Monday, 25 June 2012

HUBUNGAN BAHASA DAN MASYARAKAT FUNGSI DAN CIRI-CIRI BAHASA MELAYU- Yusoff Mahmood[diselenggarakan oleh Rozali Rajab]

Abstrak
Bahasa merupakan suatu alat yang penting bagi manusia untuk berkomunikasi.Manusia mencurahkan rasa serta keinginan hati melalui bahasa.Bahasa dan masyarakat saling berkaitan dalam urusan kehidupan seharian.Melalui bahasa sesuatu masyarakat itu akan dikenali atau dinilai corak kehidupan mereka. Dalam masyarakat Melayu,bahasa Melayu dianggap " lidah Melayu ".Cara orang Melayu bercakap dengan kedua-dua orang tua mereka : sering merendahkan alunan suaranya, penuh dengan harapan dan nasihat, dan seiring dengan raut muka yang penuh berseri.Penggunaan kata-kata panggilan yang lebih mesra seperti adik,abang,kakak,abang long,kak long,mak ngah,pak ngah,abang teh,kak teh,pak su, dan mak su menguatkan lagi ikatan persaudaraan dan kekeluargaan yang tersedia dan penuh kemesraan. Bahasa Melayu juga sering digunakan dalam nada bersahaja dan penuh makna.Misalnya dalam majlis merisik atau ikatan pertunangan, keluarga pihak lelaki sering menggambarkan mereka sebagai kumbang yang ingin menyunting bunga ( gadis atau anak dara ) di taman larangan.Hajat yang ingin dinyatakan,akan disampaikan dengan penuh pengharapan agar dapat dipersetujui dan diterima.Sekiranya pihak si gadis tidak bersetuju maka hajat itu akan ditolak dalam suasana yang tidak mendatangkan kemarahan oleh pihak lelaki.Pihak perempuan akan menyatakan bahawa bunga masih kuncup atau belum kembang. Perbincangan terhadap fungsi dan ciri-ciri bahasa Melayu dalam masyarakat menunjukkan bahawa bahasa Melayu merupakan satu bahasa yang bersifat universal.Penggunaan bahasa Melayu di rantau Asia Tenggara meliputi aspek politik,agama,ekonomi, dan sosial.Bahasa Melayu mudah diterima oleh masyarakat Indonesia,Singapura,Thailand, dan Brunei kerana mereka mengamalkan kehidupan dalam rumpun yang sama.Usaha-usaha yang diambil oleh pihak yang berwajib untuk mengangkat bahasa Melayu ke peringkat yang lebih tinggi harus diberi pujian.Bahasa Melayu akan terus hidup dan berkembang jika penutur atau penggunanya terus kekal menggunakan bahasa Melayu dalam apa sahaja aspek kehidupan. Di Malaysia,walaupun bahasa Inggeris cuba diketengahkan, namun ianya tidak dapat memainkan peranan sebagaimana yang dipikul oleh bahasa Melayu.Dasar Bahasa Kebangsaan di Malaysia tidak akan menyekat bahasa Melayu untuk terus berkembang sebagai bahasa ilmu dalam apa jua bidang.
PENDAHULUAN
Menurut Aziz Bari (Pelita Bahasa;2010), persoalan bahasa Melayu perlu ditangani dengan memahami kerangka perlembagaan itu sendiri.Tentang bahasa Melayu , Perkara 152 ( 1 ) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa " bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan yang diperuntukkan melalui undang-undang oleh Parlimen : Dengan syarat bahawa( a ) tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan ( selain bagi maksud rasmi ) , atau daripada mengajarkan atau belajar , apa-apa bahasa-bahasa lain: ......."
Dengan pernyataan ini, kedudukan bahasa Melayu telah terjamin sebagai bahasa kebangsaan sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan.Oleh sebab perlembagaan merupakan undang-undang dasar dan tertinggi negara, sudah menjadi kemestian bagi kita untuk menghormati dan mendaulatkan undang-undang.Setiap negara mempunyai bahasa kebangsaannya sendiri.Bahasa kebangsaan Malaysia ialah bahasa Melayu.Oleh itu,semua warga Malaysia perlu menghormati dan mempertahankan bahasa Melayu kerana melalui bahasa maka kita dapat mengetahui bangsa seseorang itu.
Objektif kertas kerja ini ialah membincangkan fungsi dan ciri-ciri hubungan bahasa Melayu dan masyarakat. Kajian ini hanya memperincikan tentang bahasa Melayu dari sudut fungsi dan ciri-cirinya serta permasalahan yang timbul.
Bahasa dan Masyarakat
Bahasa ialah asas aktiviti kehidupan manusia.Sebagai keperluan asas manusia,bahasa memainkan peranan yang penting untuk berkomunikasi, mengungkapkan perasaan, memberikan pendapat dan mendapatkan sesuatu.Bahasa jiwa bangsa. Ungkapan ini terbukti benar bahawa sesuatu bangsa itu dapat dikenali melalui bahasanya.Semakin meluas penggunaan sesuatu bahasa itu maka semakin berkembang sesuatu bahasa itu.Antara ciri pengenalan sesuatu bangsa termasuklah bahasanya.Keunikan itu melambangkan kebesaran Allah berdasarkan mafhum al-Quran ayat ketiga belas surah al-Hujurat:
" Wahai umat manusia ! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu pelbagai bangsa dan bersuku puak,supaya kamu berkenal-kenalan ( dan beramah mesra antara satu dengan lain ).Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya antara kamu,( bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya ( akan amalan dan keadaan kamu )."
Ayat ini menerangkan bahawa keunikan manusia ditandai oleh kepelbagaian bangsa dan etnik.Setiap bangsa dan etnik itu mempunyai bahasa masing-masing.Justeru itu bahasa menjadi pengenalan sesuatu masyarakat dan
Bahasa itu manusiawi
Hanya manusia yang mempunyai sistem simbol bagi berkomunikasi. Memang benar bahawa haiwan lain seperti binatang juga berkomunikasi, dan mempunyai sistem bunyi, tetapi sistem itu bukanlah terdiri daripada perkataan-perkataan. Dengan demikian mereka tidak memiliki bahasa. Manusia sudah berbahasa sejak awal sejarah manusia, dan bahasa inilah yang membezakan manusia daripada makhluk lain; hingga membuat manusia dapat berfikir.
Bahasa itu boleh dipelajari
Manusia ketika dilahirkan tidak dapat berbicara. Kanak-kanak yang tidak mempunyai perhubungan dengan orang lain yang berbahasa seperti dirinya sendiri dapat dengan sendirinya mengembangkan bahasanya bagi memenuhi tujuan komunikasinya. Namun bahasa tidaklah ada pentingnya sekiranya digunakan untuk diri sendiri. Sekurang-kurangnya haruslah ada dua orang supaya ada proses komunikasi.
Memang benar bahawa seseorang dapat berkomunikasi dengan dirinya, namun komunikasi seperti tidak memerlukan perkataan-perkataan.
Bahasa itu bersistem
Bahasa memiliki seperangkat peraturan yang dikenali oleh penuturnya. Peringkat inilah yang menentukan struktur apa yang diucapkannya. Struktur ini disebut tatabahasa atau grammar. Walau sebagaimana primitifnya suatu masyarakat penutur bahasa, bahasanya itu sendiri bekerja menurut seperangkat peraturan yang teratur. Kenyataan bahawa bahasa sebagai sistem adalah persoalan penggunaan dan kebiasaan (usage); bukan ditentukan oleh mana-mana jawatankuasa atau lembaga pengurus. Peraturan ini dibuat dan dirubah oleh cara orang-orang yang menggunakannya. Peraturan ini wujud kerana para penuturnya menggunakan bahasa dalam cara tertentu dan tidak dalam cara lain. Oleh kerana ada persetujuan menyeluruh tentang peraturan ini, maka orang menggunakan bahasa dalam cara tertentu yang memiliki makna. Oleh sebab ada persetujuan inilah, maka kita dapat mempelajari dan mengajarkan bahasa apa saja.
Bahasa itu dizahirkan secara voluntari.
Kemahiran manusia mempergunakan bunyi-bunyi, dan disusun dalam cara tertentu pula adalah secara kebetulan saja. Orang-orang menggunakan perkataan bagi melambangkan sesatu benda, sebagai contoh perkataan kuda adalah ditujukan khusus untuk "binatang berkaki empat tertentu kerana orang lain berbuat demikian. Demikian pula ayat berbeza dari satu bahasa ke bahasa lainnya. Dalam bahasa Latin kata kerja selalunya terletak pada posisi akhir,
Bahasa itu terdiri daripada simbol-simbol yang arbitrari
Bahasa terdiri atas rentetan simbol arbitrari yang memiliki makna. Kita boleh menggunakan simbol-simbol ini untuk berkomunikasi sesama manusia, kerana manusia sama-sama memiliki perasaan, gagasan, dan hasrat. Dengan demikian kita menterjemahkan orang lain atas acuan pada pengalaman diri sendiri. Jikalau kita mengerti ujaran orang yang berkata: "Saya letih" ini kerana kita pun biasa mengalami peristiwa letih itu.
Sistem simbol-simbol ini memungkinkan kita mengungkapkan sesuatu dengan menggunakan perantaraan simbol-simbol. Maksudnya adalah, sistem bahasa apa pun memungkinkan kita membicarakan sesuatu walaupun kita tidak berada di lingkungan tersebut. Kita juga boleh membicarakan sesuatu peristiwa yang sudah terjadi atau yang akan terjadi. Ini dapat dilakukan kerana bahasa memiliki daya simbolik bagi membicarakan konsep apa pun juga. Ini pulalah yang memungkinkan manusia memiliki daya penalaran atau reasoning.
Hubung-kait Antara Bahasa dan Masyarakat
Para pengkaji bahasa dan budaya bersependapat bahawa bahasa dan budaya itu tidak boleh dipisahkan. Bahasa merupakan lambang-lambang dalam budaya, dan pembinaan bahasa itu sangat dipengaruhi oleh budaya itu sendiri. Dalam erti kata lain, bolehlah dikatakan bahasa itu menyatakan budaya sesuatu masyarakat dan seterusnya bahasa itu yang menjadi lambang jati diri bagi sesebuah masyarakat atau bangsa. Sesungguhnya Bahasa itu jiwa bangsa . Jikalau bahasa hilang , maka satu daripada lambang penting jati diri juga turut hilang.
Sesuatu bahasa itu perlu diberikan nilai sosial dan nilai ekonomi. Bahasa yang memiliki nilai ekonomi akan lebih dihormati.
Bahasa bukan sahaja wahana komunikasi, malah bahasa juga merupakan pancaran milieu dan citra masyarakat atau bangsa. Bahasa juga menjadi alat bagi manusia berfikir.Pemikiran manusia dibatasi penguasaan bahasanya. Bahasa mempunyai kaitan yang banyak dengan kehidupan dan identiti bangsa yang menggunakan bahasa itu. Oleh hal demikian , untuk mengenali sesuatu bangsa secara menyeluruh, ahli bahasa perlulah mengkaji fungsi bahasa, iaitu tentang peranan atau kegunaan bahasa dalam masyarakat.
Salah satu cara yang paling baik untuk mengenali sesuatu bangsa adalah dengan mengkaji bahasanya. Dalam budaya Melayu, bahasa Melayu dianggap ‘lidah Melayu’ . Beberapa peribahasa Melayu meneguhkan pandangan itu. Jikalau dikatakan ‘orang itu lembut dan fasih lidahnya’, hal ini bererti orang itu bagus tutur katanya, pandai menggunakan kata-kata yang baik, halus dan
Bagi orang Melayu,bahasa juga mempunyai peranan sosial dan budaya. Cara orang Melayu bercakap dengan kedua-dua orang tuanya atau semasa berbual dengan kawan-kawan di kedai kopi , boleh membayangkan taraf sosial seseorang itu dalam masyarakat serta boleh diketahui sama ada mereka beradab atau tidak beradab. Dalam budaya Melayu wujud tradisi sosiologi bahasa yang diungkapkan melalui ungkapan ‘ bahasa menunjukkan bangsa ’. Ungkapan ini membawa maksud bahasa boleh menunjukkan taraf atau darjat seseorang itu, apakah dia orang hulu , atau bangsawan , orang berpendidikan , alim ulama, guru, dan sebagainya.
Bahasa merupakan salah satu daripada lambang jati diri sesuatu kaum dan bangsa. Jikalau bahasa hilang , maka satu daripada lambang penting jati diri juga turut hilang. Sesuatu bahasa itu perlu diberikan nilai sosial dan nilai ekonomi. Bahasa yang memiliki nilai ekonomi akan lebih dihormati.
Kelebihan bahasa Melayu
Bahasa Melayu ialah lingua franca rantau Melayu - Indonesia. Tidak ada bahasa lain yang dapat menandingi taraf bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi luas di rantau ini.Hal yang penting kita sedari ialah lingua franca ini tidak hanya terhad pada komunikasi antara etnik, misalnya sebagai bahasa pasar, tetapi meliputi bidang yang luas dan banyak, contohnya sebagai lingua franca ilmu,lingua franca persuratan atau kesusasteraan, politik dan agama. Bahasa Melayu juga digunakan untuk menghasilkan karya-karya kesusasteraan yang besar, untuk menulis kitab-kitab agama Islam, dan menggunakannya sebagai bahasa kerajaan, bahasa istana dan bahasa diplomasi.
Bahasa Melayu dapat diterima oleh penduduk Malaysia yang bukan berbahasa Melayu kerana penyebarannya tidak melalui penjajahan yang mana ianya berlaku melalui proses yang aman, bukan paksaan,misalnya melalui perdagangan etnik di Selat Melaka yang dikuasai pedagang Melayu, melalui pengajaran dan pembelajaran ilmu Islam yang sampai di rantau ini di daerah atau negeri yang berbahasa Melayu di pesisir Selat Melaka sebelum proses ini merebak ke kawasan lain.
Maka, oleh sebab itulah bahasa Melayu dapat diterima secara sukarela oleh penduduk yang tidak berbahasa Melayu sebagai bahasa aslinya. Mereka tidak mengaitkan bahasa Melayu sebagai alat kuasa Melayu untuk menguasai kaum-kaum lain.
Bahasa Melayu sudah menjadi bahasa kerajaan sejak abad ke 7 dengan mengambil kerajaan Srivijaya sebagai titik tolaknya,tetapi lebih ketara lagi setelah kedatangan agama Islam dan tertubuhnya kerajaan Melayu beragama Islam mulai abad ke -12 atau ke-13 di utara Sumatera dan di pantai timur Semenanjung Tanah Melayu, sebelum Melaka ditubuhkan dan menjadi
Bahasa Melayu adalah salah satu bahasa yang terbesar di dunia selain dari bahasa Inggeris, Perancis, Mandarin dan sebagainya. Walaupun tidak semua penduduk di rantau ini yang menguasai bahasa Melayu Baku atau bahasa Melayu ragam tinggi seperti yang digunakan dalam penulisan ilmu dan sebagai bahasa urusan rasmi kerajaan, jika hanya 10 peratus sahaja penduduk daripada jumlah yang besar ini menguasai bahasa Melayu ragam tinggi, hal ini sudah cukup menunjukkan jumlah tenaga berbahasa Melayu yang cukup besar untuk memajukan bangsa dan negara dalam bidang ilmu, sains dan teknologi serta ekonomi.
Dalam kalangan orang yang mengetahui bahasa Inggeris, berapa ramaikah yang benar-benar dapat menggunakan bahasa Inggeris dalam kuliah di universiti, untuk menulis buku sains, buku ilmu, mengarang novel, puisi dan sebagainya?
Bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa untuk mempelajari dan mengajarkan agama dan falsafah Buddha. Pada abad ke-16 dan ke-17 beberapa banyak karya besar dalam kesusasteraan, bidang metafizik atau tasawuf, bidang ilmu Islam, sejarah, dan lain-lain, dihasilkan dalam bahasa Melayu.
Pada masa ini bahasa Melayu paling banyak digunakan sebagai bahasa pengantar di pusat pengajian tinggi di Malaysia-Indonesia. Di negara kita Malaysia, 20 buah institusi pengajian tinggi awam ( IPTA ) telah menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajarannya.
Berdasarkan kelebihan yang ada pada bahasa Melayu dari segi fungsi budayanya, sosialnya, poltiknya dalam sejarah kerajaan, penggunaan bahasa Melayu sebagai alat komunikasi antara etnik dalam masyarakat pelbagai kaum dan bangsa juga bahasa, sebagai bahasa ilmu dan pengajian tinggi serta bahasa kesusasteraan, maka bolehlah dikatakan bahawa bahasa Melayulah yang paling layak diperkukuhkan melalui dasar Negara sebagai bahasa kemajuan bangsa dan Negara Malaysia.
Fungsi bahasa Melayu tidak hanya dianggap sebagai bahasa kebangsaan simbolik sahaja yang peranannya sebagi bahasa kebangsaan yang tidak mempunyai apa-apa pengaruh instrumental dan nilai.
Di Malaysia, walaupun bahasa Inggeris sering digunakan,tetapi sebenarnya ia tidak mempunyai kelebihan berbanding bahasa Melayu. Bahasa Inggeris ini bukanlah dianggap pesaing atau pencabar sosial, budaya, dan politik yang kuat kepada bahasa Melayu di Malaysia.
Perkembangan fungsi bahasa bergantung kepada perkembangan fikiran dan ilmu bahasa yang menggunakan bahasa itu sendiri. Dasar Bahasa Kebangsaan di Malaysia tidak akan menyekat Bahasa Melayu untuk terus berkembang sebagai bahasa ilmu dalam apa jua bidang.
menjadi fitrah kejadian manusia mempunyai bahasa.dalam bahasa Perancis kata sifat diletakkan setelah kata benda seperti juga dalam bahasa Melayu. Ini semuanya adalah secara kebetulan voluntari saja.lancar. empayar Melayu yang masyhur.
Mengantarabangsakan Bahasa Melayu
Untuk maju dan berdaya saing, kita harus mengenal pasti akar budaya kita yang mampu mempermantap mekanisme dalam usaha meneroka, memperoleh dan menyebarluaskan maklumat dan ilmu pengetahuan kepada seluruh anak bangsa. Antara entiti akar budaya ini, termasuklah bahasa Melayu itu sendiri. Bahasa Melayu harus terus maju seiring dengan bahasa antarabangsa yang lain. Semua ciri keantarabangsaan bahasa harus disiagakan pada bahasa Melayu.
Selain itu, penggunaan bahasa Melayu harus diperluas sehingga mampu menatari budaya global. Penutur bahasa Melayu ketika ini adalah hampir 300 juta orang. Justeru, kita harus menyemaikan semangat kebanggaan terhadap penggunaan bahasa itu supaya citranya sentiasa setanding dengan bahasa antarabangsa yang lain.
Di samping itu, kita harus merencanakan strategi agar keperkasaan bahasa Melayu ampuh melaksanakan fungsinya sebagai wahana pengalihbahasaan dan penyebarluasan ilmu sains dan teknologi, khususnya ilmu yang kita terokai sendiri. Keperkasaan bahasa Melayu harus terus dimanfaatkan untuk menterjemahkan teks-teks daripada bahasa asing.
Malah, para ilmuwan harus terpanggil untuk memantapkan kecintaan mereka terhadap bahasa Melayu agar akar budaya Melayu dapat menunjangi aplikasi ilmu. Mekanisme ke arah mencapai matlamat ini harus difikirkan bersama untuk pemajuan masyarakat mengikut acuan kita sendiri.
Cabaran arus globalisasi ini bukan sekadar menuntut keperkasaan akar budaya Melayu itu semata-mata tetapi juga keyakinan penggunaannya terhadap nilai ekonomi budaya Melayu itu sendiri. Usahawan kita perlu diajak untuk memantapkan daya saing industri budaya Melayu dalam pelbagai bidang. Dengan ini, pasti bahasa dan budaya Melayu dapat memikat hati dan seterusnya diterima oleh masyarakat global. Iktibar daripada sejarah silam harus dikaji. Ciri-ciri istimewa yang terdapat pada bahasa dan budaya Melayu hingga pengamalnya mampu menjadi kabilah global suatu masa dahulu harus diteliti dan direkayasa kembali untuk menjana bahasa dan budaya Melayu yang moden dan sejagat.
Semua persoalan yang dibangkitkan ini memerlukan jawapan yang pasti. Ini hanya terhasil melalui kajian-kajian yang empirikal atau melalui perbincangan para cendekiawan secara tulus dan telus. Oleh itu, amat wajar dan tepat pada masanya persidangan ini dilangsungkan demi mencapai objektif yang direncanakan.
Bahasa Melayu dapat ditingkatkan tahapnya hingga peringkat antarabangsa melalui beberapa kaedah salah satunya ialah pemantapan program pengajaran pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa asing di institusi pengajian tinggi.
Misalnya, Negara Korea telah berjaya menawarkan program bahasa
Melayu di University of Foreign Studies yang mempunyai pelajar serama 159 orang pelajar pada sesi 2006.Pewujudan jalinan kerjasama antara bahasa Melayu dengan bahasa Indonesia yang menghuni pelbagai bidang seperti teknologi komputer, sains, perniagaan dan perubatan tropika.
Bahasa Melayu semakin mendapat tempat dalam pembangunan Negara. Bahasa Melayu mampu digunakan dalam sistem pentadbiran kerajaan, bahan pengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan.
Selain dari itu, pertukaran pelajar dan tenaga pengajar, paling minimum selama satu semester di sesebuah universiti di Malaysia. Sehingga kini seramai 37 orang pelajar Indonesia dan 29 orang pelajar Malaysia sudah dan sedang mengikuti program pertukaran seumpama ini di Universitas La Rochelle dengan tiga orang menjadi pensyarah tamu dan dua orang penutur jati dari universiti-universiti di Indonesia diberi peluang untuk mengajar bahasa Indonesia.
Fungsi Bahasa Melayu Dalam Urusan Harian
Secara umumnya fungsi bahasa adalah bertujuan praktis iaitu sebagai alat perhubungan dalam kehidupan dan pergaulan harian. Ianya juga bertujuan estetik yang mana sebagai alat pemuas rasa estetik dengan menggunakan bahasa bagi meluahkan atau menyatakan kecintaan kepada sesuatu keindahan.
Selain dari itu bahasa juga digunakan dalam tujuan akademik atau kecendekiaan iaitu sebagai alat pengajaran dan pembelajaran dalam menimba ilmu .
Penggunaan bahasa Melayu dalam bidang sains dan teknologi merupakan tradisi yang lebih singkat jika dibandingkan penggunaannya dalam bidang sains sosial dan kemanusiaan. Penggunaannya dalam bidang sains hanya bermula sejak subjek Sains diajar dalam bahasa Melayu di sekolah dan di institusi pengajian tinggi di Malaysia.
Bahasa ilmu adalah bahasa yang digunakan untuk mengungkap ilmu dan memiliki ciri-ciri yang tersendiri. Menurut Nik Safiah Karim (1986:14) yang memetik pendapat Bernstein (1968) membahagikan bahasa kepada dua variasi iaitu bahasa terhad dan bahasa terbina. Untuk maksud penulisan ilmu, variasi bahasa terbina inilah yang menjadi asasnya. Oleh sebab itu, sesuatu bahasa tidak mungkin dapat disampaikan dalam bahasa basahan atau digunakan dalam situasi yang tidak formal. Untuk menguasai bahasa terbina yang menjadi asas bahasa ilmu, pengguna bahasa Melayu perlu menguasai ragam bahasa dan juga laras bahasa.
Abdullah Hassan (1986: 95) pula menyatakan bahasa Melayu yang menjadi bahasa ilmu dianggap sebagai superlek yang harus mempunyai ciri-ciri gramatis, halus, jitu, intelektual, dan elitis. Dalam konteks melihat kemampuan bahasa Melayu sebagai wahana ilmu, Abdullah Hassan (1997: 38) menyarankan 
Seterusnya bahasa Melayu sebagai bahan atau alat bagi mengkaji naskhah kuno, latar sejarah bahasa dan budaya bangsa.
Bagaimanapun terdapat beberapa fungsi khusus bahasa Melayu di negara kita iaitu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa perpaduan, bahasa pengantar, bahasa ilmu dan bahasa komunikasi.
Apabila negara kita mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 , bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi yang tunggal bagi menggantikan bahasa Inggeris.
Pelaksanaan sepenuhnya bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dikuatkuasakan oleh Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 (Akta 32) melalui Seksyen 5, 6, 7 dan 8.
Bahasa kebangsaan ialah bahasa yang digunakan untuk tujuan perpaduan dalam kalangan warganegara manakala bahasa rasmi ialah bahasa yang dipilih untuk tujuan urusan sehari-hari negara.
Sesuatu bahasa itu tidak boleh dianggap bahasa rasmi hanya kerana terdapat undang-undang dan peruntukan dalam perlembagaan yang memberikan taraf tersebut. Sesungguhnya bahasa itu sendiri haruslah dapat berfungsi sebagai bahasa rasmi apabila memenuhi beberapa kegiatan pada peringkat kenegaraan seperti:
• Sebagai bahasa lisan para pegawai kerajaan semasa menjalankan tugas-tugas rasmi negara
• Sebagai media segala urusan surat-menyurat dalam dan antara jabatan kerajaan
• Digunakan dalam semua rekod kerajaan
• Sebagai media untuk menulis semua undang-undang dan peraturan Negara
• Digunakan dalam semua jenis borang urusan rasmi kerajaan.
Fungsi Bahasa Kebangsaan (iaitu Bahasa Melayu) adalah untuk rakyat Malaysia berkomunikasi sesama warga negara dengan menggunakan satu bahasa. Bahasa Malaysia melambang jiwa bangsa, yakni Bangsa Malaysia. Bahasa yang satu dan seragam adalah merupakan asas perpaduan sesebuah negara.
Sebagai bahasa kebangsaan sesuatu bahasa itu juga berfungsi sebagai lambang kebanggaan nasional yang mencerminkan nilai sosiobudaya masyarakatnya juga lambang jati diri nasional yang mengekang kemasukan unsur asing kecuali yang dianggap perlu sahaja berasaskan tatacara tertentu.
Bahasa Melayu juga berfungsi sebagai alat perpaduan masyarakat yang berbeza latar budaya dengan pelbagai kepentingan. Selain dari itu, ia merupakan alat perhubungan antara daerah dan antara budaya yang saling
Fungsi bahasa Melayu dalam urusan harian misalnya sebagai bentuk ganti nama diri,sebagai contoh kata ganti nama diri pertama iaitu kata yang digunakan oleh orang bertutur /menulis sebagai ganti namanya, walaupun dalam pertuturan tidak rasmi ada yang menggunakan namanya sendiri. Ada 2 jenis, bentuk tunggal dan bentuk jamak ;
• Pertama, bentuk tunggal iaitu yang digunakan oleh penutur atau penulis bagi pihak dirinya sendiri. Penggunaan ‘Saya’. Bersifat neutral dan sesuai digunakan oleh sesiapa yang berbicara atau yang merujuk kepada dirinya sewaktu berkomunikasi lisan atau tulisan.
Tidak dibatasi oleh faktor kelas dan darjat sosial (bukan raja/sultan). Digunakan tanpa latar usia, pendidikan dan asal keturunan. Batasannya hanya dengan raja, sultan atau kerabat raja.
• Kedua , bentuk jamak iaitu yang digunakan oleh penutur atau penulis yang mewakili kelompok tertentu. Penggunaan ‘ kami ’ yang sesuai di gunakan oleh kelompok yang ramai.
• Dalam lisan, saya digunakan sebagai pengacara (majlis), pengerusi (mesyuarat), penyampai (berita), penyampai (berita), pengajar (sekolah), penceramah, penyambut tamu, telefonis. Kata aku, I dan teman (Perak), kawan (Johor), kuwe (Pahang), ambo (Kelantan), eden, ese (NS). Yang melibatkan sultan/raja, digunakan beta dan patik
• Dalam tulisan, saya digunakan dalam surat, memo, laporan,
pengakuan dan perakuan.
Bahasa Melayu, selain digunakan sebagai ganti nama diri dalam urusan harian kita, ianya juga digunakan dalam bentuk panggilan dan sapaan.Terdapat dua jenis situasi penggunaan bahasa Melayu dalam bentuk sapaan dan panggilan;
(a) Peribadi – Ianya bersifat persendirian.Tidak ada berkaitan dengan kerajaan dan institusi lain. Dalam urusan tidak rasmi seperti perbualan (bersemuka/telefon), perbincangan biasa, jual beli, gurau senda atau catatan peribadi. Bentuk panggilan ini tidak terikat peraturan linguistik. apa yang penting adalah kesalingfahaman dalam sesebuah komunikasi. Walau bagaimanapun aspek sosiolinguistik/pragmatik dipentingkan sebagai contoh ;
• Keluarga asas dan besar penting berasaskan taraf, usia dan faktor lain misalnya along, angah,uda dan sebagainya. Menggunakan kata- kata panggilan yang lebih mesra seperti pakcik, makcik, kakak, abang long, makngah, paksu dan sebagainya .
• Dalam situasi jual beli pula, penjual haruslah peka dan perlu menjaga kata panggilan dan budi bahasa yang sesuai. Yang muda dipanggil cik, saudari,adik manakala yang berumur dipanggil pakcik, makcik. Seterusnya bagi mereka yang tidak dikenali dipanggil encik/
pemisahan antara bahasa Melayu ilmu dan bahasa Melayu umum dilakukan. merentasi.
puan, saudara/saudari.
( b ) Rasmi – Bahasa yang digunakan dalam situasi atau suasana rasmi. Ianya perlu patuh pada peraturan linguistik, sosiolinguistik dan pragmatik. Aspek linguistik menekankan bahasanya bernahu,tersusun wacananya dan disebut atau ditulis dengan betul.
Aspek sosiolinguistik menekankan adab sopan yang berkaitan dengan sistem sosial. Bentuk panggilan atau gelaran hendaklah menurut sistem yang disahkan kerajaan. Aspek pragmatik juga menekankan penggunaan bahasa yang sesuai dengan sesuatu majlis.
Bahasa Melayu juga berfungsi dalam penggunaan perkataan gelaran di dalam urusan harian kita iaitu terdiri daripada gelaran kekeluargaan, gelaran pergaulan biasa, gelaran pergaulan tak bersahaja, gelaran warisan, gelaran kurniaan dan gelaran keagamaan. Gelaran kekeluargaan dibahagi kepada nama kekeluargaan asas (berasaskan umur dan pangkat seperti ayah, emak, datuk, abang, kakak, dan adik) serta jenama kekeluargaan (berasaskan pertalian darah seperti Long,Ngah,Alang, Anjang, Andak,Teh, Cik dan Busu dan ikatan perkahwinan seperti menantu,mentua, ipar dan sebagainya.
Gelaran kurniaan pula diperoleh melalui pencapaian dan sumbangan. Dibahagi kepada gelaran kurniaan kerajaan (Tun, Tan Sri, Dato, Datin Paduka),kurniaan akademik/ikhtisas (Prof. Diraja, Prof. Emeritus, Prof. Madya, Doktor), kurniaan pertubuhan (Bapa Kemerdekaan, Bapa Pembangunan, pendeta, seniman Agung, biduan Negara. Manakala gelaran keagamaan pula adalah seperti Haji,Hajah,Tok Lebai dan sebagainya.
Dalam adat budaya Melayu, penggunaan bahasa Melayu memang amat penting yang mana penggunaan kata-kata berbunga dengan ayat klasik dan indah diaplikasikan dalam majlis-majlis adat Melayu seperti majlis merisik dan peminangan, adat naik buai, potong jambul dan sebagainya.
Konsep Pemerolehan Bahasa
Bahasa itu bukan sahaja sebagai alat komunikasi yang penting dalam kehidupan manusia, malah ianya menjadi alat bagi manusia berfikir. Pemikiran manusia dibatasi penguasaan bahasanya. Perkataan pemerolehan bahasa memberi maksud usaha atau kegiatan memperoleh bahasa. Kanak-kanak dilahirkan dan dibesarkan di dalam keluarga.Bahasa pertama yang diperoleh olah kanak-kanak ialah bahasa yang dituturkan oleh setiap ahli keluarganya yang mana bahasa itu dirujuk sebagai bahasa ibunda .
Pemerolehan bahasa ibunda terdiri daripada dua jenis iaitu pemahaman dan penerbitan. Pemahaman melibatkan kebolehan mengamati ayat-ayat yang didengar proses penerbitan pula membabitkan kebolehan menghasilkan ayat-ayat sendiri. Apabila kedua-dua proses ini dikuasai, barulah pemerolehan bahasa berlaku secara sempurna.
Pembelajaran bahasa pula membawa maksud proses-proses yang berlaku pada waktu seseorang sedang mempelajari bahasa baharu setelah dia ( telah selesai ) memperoleh bahasa ibundanya. Dengan kata lain, pemerolehan bahasa melibatkan bahasa pertama, manakala pembelajaran bahasa melibatkan bahasa kedua atau bahasa asing.
Bahasa boleh diperoleh oleh seseorang itu melalui proses pembelajaran dan pengalamannya. Pengalaman seseorang dalam budayanya mempercepatkan ia menguasai bahasa.
Hubungan biologi dengan bahasa yang digunakan oleh ibu bapa, keluarga dan persekitaran budayanya dapat mempengaruhi seseorang itu menguasai bahasa ibundanya dengan lebih mudah namun begitu seseorang tu mampu mempelajari bahasa asing dengan berkesan melalui usahanya memahami budaya bahasa tersebut.
Dalam konsep budaya, pembinaan konsep adalah ditentukan oleh masyarakat dan dapat dinyatakan melalui bahasa. Pemikiran dinyatakan dalam konteks bahasa, sebagai alat komunikasi dan alat-alat membina lambang-lambang budaya.
Konsep Pengajaran Bahasa
Mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga ( 1994:18 ), pengajaran ialah perihal mengajar, segala sesuatu yang berkaitan dengan mengajar seperti cara atau sistem mengajar, aspek yang dipentingkan. Mengikut Arbak Othman ( 1985 ) pula,pada dasarnya pengajaran bahasa ialah sesuatu organisasi aktiviti yang dirancang dan diolah oleh guru untuk menyampaikan pemahaman tentang maklumat atau pengetahuan tertentu kepada pelajar dalam satu suasana yang dipanggil bilik darjah. Oleh itu pengajaran bahasa merupakan alat sebagai kaedah penyampaian yang digunakan oleh guru bahasa berdasarkan objektif pengajaran, pengetahuan sedia ada pada murid dan mempunyai penilaian pada murid.
Piaget, dalam bukunya, The Language and Twillight of the Child (1995), berpendapat bahawa perkembangan bahasa bergerak selari dan merupakan sebahagian daripada perkembangan kognitif umum kanak-kanak.
Menurut Teori Perkembangan Kognitif, Piaget berpendapat seorang kanak-kanak mempelajari segala sesuatu mengenai dunia melalui tindakan-tindakan dan perilakunya dan kemudian melalui bahasa.
Piaget cuba menerangkan definisi bahasa yang mana menurut beliau bahasa adalah sistem kod yang sudah jadi ( siap untuk dipakai ) dan diperluas serta dilengkapkan oleh masyarakat pemakainya. Bahasa mengandungi sejumlah alat kognitif yang siap sedia untuk digunakan oleh fikiran.
PENUTUP
Kedudukan bahasa Melayu dalam konteks budaya amat kukuh, malahan merupakan bahasa lingua franca di alam Melayu. Walaupun bahasa Melayu pesat berkembang dengan menerima perkataan-perkataan asing seperti Sanskrit, Arab dan bahasa Inggeris, tetapi struktur tatabahasa Melayu itu tidak berubah, yang dipertahankan sebagai jati diri Melayu. Penerimaan kata-kata asing itu disesuaikan dengan konsep pemakaiannya dengan bahasa dan budaya Melayu tempatan . Bahasa Melayu akan terus kekal cemerlang dipeta dunia selagi ianya digunakan dalam semua jurusan kehidupan. Bak kata Tuah , ‘ Takkan Melayu Hilang di Dunia ’.
BIBLIOGRAFI
Abdullah Hassan. (1987) . Isu-isu Perancangan Bahasa: Pengintelektualan Bahasa Melayu: Dewan Bahasa dan Pustaka
Asraf. (1996). Manifesto Budaya : Pupus Bahasa Pupuslah Bangsa. Kuala Lumpur: Persatuan Linguistik Melayu .
Hassan Ahmad. (2009). Lidah Terputus , Bahasa dan Bangsa Pupus. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nik Saffiah Karim. (1993). Pengajian Melayu Menjelang Abad ke-21. Syarahan Perdana, Universiti Malaya .
Nooresah Baharom. (2000). Kamus Dewan ( Edisi Ketiga ). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Vijayaletchumy, Subramaniam. (2005 ). Pemerolehan dan Pembelajaran Bahasa. Kuala Lumpur.
Zulkifley Hamid. (2000). Bahasa Konsep , Fungsi dan Penguasaannya oleh Penutur. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

2 comments:

  1. tulisan tolong bagi besar sedikit. xnampak sangat

    ReplyDelete
  2. yusoff mahmood tahun berape ni??

    ReplyDelete