Wednesday, 21 September 2011

GAYA BAHASA DALAM KOMSAS

Gaya Bahasa Dalam Komsas

GAYA BAHASA DALAM KOMSAS
Gaya bahasa – susunan kata yang digunakan oleh pengarang dalam usaha
mengungkapkan tema dan persoalan dalam karya. Berikut dihimpunkan jenis – jenis gaya
bahasa bersama istilah – istilah yang berkaitan dengannya bagi memudahkan pelajar
memahami konsep asas gaya bahasa secara menyeluruh.

1.aliterasi – pengulangan bunyi konsonan yang sama pada awal kata – kata yang
berturutan
negeri cinta, negeri budaya, negeri perpaduan (pengulangan g)[Negeri
Cinta, Nahmar Jamil]
diusung keliling kampung (pengulangan g)[Surat dari Kampus, Nawawee
2.anafora – pengulangan sesuatu kata atau frasa di awal baris yang biasanya secara
berturutan agar memperoleh kesan tertentu
Sekalipun sehelai kertas kumal
Sekalipun isinya hanya berita kecil [Surat dari Kampus, Nawawee
Mohamad]
-masih di situ
masih memandu kereta lama
masih menuju sekolah yang sama[Seorang Guru Tua, Gunawan Mahmood]

3.analogi – persamaan sebahagian ciri antara dua benda atau hal yang dapat dipakai
untuk dasar perbandingan

4.antitesis – penggunaan kata atau ungkapan dalam frasa, ayat dan sebagainya
untuk mendapatkan kesan perbezaan atau pertentangan yang seimbang

5.asonansi – pengulangan bunyi vokal yang sama dalam deretan kata
-ini sungai kita, lindungilah dari pembuangan (peulangan u)[Negeri Cinta,Nahmar Jamil]
-sekalipun sehelai kertas kumal (pengulangan e)[Surat dari Kampus ,
Nawawee Mohamad]

6Bahasa Arab – perkataan – perkataan Arab yang diterapkan ke dalam prosa bagi
memberikan kesan yang berbeza. Contohnya: Alhamdulillah, makhdum, narwastu

7bahasa berirama – ungkapan puitis yang dapat menimbulkan kesan yang
mendalam tentang sesuatu peristiwa
-Tiga bilah lantai terpatah,
Tiga gelegar yang patah [Puteri Besar Lahir ke Dunia – Tingkatan 2]

8.Bahasa Inggeris– street fighter, superman, street soccer, futsal, supermarket,
suspense

9.bahasa istana – bahasa diraja yang digunakan ketika berkomunikasi dengan kerabat diraja.

10. bahasa kiasan – penggunaan kiasan untuk meningkatkan kesan atau pemerian
11.bahasa klasik – penggunaan perkataan – perkataan Melayu klasik seperti
sebermula, syahadan, kararlah

12.diksi– pemilihan dan penggunaan kata, baik dalam cerpen, novel, drama dan
puisi.
Diksi yang baik terlihat pada
a. pemilihan kata yang tepat
b. penggunaan kata yang munasabah
c. penggunaan kata yang jelas dan khusus.
Diksi mempunyai hubungan yang rapat dengan pembinaan ayat.

13.epifora – pengulangan kata – kata di akhir baris puisi untuk penegasan

14.hiperbola – gaya perbandingan yang menyatakan sesuatu secara berlebih –
lebihan
cinta kepadanya cinta jutaan bunga – bunga [Negeri Cinta, Nahmar Jamil]
rindu mencumbu zaman [Tasik Biru, Bau, Sarawak, Kemala]

15.hybrid – penyatuan dua kata menjadi satu kata.
bertanggungjawab (tanggung + jawab)
ketidakpastian (tidak + pasti)
16. inversi – pembalikan kata – kata yang berbeza daripada susunannya yang lazim
kini rambut memutih kepala[Seorang Guru Tua, Gunawan Mahmood]
di kampung surat ini harganya melambung[Surat dari Kampus, Nawawee
Mohamad]
aduhai adinda berpesan adik

17-istilah sains dan teknologi– virus, skrin LC, karbonit, asid

18.metafora – pemakaian kata – kata untuk menyatakan erti yang berbeza daripada
yang sebenarnya (sebagai kiasan) dengan menggunakan dua kata berunsur konkrit
dan abstrak
-syurga bumi [Negeri Cinta, Nahmar Jamil]
syurga (unsur abstrak)
bumi (unsur konkrit)
-Bukit-bukit harapan
bukit (unsur konkrit)
19.paradoks – penyataan yang kelihatan bertentangan (menggunakan unsur positif
dan negatif dalam satu baris) tetapi kenyataannya mengandung kebenaran dengan
pendapat umum atau realiti.
-menangis dalam kegembiraan
menangis (unsur negatif)
kegembiraan (unsur positif)
-kesepian di tengah ramai

20.pengulangan - pengulangan kata, ungkapan, baris atau rangkap

21.peribahasa / simpulan bahasa / perumpaan– melukut di tepi gantang, darah
daging
22.personifikasi – pemberian sifat – sifat manusia kepada sesuatu benda, binatang,
tumbuh – tumbuhan, keadaan atau peristiwa
-dari buruan kehidupan yang mencekik [Negeri Cinta, Nahmar Jamil]
-kebosanan menggigit pangkal rasa

23. repitisi / repitasi – pengulangan kata pada baris yang sama bagi menunjukkan
penegasan yang dikehendaki.
Kita menjadi kita[Bahasa, Rahman Shaari – Tingkatan 3]
Muka me sti manis, mulut mesti ramah, hati mest i baik

24. responsi – pengulangan kata di tengah baris
mencipta rumah te mpat berlindung, membina bilik tempat berteduh
[Burung Tempua, Abdul Hadi Yusoff]

25. simile – perumpamaan atau sesuatu perbandingan dengan menggunakan kata
‘seperti’, “bagai”, “umpama”, dan “macam”.
-bagaikan mahu diusung keliling kampung [Surat dari Kampus, Nawawee
Mohamad]
-besarnya seperti perdu nyiur
-seperti kolek terdampar di pasir
26. simplok – pengulangan kata pada awal dan akhir baris yang sama
-Sayang seribu kali sayang

27. sinkope / sinkof – penggunaan singkatan kata (biasanya dalam cerpen dan novel)
seperti tak, nak, ni, dan dah
28. Imbas kembali
1. Imbas kembali merupakan suatu teknik pengarang mengenang semula peristiwa yang pernah dialaminya.
2. Peristiwa itu boleh diimbas kembali melalui pemerian pengarang atau khayalan, dialog, monolog, atau monolog dalaman
29. Imbas muka
1. Imbas muka merupakan cara pengarang memberikan bayangan awal atau ramalan tentang sesuatu peristiwa yang akan berlaku kesan daripada aksi-aksi watak dalam cerita berkenaan.
2. Imbas muka dapat mewujudkan keyakinan dalam kalangan pembaca terhadap sesuatu yang akan berlaku.
Semasa menjalankan aktiviti Kembara Malam di Putrajaya...menyeronokan..
KELAB BASIKAL MALAM PUTRAJAYA.
-Masa; 10 malam
-Hari ;jumaat malam sabtu
-Tempat berkumpul; stesen Minyak Petronas Presint 16, Putrajaya.
Sesiapa boleh menjadi ahli Kelab Basikal Malam.

11 comments:

  1. terima kasih banyak-banyak cikgu !!

    ReplyDelete
  2. mane metafora,dan lain-lain

    ReplyDelete
  3. ianya amat berguna dan telah menambahkan ilmu pengetahuan saya.... terima kasih cikgu..

    ReplyDelete
  4. Thank you, teacher. :)
    It helped me a lot.

    ReplyDelete
  5. Thank You Cikgu Tetapi Apakah Maksud Gaya Bahasa Ayat? -..-

    ReplyDelete
  6. Cikgu that not enough imformation..i need more..

    ReplyDelete
  7. Terima kasih cikgu... Mohon copy ya... :)

    ReplyDelete