Tuesday, 28 August 2012

RAGAM BAHASA DALAM NOVEL LENTERA MUSTIKA,KARYA NISAH HARON [ disediakan oleh Rozali Rajab]

BAHAGIAN 18; RAGAM BAHASA DALAM NOVEL LENTERA MUSTIKA,KARYA NISAH HARON.
     Bab  V

                                                     Rumusan dan Kesimpulan.

            Berdasarkan kajian terhadap Lentera Mustika, karya Nisah Haron didapati bahawa novel Lentera Mustika  merupakan salah sebuah khazanah yang cukup bernilai. Nisah Haron telah berjaya mengadunkan pengetahuan tatabahasanya dengan pengalaman berbahasa secara kreatif untuk melahirkan ragam bahasa dalam penggunaan bahasa. Usaha mengolah pengetahuan tatabahasa dengan menggunakan bahasa yang kreatif untuk melahirkan karya yang indah ragam bahasa dalam novel Lentera Mustika mampu dilakukan oleh Nisah Haron dengan berkesan sekali. Justeru, kajian ini adalah untuk menilai unsur ragam bahasa dalam sesebuah novel, iaitu Lentera Mustika, karya Nisah Haron. Keseluruhan aspek dikaji dengan merujuk kepada pengkaji dan ahli biasa berkaitan dengan pemilihan perkataan, penggunaan ayat, ragam bahasa dan jenis-jenis ragam bahasa.  

            Bahasa merupakan wahana atau alat berkomunikasi, alat berfikir dan alat untuk mengembangkan ilmu pengetahuan. Dalam penulisan karya kreatif seperti novel, bahasa menjadi alat kepada pengarang untuk menyampaikan mesej dan mengembangkan penceritaanya. Kejayaan sesebuah karya kretif itu bergantung pada   keupayaan    kreatif    dan     kebijaksanaan     penulis     atau     pengarang
                                                                  89
memanipulasikan unsur bahasa dengan baik, sudah tentu meninggakan kesan tertentu kepada pembaca. Kenyataan ini bersesuaian dengan penjelasan Arba’ie Sujud [2010 ;133] 
“Penggunaan ragam bahasa dalam konteks ini merujuk kepada ciri gaya   penceritaan   yang   penggunaannya   bertujuan   tertentu. Antaranya,   untuk menguatkan   dan   mempertajam   maksud   supaya   pembaca   atau  pendengar memperoleh kesan tertentu.”    
                                                              
            Justeru, setiap pengarang menggunakan berbagai-bagai-bagai kaedah dan pendekatan tersendiri untuk menonjolkan kelainan cara kepengarangannya berbanding pengarang lain. Oleh itu, pembaca akan berminat untuk mengikuti penulisan tersebut sekiranya pengarang mampu menimbulkan sesuatu gagasan, keindahan dan berupaya menarik minat.

             Realitinya, kelainan seseorang   pengarang   dalam  merendangkan cerita melalui   ragam   bahasa   yang  menarik  adalah  bergantung  pada  faktor   latar  belakang pendidikan,   profesion   dan   persekitaran. Akan   tetapi   penulisan  yang   mantap   dan disegani,  lebih   kreatif   dan   tulen   semasa   menghasilkan   karyanya.  Kebolehan menguasai   bahasa   dengan   baik   akan   menampilkan  idea  yang bernas, perkataan yang tepat  dan  dengan  variasi  ayat  yang  sempurna  akan dikagumi dan mempunyai tempat di hati pembaca.

                  Nisah Haron mempelbagaikan   ragam   bahasa    daripada pemilihan
                                                                 90
perkataan, pemilihan  ayat,  sehinggakan   kepada  ragam  bahasa   yang   menyeluruh. Pemilihan perkataan  dalam  novel  Lentera  Mustika  digunakan  begitu  berkesan  dengan  suasana zaman  dan  masyarakatnya.

            Dari sudut ragam bahasa, Nisah Haron ternyata mampu mengeksploitasi ragam bahasa, iaitu 13 jenis ragam bahasa dan penggunaan ayat, diski atau kata dan morfologi .  Melalui kaedah ini gambaran  dan  jalan  cerita  kelihatan  lebih  jelas  dan   tersusun  . Penggunaan   ragam bahasa yang   meluas   mampu   mengusik  perasaan,  menimbulkan   bayangan   dan   kesan melalui   penggunaan   watak   dan   teknik   penceritaan. Novel Lentera Mustika  berlatarbelakangkan   dunia   yang   berkait   rapat   dengan   kemanusiaan,   percintaan, pendidikan, masyarakat universiti dan kehidupan bermasyarakat. Oleh itu, penggunaan   ragam   bahasa   yang   menarik  berlaku  mahupun  dalam  keadaan  sedar atau tidak  sedar . Pengarang  dengan  sendiri  mampu  merendangkan   cerita   di   samping menyelitkan sedikit unsur kelucuan.

            Secara umumnya,novel Lastera Mustika amat  menarik  dari  segi  penggunaan  ragam  bahasa  dan   penguasaan tatabahasa mampu  menarik  minat  pembaca.  Hal  ini demikian  kerana,   Nisah  Haron  menggunakan  ragam  bahasa  yang  menampilkan  kelainan  dan masih segar.
SAMBUNGAN BAHAGIAN 19..........

Sunday, 26 August 2012

RAGAM BAHASA DALAM NOVEL LENTERA MUSTIKA,KARYA NISAH HARON [ disediakan oleh Rozali Rajab]

BAHAGIAN 17 ; RAGAM BAHASA DALAM NOVEL LENTERA MUSTIKA,KARYA NISAH HARON.
a.       Kata Sendi

            Selain itu, kata sendi ‘di’ digunakan . dalam rumus tatabahasa Bahasa Melayu, kata sendi ‘di’ digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukka tempat.(Nik Sofiah Karim et.al 1995 ;252}  sendi ‘di’ ini dapat
                                                                 85

menimbulkan kesan penghayatan yang lebih. Berdasarkan dialog yang diucapkan, Badariah merupakan rakan seperjangan, hanya mampu memahami keluhan dan kekecewaan Dr Ainur. Oleh itu, perkataan “….Ah!....” membawa pengertian kekecewaan dan keluhan yang begitu mendalam bagi individu yang mendengar.

1.      Ragam Bahasa Jenaka 

                 Ragam bahasa jenis ini memakai atau menggunakan satu perkataan yang membawa dua makna yang berbeza. Tujuan penggunaan ragam bahasa jenaka adalah  untuk bergembira, berjenaka atau bergurau senda agar suasana perbualan lebih ceria apabila mendengarnya. Ragam bahasa mengeluh  dapat dilihat dalam novel Lentera Mustika, iaitu ;
Rozario akur.
“Ada batu ke, dalam kotak ni?”
“Ha ah, batu bersurat.”
Pecah ketawa mereka berdua..

(  LM :  50)
Berdasarkan petikan di atas ragam bahasa jenaka dapat dikesan melalui penggunaan kata, iaitu:

a.       Kata Tanya

           Ungkapan ini menunjukkan ragam bahasa jenaka yang dua makna berbeza. Perkataan “Ada batu ke, dalam kotak ni?” telah menimbulkan jenaka antara mereka kerana secara logiknya batu tidak disimpan di dalam kotak itu. Jadi perkataan’batu’ membawa dua maksud yang berbeza. Oleh itu, Dr Ainur  
                                                                 86
menegaskan bahawa batu tersebut adalah batu bersurat. Keadaan ini sudah tentu menimbulkan lawak jenaka antara mereka. Hakikanya, di dalam kotak kebiasannya adalah buku-buku.

            Dari sudut tatabahasa, penggunaan kata tanya tanpa kata tanya memainkan ciri yang terpenting untuk menjadikan bahasa jenaka dalam dialog ini cukup menarik. Hal ini disebabkan, penggunaan kata tanya tanpa kata tanya bertujuan untuk membuat andaian atau agakan dalam sesuatu perkara yang berakhir dengan kata soal (?).Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2008 ;191) kewujudan kata tanya tanpa kata tanya dalam dialog ini adalah bertujuan untuk menanyakan seseorang, sesuatu perkara  atau benda. Justeru, penggunaan intonasi dalam dialog ini adalah menaik iaitu bahagian nada akhirya. Hal ini menunjukkan bahawa bahasa jenaka tersebut mempunyai dua makna yang berbeza untuk menjadikan ungkapan ataupun dialog itu lebih menarik.

               Demikianlah huraian dan contoh penggunaan ragam-ragam bahasa yang terdapat di dalam novel “Lentera Mustika”. Berdasarkan kajian dan analisis dapat disimpulkan bahawa pengarang telah berjaya menggunakan bahasa yang baik dan tepat. Kekreatifan penulis karya dalam menyusun atur penggunaan ragam bahasa dalam novel menunjukkan  bahawa hubungan bahasa dengan karya satera tidak boleh dipisahkan. Jadi, dalam karya satera terdapat keluasan bahasa atau makna yang perlu diketengahkan agar pembaca dapat manfaat bukan sahaja ceritanya tetapi bahasa yang terkandung di dalamnya. Justeru, fungsi dan kedudukan bahasa
                                                                87
dalam karya sastera sangat penting kerana tanpa bahasa, mak tidak terlahir makna yang ingin disampaikan oleh penulis atau pengarang.

            Secara amnya, novel Lentera Mustika telah mampu membawa pembaca menerokai ilmu bahasa yang dilihat dari sudut ragam bahasa. Analisis, perbincangan dan huraian memperlihatkan gambaran sebenar penggunaan ragam bahasa dalam karya novel Lentera Mustika, karya Nisah Haron. 
SAMBUNGAN BAHAGIAN 18.........
                                                                    

Monday, 13 August 2012

RAGAM BAHASA DALAM NOVEL LENTERA MUSTIKA,KARYA NISAH HARON [disediakan oleh Rozali Rajab]

BAHAGIAN 16; RAGAM BAHASA DALAM NOVEL LENTERA MUSTIKA,KARYA NISAH HARON.
a.       Kata Tanya

            Penggunaan perkataan “…Siapa….” diulang beberapa kali menunujukkan ragam bahasa berulang. Lazimnya, penggunaan perkataan siapa menunjukkan kata tanya dalam dialog ini untuk mendapatkan kepastian atau jawapan terhadap perulangan tersebut. Justeru, kemunculan bahasa berulang dalam dialog ini menjadikan pembaca tertanya-tanya tentang jawapan tersebut dengan menggunakan intonasi yang keras atau meninggi. Jadi, Dr Ainur menekankan berulang kali perkataan siapa untuk memastikan siapayang sanggup untuk mengamalkan dan melaksanakan pantun serta syair dalam kehidupan mereka. Pengulangan yang dibuat untuk mengukuhkan lagi tujuan pengucapan tersebut.

Berdasarkan novel yang dikaji didapati terdapat bahasa berulang dalam dialog ini,iaitu :
                        “Saya mahu memenangi hati seorang guru.”
                        Saya mahu menjadi pelindung kepada guru saya.”
                        Saya mahu menjadi penyokong teguh dan setia kepada guru saya.”


                                                                                                             ( LM :  74)

Jadi, dalam petikan di atas ragam bahasa berulang dapat dikesan melalui penggunaan  kata, iaitu ;  
                                                                  81
b.      Kata Ganti Pertama

                        Frasa “Saya mahu… …” diulang sebanyak tiga kali untuk menunjukkan penggunaan ragam bahasa berulang. Dari sudut tatabahasa, kata saya merupakan kata ganti diri pertama. Menurut Asraf (2001 ; 5), perkataan saya adalah merujuk kepada diri sendiri. Intonasi dalam bahasa berulang berdasarkan dialog tersebut lebih kepada intonasi sederhana. Jadi, dalam hal ini Zul Farhan ingin menjaga hati dan pelindung kepada gurunya iaitu Dr Ainur. Penekanan yang berulang untuk memastikan tujuan Zul Farhan iaitu Dr Ainur. Penekanan yang berulang untuk memastikan tujuan Zul Farhan iaitu Dr Ainur debagai teman hidupnya. Jelas menunjukkan bahawa ciri terpenting bahasa berulang berdasarkan dialog ini adalah untuk mendapatkan perhatian daripada individu tersebut.

1.      Ragam Bahasa Mengeluh atau Seruan

               Ragam bahasa mengeluh atau seruan yang digunakan ini juga menyatakan kekecewaan atau putus harapan yang dialami oleh seseorang, individu atau masyarakat. Walau bagaimanapun, keluhan atau seruan tidak dapat diluahkan kesemuanya. Namun, orang yang mendengar keluhan ini sudah pasti dapat memahaminya masalah atau ungkapan yang dikeluarkan bahawa keluhan atau penderitaan itu amat berat ditanggung oleh seseorang.  
           Berdasarkan novel yang dikaji didapati terdapat ragam bahasa mengeluh atau seruan iaitu:  
                                                                82
“Budak-budak sibuk nak makan.Kesian pula. Kalau nak beli, dah lah sikit, mahal pula tu!” Tangan  Dahlia pantas mengatur mangkuk kecil untuk diladungkan dengan kuah dalam piring bagi menghidangkan roti jala.
                                                                                      ( LM :  28)

Berpandukan petikan di atas ragam bahasa mengeluh dapat dikesan melalui penggunaan kata atau diski, iaitu ;

a.       Kata Singkatan

             Frasa “…Budak-budak sibuk nak makan.Kesian pula…’ menunjukkan bahasa mengeluh yang begitu ketara. Perkataan  singkatan banyak digunakan dalam dialog ini iaitu perkataan nak, dah dan tu. Penggunaan bahasa singkatan untuk menjadikan dialog itu lebih menarik dan bersahaja. Dari segi hukum tatabahasanya boleh digunakan dalam dialog berbanding dalam bentuk ayat penyata. Jadi, penggunaan kata singkatan lebih dominan berbanding kata yang lengkap. Keragaman pemakaian seperti itu mempunyai tujuan-tujuan tertentu. Sepatutnya perkataan nak ialah hendak, dah ialah sudah dan tu ialah itu.

b.      Kata Seru

            Walau bagaimanapun, kata seru digunakan dalam bahasa mengeluh iaitu frasa “…mahal pula tu!”. Jadi, intonasinya pada peringkat awal rendah, kemudian
                                                                   83
meninggi pada bahagian akhir. Kewujudan kata seru dalam dialog ini menjadikan keluhan lebih bertenaga kerana kata ser yang digunakan untuk melahirkan berbagai-bagai-bagai perasaan ( Siti Hajar Abdul Aziz 2007 ; 156 ). Jadi, ciri yang terpenting penggunaan kata seru untuk menjadikan dialog tersebut mendapat perhatian dan simpati daripada pembaca.

c.       Kata Penegas   

            Selain itu, dalam dialog ini juga turut menggunakan kata penegas. Kewujudan kata penegas ini untuk menekankan pada sesuatu bahagian untuk menjadikan intonasi lebih rendah dan keluhan dapat didengari dan simpati daripada orang lain iaitu frasa “….,dah lah sikit, mahal….”. menurut Siti Hajar Abduol Aziz (2008 ; 157) kata penegas yang juga disebut sebagai partikel, iaitu perkataan yang digunakan bagi memberi penekanan pada bahagiann tertentu dalam ayat.  

          Jadi, kata yang menegaskan frasa predikat iaitu apabila frasa predikat atau bahagian yang ditegaskan itu mengalami proses pendepanan iaitu –lah. Berdasarkan dialog ini, Dahlia mengeluh kerana anak-anaknnya ingin makan roti jala tetapi jalau dibeli, kandungan roti jala sedikit dan mahal harganya. Keluhan ini menunjukkan betapa berat hati Dahlia dalam menguruskan kehidupan anak-anaknya. Jadi, Dr Ainur pun memahami kekecewaan tersebut yang telah menjadi  
                                                                84
bebanan kepada Dahlia. Oleh itu, penggunaan ragam bahasa mengeluh atau
seruan dalan karya Lentera Mustika cukup berkesan apabila didengari oleh orang lain iaitu perkataan, “…Kesian pula…”.
Ragam bahasa mengeluh juga dapat dilihat dalam ungkapan di bawah, iaitu
                         “Ah! Di mana-mana pun, kalau kawasan industri
 sudah menguasai pastinya  alam sekitar terjejas.”
 Dia meluahkan pandangannya kepada Badariah. 

( LM :  173)

            Rasa kekecewaan dan keluhan terhadap sesuatu oleh Dr Ainur dapat dilihat dalam perkataan “….Ah!....” . Beliau mengeluh dan kecewa melihat persekitaran hidup yang telah dibangunkan kawasan perindustrian yang terpaksa mengorbankan alam sekitar. Jadi, penggunaan kata seru mempunyai peranan yang tersendiri. Kewujudan kata seru dengan intonasi yang sederhana untuk melahirkan sesuatu perkara agar keluhan yang dikeluarkan itu mendapat perhatian daripada orang lain. Cara ini menjadikan dialog yang diucapkan mendapat tumpuan kepada yang mendengarnya. Menurut Ong Ching Guan (2009 : 10) penggunaan kata seru untuk menyatakan perasaaan atau emosi terhadap sesuatu perkara.

SAMBUNGAN BAHAGIAN 17;...........

Sunday, 12 August 2012

RAGAM BAHASA DALAM NOVEL LENTERA MUSTIKA,KARYA NISAH HARON [disediakan oleh Rozali Rajab]

BAHAGIAN 15 ; RAGAM BAHASA DALAM NOVEL LENTERA MUSTIKA, KARYA NISAH HARON.
a.       Ayat Penyata

          Melalui dialog ini, penggunaan ayat penyata amat ketara dalam ragam bahasa naik. . Hal ini disebabkan, dialog yang diutarakan lebih banyak berbentuk penerangan ataupun memberi keterangan kepada sesuatu perkara. Menurut Siti Hajar ( 2008 : 191 ) kewujudan ayat penyata dalam sesebuah novel adalah bertujuan untuk memberikan keterangan atau menyatakan sesuatu perkara, benda atau orang. Hakikatnya, penggunaan dialog ini diujarkan dengan maksud membuat pernyataan, justeru ayat ini biasanya diujarkan dan diutarakan dengan intonasi yang sederhana dan diakhiri dengan nada penutup turun.

            Selain itu, dialog tersebut boleh disamakan atau disebut sebagai ayat berita ayat keterangan. Jadi, bentuk asas ayat penyata terdiri daripada unsur subjek dan predikat. Justeru, salah satu frasa yang boleh kita lihat ialah “……Para pensyarah lain mengambil giliran menghujahkan pendapat mengikut agenda. Ainur Mustika tidak dapat memberikan sepenuh perhatiannya pada hujah yang diperkatakan oleh pensyarah tadi…”. Penggunaan ayat penyata dalam dialog ini cukup menghidupkan jalan ceritanya.

                                                                 77
          Berdasarkan dialog ini, penggunaan bahasa naik dapat digambarkan melalui sikap kecewa Dr Ainur terhadap tokoh akademik dalam menjalankan atau meneruskan kerjayanya. Mereka tidak menjalankan tugasnya seperti yang dikehendaki agar masalah masyarakat dapat diatas atau difahami. Keadaan ini sudah tentu merugikan bangsa dan negara. Justeru, permasalahan ini hanya layak diselesaikan oleh tokoh akademik dan bukannya orang lain. Jadi, ragam bahasa naik cukup menggambarkan dari kendur menjadi tegang dengan penggunaan ayat penyata.  

          Hal ini juga, dapat dilihat dalam ungkapan di bawah yang telah dikenal pasti penggunaan ayat penyata dalam ragam bahasa naik,  iaitu :
Perangai begitu, terbawa-bawa hingga ke universiti. Nanti orang beginilah yang akan jadi pegawai, tokoh korporat, menteri, atau orang politik. Tapi, budi bahasanya tak pernah ada. Tak huru-hara Negara kita jadinya?” 
                                                                                     [ LM :  49]
                                    
            Dalam dialog ini, ayat penyata digunakan untuk menerangkan sesuatu perkara. Walau bagaimanapun penggunaan intonasinya sederhana. Namun, penggunaan ayat tanya tanpa kata tanya terdapat dalam dialog yang menjadikan dialog ini lebih menarik kerana ada tanda soal [?]. Menurut Ong Chin Guan ( 2009 : 9 ) kewujudan ayat tanya dalam dialog ini bermaksud sebagai ayat yang bertanyakan sesuatu dan memerlukan jawapan. Jadi, tugas ayat jenis ini adalah untuk mendapatkan sesuatu maklumat baik secara tersurat mehupun tersirat.  
                                                              78
               Justeru, ragam bahasa ini memperlihatkan tentang perangai buruk manusia yang tidak mempunyai budi bahasa yang baik. Bagi orang yang belajar di universiti, perangai sedemikian terbawa-bawa. Keadaan atau situasi ini terutama pegawai, tokoh korporat, menteri atau politik sudah akan memberi masalah kepada negara. Negara yang aman damai akan huru-hara apabila diperintah oleh yang tidak mempunyai budi bahasa. Oleh itu, ragam bahasa ini yang meggunakan ayat penyata dan ayat kata tanpa kata tanya cukup menggambarkan daripada kepada yang lebih tegang.

1.      Ragam Bahasa Berulang

               Ragam bahasa berulang ini membawa maksud penggunaan perkataan, frasa, atau ayat secara berulang-ulang dua atau tiga kali untuk menguatkan maksud sesuatu yang hendak ditekankan oleh penutur. Hal ini demikian bertujuan untuk menguatkanatau mengukuhka maksud atau tujuan sesuatu kata itu. Sebab itulah perkataan itu diulang-ulang beberapa kali untuk mendapatkan sesuatu. Contoh ungkapan ragam bahasa berulang, seperti berikut iaitu:
                       
Entah berapa kali dia berpesan pada hatinya,Sabar.Sabar.Sabar. Dalam setiap cabaran itu ada hikmah “
                                                                         [ LM :  23]      
Berdasarkan petikan di atas, ragam bahasa berulang dikesan melalui penggunaan tatabahasa iaitu ;  
                                                           79
a.       Ayat Dasar 

            Dalam pengucapan ini jelas menunjukkan bahasa berulang sebanyak tiga kali,iaitu “Sabar.Sabar.Sabar..”. Hal ini demikian menunjukkan pengulangan perkataan tersebut yang merupakan kata dasar. Jadi, ayat dasar menjadi  nadi penting dalam dialog ini. Maksudnya, ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua ayat lain dalam sesuatu bahasa (Nik Safiah karim 1986 ; 42)

            Penggunaan frasa “Sabar.Sabar.Sabar..” mempunyai intonasi yang sederhana. Ciri-ciri penting dalam bahasa berulang ini untuk menjadikan pembaca lebih prihatin terhadap perkara yang hendak diucapkan itu. Selain itu, penggunaan bahasa berulang ini menjadi lebih segar dan bertenga berdasarkan watak tersebut. Justeru, berdasarkan dialog ini perkara yang ditekankan di sini berkenaaan Dr Ainur Mustika mesti sentiasa bersabar dalam mengahadapi cabaran yang mendatang. Hal ini disebabkan, setiap cabaran mempunyai halangan dan perlu diatasi dengan cara bersabar kerana kesabaran itu mempunyai hikmahnya yang tertentu.  

Bahasa berulang juga dapat dikesan melalui penggunaan kata tanya  dialog di bawah iaitu :
“Siapakah pengamalnya?Siapa lagi yang bercakap menggunakan pantun macam orang dulu kala?Siapa lagi yang tahu  bersyair  
                                          80
ketika bercerita dengan anak-anak sebelum tidur?” tukas seorang pelajar lain. 
                                                                                        (LM : 57)
BAHAGIAN 16; SAMBUNGAN....

Thursday, 9 August 2012

RAGAM BAHASA DALAM NOVEL LENTERA MUSTIKA,KARYA NISAH HARON [disediakan oleh Rozali Rajab]

BAHAGIAN 14 ; RAGAM BAHASA DALAM  NOVEL LENTERA MUSTIKA, KARYA NISAH HARON.


a.       Kata Nafi

            Selain itu, kewujudan kata nafi iaitu frasa  “…Bukan jauh sangat…” turut membantu dalam bahasa merendah. Hal ini demikian, kata nafi bukan digunakan untuk membentuk ayat nafi atau ayat negativ daripada ayat positif dengan intonasi yang rendah. Situasi ini boleh dilihat dalam dialog di bawah, iaitu :
 “Dari mana kau dengar?”                                                                                    “Alah jabatan kita ni bukannya besar sangat,” ujar Rozario. “Kalau ada apa-apa yang boleh aku bantu, , maklumlah ya.”
                                                                                     [  LM :  50]
           
            Penggunaaan frasa “…bukannya besar sangat,” menunjukkan penggunaan kata nafi bukan iaitu negativ daripada ayat positif. Dalam bahagian ini, penggunaaan bahasa merendah diri dapat dilihat semasa Rozario melafazkan ungkapan, “Alah jabatan kita…” dan “maklumlah ya..” , dengan menggunakan intonasi yang rendah. Oleh itu, Dr Ainur berasa hairan tentang Rozario yang
                                                                  73
 begitu cepat menerima berita kelulusan Projek Penyeledikannya.

         Berikutnya frasa, “…Dari mana kau dengar?” merupakan ayat tanya tanpa kata tanya, yang digunakan untuk menanyai seseorang atau menanyakan sesuatu. Selain itu, kata ganti tak tentu digunakan dalam ungkapan ini iaitu apa-apa. Menurut Asraf ( 2001 ;12 ), apa-apa digunakan untuk membantu dalam menjayakan projek penyeledikan tersebut sekiranya Dr Ainur tidak keberatan menerimanya. Justeru, ragam bahasa merendah diri ini dibantu ayat tanya, kata ganti tak tentu dan kata nafi memainkan peranan penting dalam dialog ini menjadikan suasana dialog itu lebih ceria.

            Begitulah bahasa merendah melalui penggunaan kata nafi juga dapat dilihat dalam ungkapan ini, iaitu :
“Saya akan pulang malam ini, Mus. Saya fikir sudah tidak ada apa-apa lagi buat saya di sini. Jadi saya fikir, inilah ucapan selamat tinggal daripada saya. Tapi, saya mahukan satu jawapan.”

                                                                         [ LM :  105]  
  
            Jadi,  frasa  “Saya fikir sudah tidak ada apa-apa lagi buat saya di sini…” menunjukkan pengguaan bahasa merendah yang diungkapkan dalam dialog ini dengan intonasi yang rendah. Dari sudut tatabahasa, penggunaan kata nafi dan kata ganti tak tentu terdapat dalam ungkapan ni. Sedia maklum, kata nafi tidak
                                                                74
digunakan untuk     membentuk ayat nafi atau ayat negatif daripada ayat positif (Ong Ching Guan 2009 : 87).

b.      Kata Ganti Tak Tentu

            Selain itu, kata ganti tak tentu juga turut memperkuat penggunaannya dalam bahasa merendah iaitu pekataan apa-apa. Jadi, menurut Asraf penggunaan kata ganti tak tentu ialah kata ganti yang menunjukkan sesuatu atau seseorang secara tidak tentu. Justeru, berdasarkan dialog ini,  Syed Amirul Hakim terpaksa pulang pada malam tersebut kerana Dr Ainur tidak mahu meneruskan perhubungannya itu. Jadi, Syed Amirul Hakim mengucapkan selamat tinggan kepada Dr Ainur kerana dia ingin kembali ke tempat asalnya. Seterusnya, peranan bahasa merendah digunakan untuk mengendurkan suasana perhubungan tersebut. Selain itu, penggunaan kata nafi dan kata ganti tak tentu juga turut terungkap dalam dialog di bawah  ini, iaitu :
Takkan tak makan apa-apa, Profesor?”                                                                                “Terima kasih. Saya masih belum lapar, cukuplah minum saja,” balasnya sambil membariskan gigi yang putih. 
                                                                                                            [ LM :  138]
            Dalam dialog ini menunjukkan Dr Ainur menggunakan bahasa merendah diri iaitu “Terima Kasih…” dengan intonasi yang rendah. Hal ini demikian Encik Emir Joha mengajak Dr Ainur makan bersamanya, tetapi Dr Ainur memaklumkan bahawa dia belum lapar lagi dan Dr Ainur mahu minum sahaja. Jadi, frasa    
                                                               75
“…Takkan tak makan apa-apa, Profesor?” mengandungi kata nafi dan kata ganti tak tentu. Jadi, penggunaan bahasa singkatan tak cukup menarik. Dalam hal ini, kata singkatan yang digunakan lebih lembut berbanding kata yang sepatutnya tidak menggambarkan ketegasan. Pelawaan dan tolakan secara merendah diri “……”Terima kasih….” menunjukkan kekuatan bahasa merendah dalam ungkapan ini.

1.      Ragam Bahasa Naik

               Ragam bahasa naik ini bertujuan membawa pembaca-pembaca untuk melihat keadaan atau situasi berkenaan gambaran fikiran sesuatu peristiwa. Peristiwa ini bermula dari bawah dan terus bergerak ke atas hingga ke puncak yang mempunyai mansud tertentu atau perkara. Ringkasnya, gambaran fikiran ini mestilah yang kendur dan semakin lama semakin tegang apabila mencapai tahap yang tidak dapat dikawal seperti yang dapat dikesan dalam karya Nisah Haron iaitu :
Para pensyarah lain mengambil giliran menghujahkan pendapat mengikut agenda. Ainur Mustika tidak dapat memberikan sepenuh perhatiannya pada hujah yang diperkatakan oleh pensyarah tadi. Namun begitu, fikirannya berkelintaran di sekitar ruang mesyuarat ini juga. Debu-debu kecewa berterbangan di sisinya. Terkilan dengan sikap seorang tokoh akademik yang gagal menyusur akar bangsanya. Setinggi mana pun duduknya di menara gading, pastinya tidak akan memberikan erti, jika sumbangan terhadap masyarakat dan bangsa dibiarkan kepada orang yang tidak wajar. 
                                                                                     [ LM :  41]  
                                           76
Berdasarkan petikan di atas, ragam bahasa naik di kesan melalui penggunaan  kata, iaitu:

SAMBUNGAN 15.........