Wednesday, 11 January 2012

MERENANG GELORA - PLOT

PLOT

I. PERMULAAN


• Pengarang memperkenalkan watak utama,Badri yang baru menyadang jawatan pengawasan sekolah.
• Pada bahagian ini juga diperkenalkan watak Badrul iaitu adik kepada Badri yang cuba mengusik abang tentang jawatan pengawas disandang abangnya.Badri merasakan tanggungjawab menjadi pengawas sekolah merupakan tanggungjawab yang berat yang harus digalasnya.
• Pada bahagian ini diperkenalkan watak Jamil yang merupakan rakan baik Badri tetapi mereka berbeza dari segu prinsip hidup.
• Kehadiran seorang baru Siti Cahaya Nadira menjadi satu perselisihkan pendapat tentang personaliti Nadira antara Badri dan Jamil tetapi berakhir dengan perdamaian.

II. PERKEMBANGAN

• Peristiwa Badri disiram air ketika berada di dalam tandas tidak melemahkan semangatnya untuk berusaha mencari pelakunya dan akhirnya pelajar yang terbabit dapat ditangkap dan diserahkan kepada guru displin.
• Siew Mei menceritakan kegiatan negatif Meng Kong menjual telefon dan kad prabayar yang dicuri dari kedai ayah Meng Kong kepada pelajar sekolah.Jamil turut dalam kegiatan tersebut.
• Hubungan Badri dan Jamil semakin renggang kerana merahsiakan tentang kegiatan penjualan telefon bimbit kepada Badri.
• Shahrul dan rakan-rakan lumba haram telah diserbu oleh anggota polis ketika Shahrul keluar dengan Nadira.
• Idham,abang kepada Jamil diberhentikan kerja oleh Encik Tan keran a Meng Kong menuduh Idham mencuri telefon bimbit kepada Badri.
• Masalah kecurian telefon bimbit telah dapat dikesan melaui CCTV yang dipasang di kedai dan stor milik Encik Tan oleh abang Siew Mei iaitu Ah Meng.
• Jamil menghilangkan diri tanpa dapat dijejaki oleh Badri kerana Jamil merahsiakan keberadaan Jamil.
• Meng Kong berjaya ditempatkan di asrama dan telah berubah sikap begitu juga dengan Kumar yang telah in dilakukannyang dengan kesalahan yang dilakukannya.
• Badri,Siew Mei,Taufik,Nadira dan Kumar telah menduduki peperiksaan SPM manakala Shahrul mengambil peperiksaan di hospital peperiksaan akibat kemalangan.
• Badri dan Siew Mei mendapat 9A dan Taufik meperoleh 7A dalam peperiksaan SPM.
• Encik Tan,bapa Meng Kong berjumpa pengetua untuk menyelesaikan masalah telefon bimbit yang telah dirampas oleh pihak polis.Beliau juga memohon agar anaknya ditempatkan di asrama sekolah agar anaknya berdisplin dan memberikan tumpuan terhadap pelajaran.
• Encik Tan meminta maaf kerana anaknya telah menyusahkan murid-murid dan guru-guru di sekolah tersebut.Encik Tan juga meminta anaknya Meng Kong agar memohon maaf kepada pengetua atas kesalahan yang dilakukan.

III. KLIMAKS
• Meng Kong,Shahrul dan Kumar dipanggil ke bilik pengetua dan dikenakan hukuman rotan sebanyak tiga sebatan setiap orang.
• Kumar ditangkap oleh Badri dan Taufik ketika cuba memasukkan dua kotak rokok ke dalam beg sekolah Meng Kong.Tujuannya adalah supaya Meng Kong dibuang dari asrama.
• Peristiwa mengejutkan telah berlaku apabila Cikgu Jailani menemui telefon bimbit di dalam beg Badri.
• Shahrul terlibat dalam kemalangan jalan raya mengakibatkan kakinya tempang disebelah.

IV. PELERAIAN
• Badri melanjutkan pelajaran di Ireland dalam bidang perubatan dan akan bertugas sebagai doktor di Hospital Besar Kuala Lumpur.
• Jamil melanjutkan pelajaran dalam bidang hotel dan perlancongan di UiTM.
• Taufik mendapat ijazah dalam bidang perniagaan.
• Jamil dan Taufik berkongsi membuka resort di Terengganu.
• Shahrul dan Kumar melanjutkan pelajaran I Politeknik dalam jurusan kemahiran memperbaiki kereta sehingga berjaya membuka beberapa cawangan bengkel kereta di Kuala Lumpur.
• Shahrul telah berkahwin dengan Nadira.Nadira berjaya membuka sebuah butik setelah memperoleh kelulusan diploma fesyen di UiTM.
• Siew Mei berjaya menjadi seorang doktor gigi.
• Badri dan rakan-rakannya berjaya merenang gelora dalamakan mendatang.

3 comments:

  1. 10 q....................:)

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas nota-nota yg cikgu berikan dalam blog ini.

    ReplyDelete
  3. terima kasih..amat berguna untuk diriku ini :D

    ReplyDelete