Thursday, 26 July 2012

RAGAM BAHASA DALAM NOVEL LENTERA MUSTIKA,KARYA NISAH HARON [disediakan oleh Rozali Rajab]

BAHAGIAN 9; RAGAM BAHASA DALAM NOVEL LENTERA MUSTIKA,KARYA NISAH HARON.

Berdasarkan petikan di atas ragam bahasa menyindir dikesan melalui penggunaan iaitu:  
a.       Ayat Larangan

                                     Hal ini juga menunjukkan penggunaan ragam bahasa menyindirkan yang menggunakan ayat larangan. Menurut Farid M. Onn (1986), ayat larangan ialah ayat yang menggunakan kata larangan seperti jangan, usah atau tak usah sebelum kata kerja dengan tujuan melaramg, atau menegah seseorang melakukan sesuatu.
                            Tujuan bahasa sindiran ini untuk menyandang secara sinis.
           Dalam dialog tersebut penggunaan intonansinya tinggi iaitu bagaimanapin Rozario menyindir pelajar-pelajar universiti yang terlalu mementingkan diri sendiri. Frasa “…Janganlah jadi enau nak lepaskan diri masing-masing...”adalah merupakan sindiran kepada pelajar-pelajar yang ada di persekitaran yang menggunakan peribahasa. Walaupun ayat larangan digunakan, namun intonansinya yang tinggi menjadikan dialog itu berbentuk sindiran. Mereka asyik berSMS tanpa menghiraukan keadaan sekaliling. Jadi, cara Rozario menyindir pelajar-pelajar dengan menggunakan peribahasa dan disindirkan kepada semua pelajar.
Selain itu, terdapat penggunaan tatabahasa iaitu ;
b.      Ayat Tanya  

            Selain itu, frasa “…Ini tidak, sibuk nak SMS…” juga mempengaruhi penggunaan ragam bahasa sindiran untuk pelajar kerana penggunaan intonansinya tinggi. Perkataan Ini tidak yamg diungkapkan tersebut menggunakan ayat tanya tertutup. Menurut Hashim Hj Musa (1986) , ayat tertutup ialah ayat tanya yang memerlukan jawapan ya atau tidak/bukan tetaapi sebaliknya bergantung pada maksud yang terkandung dalam ayat tanya tersebut. Berdasarkan ungkapan-ungkapan yang dikaji, jelas penggunaan bahasa sindiran yang digunakan. 
Penggunaan bahasa sindiran juga dapat dilihat di alam petikan ini,iaitu:
                                                                 “Alahai, kalau setakat bahasa bercampur aduk ini, aku dah naik loya, Mus. Di fakulti aku tu sendiri, pensyarah pun ada yang gagap bercakap Melayu. Suruh buat presentation dalam bahasa Inggeris pun, taklah lebih baik daripada pelajar sendiri. Ini semua kes rasa gah kalau dapat speaking. Tapi, sekerat ikan, sekerat belut!”
                                                                                    [ LM :  162]

            Berdasarkan dialog di atas, terdapat  penggunaan tatabahasa , iaitu  kata seru dalam bahasa menyindir . Hal ini juga menunjukkan bahasa menyindir yang dinyatakan oleh Badariah kepada Ainur Mustika. Frasa, “…Alahai, kalau setakat bahasa bercampur aduk ini, aku dah naik loya,…” Jadi, penggunaan ayat adlah dalam bentuk ayat seruan dan intonansinya rendah tetapi sindirannya kea rah bentuk yang lembut. Jadi, Ong Chung Guan (2009) menyatakan bahawa ayat seruan yang digunakan untuk menyatakan perasaan atau emosi seperti ria, riang, gembira, sedih, hampa, cemas, takut, rimas, terkejut dan lain-lain. Tanda seruan (!) lazimnya diletakkan pada akhir ayat. Berbalik kepada perkataan Alahai,, sudah cukup menunjukkan sindiran secara lembut dan ditekankan bahasa sindiran dalam bentuk peribahasa iaitu “…Tapi, sekerat ikan, sekerat belut!” . penggunaan bahasa singkatan dalam dialog ini seperti dah, tu, dan taklah memperlihat kelembutanayat tersebut.  
  Selain itu, terdapat  penggunaan , iaitu
c.       Peribahasa

           Penggunaan peribahasa dalam bahasa menyindir juga turut memainkan peranan pentingMenurut  Keris Mas (1989)    menyatakan    bahawa    peribahasa     berfungsi untuk menimbulkan keindahan struktur, kekuatan makna dan juga menimbulkan suasana dan  mood yamg harmoni dengan  perasaan dan pemikiran . sebab itulah peribahasa yang  ringkas dan padat bentuk dan isinya serta benar dan jujur asas-asas pemikirannya, maka ia amat berkesan untuk memperkuat argumentasi atau hujahan mengenai sesuatu. Contoh ungkapan peribahasa tersebut , iaitu “…Tapi, sekerat ikan, sekerat belut!”

            Demikianlah antara ragam bahasa sindiran yang terdapat di dalam novel “Lentera Mustika” ini di samping banyak lagi contoh yang lain. Jelaslah ciri ragam jenis ini diujarkan adalah untuk menyindir seseorang tetapi tidak diluahkan atau dinyatakan secara terang-terangan sebaliknya biasa diujarkan mengarah kepada sesuatu yang lain.

1.      Ragam Bahasa Menggiat

                Ragam bahasa ini kebiasaannya ditujukan tidak tepat kepada seseorang. Maksudnya, ragam bahasa ini hanya disampaikan secara umum dan tidak kepada seseorang. Sekiranya pertuturan atau percakapanseseorang itu terkena kepada dirinya, dia tidak akan menunjukkan reaksi. Sebaliknya, menyimpan di dalam hati dan perasaannya tanpa diketahui oleh orang lain. Namun begitu, tujuannya agak berbeza iaitu untuk mengusik, bergurau-senda atau kadangkala bersungguh-sungguh betul, jika benarnya orang yang terkena atau dimaksudkan menjadi malu.  
                      Contoh, ragam bahasa menggiat ialah:   
                        “Há, apa fasal senyum-senyum ni? Aku belum buat lawak lagi.” Senyum Ainur Mustika tambah lebat. “Kenapa? Dah dapat lamaran keempat ke?”

                                                                                                                 [ LM :  29]

Berdasarkan petikan di atas, penggunaan bahasa menggiat dapat dikenal pasti melalui rumus tatabahasa, iaitu ;
a.       Kata Tanya

                                                  Kata-kata ini menunujukkan nadanya seperti menggiat antara satu sama lain yang bertujuan untuk bergurau senda. Frasa “…Há, apa fasal senyum-senyum ni?” . jika dianalisis ayat ini jelas menunjukkan penggunaan ayat tanya. Jadi, ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk tujuan menanyakan sesuatu hal dengan berdasarkan nada suara dan penggunaan perkataan tertentu. (Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hasim Hj Musa dan Abdul Hamid Mahmood 1986 : 47)

                      Justeru, ayat tanya yang digunakan dalam bahasa menggiat ialah ayat tanya tanpa kata tanya. Perkataan “…Há, apa fasal senyum-senyum ni?”   jelas menunjukkan bahasa menggiat dan penggunaan intonansi atau nada suaranya adalah meninggi sebelum kesenyapan akhir hayat. Ciri    bahasa    menggiat   
  adalah    untuk  bergurau-senda. Sebab itulah Ainur Mustika cuba menggiat   kawannya Dahlia tentan perbuatannya dengan menggunakan ayat tanya tanpa kata tanya iaitu “Kenapa?...”. manakala Dahlia pula cuba menggiat Ainur Mustika dengan menyatakan bahawa Ainur Mustika telah menerima lamaran sebagai isteri yang keempat. Secara amnya, jenis ragam bahasa ini lebih kepada bergurau-senda antara satu sama lain.
Selain itu, penggunaan kata tanya  dalam bahasa menggiat juga dapat dikesan melalui dialog ini, iaitu :
“Iyalah, Profesor. Ini pantun saya. Suka hatilah pembayangnya macam mana saya nak buat. Sensitif benar dia dengan pantun. Tahulah pensyarah pantun. Tak boleh usik sikit!”

                                                                                                        [ LM :  32]
                    Dialog ini menunjukkan bahawa Dahlia cuba menggiat Profesor tentang pantun yang diciptanya sendiri walaupun pembayangnya tidak jelas. Oleh itu, Dahlia menggiat Ainur bahawa Ainur Mustika merupakan seorang profesor berbanding dirinya. Jadi, ungkapan ini pada peringkat awal merupakan ayat Tanya yang memerlukan jawapan. Sebab itulah perkataan “..Iyalah..”  merupakan jawapan dalam bentuk bahasa menggiat dan menggunakan bahasa singkatan tetapi dalam bentuk gurau senda.  
           Jadi, singkatan “..Iyalah..” tersebut menggambarkan kelembutan intonansinya. Sekiranya diletakkan atau ditukarkan perkataan “..Iyalah..” menggambarkan ketegasan dalam ungkapan tersebut. Tujuannya berbuat    demikian untuk bergurau senda walaupun terdapat sindiran. Frasa “…Suka hatilah pembayangnya macam mana…” kata-kata ini sudah cukup menunjukkan ragam bahasa menggiat yang terdapat karya Nisah Haron.
Dalam konteks ini, bahasa menggiat  melalui penggunaan tatabahasa boleh dikesan melalui ungkapan iaitu :
            “Amboi, Mus! Tak sangka betul peguam aku tu. Canggihnya! Jadi  peguam boleh. Bersajak, berpantun pun boleh.”

                                                                                                            [ LM : 101]  
Berdasarkan ungkapan di atas, ragam bahasa menggiat dapat dikesan penggunaan tatabahasa, iaitu :
b.      Kata Seru
                        Dalam hal ini, Dahlia menggiat peguamnya dengan bertujuan bergurau-senda tentang kebolehan peguamnya dalam banyak perkara. Frasa  “…Amboi, Mus!  Tak sangka betul peguam aku tu. Canggihnya!..”   Jadi, dalam bahasa menggiat ini  digunakan kata seru Amboi untuk melambangkan gurau-senda di dalam ungkapan. Oleh yang demikian, kata seru merupakan bentuk kata yang berfungsi untuk melahirkan berbagai-bagai perasaan. )Hashim Hj Musa 1989 : 204)
            [SAMBUNGAN; BAHAGIAN 10.....]

No comments:

Post a Comment