Wednesday, 28 March 2012

KARANGAN PENGALAMAN -PMR

Karangan pengalaman
Tulis pengalaman anda sewaktu cuba menyelamatkan seorang budak lelaki yang terperangkap di dalam rumah yang sedang terbakar.

“Kring… kring… kring”,bunyinya sayup-sayup kedengaran di pendengaranku ini.Hatiku melonjak kegembiraan apabila bunyi itu sudah didengari kerana ini menandakan bahawa kelas tuisyen malamku pada hari ini sudah tamat. Pada cuti sekolah tahun ini, ibu bapaku telah mengarahkan aku supaya memasuki tuisyen kerana ini akan membantu aku dalam pelajaran kelak dan juga dalam peperiksaan yang bakal menentukan “kecerahan” masa depanku. Pada mulanya aku membantah idea yang telah dibuat oleh ibu bapaku kerana takut, aku tidak dapat menguruskan masaku dengan sistematik. Akhirnya setalah berbincang dengan mereka, kami sebulat suara menyatakan bahawa aku patut ke tuisyen tetapi pada masa bintang bertaburan di langit.

Aku memasukkan kesemua barang ke dalam beg galas yang aku bawa ke tuisyen tadi dan bersiap-siap untuk pulang ke rumahku yang berada berdekatan dengan pusat tuisyen itu. Semasa perjalanan pulang, aku menikmati udara malam yang nyaman serta keindahan bulan sabit yang menyinari alam ketika bintang bertaburan di kaki langit. Rasanya kini, keluargaku telah sampai ke kampung halaman kami. Ibu bapaku terpaksa balik ke kampung halaman kerana kecemasan, atukku terpaksa ditahan di wad akibat komplikasi jantung dan mereka telah memberikan kunci rumah pendua kepadaku. Kini, aku bersendirian di rumahku ini.

Agar tidak membuang masa yang terluang dengan perkara yang tidak bermanfaat, aku mengambil keputusan untuk mencari hiburan dengan menonton televisyen supaya dapat meredekan tekanan selepas belajar di tuisyen. Ketika aku sedang asyik menonton rancangan di dalam televisyen, tiba-tiba berlakunya litar pintas yang menyebabkan televisyen terpadam dan semua peralatan elektrik tidak berfungsi. Ketika itu, Tuhan sahaja tahu betapa takut dan terkejutnya aku. Berkat iman di dada, aku mengumpulkan keberanian untuk meredah kegelapan demi mencari lampu suluh yang merupakan sumber cahaya utama sewaktu kecemasan sebegini.

Dalam menyusuri kegelapan untuk mencari lampu suluh, aku terdengar akan suara yang meminta pertolongan, “Tolong! Tolong! Tolong!”suara itu berkata. Setelah berhasil mendapatkan lampu suluh, berbakikan keberanian yang ada, aku sekali lagi sendirian tercari-cari suara yang Berjaya membuat kekacauan dihatiku ini. Selepas beberapa minit aku cuba mencari akan tuan suara itu, tiba-tiba aku berasa aneh setelah terperasan di luar jendelaku terdapat cahaya samar-samar seolah-olah seperti telah terbitnya fajar di ufuk timur yang hendak menyinari alam ini.

Oleh itu, telah munculnya suatu perasaan yang kurang enak di dasar hati kecilku ini. Aku tergesa-gesa keluar untuk mengetahui berkenaan cahaya misteri yang berada di luar rumahku tadi. Setelah berada di perkarangan rumahku ini, aku termangu seketika melihat api yang marak menjulang rumah jiran di hadapanku. Kelihatan orang ramai berpusu-pusu sambil membawa sebaldi air untuk disimbah dirumah yang terbakar tadi. Rupa-rupanya suara yang telah menggangu fikiran aku tadi merupakan suara seorang budak lelaki berusia lima tahun yang masih terperangkap di dalam rumah itu. Berdasarkan cerita yang heboh diperkatakan oleh jiran-jiran lain, rumah mereka terbakar akibat litar pintas yang berlaku sebentar sahaja tadi. Namun, nasib tidak menyebelahi budak lelaki itu, hal ini kerana ibu bapanya terlalu panik dan bergegas keluar rumah sehingga tidak menyedari bahawa anak mereka masih berada di dalam rumah itu.

Aku berasa amat kesian tatkala mendengar suara budak itu memanggil ibu bapanya serta meminta pertolongan mungkin kerana ketakutan. Manakala, ibu bapanya yang berada di luar daripada kawasan kebakaran, tidak tentu hala serta terdapat jiran yang prihatin telah menolong mereka dengan menelefon bomba sebantar sahaja tadi. Aku nekad untuk menolong budak lelaki yang masih terperangkap di dalam rumah itu. Segala-galanya telah aku serahkan kepada Tuhan, janji aku berusaha membantu budak lelaki itu. Aku tidak mahu budak lelaki yang masih tidak mengerti apa-apa itu terkorban kerana aku tidak berbuat apa-apa pun. Setelah sekali lagi aku mengumpulkan keberanian dan kekuatan untuk meredah rumah yang mungkin hamper rebah menyembah bumi, aku terfikir aku harus bergerak pantas jika mahu membantu budak tersebut,kalau tiak dengan nyawaku sekali akan melayang hanya kerana api yang mulanya kecil dan berguna, kini telah mengganas dan langsung tidak berguna lagi.

Akhirnya, aku membuka langkah menuju ke rumah yang kini sedang terbakar setelah berfikir masak-masak beberapa kali. Kini, tawakal sahaja yang membimbing aku menuju ke rumah itu. Aku kini sudah berada di pintu utama rumah tersebut, sekali lagi aku temangu melihat kemusnahan disebabkan oleh api yang kini kian mengganas. Tidak dinafikan ketika itu, hatiku ini berasa amat takut melihat keadaan dalam rumah yang hangus dijilat api. Dengan langkah kanan, aku sepantas mungkin menuju kearah bilik belakang yang didapati budak lelaki itu berada.

Syukur kepada Tuhan, kerana walaupun semasa aku menuju ke bilik belakang rumah itu, keadaan sekeliling yang amat panas dipenuhi asap yang mungkin berbahaya, namun perjalananku seperti dipermudahkan tanpa sebarang halangan.Kini, kami menghampiri pintu utama rumah itu, hatiku senang dan gembira kerana bukan sahaja berjaya membawa budak itu keluar dengan selamat serta aku sudah dapat mendengar siren bomba yang berbunyi di luar rumah ini. Lalu, tiba-tiba aku berasa kepalaku begitu berat sekali seperti ada batu besar dan berat yang menghempap di atas kepalaku ini. Aku juga berasa badanku begitu lemah dan penglihatanku seperti berpinar-pinar. Aku menyuruh budak lelaki itu keluar segera dari situ. Ketika itu, aku berasa penglihatanku semakin lama semakin gelap dan selepas itu aku tidaksedarkan diri lagi.

“Saya berada di mana nie?” soalku. Dan ketika itu, aku melihat keluargaku sudah berada di sisiku dan ibuku berkata bahawa aku sekarang berada di hospital dan terpaksa ditahan di wad kerana pengsan disebabkan terlalu banyak menghidu asap yang berbahaya dan sudah dua hari tidak sedarkan diri. Aku juga dikatakan bernasib baik kerana ketika itu aku pengsan di hadapan pintu utama rumah yang terbakar itu dan terdapat jiran yang berada disitu menolongku dengan segera menghantarku ke hospital untuk rawatan. Jikalau terlewat sedikit, mungkin aku sudah mengalami kesan teruk kerana menghidu asap yang berbahaya. Ibu bapa budak lelaki itu menziarahiku dan mengucaplan terima kasih kerana keberanianku itu, anak lelaki mereka berjaya diselamatkan.

Ibu bapaku pada mulanya terkejut dan akhirnya mereka bangga dengan sikapku ini. Pihak bombajuga datang tetapi semasa aku tidak sedarkan diri dan memuji keberanianku dengan menyelamatkan budak lelaki itu semasa kebakaran berlaku. Kenangan inimerupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan dan akan sentiasa tersemat kemas di dalam kotak fikiranku ini. Walaupun sudah setahun berlalu, aku masih mengingati setiap bait peristiwa yang berlaku ketika itu. Dan yang paling penting kini aku telah berjaya dengan cemerlang di dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) berkat kerajinanku hadir ke pusat tuisyen yang disyorkan oleh ibu bapaku sendiri.


Nurkilan ;
 Norshafikah bt. Ramli
 3 Plutonium
o

2 comments:

  1. izinkan saya untuk mengambil karangan ini sebagai rujukan

    ReplyDelete