Tuesday, 24 July 2012

RAGAM BAHASA DALAM NOVEL LENTERA MUSTIKA, KARYA NISAH HARON[disediakan oleh Rozali Rajab]

BAHAGIAN 8; RAGAM BAHASA  DALAM NOVEL LENTERA MUSTIKA, KARYA NISAH HARON



                                                            BAB IV

                  ANALISIS   KAJIAN   RAGAM   BAHASA   DALAM    
                  NOVEL LENTERA MUSTIKA (LM)


                                                        Pengenalan

        Dalam penulisan karya sastera, pengarang tidak dapat lari daripada menggunakan pelbagai unsur bahasa dalam penulisan mereka. Penggunaan unsur-unsur bahasa yang pelbagai dan rencam pada dasarnya memainkan peranan yang amat besar dalam menghasilkan satu-satu hasil kesusasteraan yang menarik dan mantap dalam aspek intrinsiknya. Jadi, walaupun merupakan karya sastera namun di dalam karya sastera terdapat unsur-unsur  bahasa yang mempunyai keluasan makna yang cukup menarik untuk dianalisis kerana penggunaan unsur-unsur bahasa telah menjadikan karya sastera lebih bertenaga.

        Begitulah dengan penggunaan ragam bahasa merupakan salah satu aspek yang penting dalam penulisan sesuatu karya. Cetusan idea yang menarik dan fakta yang bernas lahir daripada pemikiran pengarang tidak akan lengkap jika tidak digubah dan diperindah dengan penggunaan  ragam    bahasa yang     sesuai     dengan    situasi  cerita dan watak yang dibawa dalam konteks penulisan tersebut. Begitu juga dengan jalinan dan pengolahan bahasa yang digarap seharusnya sesuai dengan diri pengarang dan gaya penulisannya.
                    Justeru, sesebuah teks sastera yang mengesankan pembaca, dipengaruhi oleh penggunaan bahasa oleh penulisnya. Pada dasarnya, keupayaan memanfaatkan diski dan memasukkan unsur motif melalui penggunaan kata, ayat dan wacana keseluruhan menjadikan bahasa sastera sebagai ‘gubahan bahasa yang dapat menerbitkan jambangan makna’. Hal ini bermakna, di dalam sesuatu karya sastera terdapat di dalamnya terungkap kekayaan bahasa, maka penggunaan karya sastera boleh dimanfaatkan oleh penulis untuk membuat analisis berkenaan ragam bahasa. Hakikatnya, karya sastera bukan sahaja semata-mata bersifat beremosi, namun di dalam karya secara terkandung khazanah bahasa yang perlu dilihat secara mluas dalam konteks sudut bahasa.

        Dalam novel Lentera Mustika terdapat pelbagau ragam bahasa yang digarap oleh Nisah Haron. Kemahiran pengarang mempelbagaikan ragam bahasa melambangkan keluasan makna dalam berbahasa. Walaupun novel Lentera Mustika merupakan sebuah karya sastera, namun pengarang telah berjaya menanamkan unsur-unsur bahasa di dalam karyanya.

        Oleh yang demikian , ragam bahasa yang digunakan oleh pengarang dalam karyanya bertujuan untuk menghidupkan gaya penceritaan berpandukan watak-watak yang sedia ada. Walau bagaimanapun, tujuan penggunaan ragam bahasa itu adalah untuk menguatkan dan mempertajam maksud supaya pembaca atau pendengar memeperoleh kesan tertentu hasil daripada pembacaannya.
                                                          
        Novel Lentera Mustika karya Nisah Haron menggunakan ragam bahasa yang menarik dan mempunyai keistimewaan tersendiri.pada keseluruhannya, pengarang telah berhasil memilih jenis-jenis ragam bahasa yang terdapat dalam karyanya. Antara jenis ragam bahasa yang digarap oleh Nisah Haron dalam novel Lentera Mustika  yang dikaji adalah jenis ragam bahasa yang biasa dan mudah difahami. Bagi memperincikan jenis-jenis ragam bahasa yang terdapat dalam novel kajian ini, adalah lebih jelas dikupas jenis-jenis ragam bahasa yang terkandung di dalamnya.
1.      Ragam Bahasa Sindiran

Ragam bahasa sindiran merupakan perkataan yang ditujukan atau diarahkan untuk menyatakan sesuatu maksud kepada seseorang atau individu yang pada dasarnya tidak disebutkan atau dinyatakan secara tepat. Jadi, perkataan tersebut hanya disampaikan   secara    sinis    dengan     dikias-kiaskan    atau  dilambangkan  dengan perkara lain. Secara amnya, ragam bahasa sindiran tidak dinyatakan atau disebutkan secara terus-terang atau ditujukan tepat terhadap seseorang.
            Dalam novel yang dikaji Lentari Mustika, contoh berkaitan ragam bahasa    sindiran dapat dikesan dalam contoh di bawah;
            Hai, kan kamu berdua dah lama putus. Tak nak jadi orang seberanglah,kata kau dulu.”Usikan Dahlia seperti enggan mengerti perasaanya ketika itu.

                                                                                                            [LM :  31]
                                                                 
    Berdasarkan novel yang dikaji melalui petikan di atas didapati terdapat penggunaan tatabahasa iaitu :  
a.       Kata Seru
            Dalam dialog penghasilan bahsa sindiran ini dirujuk kepada ungkapan “Hai, kan kamu berdua sudah lama putus…” Jadi perkataan  Hai  merupakan penggunaan kata seru yang melambangkan sindiran. Menurut Nik Safiah Karim (1989) kata seru ialah bentuk kata yang berfungsi untuk menyatakan berbagai-bagai-bagai perasaan seperti marah, gembira, sakit, terkejut dan sebagainya. Dalam konteks ini, penggunaan perkataan Hai yang bermula awal ayat bertujuan  untuk menyindir watak yang ditujukan itu dengan menggunakan intonasi yang bernada tinggi agar sindiran itu dapat dirasai. Darwis  Harahap ( 2005 ) menyatakan penggunaan kata seru dalam dialog   mempunyai intonasi ayatnya yang mungkin tinggi untuk    hairan      dan      terkejut. Kewujudan diski Hai bertujuan untuk melahirkan perasaan hairan dan menjadi kekuatan dalam bahasa sindiran.  
b.      Kata Singkatan
            Berdasarkan ungkapan dapat dihuraikan bahawa kata-kata ini merupakan bahasa sindiran yang ditujukan oleh Dahlia kepada kawannya Dr. Ainur Mustika. Dialog yang dihasilkan bertujuan menyindirkan Dr. Ainur Mustika bahawa hubungan mereka telah terputus dan berjanji tidak mahu menjadi orang seberang (Indonesia) hal ini dibuktikan melalui singkatan iaitu “Tak nak jadi orang seberanglah..’ seolah-olah menyindir watak terebut. Namun, penggunaan kata singkatan Tak nak menggambarkan kata yang lebih lembut dan halus berbanding perkataan yang sepatutnya Tidak hendak yang menggambarkan ketegasan. Sekarang, mereka mahu menyambungnya kembali. Jadi, Dahlia sudah mengetahui punca-punca atau sebab-sebab peristiwa tersebut yang menyebabkan Dr. Ainur Mustika meluahkan perasaanya kepada Dahlia. Namun begitu, sindiran beberapa tuduhan ini tidak puoa diluahkan secara terang-terangan oleh Dahlia. Frasa “Hai, kan kamu berdua sudah lama putus…” Seseorang yang mendengar frasa ini, sudah tentu memahaminya kerana konotatif  (emotif)   jelas bersumberkan perasaan ingin mengejek.
Hal ini dapat dikesan dalam contoh di bawah iaitu :
                                                                  
                        “Lain kali alau nampak orang perempuan bawa sesuatu yang berat, tawarkan diri untuk membantu. Janganlah jadi enau nak lepaskan diri masing-masing. Ini tidak, sibuk nak SMS. Tampat lain pun boleh SMS. Cubalah angkat kepala, tengok sekeliling. Perhatikan jika ada orang perlukan bantuan. Sia-sia sahaja ada kempen budi bahasa. Pelajar universiti pun tahu bila masa nak berbudi bahasa.

                                                                                                            [LM :  48]   

BAHAGIAN 9; SAMBUNGAN.........


No comments:

Post a Comment