Sunday, 29 July 2012

RAGAM BAHASA DALAM NOVEL LENTERA MUSTIKA,KARYA NISAH HARON [disediakan oleh Rozali Rajab]

BAHAGIAN 10 ; RAGAM BAHASA DALAM NOVEL LENTERA MUSTIKA, KARYA NISAH HARON.
Penggunaan intonansinya meninggi kerana timbulnya perasaan hairan dalam diri penutur. Walau bagaimanapun, Dahlia berbuat demikian adalah bertujuan    bergurau-senda, namun     unsur-unsur menggiat tetap     ada kerana      kekaguman kebolehan peguamnya.
Penggunaan bahasa menggiat  melalu kata seru juga dapat dikesan dalam novel  ini, iaitu :
“Okey. Tak jadi hal.Pagi-pagi ni pun, suara masih serak-serak basah. Nanti kalau bersyair,retak pula Tembok Besar China!”

                                                                                                [ LM ;  182]

            Oleh yang demikian, frasa  Okey. Tak jadi hal…” menunujukkan penggunaan ayat seruan yang menggunakan kata seru yang khusus bagi menzahirkan perasaan. Begitu juga penggunaan kata singkatan Tak menjadikan nadanya lebih lembut. Jadi, kata seru ini dapat berdiri sendiri sebagai satu ujaran.
            Dalam hal ini, maksud Ainur Mustika hanyalah mengusik dalam bentuk gurau-senda terhadap Badariah bahawa suaranya masih serak-serak basah. Walau bagaimanapun, Ainur Mustika menyindir dirinya sendiri bahawa suaranya oleh meretakkan Tembok Besar Cina berbanding suara Badariah. Frasa “…Nanti kalau bersyair,retak pula Tembok Besar China! jadi, pada ungkapan terakhir ini, intonansinya naik yang melambungkan penggunaan bahasa menggiat. Walaupun itu hanya menyindir, namun kata-kata itu boleh dianggap sebagai gurau-senda seorag kawan supaya berusaha bersungguh-sungguh.
1.      Ragam Bahasa Mengejek

               Ragam bahasa mengejek ialah bahasa yang mengata atau mengejek tepat   kepada seseorang atau kumpulan. Oleh itu, ragam bahasa ini ditujukan dengan menggunakan perkataan yang tepat dengan gaya memperkatakan atau mengajukkan keburukan seseorang sama ada perlakuan atan perbuatan. Jadi,  tujuan melahirkan perkataan-perkataan tersebut adalah untuk mempermaink-mainkan seseorang atau individu itu dengan hasrat untuk menjelaskan dan menerangkan kebodohan. Apabila masyarakat atau orang ramai yang mendengar perkataan-perkataan memperkatakan kebodohan, sudah pasti akan memtertawakan seseorang yang dimansudkan. Perbuatan ini sudah tentu akan memalukah diri empunya diri  apabila         berhadapan      situasi sedemikian.

             Berdasarkan novel  yang dikaji didapati terdapat penggunaan ragam bahasa mengejek Contoh-contoh ini dapat diperjelaskan dalam novel Lentera Mustika iaitu :
   “Puisi itu perlu dihayati dalam suasana yang betul. Puisi itu harus dibaca dan dihayati maknanya. Bukan sekadar ditampalpada dinding, sebelah pokok atau di mana-mana saja, bukan semua orang boleh memahami puisi, tuan pengerusi. Pelajar kita sendiri pun terkial-kial apabila mentafsirkan puisi, inikan pula orang yang terdidik dalam bidang ini. Minta maaf, tuan pengerusi dan Dr. Ainur, saya tidak melihat projek ini sebagai sesuatu yang berjaya.”

                                                                                                            [ LM : 39]

Berdasarkan petikan di atas, penggunaan tatabahasa yang terdapat dalam ragam bahasa mengejek , iaitu : 
a.       Ayat Penyata
                           Dalam dialog ini menggambarkan ragam bahasa mengejek kerana Dr Lazim mengejek sehala usaha yang dilakukan oleh  Ainur Mustika. Frasa “…Puisi itu perlu dihayati dalam suasana yang betul. Puisi itu harus dibaca dan dihayati maknanya….” Merupakan ayat penyata. Jadi kewujudan ayat penyata adalah bertujuan untuk memneri keterangan atau menyatakan sesuatu perkara, benda atau orang.(Siti Hajar Abdul Aziz 2008 : 191).  

          Ayat ini diujarkan dengan maksud membuat pernyataan, justeru ayai ini diujarkan dengan intonasi yang sederhana. Baginya, puisi perlu dihayati pada tempat yang sesuai, bukannya puisi itu ditampal di pokok atau di dinding. Dr Lazim menekankan ejekannya lagi dengan intonasi yang tinggi bahawa tidak semua orang mampu untuk memahami puisi. Penggunaan tatabahasa, iaitu :
b.      Kata Nafi

                          Ayat “…Bukan semua orang boleh memahami puisi, tuan pengerusi…” merupakan ejekan-ejekan yang tela menyebabkan Dr Ainur Mustika berasa malu kerana tidak mendapat sokongan daripada kawan-kawannya dalam usaha menjayakan projeknya. Walau bagaimanapun dari segi tatabahasa, penggunaan kata nafi bukan digunakan untuk menafikan frasa nama dan frasa sendi. Penggunaan kata Bukan dalam dialog tersebut menggambarkan bahasa mengejek dan menjadikan dialog tersebut lebih bertenaga.
Selain itu, penggunaan bahasa mengejek dapat dilihat dalam dialog ini iaitu :
                                                               
                        Dahlia menghabiskan saki baki milo di dalam cawannya. “Mus, beginilah; dalam dunia ini, tak semestinya setiap orang yang indah dan cantik itu akan jadi milik kita. Entah-entah, kalau kamu berdua berkahwin, dalam rumah tak henti-hentilah berpantun. Ya lah, pakar pantun kahwin dengan profesor pantun!”
                                                                                                            [ LM : 33]
                                                               
Ragam bahasa mengejek dapat dikesan melalui penggunaan tatabahasa, iaitu :

        c. Kata Ganda

           Dalam hal ini menggambarkan jenis bahasa mengejek kerana Dahlia mengejek rakannya Dr Ainur Mustika yang sentiasa suka berpantun dalam pelbagai   suasana tanpa mengira masa dan waktu. Frasa “…Entah-entah, kalau kamu berdua berkahwin, dalam rumah tak henti-hentilah berpantun..” sudah cukup untuk Dr Ainur menerima ejekan tersebut dengan intonasi yang sederhana. Jadi, dari segi tatabahasa kata ganda digunakan dalam dialog ini iaitu entah-entah dan henti-hentilah untuk Dahlia memperkuat ejekan terhadap Dr Ainur Mustika sekiranya mereka berkahwin sudah pasti mereka sentiasa berpantun.

            Penggunaan kata ganda untuk menerangkan perlakuan atau perbuatan. Jadi, kata ganda  entah-entah dan henti-hentilah merupakana penggandaan penuh. Menurut Siti Hajar Abbdul Aziz [2008 : 149 ] , penggandaan penuh ialah proses menggandakan keseluruhan kata dasar sama ada kata dasar itu berimbuhan atau tidak. Justeru, ejekan Dahlia telah menyebabkan Dr Ainur Mustika berasa malu   kerana dipermainkan oleh rakannya.
Penggunaan bahasa mengejek  dapat dikesan dalam  penggunaan ayat penyata  berdasarkan dialog di bawah , iaitu :  
                     
Beberapa orang pelajar berpapasan. Mereka jelas sekali bukan pelajarnya. Maka itu, langsung tiada wajah yang ceria menegurnya. ‘Budaya Mutakhir’ fikirnya. Semakin banyak pelajar yang segan mahu menegur guru sendiri, apatah lagi kalau guru atau pensyarah itu tidak pernah singgah ke kelasnya. Tidak pernah ada  rasa ingin tahu ataupun percubaan untuk senyum. Sambil menunggu pintu lif terbuka, Ainur Mustika masih menanggung berat beban yang semakin menggigit tapak tangannya. Dua tiga orang pelajar lelaki berbangsa Tionghua sibuk menekankan punat telefon bimbit masing-masing. Komunikasi secara lisan yang penuh dengan santun budi bahasa sudah mula terkikis dengan kehadiran teknologi. Manusia sedang dikuasai teknologi dan bukan sebaliknya.

                                                                                                            [ LM :  47]

                        Ragam bahasa ini juga jelas dilihat dengan kata-kata Dr Ainur apabila berhadapan debgan pelajar-pelajarnya walaupun berpendidikan tinggi tetapi masih rendah dalam budaya tegur-menegur. Ayat “…Beberapa orang pelajar berpapasan. Mereka jelas sekali bukan pelajarnya. Maka itu, langsung tiada wajah yang ceria menegurnya. ‘Budaya Mutakhir’ fikirnya. Semakin banyak pelajar yang segan mahu menegur guru sendiri, apatah lagi kalau guru atau pensyarah itu tidak pernah singgah ke kelasnya. Tidak pernah ada  rasa ingin tahu ataupun percubaan untuk senyum…” merupakan ayat penyata iaitu menerangkan atau menyatakan tentang sesuatu hal. (Mas Anom dan Azlinda 2003 : 65) . Jadi, ayat ini dikenali sebagai ayat keterangan atau ayat berita. 
                        Perkataan ‘Budaya mutakhir’ sudah cukup menggambarkan ejekan tersebut. Selain itu, beliau mengejek perlakuan pelajar masa kini yang mementingkan diri sendiri dan tidak tersenyum semasa berhadapan dengannya. Ragam bahasa mengejek terus ditekankan oleh Ainur Mustika apabila ada pelajar yang mengutamakan atau melayan telefon bimbit daripada menegurnya kerana manusia telah dikuasai oleh teknologi.

                        Ejekan-ejekan yang merupakan ayat penyata dapat dilihat, iaitu, “…Komunikasi secara lisan yang penuh dengan santun budi bahasa sudah mula terkikis dengan kehadiran teknologi..”  dengan menggunakan inonasi yang sederhana telah menggambarkan anak-anak muda tidak ada rasa malu apabila nilai-nilai murni sudah diabaikan . Jadi, jelas penggunaan ragum bahasa mengejek ini ditujukan kepada sesuatu kumpulan atas perlakuan yang telah mereka lakukan. Justeru, ayat penyata memainkan peranan penting dalam dialog ini.

2.      Ragam Bahasa Terbalik

                 Ragam bahasa jenis ini membawa maksud perkara yang diperkatakan atau dipersoalkan mempunyai pertentangan maksud dengan perkataan yang diutarakan atau   diucapkan.   Dalam     hal lain     perkataan    bahasa       terbalik        merupakan     diski yang mempunyai maksud yang berlainan.(Arba’ie Sujud 2010 ; 134). Namun, orang yang mendengar masih dapat memahaminya maksud yang tersirat atau sebenarnya. Contoh pengicapan tersebut ialah ;
Perlahan-lahan Jasmarina mengangkat wajahnya. “Emak fikirkan masa depan Jas. Dia risau benar bila Jas tak minat kepada siapa-siapa sejak dulu lagi. Dia ingat Jas ni tak berminat nak kahwin. Dia ingat nanti Jas jadi macam...macam...”   “Macam Kak Mus?” Segera Ainur Mustika memintas.

                                                                                                       [ LM :  88]

Berdasarkan petikan di atas, ragam bahasa terbalik dikesan melalui penggunaan tatabahasa iaitu :

a.       Kata Penguat

            Daripada dialog ini, menggambarkan ragam bahasa terbalik kerana Jasmarina dapat memahami perkara yang diperkatakan oleh emaknya tentang masa depannya. Emaknya bimbang kalau Jamina tidak berminat untuk berkahwin dan bertentangan dengan lumrah manusia. Dalam dialog ini terdapat penggunaan tatabahasa iaitu     kata penguat            “…risau benar…”          yang menjadikan     dialog yang  disampaikan lebih bertenaga dan menarik. Jadi, kata penguat digunakan untuk menguatkuasakan makna sesuatu (Mas Anom dan Azlinda 2003 ; 43)

    [SAMBUNGAN BAHAGIAN 11;...........]                                                     

No comments:

Post a Comment