Wednesday, 27 June 2012

USAHA PENTERJEMAHAN MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU-Ahmad Nawawi Mokhtar[diselenggarakan oleh Rozali Rajab]

Abstrak
Penterjemahan merupakan aktiviti mentafsir makna sesuatu teks dan menerbitkannya semula dalam bahasa yang lain. Tujuan penterjemahan adalah untuk menghasilkan satu karya terjemahan yang membawa makna yang sama dengan sesuatu karya bahasa asing. Penterjemahan merupakan satu aktiviti yang penting untuk menyebarkan ilmu pengetahuan kerana membolehkan masyarakat menikmati ilmu pengetahuan daripada budaya asing. Oleh itu, penterjemahan demi penterjemahan telah dilakukan terhadap karya-karya agung di seluruh dunia bagi memastikan tujuan yang berkaitan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan terhadap budaya asing terus berlaku. Usaha-usaha penterjemahan telah memberi peluang kepada masyarakat untuk memahami bidang-bidang ilmu pengetahuan sama ada dalam aspek sosial, ekonomi dan juga politik. Kertas kerja ini mendedahkan sejarah awal usaha penterjemahan dalam memartabatkan bahasa Melayu dan peranan terjemahan dalam proses perkembangan tamadun. Diterangkan juga konsep pinjam terjemah serta beberapa contoh kaedah penterjemahan dan diakhiri dengan peranan program terjemahan automatik.
PENDAHULUAN
Tamadun manusia dibina atas penterjemahan karya. Teks Hindu dalam bahasa Sanskrit diterjemahkan ke bahasa Jawa dan Khmer pada zaman silam, umpamanya. Maka bukan saja agama Hindu berkembang di Nusantara, tetapi yang lebih penting lagi ialah tamadun itu sendiri.
Nusantara, termasuk orang Melayu dan rumpunnya, dari Champa di Semenanjung Asia Tenggara hingga ke Sumatera dan Jawa menyaksikan penyerlahan tamadun tersebut. Bukan saja teks tulisan diterjemahkan, tetapi juga seni rupa dan pandangan dunia. Maka Angkor Wat di Kemboja, dan patung-patung Hindu di Jawa tidak serupa dengan yang ada di India. Budaya Hindu di India telah diterjemahkan ke Nusantara dan lahir secara berbeza. Maka tidak hairan jugalah Hindu di Bali berbeza dengan apa yang ada di India.
Terjemahan terus menjadi proses perkembangan tamadun apabila Islam muncul di Asia. Terjemahan yang banyak dilakukan ke atas karya-karya bahasa Arab; bukan saja ke bahasa Parsi tetapi juga Hindi, Tamil dan Malayalam di India. Seterusnya teks-teks Arab juga diterjemahkan ke bahasa Melayu apabila Islam sampai di Nusantara.
Terjemahan merupakan aktiviti kunci dalam membina tamadun
Ketika tamadun Islam baru muncul, karya-karya bahasa Yunani aktif diterjemahkan ke dalam bahasa Arab. Apabila datang zaman Renaissance di Itali, teks-teks Arab pula diterjemahkan ke bahasa Latin, termasuklah karya-karya yang asalnya datang daripada bahasa Yunani. Terjemahan atas terjemahan terus berlaku, dan ia bukan saja membawa kepada penterjemahan dari segi bahasa, tetapi juga pemikiran serta tamadun itu sendiri.
Ketika negara ini baru mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, telah diputuskan bahawa dalam masa sepuluh tahun, Tanah Melayu yang kemudian menjadi Malaysia akan menggunakan bahasa kebangsaannya sendiri sebagai asas tamadun bangsa. Setelah sampai tahun 1967, disaksikan tidak ada banyak perubahan walaupun Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang bertanggungjawab memajukan bahasa sudah bertahun-tahun menjalankan aktivitinya.
Keresahan orang Melayu terhadap kedudukannya menimbulkan kesan politik besar dalam pilihan raya umum tahun 1969. Selepas daripada itu, melalui Dasar Pelajaran Kebangsaan, yang diperkukuhkan dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB), bahasa Melayu diperkasa, malah dianggap sebagai salah satu alat perpaduan dan integrasi negara.
Komitmen negara dan rakyat terhadap bahasa Melayu sepanjang dekad 70-an adalah jelas, Banyak buku-buku bahasa Inggeris diterjemahkan dan keupayaan bahasa kebangsaan untuk mengungkapkan ilmu sains dan teknologi tidak diragukan. Universiti Kebangsaan (UKM), Universiti Pertanian Malaysia (UPM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berada di medan hadapan dalam menjadikan bahasa Melayu, bahasa tamadun di negara ini.
Bukan saja DBP aktif membuat kerja-kerja penterjemahan, hingga melahirkan satu industri tersendiri di Malaysia berkaitan dengannya; syarikat-syarikat kecil dalam penterjemahan dan penerbitan juga muncul dengan aktiviti ini. Sementara itu muncul pula Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM) sebagai badan yang berusaha keras membentuk profesionalisme penterjemahan. Kemuncak daripada itu ialah penubuhan Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM).
Sumbangan Penterjemahan Dalam Pembudayaan Ilmu
Usaha-usaha penterjemahan yang berlaku dalam tamadun telah membawa banyak manfaat dalam usaha pemindahan ilmu dari sebuah tamadun ke sebuah tamadun lain. Aktiviti ini dikatakan telah berlangsung dalam keadaan harmoni dan telah memberikan impak yang besar ke atas perkembangan tamadun. Sumbangan dan peranan yang dimainkan oleh penterjemahan dalam proses
Melalui aktiviti penterjemahan, budaya, pemikiran dan ketinggian nilai hidup Melayu dapat diperkenalkan dan disebarluaskan di peringkat antarabangsa. Ini dapat dilihat apabila naskhah-naskhah dalam tamadun Melayu seperti Sejarah Melayu, Hikayat Raja Pasai dan Hikayat Merong Mahawangsa telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa sebagai bukti bahawa penterjemahan juga berlaku dan memberi kesan ke atas perkembangan tamadun Melayu. Ini kerana naskhah-naskhah tersebut menceritakan tentang perkembangan tamadun Melayu dan melalui penterjemahannya ke bahasa asing membolehkan masyarakat antarabangsa mengetahui tentang tamadun Melayu.
Karya-karya sastera yang diterjemahkan adalah duta-duta yang akan mempermudah bangsa lain mengenali dan memahami budaya kita secara diakronik dan sinkronik, kemudian secara komparatif pula dengan budaya mereka. Pemasyarakatan dan istilah globalisasi mewujudkan integrasi, menghindari polarisasi mahupun isolasi. Ketika keunggulan itu terjadi, sikap kerjasama dalam konsep saling memahami budaya, pada segala bidang dan urusan segala ‘ilmu’ tentang pride dan prejudice sesuatu masyarakat adalah pendekatan paling baik dan paling efektif untuk proses kerjasama global (Sahlan Mohd. Saman, (2001 : 91).
Penterjemahan mempunyai peranan yang amat signifikan sebagai medium untuk memperkasakan bangsa dan mempertingkatkan tamadun. Dalam sejarah perkembangan tamadun Islam, sejarah mengarang buku digalakkan dan begitu juga dengan kegiatan terjemahan. Misalnya pada peringkat awal perkembangan Islam, buku karangan orang Farsi dalam bahasa Arab, Tarikh al-Tabari dan Tafsir al-Tabari diterjemahkan ke bahasa Farsi.. Gerakan menterjemah ini terus dilakukan hinggalah zaman sekarang. Seperti tamadun bangsa lain, tamadun Islam turut menekankan kegiatan mengarang buku yang terbahagi kepada dua jenis karya: sastera (kreatif) dan bukan sastera (Muhammad Bukhori Lubis, 2005 : 431).
Berdasarkan kepada pandangan-pandangan sarjana tersebut, jelaslah banyak sumbangan dan manfaat yang diperoleh apabila karya-karya agung, tidak kiralah sama ada ia merupakan karya sastera mahupun ilmiah telah memainkan peranan yang besar untuk kita saling memahami bangsa lain dengan budaya mereka yang tersendiri. Selain itu, melalui penterjemahan karya-karya juga dapat menyebarkan budaya kita sendiri dan kita juga mahu bangsa lain memahami pemikiran dan budaya kita demi keharmonian sejagat.
moden. Karya-karya bahasa Inggeris diterjemahkan ke pelbagai bahasa dunia, termasuklah ke bahasa Melayu, baik versi bahasa Indonesia, mahupun Malaysia. Mana-mana bahasa dominan dalam zaman tertentu akan menjadi sasaran kepada usaha terjemahan ini. kemajuan dan perkembangan tamadun amat besar dan sebagai bukti, naskhah-naskhah yang lahir daripada tamadun Melayu telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa seperti bahasa Inggeris, Jerman, Belanda, Jepun, Perancis, Tamil dan Cina. Terjemahan ke bahasa Inggeris telah diusahakan oleh John Leyden, ke bahasa Jerman oleh Paul Bruch, ke bahasa Perancis oleh A. Mersier, ke Bahasa Tamil oleh Rama Subbiah dan Ke bahasa Cina oleh Hsu Yun Tsiao (Muhammad Yusoff Hashim, 1992:124).
Penubuhan Badan Penterjemah
O.T Dussek yang pernah menjawat jawatan guru besar di Maktab Melaka semenjak tahun 1914 dan kemudiannya menjadi Pengetua pertama Maktab Perguruan Sultan Idris Tanjong Malim mendakwa, tidak ada buku-buku sekolah dan siri-siri bacaan tambahan di sekolah-sekolah Melayu (Abdullah Sanusi, 1966:7). Tidak ada buku dalam bahasa Melayu bagi mengajar mata pelajaran Geografi (Ilmu Alam) dan Matematik (Ilmu Kira-kira). Bagi mata pelajaran lain diajar menggunakan buku-buku dalam bahasa Inggeris. Hanya Hikayat Abdullah yang digunakan untuk tahun pertama dan Sejarah Melayu untuk tahun kedua digunakan oleh guru-guru di maktab (Abdullah Sanusi, ibid).
Meskipun terdapat beberapa buah buku dalam bahasa Melayu digunakan seperti Pelita Mengarang yang ditulis oleh Muhammad Hashim bin Haji Taib dan buku Cara-Cara Mengeja Nama-Nama Melayu karangan Ibrahim bin Datuk Muda Linggi dan beberapa buah buku yang dibawa oleh Dusseks dari Jawa berkenaan dengan Ilmu Tumbuh-Tumbuhan, namun, jumlahnya masih jauh daripada mencukupi.
Dusseks mula merancang untuk menubuhkan satu badan penterjemahan yang akan memainkan peranan menterjemah buku-buku dalam bahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu. Bagi melaksanakan cita-citanya ini Dusseks telah mendapatkan khidmat seorang penterjemah iaitu Zainal Abidin bin Ahmad yang lebih dikenali dengan nama Za’ba. Pada tahun 1924 Za’ba mula bertugas di SITC bagi membantu usaha Dusseks dalam kerja-kerja penterjemahan di sebuah pejabat yang pada awalnya hanya dikenali sebagai Pejabat Penterjemahan. Pejabat ini dijangka akan dapat menterjemahkan dokumen-dokumen penting kerajaan dan juga menyediakan buku-buku bagi kegunaan sekolah-sekolah Melayu di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-Negeri Selat (Abu Bakar Nordin, et al, 2000: 65).
Tanggungjawab pengurusan Pejabat Penterjemahan terletak di tangan O.T Dusseks dan Za’ba. Namun begitu, Za’ba seorang sahaja yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam urusan pengendalian kerja-kerja harian pejabat ini. Beliau telah diberikan sebuah bilik pejabat dan seorang kerani untuk membantu kerja-kerjanya (Abu Bakar Nordin, et al, 2000: 65-66).
Rancangan Dusseks untuk menubuhkan Pejabat Penterjemahan tidak segera diusulkan kepada kerajaan, kerana cadangan itu tidak mendapat sokongan pada awalnya. Justeru, Dusseks memperincikan perbelanjaan bagi membiayai maktab dengan memasukkan perbelanjaan Pejabat Penterjemahan dan penterjemah. Oleh kerana, perbelanjaan bagi Pejabat Penterjemahan dan penterjemah tidak ditolak oleh kerajaan, maka dengan sendirinya cadangan Dusseks menubuhkan Pejabat Penterjemah diterima oleh kerajaan.
Pada 1925, R.O Winstedt, Pengarah Pelajaran Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-Negeri Selat mengarahkan supaya Pejabat Penterjemah
Pejabat Karang Mengarang
Penubuhan Pejabat Karang Mengarang bertitik tolak daripada masalah kekurangan buku-buku di sekolah-sekolah Melayu. Pertumbuhan dan pembukaan sekolah-sekolah Melayu kian meningkat dari setahun ke setahun setelah usaha awal yang dirintis oleh Mr. Allan Skinner di Singapura dan Melaka Berjaya. Dalam tahun 1898 sahaja jumlah sekolah di Negeri-Negeri Bersekutu ialah 131 buah, iaitu 81 buah di Perak, 28 buah di Selangor, 19 buah di Negeri Sembilan dan tiga buah di Pahang (Abdullah Sanusi bin Ahmad,1966: 3). Peningkatan jumlah sekolah menuntut keperluan yang lebih banyak dari segi tenaga pengajar dan penggunaan bahan bacaan.
Kekurangan guru di sekolah-sekolah Melayu telah diatasi dengan langkah kerajaan membina sebuah maktab latihan guru di Singapura pada tahun 1878, Maktab Taiping pada tahun 1898 (kemudiannya ditutup pada penghujung tahun1898), Kolej Melaka pada tahun 1898, di Matang pada tahun 1913 dan Sultan Idris Training College (SITC) pada tahun 1922. Dengan pembukaan SITC, Maktab Melaka dan Matang dibubarkan pada bulan Oktober 1922 (Abdullah Sanusi, 1966: 6). Penubuhan maktab-maktab latihan guru telah dapat mengatasi kekurangan guru-guru yang akan ditempatkan di sekolah-sekolah Melayu. Namun begitu, kekurangan bahan bacaan, khususnya buku-buku yang boleh digunakan di sekolah-sekolah Melayu menjadi satu masalah yang meruncing.
Sebelum penubuhan Pejabat Karang Mengarang, sekolah-sekolah Melayu menggunakan buku-buku yang diusahakan oleh Syed Mahmud bin Syed Abdul Kadir dan R.J Wilkinson. Selain daripada Syed Mahmud terdapat beberapa tokoh lain yang juga turut mengusahakan buku-buku untuk kegunaan sekolah-sekolah Melayu seperti Muhamad Ibrahim Munshi dan R.O Winstedt. Sumbangan Daeng Abdul Hamid dan Ibrahim bin Datuk Muda tidak boleh dilupakan yang membantu R.O Winstedt dalam kerja-kerja terjemahan.
Penerbitan bahan-bahan bacaan yang diusahakan oleh orang perseorangan kian bertambah terutama bahan-bahan bacaan dalam bentuk hikayat dan syair yang diterjemahkan daripada bahasa Arab ke bahasa Melayu. Pada awal tahun-tahun 1900-an perkembangan era persuratkhabaran yang turut menyumbang peningkatan tahap bacaan dalam kalangan masyarakat Melayu, khususnya murid-murid sekolah, guru-guru pelatih dan masyarakat umum. Antara akhbar yang muncul pada waktu itu ialah Shamsul-Kamar, Nuyumul-fajar atau Odaran Bintang Timur, Seri Perak dan lain-lain, walau bagaimanapun usia akhbar ini tidak panjang (Abdullah Sanusi, 1966: 15). Turut terbit beberapa
Penterjemah dan Latihan Penterjemahan
Kerja-kerja penterjemahan yang dilakukan di Pejabat Karang Mengarang diselia oleh sebuah badan penyunting umum dikenali Board of General Editors yang dianggotai Pengarah Pelajaran, Pengetua Maktab dan Ketua Penterjemah. Manakala penterjemah-penterjemah pula terdiri daripada lulusan peperiksaan Senior Cambridge dan mereka yang mempunyai minat mendalam dalam bidang tersebut.
Secara umum, penterjemah di Pejabat Karang Mengarang dapat dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu Penterjemah Kanan (Ketua Penterjemah), penterjemah, penterjemah pelatih dan penulis Melayu. Za’ba merupakan Ketua Penterjemah. Dua orang pelatih penterjemah terawal yang dilatih oleh Za’ba pada waktu itu ialah Yazid bin Ahmad dan Abdul Kuddus Muhammad. Dua orang pelatih ini merupakan pelatih baru yang diambil bertugas di Pejabat Karang Mengarang.
Penterjemah baru yang bekerja di Pejabat Karang Mengarang dilatih oleh Za’ba. Mereka digelar sebagai penterjemah pelatih. Sewaktu dalam latihan, penterjemah pelatih dibayar 20 ringgit sebulan, manakala keperluan makan minumnya ditanggung. Latihan yang disediakan mengambil masa selama dua tahun. Pelatih diwajibkan lulus peperiksaan yang berkait dengan terjemah-menterjemah, pembaca pruf dan kerja-kerja taip-menaip dalam tulisan rumi dan jawi.
Menurut Abdullah Sanusi (1960), pada tahun 1926, penterjemah di Pejabat Karang Mengarang berjumlah hanya tiga orang, iaitu Za’ba sebagai Ketua penterjemah, Yazid Ahmad dan Abdul Kuddus Muhammad sebagai penterjemah pelatih. Peranan dan tugas Pejabat Karang Mengarang yang kian meningkat telah mendorong R.O Winstedt merancang untuk membesarkan lagi bidang kerja di Pejabat Karang Mengarang, namun atas pandangan Dusseks yang menyatakan masalah kesukaran bagi mendapat penterjemah Melayu yang cekap, maka cadangan itu tidak diteruskan. Meskipun begitu, kerja-kerja penterjemahan di Pejabat Karang Mengarang terus berjalan dengan lancar di bawah kendalian Za’ba.
Tokoh Penterjemah Di Pejabat Karang Mengarang:
Zainal Abidin Ahmad (Za’ba)
Tokoh ini lebih dikenali dengan nama Za’ba, lahir pada 16 September 1895 di Kampung Bukit Kerdas, Batu Kikir, Negeri Sembilan. Beliau memulakan kerjayanya dalam perkhidmatan kerajaan pada tahun 1916 dengan tugas sebagai
Di SITC nama Za’ba menjadi semakin terkenal kerana penglibatan langsungnya dalam membangun dan mengasaskan Pejabat Karang Mengarang dengan jawatan sebagai Ketua Pengarang dan Penterjemah Kanan. Pada tahun 1929, Za’ba ditugaskan juga mengetuai Bahagian Pelajaran Bahasa Melayu SITC. Meskipun O.T Dusseks memainkan peranan penting dalam penubuhan Pejabat Karang Mengarang, namun pada dasarnya tugas-tugas penterjemahan, penyuntingan dan pengendalian Pejabat Karang Mengarang dilaksanakan Za’ba sepenuhnya. Beliau diberi sebuah bilik pejabat bagi tujuan tersebut dan dibantu oleh seorang kerani. Selain daripada melakukan kerja-kerja penterjemahan dokumen-dokumen penting kerajaan dan lain-lain karya, Za’ba menterjemah cerita-cerita rekaan dari Barat. Antara cerita terjemahan yang pernah diusahakan oleh Za’ba ialah:
Cherita-Cherita Duka Shakespeare (terjemahan dari cerita Lamb’s • Tales).
Cherita-Cherita Shakespeare (cerita komedi dari cerita Lamb’s • Tales).
Cherita-Cherita Shakespeare (cerita mata-mata dari cerita Lamb’s • Tales).
Pelayaran Guliver (dari cerita Gulivers Travels).•
Za’ba juga giat dalam penghasilan buku-buku untuk sekolah-sekolah rendah Melayu dan kegunaan guru-guru pelatih. Antara karya beliau yang penting ialah Rahsia Ejaan Jawi (1929), Pelita Mengarang, Ilmu Mengarang Melayu (1934), Daftar Ejaan Melayu: Jawi-Rumi (1938) dan tiga jilid dalam siri Pelita Bahasa Melayu (1940, 1946 dan 1949).
Yazid bin Ahmad
Yazid Ahmad dilahirkan di Kampung Linggi, Negeri Sembilan pada 12 Ogos 1908. Setelah tamat darjah sembilan, beliau mula bekerja sebagai penterjemah pelatih di Pejabat Karang Mengarang SITC pada I Mei 1926. Beliau merupakan penterjemah pelatih terawal yang dipilih menjalankan tugas-tugas sokongan terjemahan di bawah kelolaan Za’ba. Selain menterjemah, Yazid juga menjalankan tugas mengajar bahasa Melayu kelas-kelas tertentu di SITC. Yazid sebenarnya ialah seorang kapten dan pegawai pemerintah kompeni pasukan Berikat SITC atau dikenali dengan nama The Sultan Idris Training College Company of the Federated Malay States Volunteer Force (SITC FMSVF) bagi menentang pihak Jepun. Antara buku terjemahan Yazid ialah:
Abdul Kuddus bin Muhammad
Abdul Kuddus juga merupakan penterjemah pelatih terawal yang dipilih menjalankan tugas-tugas sokongan terjemahan di bawah kelolaan Za’ba. Sebagaimana Yazid, Abdul Kuddus juga menjalankan tugas mengajar selain daripada menterjemah dan menyunting. Beliau pernah mengajar Geometri dan Ilmu Alam di kelas-kelas tertentu di SITC. Selain daripada tugas menterjemah dan menyunting, Abdul Kuddus bertanggung jawab menubuhkan pasukan pengakap SITC pada 1929. Beliau berkhidmat sebagi penterjemah di Pejabat Karang Mengarang SITC selama 17 tahun. Selepas itu, beliau berkhidmat pula di Pejabat Pesuruhjaya British di Kuala Lumpur. Antara buku yang pernah diterjemahkan oleh Abdul Kuddus ialah:
Pulau Emas (diterjemahkan dari buku Treasure Island).•
Mengelilingi Dunia Dalam 80 Hari Part I (terjemahan dari buku • Round The world in 80 Days karya Jules Vernes Part I)
Mengelilingi Dunia Dalam 80 Hari Part II (terjemahan dari buku • Round The World in 80 Days karya Jules Vernes Part II).
Hikayat Taman Ajaib (pilihan cerita-cerita dongeng Eropah).•
Chendera Lela (terjemahan dari cerita Cinderella).•
Cherita Aladin dengan Lampu Ajaib (dari cerita Aladin and the • Wonderful Lamp).
Cherita dari Tanah Arab•
Selain Za’ba, Yazid dan Abdul Kuddus terdapat beberapa orang tokoh penterjemah lagi yang turut memainkan peranan penting sebagai penterjemah di Pejabat Karang Mengarang SITC. Mereka ialah A.Rahman Yusop, Haji Ahmad Murad Nasarudin, Othman Sulaiman, Hashim Amir Hamzah, Yub Rawan, Said Haji Hassan, Abdul Aziz dan Abdullah Ali.
Penulis Melayu
Penulis Melayu terdiri daripada pelajar-pelajar lulusan latihan tiga tahun SITC. Mereka bertugas menyalin karya-karya dalam tulisan jawi kepada rumi, menyediakan naskhah-naskhah untuk dicap, membaca pruf (proof reading), dan menjalani latihan menterjemah. Antara penulis Melayu yang terlibat ialah Buyong Adil, Abdullah Sidek, Mansor Sanusi, Jaldin Sanusi Ahmad Abdullah, Raha Mohd. Nordin al-Haj, Embong dan Mahmud Ahmad.
Hasil gabungan tenaga penterjemah yang diketuai Za’ba inilah, maka 
Kesan Penubuhan Badan Penterjemah
Penubuhan Badan Penterjemah di Pejabat Karang Mengarang telah meninggalkan kesan besar kepada perkembangan pendidikan di sekolah-sekolah Melayu dan maktab-maktab perguruan. Penterjemahan telah menyebabkan kegiatan penerbitan buku-buku di Pejabat Karang Mengarang berkembang dan dapat menampung masalah kekurangan buku-buku teks dan buku-buku bacaan berbahasa Melayu untuk sekolah-sekolah Melayu di Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dalam tahun-tahun penghujung 1920-an hingga tahun-tahun 1960-an. Pada tahun 1924 – 1936 sejumlah sepuluh buah buku bacaan untuk Darjah 1 hingga 5 telah diterbitkan. Sehingga tahun 1936 jumlah buku teks sekolah yang digunakan ialah 32 buah yang kebanyakannya terdiri daripada buku teks, buku Latihan Bahasa, Sejarah, Ilmu Hisab, Geometri, Ilmu Alam dan Latihan Tubuh (Abu Bakar Nordin et al. 2000: 80-81).
Kegiatan penterjemahan di Pejabat Karang Mengarang telah merintis jalan kepada perkembangan ilmu menerusi buku-buku yang diterjemahkan dan digunakan oleh murid-murid Melayu di sekolah-sekolah. Menurut Abdullah Sanusi (1960), buku-buku yang dikeluarkan oleh Pejabat Karang Mengarang layak digunakan di sekolah-sekolah menengah dan sekolah tinggi.
Konsep Pinjam Terjemah
Dalam Peminjaman Kata dihuraikan bagaimana leksikon bahasa Melayu diperluas melalui peminjaman daripada berbagai-bagai sumber dari dalam dan luar alam Melayu. Peminjaman itu berlaku pada berbagai-bagai peringkat dari fonem melalui imbuhan hinggalah kepada kata penuh. Berkaitan dengan peminjaman itu, ada proses yang juga memperluas leksikon bahasa Melayu, dan proses ini menggabungkan peminjaman dan juga penterjemahan.
Pinjam terjemah (loan translation) berlaku apabila ada istilah asing yang tidak ada padanannya dalam bahasa Melayu. Pada masa yang sama, pengambilan terus istilah itu dengan hanya penyesuaian pada bunyinya sahaja tidak dianggap sebagai kaedah yang baik. Dengan itu bahasa Melayu mengambil
Kaedah ini betul-betul menterjemahkan atau memindahkan (shift) konsep ke dalam bahasa Melayu seluruhnya. Sebagai contoh, kata prepaid yang istilah Melayunya prabayar secara meluas digunakan oleh syarikat perniagaan dan media tidak melalui proses pinjam terjemah, tetapi hanya proses pemadanan dengan mengacukkan unsur-unsur itu sahaja. Bentuk pinjam terjemah bagi prepaid sebenarnya bayar dahulu yang keseluruhannya merupakan leksem tersendiri. Akhirnya bentuk prabayar juga disukai ramai kerana ia ringkas.
Pelbagai Kaedah Terjemahan Pinjaman
Dalam dunia moden hari ini, terjemahan telah mula menampakkan fungsinya yang pelbagai berbanding dahulu. Kini, terjemahan turut melibatkan perkara yang lebih luas dan pelbagai, sebagai contoh terjemahan brosur. Penggunaan brosur sangat meluas serta meliputi pelbagai bidang dan sektor, termasuklah sektor perbankan. Dalam sektor perbankan, brosur digunakan oleh pihak bank untuk mengiklankan kewujudan pelbagai jenis akaun dan produk serta perkhidmatan yang disediakan.
Kaedah yang digunakan dalam terjemahan brosur berbeza daripada terjemahan teks biasa, yang menggunakan kaedah terjemahan literal. Terdapat beberapa kaedah terjemahan yang digunakan untuk menterjemahkan brosur, iaitu pinjaman, peniruan, transposisi, modulasi, dan persamaan. Daripada kesemua kaedah tersebut, terjemahan secara pinjaman adalah yang paling banyak digunakan.
Didapati bahawa pinjaman tulen tidak diasimilasikan merupakan jenis pinjaman yang paling kerap digunakan untuk menterjemahkan brosur. Kebanyakan kata pinjaman tulen tidak diasimilasikan merupakan kata yang sememangnya bukanlah perkataan asli dalam bahasa Melayu. Pinjaman ini sebenarnya tidak boleh dianggap sebagai satu perubahan atau pertukaran bahasa kerana tiada perubahan sintaksis berlaku. Setiap kata diambil secara keseluruhan atau dipinjam terus daripada bahasa sumber, seperti global, bonus, major, margin, minor, dan data yang ditulis seperti kata biasa dalam bahasa Melayu kerana sudah dianggap sebagai sebahagian daripada perbendaharaan kata dalam bahasa Melayu.
Terdapat juga perkataan yang diterjemahkan secara pinjaman tulen asimilasi separuh. Pinjaman jenis ini mempunyai bentuk morfem yang disesuaikan dengan bunyinya, misalnya gugusan konsonan muncul pada awal atau akhir kata, seperti kredit yang diterjemahkan secara pinjaman daripada perkataan credit. Kebanyakan perkataan yang diterjemahkan menggunakan kaedah pinjaman ini merupakan perkataan yang terserap masuk melalui penggunaan yang kerap dalam bahasa Melayu.
Terjemahan secara pinjaman tulen asimilasi lengkap adalah satu bentuk
Perkataan seperti artery dan analysis yang diterjemahkan menjadi arteri dan analisis pula merupakan perkataan yang diterjemahkan secara pinjaman tulen asimilasi ortografi. Pinjaman jenis ini telah disesuaikan ejaannya dalam bahasa Melayu tetapi sebutannya masih lagi sama dengan bahasa sumbernya.
Satu lagi bentuk pinjaman tulen ialah pinjaman tulen yang dipendekkan, seperti perkataan principles yang diterjemahkan secara pinjaman menjadi prinsip. Perkataan seperti pre-existing yang diterjemahkan secara pinjaman campuran marginal pula akan menjadi prawujud. Keadaan ini terjadi apabila kata bahasa Melayu diberi imbuhan yang dipinjam daripada bahasa Inggeris.
Lain pula halnya dengan terjemahan secara pinjaman campuran nuklear. Pinjaman jenis ini memperlihatkan gabungan kata dasar bahasa Inggeris dengan imbuhan bahasa Melayu seperti yang wujud dalam perkataan perbankan yang diterjemahkan daripada perkataan banking.
Bentuk pinjaman yang terakhir yang biasa digunakan ialah pinjaman campuran majmuk. Pinjaman ini berlaku apabila satu daripada dua kata yang membentuk kata majmuk dalam bahasa sumber digantikan dengan kata bahasa Melayu. Contohnya seperti white collar yang diterjemahkan menjadi kolar putih.
Berdasarkan pelbagai contoh terjemahan secara pinjaman, didapati bahawa peminjaman perkataan tidaklah meninggalkan kesan yang begitu besar dalam terjemahan brosur. Namun, peminjaman yang tidak dikawal lama-kelamaan boleh menggugat ketinggian dan nilai bahasa Melayu sebagai bahasa yang melambangkan bangsa di Malaysia.
Justeru, dapatlah disimpulkan bahawa kaedah terjemahan pinjaman boleh digunakan jika yang diterjemahkan itu perkara yang betul-betul baharu dan tidak pernah diketahui sebelumnya. Kaedah ini hendaklah digunakan dengan penuh berhemah dan jangan sampai meminjam nama atau perkataan daripada bahasa sumber untuk perkara yang boleh diberikan nama dalam bahasa Melayu.
Program Penterjemahan Automatik
Tahap kefasihan penggunaan bahasa Melayu generasi muda kini amat membimbangkan. Teguran ini sering kita baca dalam ruangan surat pembaca di dada-dada akhbar. Melalui pemerhatian, ada beberapa faktor yang menyebabkan perkara ini berlaku. Pertama, peranan media massa, terutamanya 
Bagi menangani masalah tersebut, pihak yang berkenaan, iaitu Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, perlulah memantaunya. Kementerian tersebut harus memantau semua rancangan yang disiarkan, baik melalui televisyen mahupun radio. Rancangan yang disiarkan perlu menggunakan bahasa Melayu yang baik dan betul. Sewajarnya rancangan yang tidak elok bahasanya tidak disiarkan.
Faktor kedua ialah peranan teknologi maklumat dan komunikasi, terutama Internet. Dunia hari ini dipengaruhi oleh penggunaan Internet yang begitu meluas. Internet bukan sahaja dapat dicapai melalui komputer, malah melalui telefon bimbit yang canggih.
Seperti yang diketahui, generasi muda gemar menggunakan Internet dan kebanyakan bahan Internet yang dapat dicapai di negara ini menggunakan bahasa Inggeris. Hal demikian menyebabkan generasi muda lebih terdedah kepada bahasa tersebut berbanding bahasa Melayu. Oleh sebab itu, kita perlu meningkatkan jumlah bahan berbahasa Melayu dalam Internet.
Baru-baru ini, Google memasukkan bahasa Melayu ke dalam program penterjemahan automatiknya. Tentu sekali program tersebut dapat membantu tugas penterjemahan rencana daripada bahasa lain kepada bahasa Melayu. Kesannya, rencana berbahasa Melayu dapat diperbanyak dan pengguna Internet dapat mempelajari bahasa tersebut dengan membaca laman dan rencana yang disiarkan. Dengan hal demikian, bahasa Melayu tidak terpisah daripada kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi.
Barangkali, banyak lagi faktor yang menyebabkan kemerosotan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan generasi muda. Hakikatnya, banyak lagi usaha yang perlu dilakukan untuk menangani masalah tersebut.
KESIMPULAN
Karya-karya hebat yang lahir dalam tamadun-tamadun yang berbeza memberikan banyak manfaat dan faedah yang akan diperolehi oleh sesuatu bangsa yang dapat mengetahui, memahami dan menghayati karya-karya tersebut menerusi naskhah-naskhah terjemahan. Penubuhan Badan Penterjemah di Pejabat Karang Mengarang telah memberi makna yang besar kepada perkembangan ilmu dalam masyarakat Melayu awal abad ke-20. Sumbangan yang besar ini juga menjadi sejarah penting bidang penterjemahan di negara ini. Kegiatan badan ini pada awalnya mungkin terbatas dalam lingkungan SITC, namun kesannya menjalar
Kesinambungan kegiatan penterjemahan di Pejabat Karang Mengarang menjadi kendur selepas perang apabila Pejabat Karang Mengarang berpecah dua, satu di Kuala Lumpur dan satu lagi kekal di SITC Tanjong Malim. Selepas merdeka, Pejabat Karang Mengarang dibubarkan, dan peranannya diambil alih oleh Dewan Bahasa dan Pustaka hasil keputusan Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu ke-III pada 16-21 September 1956 di Singapura dan Johor Bahru.
BIBLIOGRAFI
Abdullah Sani bin Ahmad. (1966). Peranan Pejabat Karang Mengarang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abu Bakar Nordin. (2000). SITC-UPSI Pelopor Pendidikan Bangsa. Selangor. Longman Sdn. Bhd.
Ali Mohammad. (2001). Tokoh-tokoh Islam dan Sumbangannya, dlm. Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Asmah Haji Omar. (2008). Ensiklopedia Bahasa Melayu. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Aspirasi Kebitaraan. (2003). Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Hsu Yun Tsio. (1986). Meninjau Sejarah Melayu dari Segi Nilaian Sejarah, dlm. Sastera Sejarah Interpretasi dan penilaian, Zahrah Ibrahim (penyelenggara), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Norhalim Haji Ibrahim. (2001). Pengkisahan Sejarah Za’ba Negeri Sembilan. Terbitan Lembaga Muzium Negeri Sembilan.

disusun semula. Hasil daripada penyusunan semula itulah lahirnya nama Pejabat Karang Mengarang menggantikan nama Pejabat Penterjemah yang dikenali sebelumnya.tahun kemudian ialah akhbar Cahaya Pulau Pinang, Taman Pengetahuan, Al Imam dan Utusan Melayu.guru sementara di Negeri Sembilan, guru penolong di Johor Bahru dan Kolej Melayu Kuala Kangsar. Pada 24 Mei 1923, Za’ba di arah bertukar ke Pejabat Penolong Pengarah Pelajaran Negeri-Negeri Melayu dan Negeri-Negeri Selat di Kuala Lumpur sebagai penterjemah dan pengarang Melayu. Pada 1 April 1924, Za’ba ditukarkan pula ke Sultan Idris Training College (SITC) Tanjong Malim, Perak juga sebagai penterjemah.
Sang Maharaja Singa (terjemahan dari buku saduran Man-Eater of • Tsavo).
Cherita-Cherita Sherlock Holmes I (terjemahan dari buku Adventures • of Sherlock Holmes I)
Pulau Karang (terjemahan dari buku Coral Island)•
Ilmu Berchuchok Tanam I dan II (selenggaraan).•
berkembanglah kegiatan penulisan, penterjemahan dan penerbitan pelbagai karya, baik untuk kegunaan di sekolah-sekolah rendah Melayu, mahupun untuk kegunaan guru-guru pelatih dan orang awam. Kejayaan Pejabat Karang Mengarang terbukti dengan kemampuannya menerbitkan 10 buah buku bacaan Darjah I hingga Darjah V pada 1924 – 1936, di samping 32 buku teks lain yang berkaitan dengan karang mengarang, Latihan Bahasa, Sejarah, Ilmu Hisab, Geometri, Ilmu Alam dan Latihan Tubuh. Pada tahun 1941, jumlah buku yang diterbitkan sebagai bahan bacaan Darjah I hingga V meningkat kepada 14 buah.konsep dalam istilah asing dan memberi kata Melayu untuk mendukung konsep berkenaan. Dalam bahasa Inggeris, proses ini dikenali juga sebagai loan shift. pinjaman yang sukar untuk dikenal pasti model bahasa yang dipinjam kerana perkataan tersebut telah lama diasimilasikan dalam budaya Melayu hingga tidak terasa keasingannya dengan lidah Melayu. Contohnya perkataan amaun dan elaun yang diterjemahkan secara pinjaman daripada perkataan amount dan allowance. media elektronik. Seperti yang diketahui dan telah dibincangkan dalam pelbagai seminar dan forum, media elektronik selalu menyiarkan rancangan, seperti filem dan drama yang tidak menggunakan bahasa Melayu yang baik dan betul. Bahasa yang digunakan juga bercampur aduk. Dengan hal demikian, penonton, terutama kanak-kanak, terikut-ikut dengan penggunaan bahasa yang sedemikian. ke segenap ruang peradaban Melayu. Oleh itu, kita sewajarnya menghargai kepentingan penterjemahan dan sumbangannya dalam usaha menyebarkan ilmu. Pembudayaan ilmu akan terus berlaku selagi ada usaha penterjemahan bukan sahaja dalam sesebuah tamadun itu malah antara tamadun yang berlainan. Ilmu akan menjadi semakin tinggi nilainya apabila berlaku interaksi antara tamadun melalui pembacaan karya-karya asing untuk kita menimba pengetahuan yang terkandung di dalamnya.

1 comment:

  1. Hello semua, saya mrs aisha bukafia, saya ingin memberikan anda semua sekeping nasihat anda semua di sini tidak memohon pinjaman di mana-mana syarikat atau pemberi pinjaman di laman web ini, orang-orang di sini adalah palsu, penipu dan penipuan, walaupun sebahagian daripada keterangan di sini adalah semua palsu mereka adalah orang yang sama yang melakukan itu semua, mereka masih orang yang sama melakukannya. jadi sila berhati-hati untuk tidak jatuh yang tertipu atau menipu rakan-rakan Indonesia, saya menipu empat kali sekitar Rp10,000,000 juta bagi kos cukai dan kos insurans, tetapi selepas pembayaran saya saya tidak mendapat pinjaman saya, tetapi mereka meminta saya untuk membayar lagi dan lagi,

     Ia akan menarik minat anda untuk mengetahui bahawa ada undang-undang kewangan atau kaedah-kaedah kos ini mendapat pinjaman dari bank-bank, peminjam atau syarikat tetapi Allah bersyukur kerana saya kemudian menerima pinjaman sebanyak $ 100,000 daripada syarikat yang seorang kawan saya yang memperkenalkan saya dengan sebenar dan syarikat pinjaman dipercayai, (Emiliana WILSON pINJAMAN sYARIKAT), mereka syarikat terkemuka di Asia, mereka berada di sini untuk membantu kita semua yang telah scammed dan menipu, jadi jika anda memerlukan kredit pinjaman wang tulen lebih baik dan, sama memohon pada (Emiliana WILSON pINJAMAN SYARIKAT) atau jika anda mempunyai rakan-rakan dan memberitahu mereka untuk membantu anda untuk menghubungi mereka untuk pinjaman, okay, anda boleh mendapatkan yang sangat mudah untuk mendapatkan serendah 2% daripada pinjaman tanpa cagaran atau penjamin. Ini adalah e-mel mereka

    (emilianawilson11@gmail.com) Anda boleh menghubungi mereka dengan aplikasi anda adalah baik dengan mereka anda akan mendapat pinjaman anda dalam masa 24 jam, asli cepat dan saya terpaksa membantu negara saya daripada penipuan, e-mel saya adalah (mrsaishabukafia@gmail.com) hubungan saya untuk maklumat lebih lanjut mengenai Emiliana WILSON PINJAMAN SYARIKAT, saya bersedia untuk membantu anda, Allah memberkati anda semua. NOTA all.PLEASE. NOTA, TIADA YURAN PEMINDAHAN, NO Bayaran CUKAI, NO YURAN INSURANCE) harta pemberi pinjaman atau syarikat itu tidak mengumpul charges.Allah ini memberkati kita YURAN PEMINDAHAN, YURAN NO CUKAI, NO YURAN INSURANCE) Lender sebenar Syarikat ATAU TIDAK mengumpul penutup caj penyanyi, lama hidup rakyat Malaysians negara kita dan lama hidup kepada orang yang baik di negara saya.

    ReplyDelete