Tuesday, 19 June 2012

BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA ILMU-Syahidah Binti Ghazali[diselenggarakan oleh Rozali Rajab]

Abstrak
Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi yang tercatat dalam Perlembagaan Negara Malaysia (Perkara 152) telah diiktiraf sebagai bahasa pengantar pendidikan dan menjadi mata pelajaran wajib dalam sistem pendidikan negara Malaysia bagi semua peringkat rendah, menengah dan pengajian tinggi. Hal ini kerana bahasa pengantar ilmu yang paling berkesan ialah bahasa peribumi. Namun, mendepani era globalisasi dan ledakan maklumat ini, bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar menerima kesan yang mendalam. Pelbagai isu dan ancaman timbul dalam memperkasa dalam memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Memandangkan isu bahasa belum selesai dibincangkan maka kajian ini dilakukan bertujuan untuk menghurai dan menjelaskan isu Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu yang merangkumi pembinaan bahasa dalam bidang ejaan, peristilahan, kosa kata, tatabahasa, sebutan, laras bahasa, isu dan cabaran bahasa Melayu serta cadangan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Kaedah yang digunakan dalam menghurai dan menjelaskan tajuk ini ialah kaedah kepustakaan. Kajian ini mendapati bahawa pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka dalam pembinaan bahasa yang dikenali juga sebagai korpus bahasa dalam bidang ejaan, peristilahan, kosa kata, tatabahasa dan laras bahasa bertujuan untuk mengisi erti taraf yang telah diberikan kepada bahasa Melayu melalui perancangan taraf iaitu bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Selain itu, kajian ini juga mendapati bahawa terdapat banyak isu dan cabaran terhadap bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu walaupun bahasa Melayu sudah lama menjadi bahasa pengantar ilmu iaitu sejak zaman Kesultanan Melayu lagi. Oleh itu, beberapa langkah atau cadangan telah diberikan bagi memartabatkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu ini.
PENDAHULUAN
Era kegemilangan Tamadun Alam Melayu telah membuktikan kehebatan bahasa Melayu yang menjadi lingua franca sebelum abad ke 13 lagi di seluruh kepulauan Melayu (sebelum kedatangan Barat) dan ia menjadi kekuatan juga kepada bangsa Melayu itu sendiri. Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar kepada perkembangan agama Islam dan Hindu yang memperlihatkan kemudiannya penerimaan pengaruh bahasa Arab dan Sanskrit. Pedagang-pedagang yang terdiri daripada pelbagai kaum yang datang ke alam Melayu untuk berdagang telah menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam aktiviti perdagangan mereka khususnya di Melaka. Oleh itu, ia menjadi bahasa perdagangan, pendidikan, bahasa pentadbiran, bahasa undang-undang, dan bahasa ketatanegaraan. Penggunaan bahasa Melayu yang meluas adalah
Bahasa Melayu dalam bidang ilmiah dikatakan bermula sejak kurun ke-15 lagi iaitu dengan terhasilnya penulisan dan penterjemahan kitab-kitab agama dalam bahasa Melayu. Setelah kejatuhan Melaka, pusat pengembangan ilmu telah diambil alih oleh Acheh. Pada zaman ini banyak kitab-kitab dan buku-buku agama dihasilkan oleh para ilmuwan Islam. Antaranya ialah kitab Al-Aqai’id al-Nasafiyyah yang ditulis oleh seorang alim ulama iaitu Umar Bin Muhammad Al-Nasafi pada kurun ke 54. (Al-Attas, 1988). Selain itu, terdapat beberapa lagi tokoh ilmuan seperti Hamzah Fansuri, Syeikh Nuruddin Al-Raniri, Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari yang mengungkapkan karya ilmiah dalam bahasa Melayu. Ini menunjukkan bahawa bahasa Melayu telah mencapai puncak ketinggiannya sebagai bahasa pengantar ilmu sejak zaman kesultanan Melayu di seluruh kepulauan Melayu sesudah kedatangan Islam dengan lahirnya tokoh-tokoh sastera dan kesufian serta terhasilnya kitab-kitab ulung.
Nilai dan tarafnya bahasa Melayu mengalami penurunan di zaman pemerintahan British yang memperkenalkan dasar pecah dan perintah yang membawa kepada perubahan sistem politik, sosial dan budaya. Ia tidak lagi menjadi bahasa pengantaraan sebaliknya hanya menjadi bahasa pasar. British telah menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama contohnya dalam sistem pendidikan vernakular, bahasa Inggeris menjadi bahasa utama di sekolah-sekolah Inggeris sehingga ke peringkat universiti. Bahasa Melayu turut disaingi oleh bahasa Cina dan Tamil ekoran kemasukan imigran ke Tanah Melayu. Namun, bahasa Melayu telah diangkat menjadi bahasa kebangsaan seterusnya sebagai bahasa ilmu selepas negara mencapai kemerdekaan dan berkerajaan sendiri. Bangsa yang bermaruah mesti mempunyai bahasa kebangsaan sendiri.
Objektif kajian ialah untuk mengenal pasti bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan menganalisis bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.
Kajian mengenai bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu merupakan satu bidang yang sangat luas dan meliputi pelbagai aspek. Namun, tujuan dan kajian yang dilakukan dalam tugasan ini hanya dibataskan kepada bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dengan memberi fokus pembinaan bahasa dalam bidang ejaan, peristilahan, kosa kata, tatabahasa, sebutan, laras bahasa, isu dan cabaran bahasa Melayu serta cadangan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu disebabkan keterbatasan ruang.
Kedudukan Bahasa Melayu dan Statusnya
Selaras dengan peruntukan Perlembagaan Negara Malaysia (Perkara 152)
Bahasa ilmu ialah bahasa yang digunakan untuk mengungkap ilmu dan memiliki ciri-ciri yang tersendiri. Setelah mencapai kemerdekaan, bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar di sekolah dan di institusi pengajian tinggi. Ini bererti bahawa bahasa Melayu menjadi saluran untuk menyampaikan ilmu pengetahuan yang dibincangkan dalam bilik darjah. Bahasa Melayu juga digunakan dalam penulisan pelbagai jenis buku tentang ilmu pengetahuan. Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan kemuncak penentuan bahasa Melayu digunakan sepenuhnya sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan. Kejayaan universiti itu melahirkan ramai siswazah yang menerima ilmu dalam bahasa Melayu dengan menghasilkan ribuan tesis yang ditulis dalam bahasa Melayu membuktikan bahawa bahasa Melayu berkeupayaan menjadi bahasa ilmu dalam pelbagai bidang. Para siswazah yang mendapat pendidikan melalui bahasa Melayu dan telah memasuki alam pekerjaan berjaya menjawat pelbagai jawatan seperti peguam, pensyarah, jurutera, guru, pentadbir malah ada yang menjadi pemimpin atau ahli politik.
Dalam konteks untuk memenuhi bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, yang memerlukan ragam bahasa yang mampu menangani hal-hal yang maju, kompleks dan ilmiah, bahasa perhubungan biasa seperti bahasa basahan dan dialek tidak mampu menjadi wahana ilmu dan pentadbiran negara. Oleh itu, bahasa baku yang dikenali sebagai bahasa formal, bahasa Melayu tinggi dan bahasa terbina diperlukan dalam proses pembinaan negara kerana melalui penggunaan bahasa baku inilah akan meningkatkan keperibadian seseorang sebagai satu bangsa yang berdaulat dan mempunyai kekuatan tersendiri. Oleh itu, pembinaan bahasa yang dikenali juga sebagai perancangan korpus bahasa dilakukan dalam bidang ejaan, peristilahan, kosa kata, tatabahasa dan laras bahasa bertujuan untuk mengisi erti taraf yang telah diberikan kepada bahasa Melayu melalui perancangan taraf iaitu bahasa Melayu sebagai bahasa
Pembinaan Bahasa Melayu dalam Bidang Ejaan
Pembinaan bahasa Melayu dalam bidang ejaan dilakukan untuk mengatasi masalah tidak selarasnya beberapa sistem ejaan rumi yang digunakan oleh pengguna bahasa Melayu. Perumusan sistem ejaan rumi telah dilakukan sejak awal abad ke-20 lagi. Menurut Awang Sariyan (2006:11) menjelaskan bahawa di negara ini, R.J. Wilkinson (1904) berjaya menyusun asas sistem ejaan rumi bahasa Melayu yang diperkemas kemudiannya oleh Za’ba sehingga menjadi satu sistem ejaan yang digunakan di sekolah. Dengan adanya sistem ejaan yang dikemas kini, segalanya urusan sama ada pentadbiran, pengajaran dan pembelajaran di institusi pengajian mahupun komunikasi dapat berlangsung dengan berkesan. Dewan Bahasa dan Pustaka yang bertanggungjawab untuk menggerakkan dan memartabatkan bahasa Melayu telah menerbitkan beberapa buah buku sebagai rujukan atau panduan kepada masyarakat antaranya Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu (1975, 1987) dan Daftar Ejaan Rumi Bahasa Melayu (1981, 1989). Sistem ejaan rumi yang betul hendaklah menurut pedoman rasmi yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka tersebut.
Dewan Bahasa dan Pustaka bergiat memperkemas sistem ejaan dengan mengadakan satu sistem ejaan bersama Malaysia dan Indonesia untuk mengatasi kelemahan sistem-sistem ejaan sedia ada. Sistem ejaan ini lebih meluas penggunaannya apabila Singapura dan Brunei menerima dan menggunakannya. Di samping itu, pihak Dewan Bahasa dan Pustaka juga telah menghasilkan sebuah kamus iaitu Kamus Dewan yang merakam perbendaharaan kata bahasa Melayu yang sedang berkembang itu untuk rujukan umum terutamanya pelajar institusi pengajian tinggi, pencinta bahasa dan kanak-kanak sekolah. Dewan Bahasa dan Pustaka dengan kerjasama ahli-ahli bahasa menghasilkan buku tatabahasa yang dijadikan panduan oleh pengguna bahasa Melayu dalam usaha membentuk kata, frasa, klausa dan ayat. Buku tersebut berjaya dihasilkan pada tahun 1986 yang berjudul Tatabahasa Dewan.
Pembinaan bahasa dalam bidang ejaan memiliki maksud tersendiri dalam pemodenan bahasa seterusnya dalam pembangunan masyarakat. Hal ini dapat difahami sekiranya individu dapat menerima hakikat bahasa sistem tulisan berperanan penting dalam mengungkapkan pemikiran dan ilmu. Satu ragam bahasa yang teratur iaitu bahasa persuratan muncul melalui tulisan.
Pembinaan Bahasa Melayu dalam Bidang Peristilahan
Pembinaan bahasa dalam bidang peristilahan juga berkait rapat dengan
Dalam usaha untuk memperkaya bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, pakar-akar dalam pelbagai bidang bergabung tenaga dalam menggubal istilah, menyusun glosari, dan kamus istilah serta menyampaikannya dalam kuliah masing-masing di institusi pengajian tinggi serta menghasilkan bahan ilmiah dalam bentuk buku dalam bidang kepakaran masing-masing.
Pembinaan Bahasa Melayu dalam Bidang Kosa Kata
Sejak tahun 1960-an lagi usaha pembinaan bahasa Melayu dalam bidang kosa kata telah dilakukan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Bidang kosa kata ini mempunyai hubungan dengan pembakuan peristilahan kerana istilah sendiri sebenarnya adalah sebahagian daripada kosa kata. Pembinaan kosa kata merangkumi dua perkara iaitu bentuk dan makna. Bentuk dan makna sesuatu kata yang tepat dirakamkan melalui kamus. Oleh itu penyusunan kamus dilakukan. Kamus Dewan merupakan kamus pertama yang berjaya disusun oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1964 dengan memuatkan 30 000 patah entri yang merupakan kamus ekabahasa Melayu sebagai panduan.
Sejak itu, banyak kamus-kamus telah disusun dan diterbitkan untuk keperluan masyarakat seterusnya untuk memastikan bahasa Melayu berkembang dengan pesat. Antara kamus yang dihasilkan ialah Kamus Bahasa Malaysia Edisi Pelajar (1975) dan Kamus Pelajar Bahasa Malaysia (1987) untuk pelajar sekolah menengah. Manakala untuk pelajar sekolah rendah diterbitkan Kamus Rendah Dewan Bergambar (1989) dan Kamus KBSR Dewan Bergambar pula terbit pada tahun 2003 sebagai edisi keduanya. Kamus Dwibahasa Bahasa Inggeris-Bahasa Malaysia (1979), Kamus Inggeris-Melayu Dewan Edisi Ringkas (1995) juga disusun bagi memudahkan masyarakat khususnya pelajar memahami bahasa Inggeris.
Usaha yang berterusan dalam proses penerbitan dan penyusunan dilakukan oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka bagi memantapkan kedudukan
Pembinaan Bahasa Melayu dalam Bidang Tatabahasa
Tatabahasa bahasa Melayu pula telah memperlihatkan kemantapannya sejak berabad-abad yang lalu. Ia berlaku serentak dengan perkembangan tradisi bahasa persuratan. Wujud karya-karya besar seperti Sejarah Melayu, Hikayat Raja-Raja Pasai, Bustanul Katibin dan sebagainya. Tatabahasa berkaitan dengan proses pembinaan kata dan ayat. Usaha penyusunan tatabahasa telah dilakukan oleh seorang tokoh ulung iaitu Pendeta Za’ba dengan menerbitkan buku yang berjudul Pelita Bahasa Melayu. Buku ini telah menjadi rujukan dalam sistem pendidikan negara sejak 1940-an lagi. Karya-karya tatabahasa bahasa Melayu yang disusun oleh ahli tatabahasa, khususnya oleh ahli-ahli bahasa moden pada dasarnya bersumber pada bahasa tulisan. Buku Tatabahasa Dewan contohnya jelas mencerminkan bahasa tulisan, bukan bahasa basahan atau bahasa tidak rasmi.
Usaha gigih yang dilakukan oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka dalam merancang dan menerbitkan Tatabahasa Dewan Jilid I (1986), Tatabahasa Dewan Jilid II (1989), Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (1993), dan Tatabahasa Praktis Bahasa Melayu adalah untuk memastikan pemantapan dalam bidang tatabahasa sebagai salah satu daripada bahasa ilmu. Bidang tatabahasa penting kerana seluruh aspek bahasa dinyatakan dalam lingkungan tatabahasa. Istilah dan kosa kata tidak akan bererti jika tidak dengan tatabahasa yang baik.
Pembinaan Bahasa Melayu dalam Bidang Sebutan
Bidang sebutan membayangkan tercapainya kesempurnaan sistem bahasa. Usaha membakukan sebutan bahasa Melayu bermula pada tahun 1956 dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu ketiga. Bidang sebutan dikatakan melengkapkan proses pembakuan keseluruhan bidang bahasa setelah bidang ejaan, peristilahan, kosa kata dan tatabahasa mencapai tahap baku. Sempena dengan pelaksanaan Kurikulum bersepadu dalam sistem pendidikan di sekolah pada tahun 1988, sebutan baku telah diintegrasikan dalam sukatan pelajaran baharu mata pelajaran bahasa Melayu. Sebutan baku bahasa Melayu ialah sebutan fonemik iaitu sebutan yang berdasarkan ejaan. Walaupun sebutan berkaitan dengan bahasa lisan, namun bahasa yang digunakan dalam bahasa formal ialah bahasa yang terkawal tatabahasanya, istilahnya dan pemilihan katanya. Antara bahan yang telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka berkaitan dengan bidang ejaan ialah Pedoman Sebutan Baku Bahasa Melayu.
Pembinaan Bahasa Melayu dalam Bidang Laras Bahasa
Laras bahasa ialah bentuk penggunaan bahasa menurut bidang-bidang tertentu.
kerana bahasa tersebut mudah dituturkan berbanding dengan bahasa yang lain. Ciri-ciri keterbukaan yang terdapat dalam bahasa Melayu yang dapat menerima pengaruh bahasa-bahasa lain menyebabkan bahasa tersebut dapat berkembang dengan pesat dan menjadi lingua franca dan bahasa ilmu di Kepulauan Melayu pada waktu itu. sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi, secara tidak langsung telah mengiktiraf bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan. Perkara ini terkandung dalam Laporan Razak pada tahun 1957 dan tahun 1961 setelah melaksanakan syor yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Penyemak Rahman Talib yang seterusnya menghasilkan Laporan Rahman Talib. Laporan Ini bertujuan untuk memungkinkan bahasa Melayu digunakan sepenuhnya sebagai bahasa kebangsaan dan sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan agar dapat berkembang menjadi bahasa yang moden dan mampu menjadi asas pembinaan negara bangsa dan berdaulat. Menurut Awang Sariyan yang dipetik dalam buku Bahasa Melayu Apa Sudah Jadi? tulisan Kamal Shukri Abdullah Sani (2007:140) menyatakan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi yang tercatat dalam Perlembagaan Negara adalah mata pelajaran wajib dalam sistem pendidikan negara Malaysia bagi semua sekolah, malah berfungsi sebagai bahasa pengantar pendidikan bagi semua peringkat rendah, menengah, dan pengajian tinggi. kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu.proses pemodenan bahasa dan kemajuan masyarakat. Hal ini kerana, istilah merupakan realisasi konsep-konsep yang berkaitan dengan ilmu. Melalui konteks pemupukan budaya ilmu sebagai prasyarat pembangunan masyarakat dan negara, penggubalan istilah dalam pelbagai bidang ilmu antaranya bidang pendidikan, sains, kedoktoran, kejuruteraan, pengurusan sektor awam dan swasta dan sebagainya menjadi tanda berlangsungnya proses intelektualisasi bahasa Melayu. Sehingga kini hampir sejuta istilah telah dicipta yang meliputi pelbagai bidang ilmu dan digunakan dalam penyampaian ilmu melalui sistem pendidikan negara. Penciptaan istilah dilakukan juga oleh institusi pengajian tinggi dengan berpandukan istilah yang telah ditetapkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Kebanyakan istilah rasmi ini telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dalam bentuk buku-buku istilah dan digunakan dalam penerbitan buku dan majalah. bahasa Melayu sebagai bahasa wahana ilmu.
Terdapat pelbagai laras bahasa yang digunakan contohnya dalam bidang pentadbiran, sains dan teknologi, kewartawanan dan sebagainya. Oleh itu, corak bahasa yang dapat menggambarkan ciri-ciri khusus sesuatu bidang diperlukan. Pihak Dewan Bahasa dan Pustaka telah melakukan pengayaan laras bahasa Melayu melalui penerbitan karya ilmu di semua peringkat dan dalam pelbagai bidang. Menurut Awang Sariyan (2005:151) menjelaskan bahawa dari permulaan pembabitan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam penerbitan, hampir 10,000 judul buku telah berhasil diterbitkan. Daripada koleksi Perpustakaan Negara Malaysia (1966-2001), sejumlah 105, 898 judul direkodkan sebagai buku yang didaftarkan di bawah Akta Pemeliharaan Buku-Buku 1964 dan Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1966. Walaupun jumlah lebih seratus ribu judul itu turut terangkum buku bahasa lain, namun 60,474 judul merupakan terbitan dalam bahasa Melayu.
Isu dan Cabaran Bahasa Melayu
Dalam persaingan globalisasi hari ini, seluruh pelosok masyarakat yang terdiri daripada pelbagai lapisan dan peringkat ini merasai keperluan untuk mempelajari dan menguasai bahasa kedua iaitu bahasa Inggeris. Masyarakat tidak lagi berkeyakinan dengan bahasa Melayu itu sendiri sehingga ia dipinggirkan. Mereka tidak lagi menjadikan bahasa Melayu sebagai alat untuk berkomunikasi sebaliknya menggantikannya dengan bahasa Inggeris. Hal ini sudah tentu memberi kesan yang mendalam terhadap bahasa Melayu.
Antara isu dan cabaran dalam memartabatkan bahasa Melayu ialah penggunaan atau struktur ayat yang tidak tepat dan bercampur-aduk antara bahasa Inggeris dan bahasa Melayu pada papan tanda dan papan iklan yang dilakukan oleh firma-firma perdagangan dan pihak-pihak swasta. Nama-nama syarikat perniagaan hampir kesemuanya menggunakan bahasa Inggeris walaupun syarikat tersebut milik orang Melayu.
Selain itu, wujud pihak-pihak tertentu yang cuba mempertikaikan kedudukan dan mencabar kemantapan bahasa Melayu di samping sikap segelintir pemimpin kini dalam memartabatkan bahasa ibunda. Terdapat kecenderungan di kalangan golongan elit berpendidikan barat di Malaysia dan sikap sesetengah pemimpin Melayu memberikan nilai dan taraf yang berbeza kepada bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Menurut mereka, bahasa Inggeris penting sebagai ‘bahasa kemajuan’ manakala bahasa Melayu ‘berperanan sebagai bahasa perpaduan dan bahasa rasmi negara’. Hal ini dilihat seolah-olah mengiakan pandangan yang diutarakan oleh Peter Drucker (1994) yang dipetik dalam buku Bahasa Melayu Dalam Cabaran Kumpulan Syarahan Raja Ali Haji tulisan Nik Safiah Karim dan Nuwairi Haji Khaza’ai (1997:212) yang menyatakan bahawa semua negara di dunia ini yang tidak mahu ketinggalan zaman mestilah menerima keutamaan ilmu dan budaya atau nilai Barat sahaja.
Penegasan terhadap bahasa Inggeris sebagai bahasa kemajuan itu dikatakan tidak menjejaskan martabat bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa perpaduan. Mereka sangat prihatin terhadap kemerosotan bahasa Inggeris di kalangan pelajar tetapi tidak mengambil berat terhadap penggunaan bahasa Melayu.
Di samping itu, penggunaan bahasa Inggeris dalam pelbagai bidang ilmu di sekolah hingga ke universiti juga merupakan salah satu isu dan cabaran yang besar terhadap penggunaan bahasa Melayu. Kedudukan bahasa Inggeris sebagai alat pengantar pendidikan di dalam negeri ini semakin dipupuk setelah kerajaan membuat keputusan untuk menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam mata pelajaran sains dan matematik pada peringkat rendah dan menengah serta kursus-kursus sains dan teknologi di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan juga setelah Akta Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) diluluskan yang memberi kuasa kepada Menteri Pendidikan untuk membenarkan penggunaan bahasa Inggeris sebagai alat pengantar di pusat pengajian tinggi swasta. Kerajaan secara perlahan-lahan membenarkan ratusan program kembar (twinning) di Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Swasta yang antaranya merupakan cawangan universiti-universiti luar negara, maka dalam masa yang singkat persamaan bahasa di Malaysia hampir serta merta berubah menyebelahi bahasa Inggeris. Cadangan membenarkan penggunaan bahasa Inggeris dalam sistem pendidikan terutama dalam kursus sains dan teknologi oleh pihak kerajaan ini adalah dengan alasan untuk mengangkat Malaysia menjadi sebuah negara maju demi memenuhi hasrat Wawasan 2020 sebagai negara yang maju dalam bidang teknologi dan industri. Hal ini dilihat sebagai sesuatu yang agak mengecewakan kerana bahasa Melayu seolah-olah tidak mampu memperkatakan tentang ilmu sains dan teknologi pada peringkat pengajian tinggi. Ini mengakibatkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu tergugat. Bahasa Melayu seolah-olah ditolak ke tepi dan hanya layak untuk memperkatakan perkara-perkara kesusasteraan, agama, sukan dan moral sahaja sebaliknya perkara-perkara berat hanya dapat dibincangkan melalui bahasa Inggeris sahaja.
Kurangnya penguasaan bahasa Melayu di kalangan rakyat Malaysia juga dilihat sebagai satu cabaran kepada bahasa Melayu. Hal ini jelas ketara terutamanya di kalangan golongan elit itu sendiri apabila diwawancara di radio atau televisyen. Mereka bukan sahaja terdiri daripada tokoh politik yang terkenal tetapi juga pegawai-pegawai atasan yang memegang jawatan tinggi dalam pemerintahan. Kurangnya semangat kebangsaan di kalangan masyarakat Malaysia dan rasa rendah diri di kalangan orang Melayu yang terpelajar menyebabkan timbulnya anggapan bahawa sesuatu idea yang beras dan mantap tidak dapat diungkapkan dalam bahasa kebangsaan walaupun pada hakikatnya penggunaan bahasa Inggeris mereka juga tidak baik.
Satu lagi gejala yang semakin merebak dalam arus globalisasi ini ialah
Selain itu, kurang keyakinan daripada rakyat Malaysia sendiri terhadap kemampuan bahasa Melayu juga merupakan satu cabaran yang besar terhadap bahasa Melayu. Walaupun perkara 152 dalam Perlembagaan Persekutuan telah mengiktiraf bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu namun, masyarakat masih lagi tidak yakin akan kemantapan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Asakan gelombang globalisasi dan ledakan maklumat ini sering kali dikaitkan dengan kepentingan menguasai bahasa Inggeris dan pegangan ini secara tidak langsung akan memusnahkan kemajuan sesebuah bahasa kebangsaan di mana-mana negara sekalipun. Pada pandangan mereka, untuk mencapai kemajuan yang setaraf dengan negara maju lain di dunia seperti Australia, Amerika dan sebagainya penguasaan bahasa Inggeris itu sangat penting. Ini kerana semua khazanah ilmu, sains dan teknologi dalam negara itu menggunakan bahasa Inggeris. Oleh itu, golongan ini menggesa masyarakat untuk mempelajari, menguasai seterusnya mengembangkan ilmu tersebut bagi mencapai kemajuan diri dan juga negara sehingga meminggirkan bahasa Melayu yang dianggap mundur.
Cadangan Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu
Usaha yang gigih serta berterusan perlu dilakukan bagi memastikan kedudukan bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu tidak mengalami kemerosotan yang serius sehingga boleh mengganggu gugat kemajuan negara dan kestabilan rakyat yang
(i) Mengadakan kempen, syarahan dan konvensyen pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa supaya golongan atasan seperti pemimpin, golongan elit mahupun rakyat jelata menyedari akan kepentingan untuk memastikan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu dikekalkan dan ditingkatkan demi perpaduan negara dan bangsa.
(ii) Penegasan dasar bahasa dan penguatkuasaan dasar bahasa secara bersepadu perlu dilakukan. Contohnya pelaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi hendaklah ditegaskan semula supaya semua urusan rasmi di peringkat negara mengutamakan penggunaan bahasa Melayu selaras dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan. Semua lapisan masyarakat sama ada pemimpin, golongan elit atau rakyat jelata mestilah menghormati semua peruntukan tentang bahasa kebangsaan yang terdapat dalam undang-undang negara.
(iii) Peruntukan kewangan dalam bentuk belanjawan kerajaan mahupun sumbangan daripada sektor swasta hendaklah diwujudkan bagi menggalakkan penghasilan khazanah ilmu dan persuratan dalam bahasa Melayu. Dengan adanya insentif seperti ini diharapkan para ilmuwan dapat menulis dan menterjemah lebih banyak bahan ilmiah dan rujukan ke dalam bahasa Malaysia dalam pelbagai bidang untuk semua peringkat umur sama ada melalui media cetak atau media elektronik.
(iv) Semua program negara yang bersifat pembinaan sahsiah diri sama ada kursus atau program motivasi di pelbagai peringkat mesti memasukkan program bahasa dan persuratan di dalamnya, contohnya dalam Kursus Biro Tatanegara, Program Khidmat Negara dan sebagainya.
(v) Kerajaan melalui semua kementerian, jabatan, agensi dan pihak swasta hendaklah menyertai secara aktif program yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka iaitu program pemasyarakatan bahasa kebangsaan di seluruh negara khususnya Bulan Bahasa dan Sastera Negara. Bagi menyemarakkan lagi pembudayaan bahasa Melayu dari semasa ke semasa, jabatan, agensi dan pihak swasta hendaklah menganjurkan aktiviti atau program supaya bahasa dan persuratan Melayu tidak terpinggir.
(vi) Pembudayaan bahasa Melayu melalui sistem pendidikan perlu dimantapkan semula dari peringkat prasekolah sehingga ke peringkat pengajian tinggi. Penegasan terhadap pelaksanaan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa utama dalam proses pemerolehan dan pengembangan ilmu selaras dengan perancangan yang dilakukan oleh Jawatankuasa Pelajaran Razak 1956 yang diperkukuh oleh Jawatankuasa Penyemak Pelajaran Rahman Talib 1960 dan dimaktubkan dalam Akta Pelajaran 1961 hendaklah dilakukan. Kejayaan Universiti Kebangsaan Malaysia dan universiti-universiti lain dalam
penggunaan bahasa Melayu yang bercampur-aduk dengan bahasa Inggeris. Penggunaan bahasa Melayu yang bercampur-aduk dengan bahasa Inggeris ini dikenali sebagai pencemaran bahasa atau salah guna bahasa. Kejadian code-switching’ dan ‘code mixture’ ini sangat berleluasa dewasa ini bukan sahaja di televisyen dan radio tetapi juga di pejabat-pejabat kerajaan. Dalam mesyuarat rasmi kerajaan misalnya bahasa campuran ini berlaku dengan berleluasa sekali. Hal ini juga berlaku disebabkan oleh penggunaan dwibahasa bahasa Melayu-bahasa Inggeris itu tidak cekap dalam kedua-dua bahasa tersebut. Timbul masalah apabila penguasaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris yang mereka pelajari itu tidak bermutu seterusnya berlaku salah guna bahasa yang memperlihatkan kecelaruan dan kekacauan sistem pendidikan dan budaya bahasa di negara ini. Amalan membuat kertas peperiksaan dalam dwibahasa yang diamalkan oleh institusi pengajian tinggi juga boleh menyumbang kepada pencemaran bahasa. Ini berlaku kerana kebanyakan kertas soalan seperti ini dijawab dalam bahasa Inggeris sahaja atau bahasa Melayu-Inggeris rojak. Jadi, tidak menghairankan jika pencemaran bahasa itu berlaku di mana-mana sahaja sama ada di media cetak, media elektronik mahupun di pejabat-pejabat kerajaan. Kerancuan dan pencemaran bahasa boleh merosakkan keteraturan, kehalusan dan keintelektualan bahasa Melayu. berbilang kaum di negara ini. Berikut ialah cadangan yang perlu diambil bagi mencapai matlamat tersebut. Antaranya ialah:
pelaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu tidak harus direncatkan. Pembudayaan bahasa yang baik dan teratur dan mewakili budaya tinggi melalui pemelajaran dan pengajaran, buku teks dan bacaan tambahan, sukatan pelajaran serta kegiatan kokurikulum harus juga diberikan penegasan. Dengan penegasan yang dilakukan ini diharapkan tidak menggugat bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.
(vii) Kuasa untuk mengambil tindakan harus diberikan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) agar pesalah-pesalah bahasa yang sering mempersoalkan kuasa Dewan Bahasa dan Pustaka dari segi undang-undang. Pemberian kuasa kepada pihak DBP ini haruslah dilakukan dengan rapi dan disertakan dengan alasan yang konkrit agar tiada pihak yang menentang dan mempertikaikannya.
(viii) Para ilmuan di Institusi Pengajian Tinggi Awam mesti menanamkan sifat yakin terhadap kemampuan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Hal ini telah terbukti dengan kemampuan bahasa Melayu menggarap ilmu hingga ke tahap tertinggi walaupun asasnya menggunakan bahasa Melayu sebagai pengantar ilmu.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, bahasa Melayu telah mencapai tahap kegemilangannya suatu masa dahulu hingga menjadi lingua franca dan bahasa ilmu kerana bahasa tersebut mudah dituturkan berbanding dengan bahasa yang lain di samping ciri-ciri keterbukaan yang terdapat dalam bahasa Melayu yang dapat menerima pengaruh bahasa-bahasa lain menyebabkan bahasa tersebut dapat berkembang dengan pesat dan menjadi lingua franca di Kepulauan Melayu pada waktu itu. Penekanan dan pengutamaan secara menyeluruh kepada bahasa Melayu yang menjadi bahasa nasional kita haruslah diberikan bagi menjamin kelangsungan hidup bahasa Melayu dan meningkatkan potensinya sebagai bahasa ilmu dan bahasa supranasional. Perkara 152 Perlembagaan Negara telah menjamin dan mengiktiraf bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan seterusnya sebagai bahasa ilmu. Ini diperkukuhkan lagi dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang menentukan hala tuju bahasa Melayu dalam sistem pendidikan negara. Pengutamaan secara menyeluruh ini akan menjamin pembangunan negara dan ketidakpupusan bangsa dan bahasa kita juga seterusnya akan menjadikan Malaysia sebuah negara maju menerusi bahasanya sendiri. Negara-negara seperti Taiwan, Jepun dan Jerman telah membuktikan kejayaan mereka membangunkan negara menerusi bahasa ibunda mereka sendiri. Seperti kata Mathew B. Ward yang dipetik dalam buku Sosiolinguistik Lanjutan tulisan Hashim Musa (2009:69) menyatakan bahawa:
"Saya perhati bahawa kejayaan ekonomi abad ke-20 bagi Jerman,
(Asiaweek, 20-21 August, 1999:10) (terjemahan oleh penulis).
Bangsa yang mengabaikan bahasa sendiri tetapi menyanjung tinggi bahasa lain tidak akan maju malah pemikirannya terus dibelenggu, tidak mempunyai keyakinan diri dan sentiasa berasa rendah diri.
Namun, dalam mendepani era kepesatan sains dan teknologi, masyarakat yang terdiri daripada pelbagai lapisan ini merasakan keperluan mempelajari dan menguasai bahasa Inggeris itu penting dan tidak yakin dengan bahasa ibunda mereka sendiri sehingga dipinggirkan. Hal ini kerana persepsi masyarakat yang mengatakan bahawa untuk berjaya dan setanding dengan negara Barat yang maju memerlukan penguasaan bahasa Inggeris yang baik. Rakyat di negara ini juga tidak lagi menjadikan bahasa Melayu sebagai alat untuk berkomunikasi sesama mereka sebaliknya menggunakan bahasa Inggeris dalam perbualan harian sama ada secara rasmi atau tidak. Sentimen sempit ini dilihat boleh memberi kesan buruk dan menjejaskan bahasa kebangsaan kita yang kedudukannya sudah tidak lagi dipertikaikan dalam perlembagaan. Tiada yang menafikan kepentingan bahasa Inggeris sebagai bahasa untuk mencari ilmu pengetahuan. Tetapi perjuangannya janganlah terlalu lantang sehingga meminggirkan bahasa sendiri. Keperluan untuk menguasai bahasa Inggeris juga penting dalam masa yang sama bahasa ibunda perlu dipertahankan dan dimartabatkan.
Jelas bahawa satu-satunya bahasa yang boleh membentuk citra bangsa Malaysia hanyalah bahasa Melayu sahaja. Oleh itu, peranan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu harus dikekalkan kerana bahasa Melayu telah mencapai tahap kesempurnaannya dan mampu bersaing dalam mencapai bahasa ilmu. Dalam keadaan bahasa Melayu mendapat tempat di lebih 115 buah universiti di negara yang mengajarkan bahasa Melayu rakyat Malaysia bersikap malu dengan bahasa ibundanya sendiri. Oleh yang demikian, sebagai rakyat Malaysia kita seharusnya berbangga dengan pencapaiannya dan bukan merasa sangsi hingga sanggup mengabaikan bahasa sendiri. Keyakinan dalam diri harus disemai untuk melihat bahasa Melayu terus berada pada kedudukan yang sepatutnya. Ini kerana bahasa Melayu bukan sahaja untuk kaum Melayu tetapi milik rakyat Malaysia keseluruhannya dan mampu menjadi bahasa ilmu.
Jepun dan Taiwan tidak menggunakan pengantar bahasa Inggeris dalam pengajaran, manakala banyak negara yang berbuat demikian (misalnya Filipina, Nigeria, India) masih tinggal miskin. Laporan kajian linguistik dan pendidikan banyak menyokong gagasan bahawa kanak-kanak menguasai ilmu pengetahuan lebih cekap dalam bahasa indigenusnya sendiri. Oleh itu, saya mencadangkan agar kanak-kanak dibenarkan berbuat demikian (belajar ilmu dalam bahasa inidigenusnya) kerana kejayaan ekonomi adalah lebih penting daripada kejayaan bahasa Inggeris".
BIBLIOGRAFI
Kamal Shukri Abdullah Sani. (2007). Bahasa Melayu Apa Sudah Jadi?. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Abdul Rahim Bakar &Awang Sariyan. (2005). Suara Pejuang Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Arbak Othman. (2002). BBM 5201 Pembangunan Bahasa Melayu. Serdang: Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia.
Ahmat Adam. (1994). Isu Bahasa dan Pembentukan Bangsa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Hashim Musa. (2007). BBM5203 Sosiolinguistik Lanjutan. Serdang: Universiti Putra Malaysia.
Awang Sariyan. 2006. Warna dan Suasana Perancangan Bahasa Melayu Di Malaysia Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nik Safiah Karim. (2004). Bahasa Melayu Sedekad Lalu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
http://www.blogger.com/feeds/8219438294729339398/posts/default
http://www.cari-cari-carilah.blogspot.com/2008/03/peranan-bahasa-melayu.html

No comments:

Post a Comment

Post a Comment