Thursday, 26 April 2012

PENUTUPAN PERASMIAN MESYUARAT PENYELARASAN BUKU PANDUAN PELAKSANAAN KURIKULUM DI SEKOLAH DALAM HOSPITAL. TARIKH ; 26/4/2012 TEMPAT ; BILIK SERULING,HOTEL GRAND BLUE WAVE, SHAH ALAM. FOTO-FOTO PENUTUPAN PERASMIAN.

Wednesday, 25 April 2012

MESYUARAT PENYELARASAN BUKU PANDUAN PELAKSANAAN KURIKULUM KEBANGSAAN DI SEKOLAH DALAM HOSPITAL. TARIKH ; 23-26 APRIL 2012 TEMPAT ; HOTEL GRAND BLUE WAVE, PERSIARAN PERBANDARAN, SEKSYEN 14,SHAH ALAM. Gambar-gambar semasa Mesyuarat Penyelarasan dijalankan.

Wednesday, 18 April 2012

KARANGAN PELAJAR -PMR 2012

Jelaskan kebaikan dan keburukan televisyen
Oleh Sharifah Syazana bt Syed Jasmi, 3 Plutonium.
Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini, televisyen merupakan media elektrik yang penting kepada manusia. Semua keluarga mampu memilikinya kerana ada segelintir televisyen murah harganya. Selain itu, ia juga dijadikan sebagai bahan rujukan. Terdapat beberapa kebaikan dan keburukan mengenai televisyen.
Antara kebaikan televisyen ialah ia memberi banyak maklumat kepada kita. Televisyen banyak menyiarkan rancangan yang boleh meningkatkan ilmu pengetahuan seseorang itu. Contohnya seperti rancangan berkenaan dengan kemajuan sains dan teknologi, kepelbagaian haiwan-haiwan di negara-negara lain dan sebagainya. Ramai ibu bapa tidak menyedari akan kebaikan televisyen dan melarang anak-anak mereka menonton televisyen. Sepatutnya ibu bapa menggalakkan anak-anak mereka menonton televisyen kerana anak-anak mereka dapat meningkatkan ilmu pengetahuan mereka. Jika peluang ada di depan mata kita, kenapa kita melepaskannya begitu sahaja? Kita seharusnya merebut peluang tersebut kerana peluang hanya datang sekali.
Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa televisyen juga menyiarkan rancangan berbentuk pengetahuan tidak kira dari segi informasi, dokumentasi, berita, majalah tiga dan sebagainya. Ia juga boleh dijadikan bahan rujukan kepada kita. Contohnya ialah dengan menonton berita, kita dapat tahu apa yang terjadi di dunia seperti berlaku bencana alam, orang awam terlibat dalam kemalangan ngeri dan sebagainya. Di samping itu, jika kita seorang yang baik budi pekertinya dan mengambil berat tentang orang lain, majalah tiga banyak menceritakan tentang kehidupan setinggan orang luar sana, aduan rakyat tentang isu semasa dan sebagainya.
Seterusnya, kita boleh mengisi masa yang terluang denagn menonton televisyen. Sebenarnya kita sepatutnya mengisi masa yang terluang kita dengan mengulang kaji pelajaran tetapi jika kita mula berasa bosan, kita boleh menonton rancangan yang berkaitan dengan subjek yang kita pelajari seperti rancangan di ‘Astro Tutor Tv’. ‘Astro Tutor Tv’ ini menyiarkan rancangan yang berkaitan dengan pelajaran kita di sekolah. Kita tidak akan berasa bosan jika kita menonton televisyen di ‘Astro Tutor Tv’ kerana animasi-animasi yang terdapat dalam rancangan tersebut seolah-olah sedang berkomunikasi dengan kita dan kita juga boleh menganggapnya sebagai guru kedua kita.
Sama ada kita sedar atau tidak sedar, jika sesuatu benda itu mempunyai kebaikan, pasti terdapat juga kebaikannya. Sepertimana yang kita maklumi, remaja zaman sekarang suka menonton filem-filem yang berunsurkan keganasan. Ini menyebabkan mereka mudah terpengaruh dengan aksi-aksi ganas dalam filem tersebut. Ini sangat berbahaya kerana ada kemungkinan mereka akan membuli rakan-rakan mereka di sekolah.
Selain itu juga, dengan menonton televisyen, kita akan terlalu asyik dan mengabaikan pelajaran. Terdapat ramai pelajar yang gagal dalam peperiksaan kerana menonton televisyen berlebihan kerana ia tidak akan memberi apa-apa faedah. Daripada kita menonton televisyen, lebih baik kita belajar bersungguh-sungguh hingga ke menara gading.
Bagi menggulung segala kenyataan yang telah diperkatakan di atas, kita perlu bijak memilih rancangan yang bermanfaat dan tidak merosakkan diri kita. Jangan kita menyesal di kemudian hari kerana ia tidak ada gunanya lagi. Bak kata pepatah, menyesal dulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya lagi.

Monday, 16 April 2012

PROGRAM KECEMERLANGAN BM PMR 2012

TAJUK ; PROGRAM KECEMERLANGAN BM PMR 2012
TARIKH; 13 - 15 APRIL 2012
TEMPAT ; EXCEL TRAINING SDN.BHD, PT 927, KAMPUNG KAPAL, ULU BERANAG, 71750 LENGGENG ,NS [TEL- 03 82109000]
ANJURAN ' PEJABAT PELAJARAN WP PUTRAJAYA DENGAN PUTERI UMNO PUTRAJAYA.

TUJUAN PROGRAM ; MENDEDAHKAN PELAJAR-PELAJAR DENGAN TEKNIK-TEKNIK MENJAWAB BM K1 DAN K2 SELAIN DARIPADA MEMBERI MOTOVASI DAN RANGSANGAN KEPADA PELAJAR.DIHARAPKAN PROGRAM INI MEMBERI IMPAK YANG BESAR KEPADA PELAJAR DAN TERIMA KASIH KEPADA GURU-GURU PENGIRING YANG SANGGUP MENGORBANKAN MASA. BAGI PN HALIZA DAN PN SHAMSIAH ,TERUSKAN PERJUANGAN ANDA.BAGI PUTERI UMNO,TABURKANLAH JASAMU KEPADA ANAK BANGSAMU.

Saturday, 14 April 2012

TEKNIK2 MENJAWAB BM KERTAS 2 PMR-DI SMK PUTRAJAYA PRESINT 9[1]

1. Nyatakan tiga latar tempat dan contoh peristiwa yang anda kaji.
Novel yang saya kaji ialah Merenang Gelora, karya Ruslan Ngah berkenaan latar tempat. Pertama,sekolah, contohnya kebanyakan peristiwa berlaku di sekolah bersesuaian dengan tema novel ini yang meggambarkan cabaran besar yang dihadapi oleh Badri di sekolahnya untuk membantu pihak sekolah membanteras masalah salah laku pelajar. Seterusnya, yang kedua ialah di dalam tandas sekolah, contohnya Badri disimbah dengan air tandas di tandas sekolah dan peristiwa tersebut elah menyebabkan pelajar-pelajar lain mengetawakan Badri. Hal ini mencetuskan semangat Badri untuk menyiasat punca kejadian itu. Akhir sekali , yang ketiga ialah di rumah Badri, contohnya, Badrul, iaitu adik kepada Badri menyakat abangnya yang kelihatan segak ketika memakai seragam pengawas buat kali pertama. Ketika itu, Badri bersiap untuk ke sekolah dengan berpakaian pengawas pada hari pertama dia menjadi pengawas.
2. Nyatakan tiga latar masa dan contoh peristiwa yang anda kaji.
Novel yang saya kaji ialah Merenang Gelora, karya Ruslan Ngah berkenaan latar masa.Pertama ialah pada waktu pagi, contohnya Badri bersiap untuk ke sekolah pada waktu awal pagi dengan berpakaian seragam pengawas buat kali pertama. Dia keluar awal untuk menunggu bas bersama-sama adiknya Badrul. Seterusnya, yang kedua ialah pada waktu rehat, contohnya, Badri telah disimbah dengan air sewaktu berada di dalam tandas kerana Badri telah menyebabkan urusan jual beli telefon bimbit tidak dapat berjalan dengan lancar. Hal ini dilakukan oleh Shahrul dan kawan-kawannya yang lain. Akhir sekali, yang ketiga ialah pada waktu tengah hari, contohnya, Siew Mei telah memasukkan sekeping nota kecil di dalam poket seluar Badri untuk menemui Badri pada waktu petang.

3. Nyatakan peristiwa berdasarkan urutan plot yang anda kaji.

Novel yang saya kaji ialah Merenang Gelora, karya Ruslan Ngah berkenaan plot.Dalam plot,boleh dibahagikan kepada tiga iaitu permulaan,kemuncak dan peleraian. Yang pertama iaitu permulaan, Badri menerima lantikan sebagai pengawas sekolah. Dia bertekad untuk menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab. Sebagai pengawas, Badri terpaksa berhadapan dengan pelbagai kerenah murid. Masalah disiplin yang sedang berleluasa di sekolahnya ialah perjualan telefon bimbit dan kad prabayar. Meng Kong mencuri telefon bimbit dan kad prabayar di kedai bapanya dan menjualnya kepada murid-murid sekolah dan bayaran dibuat secara ansuran. Yang kedua ialah kemuncak, keputusan peperiksaan SPM diumumkan. Badri dan rakan-rakannya mendapat keputusan yang cemerlang dalam keputusan SPM dan ingin melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.Akhir sekali ialah peleraian, Badri dan rakan-rakannya telah berjaya dalam kehidupan. Badri menamatkan pengajian dalam bidang perubatan. Siew Mei bakal menjadi doktor gigi. Jamil dan Taufik berkongsi membuka resort. Shahrul dan Kumar membuka bengkel membaiki kenderaan.

4. Tuliskan tiga teknik penceritaan yang digunakan oleh pengarang dengan mengemukakan contoh yang sesuai bagi menyokong jawapan anda.

Novel yang saya kaji ialah Merenang Gelora, karya Ruslan Ngah berkenaan teknik penceritaan. Pertama ialah teknik pemerian, contohnya Nadira berpakaian cantik wajahnya disolek rapi. Nurul Ain terkejut melihat perubahan adiknya yang semakin keterlaluan kebelakangan ini. Seterusnya, yang kedua ialah teknik dialog. Contohnya “Engkau nak ke mana?” tanya Jamil apabila melihat Badri seperti mahu berlalu dari situ setelah meletakkan beg di meja. . Akhir sekali, yang kedua ialah teknik monolog. Contohnya ,”Terima Kasih Badrul kerana membantu aku, kata Shahrul dalam hati.”
.
5. Nyatakan watak dan perwatakan watak utama yang terdapat dalam novel yang anda kaji beserta contoh yang sesuai.
Novel yang saya kaji ialah Merenang Gelora, karya Ruslan Ngah berkenaan watak dan perwatakan utama. Watak utama dalam novel ini ialah Badri. Perwatakannya ialah Badri seorang remaja yang sangat tegas dan memegang prinsip. Badri telah menjalankan tugas dan tidak memilih kasih dalam melaksanakan tugasnya sebagai seorang pengawas. Selai itu,dia seorang yang bertanggungjawab dalam menjalankan tugas yang diamanahkan, buktinya Badri tetap melaksanakan tugasnya sebagai pengawas walaupun mendapat pelbagai ancaman oleh Shahrul dan anggota kumpulannya. Seterusnya, dia seorang yang berani, contohnya Badri berani berhadapan dengan Shahrul yang cuba menyerangnya di taman permainan. Akhir sekali, dia seorang yang rajin, contohnya Badri sering membaca buku di perpustakaan dan tidak membuang masa tanpa tujuan.

6. Nyatakan watak dan perwatakan watak sampingan yang terdapat dalam novel yang anda kaji beserta contoh yang sesuai.
Novel yang saya kaji ialah Merenang Gelora, karya Ruslan Ngah berkenaan watak dan perwatakan sampingan. Watak sampingan ialah Shahrul. Oleh itu, Shahrul merupakan anak seorang ahli perniagaan namun setelah perniagaan bapanya merosot mereka sekeluarga terpaksa hidup dalam serba sederhana. Shahrul suka berfoya-foya dan hidup bebas, contohnya, Shahrul sentiasa berfoya-foya bersama rakannya dan sering terlibat dalam lumba haram. Shahrul juga mengajak Nadira berfoya-foya bersama rakan-rakannya. Selain itu, Shahrul seorang yang sangat suka menghasut, contohnya, Shahrul akan menghasut sesiapa sahaja demi kepentingan dirinya seperti menghasut Meng Kong agar mencuri telefon bimbit di kedai bapanya. Shahrul juga pandai bermuka-muka dan berpura-pura, contohnya Shahrul berjaya mempengaruhi Nadira dengan sikap kepura-puraannya kononnya dia seorang yang kaya padahal keluarganya sudah tidak hidup mewah seperti dahulu setelah perniagaan bapanya merosot.

7. Nyatakan tiga nilai dan contoh peristiwa berdasarkan novel yang anda pelajari.
Novel yang saya kaji ialah Merenang Gelora, karya Ruslan Ngah berkenaan nilai. Pertama, nilai bertanggungjawab, contohnya Badri sangat bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasnya sebagai pengawas dan dia sanggup berhadapan dengan pelbagai cabaran demi memastikan tugasnya dapat dilaksanakan. Seterusnya keberanian, contohnya Badri menjalankan tugasnya sebagai pengawas sekolah dengan berani dan dia berani mematahkan serangan Shahrul di taman. Akhir sekali kesyukuran, contohnya Badri bersyukur kerana Taufik dan Siew Mei tetap menyokongnya walaupun dia telah difitnah membawa telefon bimbit ke sekolah.


8. Tuliskan tiga pengajaran yang terdapat dalam novel yang anda kaji dan sertakan contoh peristiwa yang sesuai untuk menyokong jawapan anda.

Novel yang saya kaji ialah Merenang Gelora, karya Ruslan Ngah berkenaan pengajaran. Pertama, kita haruslah tabah menghadapi pelbagai cabaran dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan, contohnya Badri tabah menghadapi pelbagai cabaran dalam menjalankan tugasnya sebagai pengawas sekolah. Badri pernah diugut, disimbah air malah pernah difitnah membawa telefon bimbit ke sekolah. Namun, dia tabah menghadapi semua cabaran itu. Seterusnya, kita perlulah menasihati rakan kita yang tersalah memilih jalan hidup, contohnya Badri menasihati Jamil agar kembali ke pangkal jalan setelah terlibat dengan aktiviti menjual telefon bimbit dank ad prabayar curi. Badri juga menasihati Nadira agar tidak meneruskan persahabatannya dengan Shahrul yang terlibat dengan kumpulan lumba haram. Akhir sekali, kita hendaklah saling membantu dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan, contohnya Badri dan Taufiq sentiasa bekerjasama ketika menjalankan tugas sebagai pengawas dengan penuh tanggungjawab. Mereka sentiasa menyalurkan maklumat mengenai salah laku pelajar kepada Cikgu Jailani.

9. Tuliskan tiga peristiwa yang menarik yang terdapat dalam novel.
Novel yang saya kaji ialah Merenang Gelora, karya Ruslan Ngah berkenaan peristiwa yang menarik yang terdapat dalam novel Merenang Gelora. Pertama, Ah Meng telah memasang kamera CCTV untuk mengesan pencuri telefon bimbit yang sebenarnya dan akhirnya rahsia Meng Kok terbongkar apabila rakaman CCTV ditonton oleh Ah Meng dan Encik Tan. Seterusnya, Lokman membawa Shahrul dan Kumar untuk disoal siasat di bilik pengawas. Shahrul telah bersikap kasar kepada Lokman walaupun Lokman ialah ketua pengawas sekolah. Akhir sekali ,Badri mengunjungi Jamil yang mengusahakan resort bersama-sama Taufik dan di situ mereka mengenang kembali zaman persekolahan mereka.

10. Nyatakan tiga contoh penggunaan unsur gaya bahasa yang terdapat dalam novel yang anda kaji.

Novel yang saya kaji ialah Merenang Gelora, karya Ruslan Ngah berkenaan penggunaan gaya bahasa. Pertama, penggunaan peribahasa. Contohnya, Dah sampai masanya kaubalas budi aku supaya tidak dianggap seperti kacang lupakan kulit. Seterusnya, personifikasi. Contohnya, Badri tidak mahu menyulam sebarang massalah dalam persekolahannya. Akhir sekali simile. Contohnya, Shahrul memecut motosikalnya seperti hendak terbang.

11. Tuliskan tiga peristiwa yang boleh dicontohi berdasarkan novel yang anda kaji.

Novel yang saya kaji ialah Merenang Gelora, karya Ruslan Ngah berkenaan peristiwa yang boleh dicontohi iaitu Badri menjalankan tugas sebagai pengawas dengan penuh tanggungjawab dan Badri menyelar Jamil yang tidak mahu membantunya untuk memberikan maklumat tentang sediket penjualan telefon bimbit dan kad prabayar. Kedua, Badri bersyukur dengan keputusan peperiksaannya yang cemerlang memandangkan sepanjang dia berada dalam tingkatan lima dia terpaksa bedepan ndengan pelbagai masalah. Akhir sekali Encik Tan telah memberikan kerjasama kepada pihak sekolah untuk mengatasi masalah penjualan telefon bimbit di sekolah.
Pemandangan indah Bukit Broga.

Tuesday, 10 April 2012

LATAR MASYARAKAT DALAM NOVEL MERENANG GELORA

Nyatakan tiga latar masyarakat berserta contoh yang sesuai bagi menyokong jawapan anda berdasarkan novel yang anda pelajari.
Novel yang saya kaji ialah Merenang Gelora, karya Ruslan Ngah berkenaan latar masyarakat. Terdapat tiga latar masyarakat iaitu masyarakat pelajar sekolah yang belajar di sebuah sekolah menengah, contohnya, Badri,Jamil,Taufik, Nadira, Siew Mei, Shahrul, Meng Kong dan lain-lain yang merupakan pelajar tingkatan 5 di sebuah sekolah menengah. Selain itu, masyarakat pelajar yang terlibat dengan salah laku disiplin di sekolah, contohnya, Shahrul,Meng Kong, dan Kumar merupakan pelajar yang terlibat melakukan kesalahan disiplin di sekolah dengan menjual telefon bimbit dank ad prabayar di sekolah. Seterusnya, masyarakat yang terlibat dalam aktiviti yang haram seperti kegiatan lumba haram dan pengedaran najis dadah dalam kalangan masyarakat, contohnya, Shahrul berkawan dengan golongan muda yang terlibat dengan lumba haram dan rakan Shahrul yang bernama Amran merupakan pengedar dadah dan telah terbunuh dalam kejadian tembak-menembak dengan pasukan polis.

PERSOALAN DALAM NOVEL MERENANG GELORA.

Nyatakan tiga persoalan berserta contoh peristiwa yang terdapat dalam novel yang telah anda kaji.
Novel yang saya kaji ialah Merenang Gelora, karya Ruslan Ngah berkenaan persoalan. Terdapat tiga persoalan iaitu persoalan kasih sayang dalam keluarga.Contohnya Badri sangat menyayangi ibu bapanya dan ingin membalas jasa mereka dengan belajar bersungguh-sungguh sehingga Berjaya menjadi seorang doctor. Selain itu, keikhlasan dalam persahabatan,contohnya Siew Mei dan Taufik mementingkan keikhlasan dalam persahabatan dan sentiasa memberi sokongan kepada Badri ketika Badri berhadapan dengan pelbagai ujian. Persoalan yang ketiga ialah kepentingan untuk mempelajari ilmu mempertahankan diri, contohnya Badri dapat mengalahkan Shahrul kerana dia mempelajari seni silat dengan Pak Alang.

TEMA ; NOVEL MERENANG GELORA

Tuliskan tema novel yang anda pelajari berserta contoh yang sesuai.
Jawapan;
Novel yang saya kaji ialah Merenang Gelora, karya Ruslan Ngah berkenaan tema. Tema Merenang Gelora ialah kegigihan dan tanggungjawab seorang remaja melaksanakan tugas yang diamanahkan dan terpaksa menempuh pelbagai cabaran. Hal ini dibuktikan menerusi watak Badri yang memegang jawatan sebagai pengawas sekolah telah berusaha untuk membenteras kegiatan penjualan telefon bimbit dalam kalangan murid sekolah. Selain itu, Badri menghadapi cabaran apabila difitnah oleh murid yang tidak berpuas hati dengan tindakan tegasnya.Namun,akhirnya Badri Berjaya membanteras gejala buruk tersebut dan berjaya membawa kejayaan pada diri dan rakan-rakannya.

Wednesday, 4 April 2012

SANTAI PUTRAJAYA

ANAK-ANAK MURIDKU SMK PUTRAJAYA PRESINT 9[1];
Setiap hari,minggu dan bulan,anak-anakku bergelumang dengan buku-buku untuk mencari sesuap ilmu untuk menjamin masa depan.Bagi yang rajin,teruskanlah perjuangan anda,jangan sia-siakan peluang yang ada.Carilah seberapa banyak ilmu untuk tatapan hari tua.Dengarilah kata ibu bapa dan guru-guru,jangan luka hati dan perasaannya..nescaya kejayaan dalam genggaman!

Bagi anak-anakku yang liat bangun dan suka ponteng sekolah..berubahlah.Jangan suka menyalahkan orang lain.Pereksalah diri sendiri..kalau kita malas untuk ke sekolah,susahlahh...

Anak-anakku gunakalah masa lapang dengan perkara-perkara yang berfaedah - membaca,futsal,badminton, basikal dan bermacam-macam perkara boleh kita lakukan di muka bumi ini. Namun, dalam kesibukan,kita jangan lupa perintah Allah...sembahyang..!!! semoga kehidupan kita sentiasa diberkati.
Penulis bersama ahli kelab basikal di Bandar Baru Bangi.

Tuesday, 3 April 2012

KOMPUTER DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU DI IPG TEKNIK CHERAS

TAKLIMAT KURSUS; PENGENALAN KEPADA KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN PENGGUNAAN ENJIN PENCARI BAHAN P&P BM.
TARIKH ; 3-5/4/2012
MASA ; 8.00-5.00 PTG
TEMPAT ; BILIK BESTARI, IPG TEKNIK CHERAS.