Sunday, 12 August 2012

RAGAM BAHASA DALAM NOVEL LENTERA MUSTIKA,KARYA NISAH HARON [disediakan oleh Rozali Rajab]

BAHAGIAN 15 ; RAGAM BAHASA DALAM NOVEL LENTERA MUSTIKA, KARYA NISAH HARON.
a.       Ayat Penyata

          Melalui dialog ini, penggunaan ayat penyata amat ketara dalam ragam bahasa naik. . Hal ini disebabkan, dialog yang diutarakan lebih banyak berbentuk penerangan ataupun memberi keterangan kepada sesuatu perkara. Menurut Siti Hajar ( 2008 : 191 ) kewujudan ayat penyata dalam sesebuah novel adalah bertujuan untuk memberikan keterangan atau menyatakan sesuatu perkara, benda atau orang. Hakikatnya, penggunaan dialog ini diujarkan dengan maksud membuat pernyataan, justeru ayat ini biasanya diujarkan dan diutarakan dengan intonasi yang sederhana dan diakhiri dengan nada penutup turun.

            Selain itu, dialog tersebut boleh disamakan atau disebut sebagai ayat berita ayat keterangan. Jadi, bentuk asas ayat penyata terdiri daripada unsur subjek dan predikat. Justeru, salah satu frasa yang boleh kita lihat ialah “……Para pensyarah lain mengambil giliran menghujahkan pendapat mengikut agenda. Ainur Mustika tidak dapat memberikan sepenuh perhatiannya pada hujah yang diperkatakan oleh pensyarah tadi…”. Penggunaan ayat penyata dalam dialog ini cukup menghidupkan jalan ceritanya.

                                                                 77
          Berdasarkan dialog ini, penggunaan bahasa naik dapat digambarkan melalui sikap kecewa Dr Ainur terhadap tokoh akademik dalam menjalankan atau meneruskan kerjayanya. Mereka tidak menjalankan tugasnya seperti yang dikehendaki agar masalah masyarakat dapat diatas atau difahami. Keadaan ini sudah tentu merugikan bangsa dan negara. Justeru, permasalahan ini hanya layak diselesaikan oleh tokoh akademik dan bukannya orang lain. Jadi, ragam bahasa naik cukup menggambarkan dari kendur menjadi tegang dengan penggunaan ayat penyata.  

          Hal ini juga, dapat dilihat dalam ungkapan di bawah yang telah dikenal pasti penggunaan ayat penyata dalam ragam bahasa naik,  iaitu :
Perangai begitu, terbawa-bawa hingga ke universiti. Nanti orang beginilah yang akan jadi pegawai, tokoh korporat, menteri, atau orang politik. Tapi, budi bahasanya tak pernah ada. Tak huru-hara Negara kita jadinya?” 
                                                                                     [ LM :  49]
                                    
            Dalam dialog ini, ayat penyata digunakan untuk menerangkan sesuatu perkara. Walau bagaimanapun penggunaan intonasinya sederhana. Namun, penggunaan ayat tanya tanpa kata tanya terdapat dalam dialog yang menjadikan dialog ini lebih menarik kerana ada tanda soal [?]. Menurut Ong Chin Guan ( 2009 : 9 ) kewujudan ayat tanya dalam dialog ini bermaksud sebagai ayat yang bertanyakan sesuatu dan memerlukan jawapan. Jadi, tugas ayat jenis ini adalah untuk mendapatkan sesuatu maklumat baik secara tersurat mehupun tersirat.  
                                                              78
               Justeru, ragam bahasa ini memperlihatkan tentang perangai buruk manusia yang tidak mempunyai budi bahasa yang baik. Bagi orang yang belajar di universiti, perangai sedemikian terbawa-bawa. Keadaan atau situasi ini terutama pegawai, tokoh korporat, menteri atau politik sudah akan memberi masalah kepada negara. Negara yang aman damai akan huru-hara apabila diperintah oleh yang tidak mempunyai budi bahasa. Oleh itu, ragam bahasa ini yang meggunakan ayat penyata dan ayat kata tanpa kata tanya cukup menggambarkan daripada kepada yang lebih tegang.

1.      Ragam Bahasa Berulang

               Ragam bahasa berulang ini membawa maksud penggunaan perkataan, frasa, atau ayat secara berulang-ulang dua atau tiga kali untuk menguatkan maksud sesuatu yang hendak ditekankan oleh penutur. Hal ini demikian bertujuan untuk menguatkanatau mengukuhka maksud atau tujuan sesuatu kata itu. Sebab itulah perkataan itu diulang-ulang beberapa kali untuk mendapatkan sesuatu. Contoh ungkapan ragam bahasa berulang, seperti berikut iaitu:
                       
Entah berapa kali dia berpesan pada hatinya,Sabar.Sabar.Sabar. Dalam setiap cabaran itu ada hikmah “
                                                                         [ LM :  23]      
Berdasarkan petikan di atas, ragam bahasa berulang dikesan melalui penggunaan tatabahasa iaitu ;  
                                                           79
a.       Ayat Dasar 

            Dalam pengucapan ini jelas menunjukkan bahasa berulang sebanyak tiga kali,iaitu “Sabar.Sabar.Sabar..”. Hal ini demikian menunjukkan pengulangan perkataan tersebut yang merupakan kata dasar. Jadi, ayat dasar menjadi  nadi penting dalam dialog ini. Maksudnya, ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua ayat lain dalam sesuatu bahasa (Nik Safiah karim 1986 ; 42)

            Penggunaan frasa “Sabar.Sabar.Sabar..” mempunyai intonasi yang sederhana. Ciri-ciri penting dalam bahasa berulang ini untuk menjadikan pembaca lebih prihatin terhadap perkara yang hendak diucapkan itu. Selain itu, penggunaan bahasa berulang ini menjadi lebih segar dan bertenga berdasarkan watak tersebut. Justeru, berdasarkan dialog ini perkara yang ditekankan di sini berkenaaan Dr Ainur Mustika mesti sentiasa bersabar dalam mengahadapi cabaran yang mendatang. Hal ini disebabkan, setiap cabaran mempunyai halangan dan perlu diatasi dengan cara bersabar kerana kesabaran itu mempunyai hikmahnya yang tertentu.  

Bahasa berulang juga dapat dikesan melalui penggunaan kata tanya  dialog di bawah iaitu :
“Siapakah pengamalnya?Siapa lagi yang bercakap menggunakan pantun macam orang dulu kala?Siapa lagi yang tahu  bersyair  
                                          80
ketika bercerita dengan anak-anak sebelum tidur?” tukas seorang pelajar lain. 
                                                                                        (LM : 57)
BAHAGIAN 16; SAMBUNGAN....

No comments:

Post a Comment