidup tanpanya kerana televisyen adalah teknologi yang diutamakan oleh warga dunia untuk mengetahui aktiviti semasa.

_______________________________________________________________________
16- Anda telah mengikuti ceramah tentang punca-punca pelajar melanggar disiplin sekolah. Anda dikehendaki menulis laporan tentang ceramah tersebut.
NURUL ASILAH BINTI MOHD ITHNIN
Laporan Ceramah Tentang Pelajar Melanggar Disiplin Sekolah
Pada 21 Mei 2011,bersamaan hari Selasa.Sekolah Menengah kebangsaan seri Damai telah mengadakan sebuah ceramah tentang punca-punca para pelajar melanggar disiplin sekolah.Ceramah ini telah disertai oleh 54 orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Damai dan 8 orang gguru bimbingan.

Ceramah ini di adakan bertujuan untuk mengatasi masalah pelajar yang melanggar disiplin sekolah yang kian berleluasa.Majlis ini telah bermula pada pukul 8.30 pagi di dewan Ibnu Sina,SMK Seri Damai.Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh pengawas yang bertugas.Pada jam 9.00 pagi,pengetua SMK Seri Damai,Puan Naimah telah memberi ucapan seterusnya melancarkan majlis ini.Ceramah ini juga di adakan bersempena dengan minggu unit Disiplin dengan kerjasama kelab Bimbingan dan Kaunseling,SMK Seri Damai.

Selepas upacara perasmian,Encik Nazim,salah seorang petugas di Pusat Pemulihan Kota Tampan telah memberikan ceramah tentang punca-punca para pelajar melanggar disiplin sekolah.Beliau juga ada menceritakan pengalamannya mendidik pelajar yang melanggar disiplin sekolah.

Selepas Encik Nazim menyampaikan ceramah,satu sesei soal jawab telah di adakan.Beberapa pelajar telah diminta untuk menjawab soalan yang dikemukakan.Seterusnya,Encik Nazim telah membuat satu aktiviti yang diberi nama Kawan atau Lawan.Aktiviti ini diadakan bertujuan untuk para guru menilai sikap para pelajar mereka.Disamping itu guru-guru juga diberi peluang untuk berkongsi pendapat tentang faktor- faktor yang menyebabkan para pelajar melanggar disiplin sekolah.

Majlis ini telah melabuhkan tirainya pada jam 11.00 pagi.Puan Naimah telah memberikan sedikit cenderahati kepada penceramah kerana sudi meluangkan masa bersama warga sekolah SMK Seri Daamai.Saya berharap agar ceramah ini akan memberi kesan yang positif kepada para peserta.Saya juga berharap agar ceramah ini akan diadakan lagi pada tahun hadapan.




Disediakan oleh: 25 MEI 2011

………………………
(NURUL ASILAH BINTI MOHD ITHNIN)
Setiausaha,
Kelab Bimbingan dan Kaunseling
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Damai
______________________________________________________________________________
17- Anda diminta menyampaikan syarahan yang bertajuk ‘Peranan Badan Kerajaan dalam Perniagaan’.
Tulis syarahan anda selengkapnya.
Nabila Bt Shokri
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Puan Pengetua, guru-guru dan rakan-rakan saya sekalian. Selamat pagi saya ucapkan. Tajuk syarahan saya pada pagi Jumaat yang mulia ini ialah peranan badan kerajaan dalam perniagaan.
Seperti yang kita ketahui, kerajaan bukan sahaja beperanan untuk mentadbir dan membangunkan negara. Kerajaan juga berperanan meningkatkan taraf hidup rakyat. Perniagaan merupakan salah satu cara kerajaan meningkatkan taraf hidup rakyat. Oleh itu, kerajaan haruslah memainkan peranan di sini.
Langkah pertama kerajaan ialah memberi pendedahan kepada bakal usahawan sejak sekolah menegah lagi. Justeru, bakal usahawan tidak berasa kekok ketika melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi kerana sudah mempunyai asas.
Selain itu, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi(MECD) telah melaksanakan pelbagai aktiviti antaranya ialah Gerak Usahawan 2005 sebagai usaha meningkatkan kesedaran mengenai keusahawanan secara besar-besaran kepada masyarakat yang berminat dengan perniagaan. Salah satu perkara menarik mengenai program Gerak Usahawan ini ialah kejayaan MECD mengumpul semua agensi berkaitan pembangunan dalam program itu. Pelbagai agensi seperti Perbadanan Usahawan Nasional, Smidec, Fama, Mardi, Bank Pertanian dan beberapa agensi lain yang bukan dalam naungan MECD bersama-sama menjayakan program itu. Program dua hari ini memberi peluang kepada masyarakat umum mendapat pelbagai maklumat berkaitan keusahawanan. Gerak Usahawan menyebarkan maklumat dan ilmu keusahawanan melalui ceramah, sesi klinik dan konsultansi, bengkel, taklimat perniagaan, pameran produk serta sesi padanan perniagaan.
Hadirin sekalian,
Akhir sekali, kerajaan juga menawarkan pelbagai bentuk bantuan pinjaman perniagaan kepada usahawan. Bantuan ini disalurkan melalui agensi-agensi bertanggungjawab dan juga melalui institusi-institusi kewangan. Justeru, bakal usahawan itu sendiri tidak perlu membuat pinjaman daripada ceti haram atau lebih dikenali sebagai ‘ah long’. Tambahan pula, wujudnya Industri Kecil dan Sederhana. Industri Kecil dan Sederhana (IKS) ditakrifkan sebagai perusahaan perkilangan atau syarikat yang menyediakan perkhidmatan berkaitan perkilangan dengan pusing ganti tahunan tidak melebihi RM25 juta dan menggaji kakitangan sepenuh masa tidak melebihi 150 orang. Di Malaysia terdapat pelbagai peluang usaha niaga berbentuk IKS yang mendapat sokongan penuh daripada kerajaan.
Sekian sahaja syarahan saya pada hari ini. Saya berharap kita memanfaatkan kemudahan yang diberi oleh pihak kerajaan sekali gus membantu menaik tarafkan ekonomi kita standing dengan negara Jepun.
______________________________________________________________
18- Mengapakah sukan di Malaysia merosot? Berikan pendapat anda.
Puteri Rossysuqina Bt Megat
Mutu sukan di negara kita seperti bola sepak, badminton dan hoki sememangnya tidak konsisten. Keadaan ini menyebabkan masyarakat di negara kita menyuarakan pendapat masing-masing. Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan mutu sukan di negara kita semakin hari semakin merosot.

Antara puncanya ialah ketiadaan nilai patriotik di dalam diri setiap pemain. Pemain-pemain negara kita kurang mempunyai semangat cinta akan negara. Mereka hanya akan bermain dengan bersungguh-sungguh sekiranya diberikan ganjaran atau wang imbuhan sebelum bermain. Oleh sibab itu, mutu sukan di negara kita terus merosot.
Selain itu, sesetengah pemain di negara kita menganggap bahawa kegiatan mereka di dalam bidang sukan negara kita hanya sebagai kerjaya sampingan semata-mata. Oleh itu, mereka tidak berlatih dengan bersungguh-sungguh atau memikirkan cara untuk meningkatkan kualiti permainan mereka.
Di samping itu, kita sering mendengar peribahasa, “melentur buluh biarlah dari rebungnya.” Namun, bilangan sekolah-sekolah sukan di negara kita masih lagi di dalam kuantiti yang amat sedikit. Kita seharusnya melatih dan menerapkan nilai kesukanan di dalam diri para pemain negara ketika mereka masih di bangku sekolah lagi.
Akhir sekali, negara kita masih lagi kekurangan kemudahan-kemudahan sukan berbanding dengan negara-negara lain yang maju bidang sukannya. Kita kurang membina kawasan sukan seperti gelanggang tennis, badminton dan stadium bola sepak yang juga boleh digunakan untuk menganjurkan pertandingan-pertandingan yang bertaraf antarabangsa.
Oleh itu, kita perlulah sedar dan bertindak dengan segera agar mutu sukan di negara kita tidak terus merosot. Kejayaan dalam bidang sukan juga boleh mengharumkan nama negara kita di persada antarabangsa.
________________________________________________________
19- Anda sebagai pemberita di sebuah akhbar telah ditugaskan menemu ramah Pegawai Perhilitan untuk mengetahui punca-punca kepupusan hidupan liar dan langkah-langkah mengatasi masalah itu.
KHAIRUNNISA BINTI KHALID
Kepupusan hidupan liar semakin meningkat dari tahun ke tahun. Pelbagai usaha telah dilakukan bagi mengatasi masalah ini, namun ianya tidak diendah oleh masyarakat. Saya telah menemubual seorang Pegawai Perhilitan iaitu Encik Ahmad Bin Syukri bagi mendapatkan keterangan lebih lanjut tentang kepupusan hidupan liar.
Saya : Assalamualaikum Encik Ahmad.
Encik Ahmad: Waalaikumussalam.

Saya : Saya pemberita dari akhbar Berita Harian ingin menemuramah Encik Ahmad berkaitan kepupusan hidupan liar. Tetapi sebelum itu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi meluangkan masa bagi menemuramah encik.
Encik Ahmad: Sama-sama. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi
menemuramah saya.
Saya : Baiklah, sebelum kita berbincang lebih lanjut, bolehkah Encik Ahmad menerangkan terlebih dahulu tugas sebagai seorang Pegawai Perhilitan.

Encik Ahmad: Sebenarnya, tugas seorang pegawai perhilitan adalah menguatkuasakan
undang-undang dan memberikan perlindungan kepada hidupan liar.
Saya : Rupa-rupanya, tugas seorang Pegawai Perhilitan tidak mudah seperti yang disangka. Berbalik kepada soalan, apakah pula punca-punca kepupusan hidupan liar?
Encik Ahmad: Sebenarnya, kepupusan hidupan liar ini datangnya dari sikap manusia.
Contohnya, aktiviti penebangan pokok secara berleluasa. Aktiviti ini
sebenarnya menjejaskan kehidupan hidupan liar kerana mereka hilang
tempat untuk berteduh.
Saya : Adakah punca utama kepupusan hidupan liar ini datangnya dari sikap manusia?
Encik Ahmad: Ya, seperti yang saya beritahu tadi, punca kepupusan hidupan liar ini
sememangnya datang dari sikap manusia yang mementingkan diri sendiri.
Saya : Apakah punca-punca lain lagi bagi kepupusan hidupan liar ini?
Encik Ahmad: Punca-punca lain kepupusan hidupan liar datangnya dari kegiatan
pemburuan haram. Mereka melakukan kegiatan ini kerana mendapat
permintaan tinggi di pasaran gelap.
Saya : Apakah haiwan yang paling banyak diburu secara haram?
Encik Ahmad: Haiwan yang paling banyak diburu ialah harimau dan badak sumbu. Hal
ini berlaku disebabkan kulit harimau dan sumbu badak mendapat
permintaan yang tinggi oleh pasaran pasaran gelap diluar sana.

Saya : Memandangkan masalah ini semakin berleluasa, apakah langkah-langkah yang diambil bagi mengatasi masalah ini?

Encik Ahmad: Kerajaan telah mengambil langkah bagi mengatasi masalah ini. Salah satu
daripada langkah kerajaan adalah memastikan pihak perhilitan
mengetatkan lagi undang-undang dan denda yang lebih berat di kenakan
kepada pesalah. Kerajaan juga telah mewartakan Taman Negara bagi
melindungi flora dan fauna dari kepupusan.

Saya : Sebelum saya menamatkan temubual ini, apakah nasihat Encik Ahmad kepada masyarakat di luar sana?

Encik Ahmad: Nasihat saya kepada mereka di luar sana ialah peliharalah warisan
negara iaitu flora dan fauna demi generasi yang akan datang. Ingatlah
bahawa warisan negara amat penting bagi generasi yang akan datang.

Saya ; Terima kasih sekali lagi pada Encik Ahmad kerana sudi di temuramah.

Encik Ahmad: Sama-sama
_____________________________________________________________________
20- Anda dipilih mewakili sekolah dalam satu pertandingan perbahasan. Tajuk perbahasan ialah “Tanggungjawab Seorang Ibu Lebih Berat daripada Tanggungjawab Bapa.” Sebagai pencadang, nyatakan hujah-hujah anda dalam bentuk karangan.
Nurul Farina binti Mazlan

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis,para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru,rakan-rakan seperjuangan saya di barisan pencadang,barisan pembangkang dan sidang hadirin sekalian. Berdiri teguhnya saya di sini adalah untuk mengemukakan hujah-hujah yang bernas bagi mengukuhkan usul perbahasan kita pada hari ini iaitu’ Tanggungjawab Seorang Ibu Lebih Berat daripada Tanggungjawab Bapa’.
Sidang hadirin sekalian,
Sebelum saya mengulas lebih lanjut lagi berkenaan tajuk perbahasan kita pada hari ini,izinkan saya untuk mendefinisikan tajuk perbahasan kita pada hari ini. Tanggungjawab membawa maksud kewajipan. Ibu pula ditakrifkan sebagai orang yang melahirkan kita. Lebih berat ialah tidak ringan manakala daripada bermaksud berbanding. Bapa pula bererti orang tua kita yang lelaki atau ayah.
Sidang dewan sekalian,
Berbanding dengan seorang bapa, seorang insan yang bergelar ibu lebih berat tanggungjawabnya. Setelah menggendong perut yang besar dan berat ke mana-mana sahaja selama sembilan bulan seorang ibu bakal meneruskan penat lelahnya dengan tanggungjawab menjaga dan membesarkan anak setelah anak tersebut dilahirkan dan diberikan peluang untuk marasai kenikmatan hidup di dunia. Lumrah kehidupan seorang ibu akan menjaga anaknya dengan penuh kasih sayang berikutan wujudnya pepatah bagai menatang minyak yang penuh. Bagi membesarkan anak supaya menjadi individu yang cergas badannya dan cerdas mindanya sekaligus menjadi warga yang produktif merupakan sesuatu perkara yang amat sukar untuk dilaksanakan apatah lagi beraruskan cabaran zaman kini. Namun begitu,seorang ibu memikul tanggungjawab yang berat tersebut berbanding bapa meskipun pada pandangan kasarnya tanggungjawab tersebut merupakan tanggungjawab ibu dan bapa bersama. Apabila ditelitikan kembali,kesempatan seorang bapa untuk memberi makan,mengajar mahupun mengawasi pergerakan anak-anak amatlah sukar dicari kerana kesibukan mencari rezeki. Oleh itu,semua tanggungjawab tersebut diserahkan sepenuhnya kepada ibu. Lihatlah betapa beratnya tanggungjawab ibu yang memerlukan kekuatan daripada segala aspek.
Sidang hadirin sekalian,
Selain itu,ibu juga merupakan tempat untuk meluahkan segala masalah yang terbuku di dalam hati. Berkaitan hal ini,seorang ibu perlulah bersedia dari segi mental khususnya untuk mendengar masalah yang dihadapi oleh anak-anak. Luahan rasa dan cerita lebih selesa dilakukan bersama ibu berbanding bapa disebabkan ikatan kasih sayang yang lebih erat dan kelembutan hati seorang ibu. Dalam konteks ini,ibu berusaha sedaya upaya untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh anak mereka. Ibu juga merupakan orang yang senantiasa memberi nasihat dan motivasi untuk menaikkan semangat anak-anak mereka yang kian pudar. Marilah sama-sama kita renungkan betapa beratnya tanggungjawab seorang ibu berbanding bapa. Walaupun fikiran mereka sarat dengan perkara-perkara lain namun ruang untuk anak-anak mereka tetap disediakan.
Sidang dewan yang dihormati,
Hujah saya yang terakhir,ibu merupakan orang yang sentiasa berada di samping kita. Hal ini demikian,kerana kebiasaannya apabila kita ditimpa sesuatu penyakit seperti demam panas,ibu merupakan teman yang setia yang berada di samping kita di saat kita memerlukannya. Ibulah insan yang menjaga dan merawat kita. Bahkan ibu juga sangup berjaga malam semata-mata untuk memastikan keadaan kita sentiasa baik. Adakah itu merupakan tanggungjawab yang ringan?Saya rasa tidak mungkin sidang dewan sekalian akan menutup kedua-dua belah mata begitu sahaja bagi perkara seperti ini.
Sidang hadirin sekalian,
Berdasarkan hujah-hujah saya,jelaslah menunjukkan bahawa tanggungjawab ibu sama sekali lebih berat daripada bapa. Akhir kata,saya ingin tegaskan sekali lagi bahawa tanggungjawab seorang ibu lebih berat daripada bapa.

Sekian,terima kasih.
__________________________________________________________________________
21-Nasi Sudah menjadi Bubur.” Berdasarkan peribahasa ini, tuliskan satu karangan yang lengkap.
Nama:Nursarina Binti Mustapa
Nasi Menjadi Bubur
Aku seorang pelajar yang bermasalah di sekolah.Aku sering dirotan oleh guru disiplinku tapi perangai aku masih tak berubah sebaliknya aku bertambah menjadi nakal dan agresif.
Bapaku sering memarahiku tapi semua itu bagaikan masuk ke telinga kanan,keluar ke telinga kiri.Ibuku selalu menangis jika mendapat surat daripada sekolahku.Berkali-kali dia nasihatkan aku tapi itu umpama mencurah air ke daun keladi kerana aku tak pernah mengambil kisah tentang apa yang dinasihatkan oleh ibuku.
Rakan - rakanku menyuruh aku lari dari rumah dan ikut mereka pergi ke Kuala Lumpur kerana kata mereka di Kuala Lumpur hidupnya bebas dan menyeronokkan.Pada mulanya,aku menolak tapi setelah asyik dimarah oleh ayahku,aku menerima pelawaan mereka.Aku juga telah mencuri barang-barang kemas yang ibuku simpan selama ini.
Setibanya aku di Kuala Lumpur,aku bagaikan terpukau dengan panorama di sana.Tidak seperti di kampungku yang terletak di kawasan pedalaman.Aku berasa seronok di sana.Aku berkenalan dengan kumpulan samseng yang sentiasa membuat huru - hara di Kuala Lumpur.Aku diajak masuk ke dalam kumpulan mereka.Tanpa berfikir panjang,aku menerima ajakan mereka.
Sebaik aku masuk ke dalam kumpulan mereka,aku mula terlibat dengan dadah,seks bebas,rempit dan macam – macam lagi.Aku telah menodai ramai anak dara sehingga ada di antara mereka yang mengandungkan anakku.Mereka menyuruh aku bertanggungjawab tetapi aku hanya memberi mereka wang untuk menggugurkan kandungan itu.
Aku juga telah dipilih oleh ketua kumpulanku menjadi pengedar dadah.Melihatkan upahnya yang lumayan,aku menjadi tidak keruan.Ramai remaja yang datang kepadaku untuk membeli dadah.Ada di antara mereka yang sanggup meragut beg untuk mendapatkan duit bagi membeli dadah.Ada juga yang sanggup mengugut ibubapa mereka.Begitu hebatnya penangan dadah.
Aku tidak menafikan betapa hebatnya penangan dadah kerana aku juga salah seorang daripada mereka.Dadah itu begitu menikmatkan.Aku tidak boleh hidup tanpa sejenis benda yang dipanggil dadah.
Aku mula berasa lemah malah berat badanku juga menurun dengan mendadak.Ramai kawan – kawanku yang memberitahuku apa yang aku alami adalah tanda – tanda positif HIV tapi aku menafikan.
Lama – lama aku semakin lemah.Aku tidak berdaya melakukan apa-apa.Ketua kumpulanku juga sudah tidak mengambil peduli pasalku lagi.Kawan – kawanku mula meninggalkan aku.Aku keseorangan di Kuala Lumpur.Duitku semua sudah habis.Aku semakin lemah sekarang.Aku merayau – rayau di jalanan.Perutku sudah meminta – minta diisi.Aku betul – betul berharap boleh pulang semula ke rumahku tapi tidak mungkin dengan keadaan aku sekarang ini.
Aku mula membiasakan diri tidur di jalanan.Aku betul – betul perlukan dadah pada waktu ini.Aku menjadi tidak keruan.Dalam kepala aku,hanya memikirkan dadah sahaja. Betapa seksanya jiwaku.Aku menangis apabila memikirkan perkara silam.Kalaulah aku tidak mengikut kawanku pasti aku tidak akan menjadi seperti ini.Namun,semuanya sudah terlambat.Nasi sudah menjadi bubur.Kini aku bagaikan sudah hilang akal.Semuanya kerana dadah.
Aku hidup seperti anjing liar di Kuala Lumpur.Penyakitku juga sudah semakin serius.Aku hidup dengan penuh keseksaan dan penghinaan.

____________________________________________________________________________
22-Sampah di kawasan kediaman anda tidak diangkut sejak beberapa minggu yang lalu. Hal ini telah menimbulkan masalah kepada penduduk sekitarnya yang terpaksa menghidu bau busuk setiap hari. Sebagai wakil penduduk kampung, anda diminta menulis surat kepada pihak berkenaan supaya mengangkut sampah tersebut.
Oleh ; Nurul Sakinah Binti Senin
Kampung Tanjung Alir,
22000, Jerteh,
Terengganu.
_____________________________________________________________________________
Pengurus Pemasaran,
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.,
64 & 66, Jalan Pingai,
80400, Johor Bahru. 14 OKTOBER 1998
Tuan,
Masalah Sampah Sarap Di Kampung Tanjung Air
Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa saya,bagi pihak penduduk Kampung Tanjung Air ,Terengganu ,ingin mengadu masalah sampah sarap di kampung ini.
2. Sejak dua minggu yang lalu, sampah sarap di kampung ini tidak dipungut oleh kontraktor yang dilantik oleh pihak tuan.Dua buah tong sampah besar di kampong kami sarat dengan sampah .Oleh sebab itu,penduduk kami terpaksa membuang sampah di sekeliling tong-tong sampah .Akibatnya ,sampah sarap bertaburan di kawasan itu dan kelihatah amat menjijikan .Setiap hari,terdapat anjing,kucing,dan tikus yang berkeliaran di kawasn sampah sarap dan untuk mencari makanan .Lalat pula tidak terkira banyaknya.
3. Sampah sarap itu mengeluarkan bau yang amt busuk dan tengik.Bau yang busuk ini mengganggu penduduk yang tinggal berhampiran dengan kwasan sampah sarap tersebut.Sekiranya angina bertiup dengan kuat,sampah sarap itu akn melyan kea rah rumah-rumah kami dan busuk itu dapat dihidu sehingga 400 meter jauhnya.Kami bimbang keadaan ini akan menjejaskan kesihatan penduduk.
4. Kami telah menghubungi kontraktor yang berkenaan sebanyak lima kali,tetapi sehingga sekarang tiada tidakan diambil olehnya.Kami sungguh kecewa dengan sikap tidak prihatin masalah ini dan tanggunggjawab kontraktor tersebut.
5. Kami berharap agar tuan mengambil tindakan segera untuk mengatasi masalah sampah sarap di kampung ini.
Sekian,Terima kasih.
Yang menjalankan tugas
(NURUL SAKINAH BINTI SENIN)
Wakil Kampung Tanjung Alir,
_________________________________________________________________________
23-Cerita pengalaman anda semaasa teperangkap dalam satu kebakaran .
Syamim Syauki b Md Erfino

Pada hari Selasa yang lepas, saya dan kawan-kawan berada di makmal. Kami sedang membuat satu eksperimen dalam mata pelajaran Sains. Cikgu telah memberi tugasan kepada kami secara kerja berkumpulan.
Sepanjang eksperimen dijalankan, semua kumpulan tekun dengan tugasan masing-masing. Tiba-tiba, ada satu letupan besar berlaku. Saya menoleh ke belakang, asap tebal berkepul-kepul memenuhi ruang belakang makmal. Kami bertempiaran lari ke pintu hadapan untuk menyelamatkan diri sambil menjerit meminta pertolongan. Namun, api semakin marak membakar objek-objek hingga ke pintu hadapan. Kami terperangkap dalam kebakaran tersebut. Kami berasa sangat takut dan cemas.
Tidak lama kemudian, bunyi siren bomba kedengaran. Anggota-anggota bomba dating membantu untuk memadamkan api. Mereka kelihatan begitu pantas menjalankan tugas mereka. Api yang marak itu dapat dipadamkan. Lima belas minit kemudian, kami diselamatkan oleh anggota-anggota bomba tersebut. Ada beberapa kawan saya tercedera dalam kebakaran tersebut. Mereka telah dibawa ke hospital untuk rawatan. Manakala saya dan pelajar-pelajar yang lain dibawa ke padang sekolah bersama pelajar-pelajar lain.
Saya masih berasa ketakutan dan cemas dengan kejadian tersebut. Guru-guru datang untuk memastikan semua pelajar yang terlibat dapat diselamatkan. Peristiwa ini menjadi satu pengalaman yang tidak dapat saya lupakan.
_______________________________________________________________________________
24- Adakah kerana harga yang tinggi menjadi punca album tulen tidak dibeli oleh penggemar muzik? Berikan pendapat anda.
Oleh : Nur Danun Ain binti Amin (3 Alpha)

Muzik boleh mendatangkan pelbagai kesan baik kepada sesetengah penggemar hiburan. Muzik juga merupakan suatu bentuk hiburan yang boleh menghilangkan tekanan bagi sesetengah orang. Muzik yang berunsur pop dan rock, irama asli ataupun jazz adakalanya boleh melepaskan tekanan seseorang itu dengan cara mendengar atau menyanyikan lagu tersebut. Kestabilan dan ketenangan emosi serta mental juga boleh dirasai oleh seseorang apabila mendengar muzik yang berirama lembut dengan alunan yang mendayu-dayu lagi menghanyutkan perasaan pendengarnya.
Dalam arus kemodenan yang sedang pesat membangun, penghibur serta penyanyi dalam industri muzik di Malaysia kini tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Pelbagai jenis lagu diperdengarkan kepada kita saban hari di stesen-stesen radio tempatan. Penenerbitan serta penghasilan album bagi setiap artis dan penghibur juga tidak kurang diuar-uarkan dan diketengahkan.
Namun begitu, terdapat sebilangan album tulen yang lagu-lagunya dinyanyikan oleh sesetengah artis popular, tidak berjaya melepasi sasaran keuntungan bagi sesebuah syarikat industri muzik. Persoalannya, adakah perkara ini berlaku disebabkan oleh harga yang tinggi, seterusnya menyebabkan sesebuah album tulen itu tidak dibeli oleh sesetengah penggemar muzik?
Pada pendapat saya, hal ini berlaku bukanlah disebabkan oleh harga yang tinggi tetapi sebenarnya, perkara ini berlaku disebabkan pada zaman teknologi kini pelbagai kemudahan yang boleh dicapai melalui teknologi Internet. Contohnya seperti muat turun lagu dari Internet, muat turun video dari Internet, muat turun lirik lagu dari Internet dan sebagainya. Kaedah muat turun lagu secara percuma juga kini semakin berleluasa. Apabila hal ini berlaku, lagu-lagu yang popular dan digemari ramai boleh didapati secara mudah tanpa perlu mengeluarkan sebarang kos sebagaimana membeli sesebuah album tulen berkenaan.
Maka, jualan album tulen semakin merosot dari semasa ke semasa. Hal ini mendatangkan kerugian yang besar kepada pihak penerbit dan penggubah lagu serta penyanyi. Perkara ini membuktikan bahawa sesetengah album tulen tidak dibeli oleh penggemar muzik kerana kaedah muat turun lagu dan video secara percuma dari Internet semakin berleluasa, sekali gus menyekat periuk nasi pihak penerbit, penggubah lagu serta penyanyi.
Permasalahan ini ditambah lagi apabila wujudnya kegiatan cetak rompak di negara kita, Malaysia. Menurut laporan yang telah disediakan oleh pihak berwajib, kegiatan cetak rompak kini semakin menjadi-jadi. Mereka bukan sahaja melakukan cetak rompak filem dari panggung wayang, malah adakalanya mereka sengaja menjalankan cetak rompak album-album tulen oleh artis-artis tempatan di negara kita.
Kegiatan haram ini sudah pastinya mendatangkan impak negatif kepada industri muzik tanah air kita sekali gus merugikan pihak-pihak penerbit dari industri muzik mahupun industri perfileman. Hal ini perlu dibanteras oleh pihak berwajib bagi menjaga kepentingan semua pihak termasuklah demi menjaga nama baik Malaysia dalam industri muzik dan perfileman. Tanpa usaha yang drastik dan menyeluruh, sudah pasti masalah ini akan menjadi “barah”, seterusnya memudaratkan semua pihak.
Kesannya, industri muzik dan filem tidak berkembang sebagaimana yang sewajarnya. Adakalanya, sesetengah lagu itu popular dan bermain di bibir audiens tetapi penyanyinya ataupun pihak yang terlibat tidak memperoleh pulangan yang membanggakan. Soal harga yang tinggi tidak perlu dipertikaikan tetapi kerenah “lanun cetak rompak” merupakan salah satu sebab utama menjadikan sesuatu album itu dikatakan tidak laku.
Konklusinya, harga yang tinggi bukan merupakan punca sesebuah album tulen tidak dibeli oleh penggemar muzik. Sebaliknya, sesebuah album tulen itu tidak laku dijual oleh sebab arus kemodenan yang telah mempengaruhi perkara ini untuk terjadi. Tegasnya, pihak berwajib harus mengambil langkah drastik bagi menjaga kepentingan semua pihak.

______________________________________________________________________
25-Anda telah diminta mewawancara seorang penagih dadah yang telah insaf di pusat serenti.
Tulis wawancara anda selengkapnya.
Oleh ; Zulikha Iklil Bt Abdul Aziz
Kejadian jenayah terutamanya berkaitan musuh nombor satu negara yang berlaku di negara kita memang tidak dapat dinafikan lagi semakin melonjak hingga kini. Encik Bakar merupakan seorang salah seorang bekas penagih dadah dan kini berada di Pusat Serenti Bahagia, Kajang. Beliau mempunyai kegigihan dan keazaman yang kuat dalam keinginan mengubah diri sehingga berjaya bebas daripada najis dadah. Ikutilah wawancara saya, Zulikha Iklil, wartawan Berita Harian, dengan Encik Bakar berhubung dengan najis dadah.

Wartawan : Encik Bakar sudah pun berjaya membebaskan diri daripada
belenggu najis dadah. Bagaimanakah Encik Bakar menyesuaikan
diri dengan keadaan persekitaran semasa berada di pusat serenti?
Encik Bakar : Saya sudah memasuki pusat serenti hampir lima tahun semenjak
berada di dalam lingkungan usia remaja. Setiap remaja sudah pasti
inginkan kehidupan yang bahagia dan mewah namun saya dapat
merasai kebahagiaan dalam sekelip mata saja. Kehidupan di sini
jelas mengajar saya bahawa setiap yang berlaku mempunyai
hikmah yang tersurat dan tersirat. Saya memperoleh
ketenangan dan lebih memahami erti kehidupan agar tidak
mengulangi kesalahan yang telah saya lakukan.
Wartawan : Sebagai masyarakat yang prihatin, saya berasa bangga terhadap
Encik Bakar kerana memilih jalan yang benar untuk mengubah diri
serta keluarga encik. Bolehkah Encik Bakar berkongsi pengalaman
pahit getir sehingga terjebak dalam gejala tersebut?
Encik Bakar: Segalanya bermula daripada seorang sahabat yang menawarkan
kemewahan dan kesenangan tanpa berusaha. Saya telah memilih
jalan yang salah tanpa memikirkan natijahnya kepada diri dan
keluarga. Saya lebih mementingkan kesenangan sehingga hanyut
dalam kemewahan duniawi.
Wartawan : Segelintir golongan masyarakat tidak dapat menerima dan
memelihara hubungan baik antara bekas penagih dadah. Apakah
pandangan Encik Bakar terhadap kenyataan tersebut?
Encik Bakar : Pada hemat saya, setiap orang mempunyai hak masing-masing
untuk menilai setiap individu. Walau bagaimanapun, bekas
penagih dadah tidak sewajarnya untuk disisihkan mahupun
dipandang hina oleh masyarakat. Mereka patut diberikan peluang
untuk menjadi orang yang berguna kepada bangsa dan negara.
Saya juga amat menyesal kerana pernah terlibat dalam gejala
tersebut.
Wartawan : Apakah nasihat Encik Bakar kepada masyarakat agar tidak
terjebak dengan kegiatan jenayah amnya dan najis dadah
khususnya?
Encik Bakar : Setiap orang haruslah mengambil iktibar daripada mereka yang
ingin kembali ke pangkal jalan. Setiap lapisan masyarakat haruslah
diberi pendedahan bahawa dadah merupakan musuh nombor satu
negara sebelum terlambat. “Menyesal dahulu pendapatan,
menyesal kemudian tidak berguna”.
Wartawan : Saya berharap agar encik akan berjaya untuk menjadi seseorang
yang berguna kepada bangsa dan negara. Sehingga di sini dulu
wawancara ini. Saya ucapkan terima kasih atas kesudian Encik
Bakar untuk ditemu ramah.
Encik Bakar : Terima kasih kembali.
265 patah kata
______________________________________________________________
26- Tuliskan sepucuk surat kepada Kelab Bola Sepak sekolah lain, memberitahu tentang perlawanan bola sepak yang dicadangkan oleh sekolah anda. Tetapkan tarikh dan tempat perlawanan persahabatan itu
Farah Nuratiqah Bt Abd Rahman

Sekolah menengah kebangsaan putrajaya presint 9(1)
Jalan p9f , presint 9
62250,putrajaya
_____________________________________________________________


Pasukan bola sepak
Sekolah menengah kebangsaan putrajaya presint 9(2)
Presint 9
62250 , Putrajaya 10 MEI 2011

U.P :- Encik Abdul Rahman
Tuan ,
Mengundang ke Perlawanan Persahabatan Bola Sepak

Merujuk perkara di atas , saya selaku setiausaha kelab bola sepak Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 9 (1) ingin mengundang pasukan bola sepak Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 9 (2) ke perlawanan persahabatan bola sepak .
2. Objektif perlawanan persahabatan ini diadakan bagi melatih dan memberikan pendedahan kepada setiap pemain bagai perlawanan sebenar yang akan diadakan tidak lama lagi . Selain itu , sama ada bagi pihak kami atau pihak tuan , kita dapat mengenal pasti kelemahan yang dilakukan oleh pemain atau stretergi perlahwanan yang digunakan tidak berkesan bagi memecah benteng lawan . Di samping itu , perlahwanan ini juga secara tidak langsung dapat menaikkan semangat berpasukan dikalangan kedua – dua pasukan . Seperti yang diketahui , semangat berpasukan dan sifat bekerjasama antara ahli kumpulan sangat penting bagi mencapai kemenangan .
3.Untuk maklumat tuan , di sini saya nyatakan butiran tentang perlahwanan persahabatan bola sepak tersebut .
Tarikh / hari : 14 May 2011 / Isnin
Masa : 2.30 petang
Tempat : Padang SMK Putrajaya Presint 9 (1)
4.Saya berharap pihak tuan dapat mempertimbangkan perlawaan saya ini . Segala perhatian dan kerjasama daripada pihak tuan , saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih .

Sekian ,

Yang benar ,
farah nur aticah
(FARAH NUR ATIQAH BINTI ABDUL RAHMAN)
SETIAUSAHA ,
PERSATUAN BOLA SEPAK
_____________________________________________________________
27- Kelas anda telah memilih anda untuk menyertai pertandingan syarahan yang bertajuk ‘Membaca Amalan Mulia’. Sediakan teks syarahan anda itu selengkapnya.
Danish Irfan B Abd Aziz
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, Yang Berusaha Tuan Pengetua, guru-guru dan rakan-rakan seperjuangan sekalian. Berdirinya saya di sini, pada pagi yang mulia ini adalah untuk menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk “membaca amalan mulia."
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Para hadirin yang dihormati sekalian..

Tajuk syarahan saya pada kali ini ialah ‘ membaca amalan mulia’. Membaca adalah satu yang amat penting di dalam kehidupan kita. Membaca boleh memberi manfaat kepada semua manusia di atas muka bumi ini. Melalui pembacaan, kita dapat mengetahui pelbagai perkara yang bermanfaat. Contohnya melalui surat khabar. Akhbar merupakan sumber maklumat dan menyiarkan pelbagai peristiwa yang berlaku di dalam Negara dan di luar Negara.
Dengan ini kita dapat mengetahui isu-isu yang serdang berlaku.

Saudara dan saudari sekalian,

Selain mendapatkan maklumat, membaca juga boleh mengisi masa lapang kita daripada kita melakukan perkara yang tidak berfaedah sudah tentu masa kita tidak akan terbuang begitu sahaja. kita boleh mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang tidak berfaedah seperti bermain-main dan merayau-rayau di kedai-kedai dan sebagainya. Membaca juga dapat membentuk keperibadian seseorang sekiranya kita membaca buku-buku yang baik.

Di samping itu, membaca boleh membaiki penguasaan bahasa kita. Melaluinya kita boleh menambah perbendaharaan kata. Hal ini dapat membantu pelajar berjaya di dalam peperiksaan yang besar seperti UPSR, PMR, SPM dan lain-lain. Dengan itu, dapat membawa kebahagiaan kepada ibu bapa kita. Itulah manfaat yang dapat diperolehi melalui membaca.

Akhir sekali, budaya membaca dapat membendung seseorang daripada terjebak dalam gejala sosial yang makin teruk di dalam masyarakat kita. Ini kerana terdapat banyak kesan negatif dalam gejala sosial yang banyak dinyatakan dalam buku-buku yang terdapat di Malaysia.

Saya sudahi syarahan saya setakat ini sahaja. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sekian terima kasih.


Danish Irfan b. Abd Aziz
3 Alpha



_____________________________________________________________________________
28- Kamu dan rakan kamu sedang membaca surat khabar. Isu yang menjadi perbincangan kamu ialah kemalangan jalan raya.
Tuliskan perbualan tersebut selengkapnya
Aina Shazwani B Abd Aziz
Semasa waktu rehat di sekolah semalam saya berbual dengan rakan sekelas saya Mira sambil membaca surat kabar.Tajuk utama perbincangan kami ialah kemalangan di jalan raya.
Mira : Wah, banyaknya berita tentang kemalangan di jalan raya!kasihan saya melihat mangsa- mangsanya, sungguh menyayat hati
Amey : Betul kata kamu itu, kebelakangan ini banyak kes kemalangan dilaporkan tetepi masyarakat tidak menjadikannya sebagai pengajaran atau iktibar buktinya kemalangan jalan raya masih meningkat umpama kudis menjadi tokak. Kemelangan akan semakin bertambah apabila tiba musim perayaan.
Mira : Amey apakah punca-punca yang menyebabkan kemalangan jalan raya?
Amey : Antara punca-punca kemalngan jalan raya ialah keadaan jalan raya yang tidak selamat, sikap pemandu yang hanya mementingkan diri sendiri dan kecuaian pengguna itu sendiri.
Mira : Pada pendapat saya, untuk menagani masalah ini, pihak berkuasa hendaklah mengenal pasti keadaan jalan raya yang sering menjadi punca kemalangan. Jabatan Kerja Raya wajar membaiki jalinan jalan raya di tempat-tempat yang berisikoh dan berbahaya.
Amey :Saya sokong pendapat awak itu Jabatan Kerja Raya wajar membaiki jalinan jalan raya dengan melebarkan jalan raya, membina jejantas dan lampu isyarat serta memasang lampu di sisi jalan raya.
Mira : Selain membaiki jalan raya sikap pengguna juga perlulah mengubah sikap tidak bertanggungjawab, mementingkan diri sendiri dan kurang sedar tentang keselamatan diri dan orang lain sebagai contoh mengubah suai kenderaan, memandu dalam keadaan mabuk melanggar lampu isyarat serta melanggar peraturan jalan raya.
Amey : Untuk pengetahuan awak kecuaian pengguna juga merupakan faktor penyumbang kepada kemalangan jalan raya. Kecuaian pengguna boleh menyebabkan kemalangan terhadap diri sendiri sebagai contoh memandu ketika keletihan, mengunakan telefon bimbit ketika memandu dan keadaan kerata yang tidak selamat.
Mira : Nampaknya loceng waktu rehat sudah berbunyi nampanya waktu rehat kita sudah tamat.
Amey : Jomlah kita masuk ke kelas nanti kita pula yang lambat masuk ke kelas.
______________________________________________________________________
29-“Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.”
Tulis sebuah cerita berdasarkan peribahasa tersebut
.
Farah Anis Bt Azmy

Ting..!Ting..!Ting..!

Kedengaran bunyi duit syiling dimasukkan kedalam tabung besi yang tidak berisi satu demi satu.

'Hari ini aku kena bermula tabung semula' bisik hati Erma dengan semangat

Walaupun kehidupan Erma mewah dan mempunyai kelengkapan yang sempurna tetapi
Erma tidak pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai kakak.
Sebagai anak sulung, sememangnya Erma
bertanggungjawab untuk menjaga adiknya dan menolong kedua ibu bapanya.

Kini bermulalah sesi persekolahan hari kedua.Tepat jam 7 pagi, Erma dan adiknya, Erna sudahpun terpacak di hadapan pagar sekolah.

'Hoi!' kedengaran suara menyergah ke arah belakang Erma

'Zati, kau ni!' marah Erma

'Jomlah pergi dewan nanti lambat pula' Zati menarik tangan Erma menakala Erna mengikuti dari belakang.

'Kringgggg!'

Kedengaran bunyi loceng Sekolah Seri Mawar yang menandakan sesi rehat bermula

'Erma,jom pergi kantin?' soal Zati kepada Erma

Erma hanya membalasnya dengan sekuntum senyuman.Erma dengan pantas mengambil bekal yang berwarna merah jambu di atas mejanya lalu pergi ke kantin.

'Kau nak aku beli apa-apa tak?' tanya Zati sambil berjalan dengan pantas untuk membeli makanan

'Tak, terima kasih'

Belum sempat nasi goreng disuapkan ke mulut Erma,Zati sudahpun muncul di hadapan Erma.

'Wah!kau memang bawak bekal hari-hari ke? tanya Zati sambil menyuapkan kuih ke dalam mulutnya

'Haah' sepatah jawapan Erma

'Baguslah, boleh berjimat cermat!'senyum Zati
Erma menghempaskan badannya ke katil
'Hari ni aku langsung tak berbelanja' bisik hati Erma
Dia menyimpan dua keping kertas yang berwarna biru tua ke dalam tabungnya.


****


Kini sebulan berlalu.

37,38,39,40 ringgit! kata Erma sambil mengira duit-diut yang ada di dalam tabungnya.

Dia seakan-akan tidak percaya dengan apa yang dikatakannya sebentar tadi.

Kedengaran bunyi riuh di hadapan papan kenyataan.

'Ada acara berjimat cermat lah' salah seorang dari pelajar berkata.

'Aku nak masuklah' kata Erma kepada Zati

Pada hari itu, semua pelajar dikhendaki menunjukkan wang tabungan mereka kepada pihak sekolah.

Keesokkan harinya, Erma telah membawa tabungnya ke sekolah.Setelah dikira, wang Erma paling banyak berbanding dengan pelajar lain.

Erma telah memenangi wang tunai senanyak RM 1000 daripada pihak penaja

Ibu dan ayahnya sangat bangga pada anaknya kerana segala usaha mereka dalam mendidik Erma tidak menjadi sia-sia.

Sejak hari itu, Erma dipanggil 'Budak Tabung' .Erma bersyukur atas rezeki yang Tuhan berikan.

Dia masih lagi teringat pesanan arwah neneknya
'sedikit'sedikit lama-lama jadi bukit'
___________________________________________________________________





30. Anda seorang kaunselor yang akan memberikan syarahan yang bertajuk “ Bagaimana Ingin Menjadi Pelajar yang Cemerlang.”
Tulis syarahan anda selengkapnya.

Nur Zarifah Haifa Binti Mohamad Zakaria

Assalamualaikum, selamat sejahtera dan salam 1 Malaysia.
Terima kasih pucuk pimpinan majlis, delegasi intelektual kehakiman, penjaga masa yang setia dengan jam randiknya seterusnya sidang hadirin pencetus ideologi berwawasan.
Bagaimana ingin menjadi pelajar cemerlang, itulah wadah bestari, pilihan hati.
Sebelum hujah meluncur rata, sebelum lidah petah berbicara izinkan saya mendefinisikan tajuk saya pada hari ini.
Berdasarkan Kamus Pelajar edisi pertama,
Menjadi dikonotasikan sebagai sukses, berjaya dan memperolehi kejayaan, Pelajar pula dintrepretasikan sebagai penuntut, insan yang masih belajar dan murid manakala cemerlang ditakrifkan sebagai pencapaian yang tertinggi.
Konklusinya, kita mestilah meningkatkan daya usaha supaya dapat merealisasikan impian untuk mencetuskan pelajar cemerlang yang bakal menjadi model contoh buat pelajar yang lain
Sidang hadirin sekalian,
Peningkatan taraf hidup kini telah menggesa seluruh masyarakat untuk bangkit menempa nama di persada dunia. Jika kita ingin melihat kejayaan pada masa hadapan lihatlah remaja pada hari ini itulah madah yang sering berkumandang di corong telinga kita. Siapakah remaja? Remaja adalah pelajar dan pelajar merupakan penggerak kemajuan negara kita. Oleh itu kita mestilah mewujudkan jutaan pelajar cemerlang supaya dapat menggapai Wawasan 2020 yang sudah sekian lama diimpi-impikan. Namun perkara yang menjadi tanda tanya, bagaimanakah ingin melahirkan pelajar cemerlang ini?
Hadirin sekalian,
Bertitik tolak daripada itu, matlamat yang jelas mestilah tersemat dalam diri setiap pelajar .Saksikanlah perbezaan antara pelajar yang mempunyai hala tuju yang hendak dikecapi dan pelajar yang hanya hanyut tanpa tujuan hidup. Pelajar yang mempunyai azam dan matlamat sudah pasti berusaha dengan giat bagi memastikan apa yang diingini berada dalam genggaman sebaliknya jika hidup tanpa tujuan sudah pasti mereka lalai dan hanya ibarat hangat-hangat tahi ayam dalam melakukan usaha. Lihatlah kejayaan yang diperoleh oleh Nik Nur Madihah Binti Nik Mohd Kamal, kendatipun hidupnya dibelenggu oleh kemiskinan. Beliau tetap sampai ke menara gading hasil daripada matlamat hidupnya yang jelas. Oleh itu, sama-samalah kita tetapkan matlamat, kukuhkan azam dan sematkan cita-cita bagi memacu kecemerlangan prestasi dan imej akademik kita.
Warga dewan sekalian,
Sebagaimana yang kita maklumi,kecemerlangan pelajar acap kali didasari oleh pembelajaran yang berkesan. Bersengkang mata pada lewat malam merupakan fenomena yang sering diamalkan oleh pelajar kini. Perkara ini merupakan wadah pembelajaran yang tidak efektif sama sekali. Imbau kembali kejayaan serikandi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) iaitu Nur Amalina adalah hasil daripada pembelajarannya yang berkesan. Analoginya, beliau tidak mengulang kaji pelajaran pada saat-saat akhir dan sentiasa melazimkan diri untuk membuat latih tubi. Tindakan ini membuahkan hasil kerana beliau tidak mengalami sebarang tekanan apabila menghadapi peperiksaan. Marcapada, terdapat pelbagai seminar yang menawarkan teknik-teknik pembelajaran yang berkesan.Justeru, tiada salahnya pelajar –pelajar melibatkan diri dalam seminar sebegini supaya kita dapat mencipta revolusi pembelajaran sekaligus melahirkan pelajar berintelektual tinggi.

Hadirin sekalian,
Pemakanan yang sihat merupakan satu modus operandi yang tepat bagi menjana perkembangan otak kita. Makanan yang diambil perlulah dititikberatkan kerana makananlah yang bakal mencorak kita. Jika kita sentiasa mengambil makanan yang bernutrisi maka otak kita akan sentiasa sihat dan cerdas seterusnya membantu kita untuk menumpukan sepenuh perhatian ketika dalam proses pembelajaran. Azali Azlan telah memaparkan kejayaan yang cukup membanggakan dalam peperiksaan SPM di persada negara. Rahsianya, telah diterokai iaitu beliau sentiasa menjamah santapan berzat seperti kismis, kurma dan madu. Maka laksanakanlah anjakan paradigma yang sepantas kilat dengan meninggalkan makanan ringan yang menjadi tuba kepada kesihatan kita seperti minuman bergas, keropok dan mi segera. Andai pemakanan pelajar-pelajar hari ini terjaga maka tiada lagi racun dan hempedu yang akan menghalangi kecemerlangan mereka.
Hadirin penjana kejayaan sekalian,
Kemewahan wang dan teknologi yang mendampingi anak –anak remaja umpama tiada batasan lagi. Namun perkara ini mempunyai pro dan kontranya. Kebaikannya ialah pelajar masa kini tidak buta teknologi dan boleh menikmati selaut kebahagian akan tetapi implikasi buruknya pula sikap biadap terhadap guru-guru semakin keterlaluan kerana mereka berasa status mereka itu jauh lebih tinggi berbanding pendidik mereka. Bagaimanakah ingin mendapatkan restu dan barakah jika pendidik sendiri diketepikan? Kecemerlangan pelajar itu mestilah diiringi oleh doa restu guru-guru mereka. Bagi memperolehinya sifat hormat-menghormati, sayang-menyayangi dan merendah diri perlulah ditonjolkan ketika berhadapan dengan mereka. Ingatlah sudah banyak bakti yang dicurahkan kepada kita sehingga kita berjaya berdiri teguh di pentas kejayaan. Oleh yang demikian,hormatilah mereka kerana itulah ubat yang paling mujarab bagi menjana kecemerlangan pelajar.
Hadirin yang dihormati,
Justifikasinya, dalam merekayasa pembangunan negara, kita mestilah meningkatkan prestasi bagi melahirkan cendekiawan pelajar yang juga bakal memegang tampuk kepimpinan negara pada masa akan datang. Akhir sekali, jika kecemerlangan pelajar dapat dijana maka dapatlah kita duduk sama rendah berdiri sama kompatatif dengan negara lain kerana mempunyai barisan intelektual yang ramai.
Saya akhiri syarahan saya dengan serangkap pantun,

Dari Jambi ke Inderagiri,
Belayar mencari kekasih hati,
Andai hari dipenuhi usaha-usaha murni,
Maka lahirlah pelajar cemerlang yang gagah berdiri.

Sekian,terima kasih.


31. Ibu bapa patut bertanggungjawab ke atas salah laku anak mereka. Berikan pendapat anda.
Nik Amal Aiman 3A
Kerosakan moral bermaksud keruntuhan akhlak dan nilai-nilai murni dalam diri seseorang. Kerosakan moral selalunya lebih difokuskan terhadap golongan remaja. lni dapat dilihat pada muda-mudi kini yang terlibat dalam kejadian yang tidak baik di mana mereka tanpa segan silu mengamalkan gaya hidup yang bebas seperti berpeleseran, terlibat dengan jenayah. penagihan dadah, budaya lepak, bohsia, dan bermacam-macam lagi masalah sosial. Keadaan ini sangat membimbangkan kerana muda-mudi merupakan aset yang paling penting dalam sesebuah negara. Sekiranya mereka terus dibiarkan hanyut dalam mengamalkan gaya hidup begini sudah pasti negara akan mengalami kerugian yang bukan sedikit.

Keruntuhan moral dalam kalangan remaja berlaku disebabkan kecuaian para ibu bapa dalam mendidik anak-anak mereka. Ibu bapa zaman sekarang lebih memfokuskan kepada mencari mengumpul harta kekayaan daripada menumpukan perhatian kepada anak-anak. Didikan agama semakin diabaikan sebaliknya para ibu bapa lebih berbangga sekiranya anak-anak mereka mahir dalam bidang muzik ataupun mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan. Kurangnya pendidikan agama yang menjadi benteng daripada melakukan kegiatan yang tidak bermoral membuatkan anak-anak zaman sekarang lebih mudah dipengaruhi oleh budaya hidup tidak baik. Mereka senang dipengaruhi untuk melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan norma-norma masyarakat dan agama.


Selain itu, pihak media massa juga terlibat dalam gejala keruntuhan moral di kala muda-mudi. Pihak media massa patut dipersalahkan kerana banyak memberi publisiti kepada golongan artis. Ramai dalam kalangan artis ini yang tidak sesuai dijadikan model kerana peribadi mereka kurang elok. Lantaran remaja adalah golongan yang mudah terpengaruh lebih-Iebih lagi kerana beranggapan bahawa apa yang dilakukan oleh artis pujaan mereka adalah betul, mereka mengikut perilaku artis-artis idola mereka yang tidak bermoral itu.


Oleh sebab keruntuhan moral dalam kalangan para remaja berada pada tahap yang membimbangkan, eloklah pihak-pihak yang berkenaan membuka mata bagi merangka satu medium yang sesuai untuk para remaja meluahkan idea mereka. Ibu bapa seharusnya lebih prihatin dengan kehendak dan keinginan anak-anak mereka.
Begitu juga dengan anggota masyarakat, seharusnya mereka tidak menutup mata apabila melihat adanya perlakuan sumbang yang dilakukan oleh para remaja. Pihak kerajaan pula hendaklah melakukan sesuatu agar generasi harapan negara ini tidak terus hanyut dan tenggelam dalam keseronokan menjalani aktiviti tidak bermoral mereka. Semua pihak harus tampil bekerjasama agar aset penting negara ini tidak dilekakan dengan aktiviti yang akan merugikan diri dan menggelapkan masa depan mereka.

20 comments:

  1. `bagus bagus :)

    ReplyDelete
  2. wehh kau ni tkleh guna background lebih baik ke ? susah nak baca laa . kau ni buta IT ke ??!!

    ReplyDelete
  3. karangan cikgu sangat bagus.terima kasih

    ReplyDelete
  4. ada karangan pengalaman di luar negara ma ???

    ReplyDelete
  5. ada x karangan tentang pengalaman berkunjung kerumah saudara

    ReplyDelete
  6. karangan tajuk kebaikan dan keburukan penerokaan hutan xde kew..??

    ReplyDelete
  7. karangan tentang bagaimana menjadi masyarakat berguna selepas menamatkan alam persekolahan takde ke (

    ReplyDelete
  8. karangan kebaikan dan keburukan penerokaan hutan x da kah esok dah kenak hantar karangan tajuk ya

    ReplyDelete
  9. cikgu tolong buat karangan bertajuk jika saya menjadi ketua pengawas

    ReplyDelete
  10. karangannya terlalu ringkas

    ReplyDelete
  11. macam mana nak guna pendek sangat pulak tu..nama ja cikgu

    ReplyDelete
  12. terima kasih..................cikgu

    ReplyDelete
  13. cikgu yang profesional dan bijak
    saya datang dari Yan,Kedah
    nama saya ialah Ikmal Ismail

    ReplyDelete
  14. Cikgu Rozali memang yang terbagus dari segi fizikal
    Cikgu Rozali yang terbaik di Malaysia
    Salam kemerdekaan kepada semua rakyat Malaysia
    selamat menyambut Hari Merdeka

    ReplyDelete
  15. erk...tuan punya block nie x kira eh berapa patah perkataan ??? mana tau kot2 terlebih daripada yang di nakkan ...

    ReplyDelete
  16. cikgu boleh buat satu karangan tentang persediaan persediaan untuk memenangi pertandingan catur

    ReplyDelete