Saturday, 20 August 2011

LATIHAN KARANGAN

LATIHAN UNTUK PELAJAR MENENGAH RENDAH[TINGKATAN 1,2,3]-[SUDAH SIAP, SILA EMAIL- lizaro08@yahoo.com]
Bahagian C
(Masa yang dicadangkan : 45 minit)
(40 markah)

Tulis sebuah karangan tentang satu daripada perkara di bawah. Panjangnya karangan anda hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan.

1 Sebagai Setiausaha Jawatankuasa Kampung, anda diminta menulis surat kepada pihak yang berkenaan untuk menggunakan dewan di sekolah berhampiran bagi tujuan aktiviti penduduk kampung.
Tulis surat tersebut selengkapnya.

2 Tuliskan laporan lengkap mengenai peraduan melukis yang dianjurkan oleh Persatuan Pendidikan Seni Visual sekolah anda.
Tulis laporan itu selengkapnya.

3 Bincangkan tentang kebaikan pelaksanaan Kempen Kitar Semula.

4 Satu kejadian lemas telah berlaku di kampung anda. Sebagai pemberita anda dikehendaki menulis berita mengenai kejadian tersebut.
Tulis berita itu selengkapnya.

5 ‘Pada suatu malam yang sunyi, ketika dalam perjalanan pulang dari kelas tambahan aku tergamam.....’
Mulakan cerita kamu dengan petikan di atas.
______________________________________________________________________________________
RANGKA JAWAPAN.

1 Pendahuluan
- alamat pengirim, nama dan alamat
penerima, panggilan hormat dan perkara
Isi-isi penting
- memohon kebenaran menggunakan dewan
- nyatakan masa, tarikh dan tujuan
menggunakan dewan
- memohon menggunakan perkakasan di
dalam dewan
Penutup
- agar mempertimbangkan cadangan -
pengakuan pengirim, tandatangan, nama
dan jawatan
2 Pendahuluan
- tajuk laporan - nyatakan tarikh - masa -
Tempat
Isi-isi penting
- tujuan - mengasah bakat baru
- tajuk lukisan – bebas
- peralatan disediakan oleh pihak penganjur
- hadiah disampaikan oleh Tuan Pengetua
Penutup
- pengakuan pelapor - tarikh - tandatangan
dan nama – jawatan
3 Pendahuluan
- banyak iklan menyebarkan tentang
Kebaikannya
Isi-isi penting
- kempen memberi faedah dalam jangka
masa panjang
- di negara maju kempen berjalan lancar
- usaha perlu diteruskan
Penutup
- ahli masyarakat perlu bekerjasama
melaksanakan kempen
4 Pendahuluan
- tempat dan tarikh berlaku kejadian
Isi-isi penting
- Zairey - 12 tahun berjaya menyelamatkan
rakannya yang lemas
- Aiman, 12 tahun - yang sedang mengail
ikan di tebing sungai- tergelincir
- Zairey yang lalu di situ berjaya
menyelamatkannya
Penutup
-keluarga Aiman mengucapkan terima kasih
5 Pendahuluan
-ternampak satu lembaga putih melintas di
hadapan
Isi-isi penting
-takut - muka pucat - hendak lari - jerit -
tidak dapat lari - mula berani
-mengikutnya masuk ke dalam hutan -
semakin jauh ke dalam hutan - ingin
berpatah balik – gagal
-terus mengikut - terkejut - tempat
perkuburan - patah balik – dihalang
Penutup
-menjerit meminta tolong- kesal kerana
mengikutnya - pengsan - diselamatkan
oleh penduduk kampung
-berjanji tidak akan berjalan pada waktu
malam bersendirian

SEMASA MENUNTUT DI USM,PULAU PINANG TAHUN 1984.



Thursday, 18 August 2011

BENGKEL PENULISAN KREATIF

ANJURAN BERSAMA PEJABAT PELAJARAN WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA[PPWPP] DENGAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA.
PENCERAMAH JEMPUTAN ; ANA BALQIS


KARANGAN PELAJAR-PMR

DARIPADA:NOR AMIRA BINTI MOHD JAMAL
KELAS: 3 ALPHA
SOALAN :
Anda telah mendapat tawaran belajar di sebuah sekolah berasrama penuh.Setelah sebulan berada di sana,anda telah menerima sepucuk surat daripada rakan anda di kampung yang ingin mengetahui keadaan anda di sana.Balas surat rakan anda selengkapnya.

Tingkatan 4 Sigma,
Sekolah Menengah Maju,
54600 Banting,
Selangor.
22 Jun 2011.

Menemui sahabatku Nur Zahira Binti Hassan yang berada di Sekolah Menengah Kulim,Kedah semoga berada dalam keadaan sihat di samping keluarga dan rakan-rakan seperjuangan.
Saudari,
Bagaimanakah keadaan saudari di sana? Tentunya masih ramai lagi rakan kita yang bersekolah bersama saudari di sana.Saya memohon maaf atas kelewatan saya membalas surat saudari tempohari.Hal ini,kerana saya sedikit sibuk menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh guru dan kesuntukan masa.Namun demi persahabatan kita,saya tetap meluangkan sedikit masa untuk membalas coretan saudari.
Untuk pengetahuan saudari,saya merupakan antara dua puluh orang pelajar baru yang terpilih untuk memasuki sekolah berasrama penuh ini.Keadaan di sini cukup berbeza dengan sekolah kita di kampung dahulu.Di sini semua kemudahannya cukup legkap dan serba moden.Asrama ini dilengkapi dengan peghawa dingin,kipas siling yang baru dan almari yang besar.Selain itu,kami juga diberi sebuah meja untuk kegunaan pelajar.
Begitu juga dengan kemudahan di kelas-kelas.Pihak sekolah telah menyediakan sebuah almari kecil untuk kegunaan pelajar di sini.Misalnya,untuk menyimpan buku tulis,buku rujukan dan alatan pelajar.Kini saya tidak perlu memikul beg dengan terlalu berat pada setiap bagi dan petang seperti di sekolah lama kerana semua peralatan dapat disimpan di almari berkenaan.Pendek kata,semua kemudahan dan keselesaan disediakan sepenuhnya oleh pihak sekolah.Hal ini, kerana mereka mahukan pelajar-pelajarnya sentiasa bersedia untuk mencari ilmu dan mencapai kejayaan.
Untuk makluman saudari juga,kebanyakan pelajar-pelajar yang menuntut di sekolah ini berasal dari pelbagai negeri.Misalnya dari Melaka,Perak,Kedah dan sebagainya.Terdapat banyak kenalan baru yang hebat-hebat berlaka.Hal ini,secara tidak langsung mendorong saya untuk bersaing secara sihat dalam pembelajaran nanti.Kebanyakan pembelajaran saya di sini dilakukan secara berkumpulan.Hal ini,dapat memudahkan lagi fahaman saya terhadap pelajaran yang saya kurang mahir dan menjimatkan masa.
Kehidupan di asrama ini melatih saya menjadi seorang pelajar yang berdisiplin.Peraturan-peraturan yang ditetapkan di sini banyak membantu saya sebagai langkah awal untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang disamping berdisiplin tinggi.Masa menjadi perkara utama di sini,kami perlu mengikut masa yang di tetapkan dengan betul tanpa sebarang kelewatan.Kami juga harus melibatkan diri dalam segala aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah.Hal ini,dapat memupuk sikap bantu-membantu dan dapat mengeratkan sillaturrahim diantara kami.
Akhir sekali,guru-guru di sini juga kebanyakannya bersikap terbuka dan sedia mengajar serta sudi mendengar masalah kami.Cara pengajarannya juga amat menarik dengan menggunakan alat bantu mengajar.Semuanya membuatkan saya terkenang akan keadaan sekolah kita dahulu.Walaupun sekolah kita itu kurang kemudahan namun berjaya juga melahirkan ramai para pelajar yang cemerlang.
Saya rasa cukuplah setakat ini dahulu.Sebenarnya banyak lagi pengalaman yang ingin saya kongsikan di sini tetapi masa tidak mengizinkan saya untuk membuat demikian.Saya berharap agar saudari dapat mengutus surat lagi disamping menceritakan juga keadaan saudari di kampung.Akhir kata sampaikanlah salam saya kepada rakan-rakan kita dan pesanlah kepada mereka bahawa rajinlah menuntut ilmu.Seperti bak kata pepatah “Tuntutlah Ilmu hingga di Negara Cina’’.Sekiah,terima kasih.
Sahabatmu,
Amira

KARANGAN PELAJAR-PMR

SYARAHAN; ‘Punca – Punca Pencemaran Alam Sekitar’.
(Nur Afiqah Binti Ariffin, Kelas 3 Alpha)

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha Tuan Pengetua Sekolah Menegah Seri Peramu Jaya, guru – guru dan murid – murid sekalian. Pada pagi yang indah ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah yang menjemput saya dari Jabatan Alam Sekitar untuk menyampaikan tajuk syarahan saya yang bertajuk, ‘Punca – Punca Pencemaran Alam Sekitar’.

Dasawarsa ini, sama ada para pelajar dan guru sedar atau tidak akan kepentingan alam sekitar ini. Bumi ini telah dicemari oleh tangan – tangan rakus yang mahukan keuntungan tanpa memikirkan kesan yang menimpa alam sekitar. Kesan pencemaran alam sekitar telah memberikan impak – impak negatif seperti gangguan ekosistem, pencemaran air dan pencemaran udara.

Malahan terdapat banyak punca – punca yang menyebabkan pencemaran alam sekitar. Antaranya, kekurangan ilmu terhadap pemilik kilang industri ini tentang pencemaran alam ini telah menyebabkan mereka ini membuang sisa - sisa toksik industri mereka ke dalam sungai. Hal ini telah menyebabkan binatang akuatik mati dan menghadapi kepupusan. Air sungai yang tercemar juga akan memudaratkan kesihatan manusia.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Selain itu, pembuangan sampah merata – rata juga antara punca pencemaran alam sekitar. Oleh itu, pelajar – pelajar seharusnya menjaga kebersihan di sekolah ini. barangan sampah seperti kertas, kaca, plastik dan aluminium boleh dikitar semula dan barangan sisa makanan boleh dibuat baja untuk pertanian. Pembuangan sampah dengan kadar yang banyak boleh meningkatkan jumlah haiwan perosak yang membawa penyakit seperti tikus dan lipas.

Seterusnya, punca yang lain ialah pembebasan gas klorofluorokarbon daripada racun serangga. Ramai masyarakat di negara ini yang mengguna racun seranga seperti Ridsect bagi menjaga keselamatan keluarga tanpa memikirkan alam sekitar. Gas ini akan menyebabkan menipiskan lapisan ozon yang lama - kelamaan membenarkan sinaran ultra unggu memasuki bumi dan memudaratkan manusia. Kita boleh menggunakan racun serangga water base yang lebih mesra alam.

Akhir sekali, punca yang terakhir ialah penebagan hutan yang berleluasa. Penebangan yang tidak terkawal boleh membawa banyak keburukan terhadap flora dan fauna serta manusia. Contohnya seperti perubahan landskap dan kepupusan flora dan fauna yang menyebabkan ekosistem terganggu.
Oleh itu, langkah perlu diambil untuk menjamin kesejahteraan hidup pada masa akan datang. Contoh langkah yang perlu diambil ialah menguatkusakan undang – undang dan bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam aktiviti yang diadakan seperti Sayangi Sungai Kita. Semua pihak memainkan peranan yang penting untuk menjaga alam sekitar.

Sekian, terima kasih.