Thursday, 2 August 2012

RAGAM BAHASA DALAM NOVEL LENTERA MUSTIKA,KARYA NISAH HARON [disediakan oleh Rozali Rajab]

BAHAGIAN 11 ; RAGAM  BAHASA DALAM NOVEL LENTERA MUSTIKA,KARYA NISAH HARON.

a.      



Kata Tanya

             Hal ini ditekankan lagi dalam penggunaan intonasi yang tinggi. Oleh itu, dia tidak mahu Jasmarina menjadi seperti emak saudaranya iaitu Dr Ainur Mustika yang sudah hamper empar puluhan, ,masih tidak berkahwin. Frasa “…Macam Kak Mus?” menunjukkan bahawa dia tidak mahu jadi seperti Ainur Mustika yang masih belum berkahwin. Frasa tersebut yang merupakan ayat tanya tanpa kata tanya bertujuan untuk menguatkan pertuturan dengan intonasi yang tinggi. Justeru, ayat tanya merupakan ayat yang bertujuan untuk menanyakan seseorang, sesuatu perkara atau benda (Siti Hajar Abd Aziz 2008 ; 191).
         Hal ini demikian menjadikan dialog cukup menarik kerana panggunaan ayat tanya  dalam bahasa terbalik untuk memastikan seseorang itu tidak mencontohi orang lain.

1.      Ragam Bahasa Merajuk

                 Bagi ragam jenis ini memperlihatkan tentang kekecewaan atau berasa kecil hati yang menyentuh perasaan seseorang invidi apabila memperkatakan sesuatu terhadap dirinya. Biasanya ragam bahasa merajuk   ini adalah   bahasa yang   digunakan  oleh orang yang sedang kecewa atau berkecil hati kerana sebab-sebab tertentu. Secara amnya, seseatu perbuatan yang dirasakan menghina atau tidak sepatutnya dilakukan.
               Contoh ragam bahasa merajuk , telah dikenal pasti penggunaan rumus tatabahasa  dalam ungkapan di bawah ;
Ainur Mustika tidak menyambut kata-kata itu. Entah mengapa hatinya membenarkan Syed Amirul Hakim menerangkan segala yang tersangkak sebelum ini. Melihat lelaki itu semakin kehilangan susun katanya, dia menyambung. “Lalu, tujuan kau menjejakkan kaki ke sini sebetulnya untuk apa lagi? Segalanya sudah seperti tidak mungkin lagi, bukan? Aku juga perlahan-lahan sudah belajar menerimanya . Aku kira semua ini ada hikmahnya.”

                                                                                                            [  LM :  68]

Jadi, berdasarkan kajian di atas ragam bahasa merajuk menggunakan beberapa tatabahasa untuk menjadikan lebih menarik, iaitu : 
a.       Ayat Tanya

             Kata-kata Ainur Mustika, “…Ainur Mustika tidak menyambut kata-kata itu…” membayangi kekecewaan atau berasa kecil hati terhadap Syed Amirul Hakim kerana teleh mengecewakankannya selama ini. Bagi Ainur Mustika, perbuatan dan tingkah laku Syed Amirul Hakim cukup mengecewakan buat dirinya.Untuk dia kembali bersamanya adalah amat sukar dan kekecewaan itu telah mengajar Ainur Mustika tentang kehidupan Jadi,  frasa “…Lalu, tujuan kau menjejakkan kaki ke sini sebetulnya untuk apa lagi? Segalanya sudah seperti tidak mungkin lagi, bukan?...”        merupakan ayat tanya.
             Penggunaan ayat tanya dalam dialog ini  sudah cukup menggambarkan berkenaan bahasa merajuk yang merupakan suatu kekuatan untuk mengambarkan         situasi tersebut.  Hal ini demikian, ayat tanya yang terdapat dalam dialog ini merupakan ayat bertanyakan sesuatu dan memerlukan sesuatu jawapan. Jadi, fungsi ayat tanya ini adalah untuk mendapatkan sesuatu maklumat.( Ong Ching Guan 2009 : 9 )  

              Perkataan apa lagi dan bukan sudah cukup menggambarkan fungsi ayat tanya untuk mengetahui hakikat sesuatu perkara. Walau bagaimanapun, penggunaan intonasi dalam dialog ini mempunyai nada yang meninggi sedikit sebelum kesenyapan terakhir untuk memastikan atau memerlukan jawapan. Secara analoginya, dari sudut tatabahasa penggunaan ayat tanya menguatkan bahasa merajuk yang menyentuh perasaan individu.
Selain itu, ungkapan bahasa merajuk dapat dilihat di bawah,  iaitu :
                         “Lambat sangat jawapan daripada fakulti aku  ni. Aku fikir macam taklulus permohonan ke Shanghai ni. Kau belayar seoranglah nampaknya,” adunya kepada Badariah melalui telefon. 

                                                                                                            [ LM :  103]
Berdasarkan petikan di atas, ragam bahasa merajuk dapat dikesan melalui penggunaan kata , iaitu ; 
b.      Kata  Penguat

                                        Perkataan “Lambat sangat…” sudah menggambarkan kekecewaan yang dialami oleh Ainur Mustika dalam ragam bahasa ini. Dari sudut tatabahasa   perkataan sangat merupakan kata penguat belakang yang digambarkan di dalam kepala Ainur berasa kecewa kerana fakulti lambat dalam membuat keputusan tentang pemergiannya ke Shanghai. Jadi, penggunaan kata penguat sangat yang digunakan adalah untuk menguatkan maksud yang terkandung dalam kata adjektif lambat. (Siti Hajar Abdul Aziz 2008 : 157)

c.       Kata Nafi  

            Selain itu, dalam dialog ini penggunaan ayat nafi  tak  juga amat penting dalam bahasa merajuk ini. Hal ini demikian, intonasi tak agak sederhana dan merendah untuk menggambarkan kekecewaan atau perbuatan merajuk. Jadi, kata nafi yang wujud tersebut adalah perkataan yang digunakan bagi menafkan atau menidakkan seseorang atau sesuatu perkara. (Siti Hajar Abdul Azizi 2008 : 157)

            Frasa “…Kau belayar seoranglah nampaknya…” penekanan terhadap ragam bahasa merajuk ini dapat dilihat apabila Ainur menyuruh Badariah pergi seorang diri ke Shanghai. Justeru, Ainur Mustika merajuk dan kecewa dengan apa yang telah berlaku.

2.      Ragam Bahasa Tempelak

                Ragam bahasa tempelak    membawa     maksud     kata-kata     untuk    membalikkan percakapan yang dikeluarkan oleh seseorang atau individu sebelum ia sendiri melakukan kesalahan itu. Ringkasnya, seseorang yang suka membuat tempelak kepada orang lain agar menimbulkan kemarahan namun orang berkenaan turut terlibat bersama. Oleh yang demikian, perkataan-perkataan yang tepat menunujukkan kesalahan seseorang setelah ia melakukannya. Contoh ungkapan tersebut ialah ;  
“Alah, Bada. Aku dah malas nak bergantung harap. Orang yang rajin mengampu biasanya tak dapat masalah seperti aku ini. Orang yang lurus buat kerja sampai tak  ingat dunia, kendong nama universiti ke sana sini, selalunya orang tak pandang. Alih-alih orang luar yang lebih mengiktiraf.” 

                                                                                                    [ LM :  103]

Berdasarkan petikan di atas, ragam bahasa tempelak dapat dikesan melalui penggunaan kata, iaitu :

[SAMBUNGAN BAHAGIAN 12;........]

No comments:

Post a Comment