Monday, 13 August 2012

RAGAM BAHASA DALAM NOVEL LENTERA MUSTIKA,KARYA NISAH HARON [disediakan oleh Rozali Rajab]

BAHAGIAN 16; RAGAM BAHASA DALAM NOVEL LENTERA MUSTIKA,KARYA NISAH HARON.
a.       Kata Tanya

            Penggunaan perkataan “…Siapa….” diulang beberapa kali menunujukkan ragam bahasa berulang. Lazimnya, penggunaan perkataan siapa menunjukkan kata tanya dalam dialog ini untuk mendapatkan kepastian atau jawapan terhadap perulangan tersebut. Justeru, kemunculan bahasa berulang dalam dialog ini menjadikan pembaca tertanya-tanya tentang jawapan tersebut dengan menggunakan intonasi yang keras atau meninggi. Jadi, Dr Ainur menekankan berulang kali perkataan siapa untuk memastikan siapayang sanggup untuk mengamalkan dan melaksanakan pantun serta syair dalam kehidupan mereka. Pengulangan yang dibuat untuk mengukuhkan lagi tujuan pengucapan tersebut.

Berdasarkan novel yang dikaji didapati terdapat bahasa berulang dalam dialog ini,iaitu :
                        “Saya mahu memenangi hati seorang guru.”
                        Saya mahu menjadi pelindung kepada guru saya.”
                        Saya mahu menjadi penyokong teguh dan setia kepada guru saya.”


                                                                                                             ( LM :  74)

Jadi, dalam petikan di atas ragam bahasa berulang dapat dikesan melalui penggunaan  kata, iaitu ;  
                                                                  81
b.      Kata Ganti Pertama

                        Frasa “Saya mahu… …” diulang sebanyak tiga kali untuk menunjukkan penggunaan ragam bahasa berulang. Dari sudut tatabahasa, kata saya merupakan kata ganti diri pertama. Menurut Asraf (2001 ; 5), perkataan saya adalah merujuk kepada diri sendiri. Intonasi dalam bahasa berulang berdasarkan dialog tersebut lebih kepada intonasi sederhana. Jadi, dalam hal ini Zul Farhan ingin menjaga hati dan pelindung kepada gurunya iaitu Dr Ainur. Penekanan yang berulang untuk memastikan tujuan Zul Farhan iaitu Dr Ainur. Penekanan yang berulang untuk memastikan tujuan Zul Farhan iaitu Dr Ainur debagai teman hidupnya. Jelas menunjukkan bahawa ciri terpenting bahasa berulang berdasarkan dialog ini adalah untuk mendapatkan perhatian daripada individu tersebut.

1.      Ragam Bahasa Mengeluh atau Seruan

               Ragam bahasa mengeluh atau seruan yang digunakan ini juga menyatakan kekecewaan atau putus harapan yang dialami oleh seseorang, individu atau masyarakat. Walau bagaimanapun, keluhan atau seruan tidak dapat diluahkan kesemuanya. Namun, orang yang mendengar keluhan ini sudah pasti dapat memahaminya masalah atau ungkapan yang dikeluarkan bahawa keluhan atau penderitaan itu amat berat ditanggung oleh seseorang.  
           Berdasarkan novel yang dikaji didapati terdapat ragam bahasa mengeluh atau seruan iaitu:  
                                                                82
“Budak-budak sibuk nak makan.Kesian pula. Kalau nak beli, dah lah sikit, mahal pula tu!” Tangan  Dahlia pantas mengatur mangkuk kecil untuk diladungkan dengan kuah dalam piring bagi menghidangkan roti jala.
                                                                                      ( LM :  28)

Berpandukan petikan di atas ragam bahasa mengeluh dapat dikesan melalui penggunaan kata atau diski, iaitu ;

a.       Kata Singkatan

             Frasa “…Budak-budak sibuk nak makan.Kesian pula…’ menunjukkan bahasa mengeluh yang begitu ketara. Perkataan  singkatan banyak digunakan dalam dialog ini iaitu perkataan nak, dah dan tu. Penggunaan bahasa singkatan untuk menjadikan dialog itu lebih menarik dan bersahaja. Dari segi hukum tatabahasanya boleh digunakan dalam dialog berbanding dalam bentuk ayat penyata. Jadi, penggunaan kata singkatan lebih dominan berbanding kata yang lengkap. Keragaman pemakaian seperti itu mempunyai tujuan-tujuan tertentu. Sepatutnya perkataan nak ialah hendak, dah ialah sudah dan tu ialah itu.

b.      Kata Seru

            Walau bagaimanapun, kata seru digunakan dalam bahasa mengeluh iaitu frasa “…mahal pula tu!”. Jadi, intonasinya pada peringkat awal rendah, kemudian
                                                                   83
meninggi pada bahagian akhir. Kewujudan kata seru dalam dialog ini menjadikan keluhan lebih bertenaga kerana kata ser yang digunakan untuk melahirkan berbagai-bagai-bagai perasaan ( Siti Hajar Abdul Aziz 2007 ; 156 ). Jadi, ciri yang terpenting penggunaan kata seru untuk menjadikan dialog tersebut mendapat perhatian dan simpati daripada pembaca.

c.       Kata Penegas   

            Selain itu, dalam dialog ini juga turut menggunakan kata penegas. Kewujudan kata penegas ini untuk menekankan pada sesuatu bahagian untuk menjadikan intonasi lebih rendah dan keluhan dapat didengari dan simpati daripada orang lain iaitu frasa “….,dah lah sikit, mahal….”. menurut Siti Hajar Abduol Aziz (2008 ; 157) kata penegas yang juga disebut sebagai partikel, iaitu perkataan yang digunakan bagi memberi penekanan pada bahagiann tertentu dalam ayat.  

          Jadi, kata yang menegaskan frasa predikat iaitu apabila frasa predikat atau bahagian yang ditegaskan itu mengalami proses pendepanan iaitu –lah. Berdasarkan dialog ini, Dahlia mengeluh kerana anak-anaknnya ingin makan roti jala tetapi jalau dibeli, kandungan roti jala sedikit dan mahal harganya. Keluhan ini menunjukkan betapa berat hati Dahlia dalam menguruskan kehidupan anak-anaknya. Jadi, Dr Ainur pun memahami kekecewaan tersebut yang telah menjadi  
                                                                84
bebanan kepada Dahlia. Oleh itu, penggunaan ragam bahasa mengeluh atau
seruan dalan karya Lentera Mustika cukup berkesan apabila didengari oleh orang lain iaitu perkataan, “…Kesian pula…”.
Ragam bahasa mengeluh juga dapat dilihat dalam ungkapan di bawah, iaitu
                         “Ah! Di mana-mana pun, kalau kawasan industri
 sudah menguasai pastinya  alam sekitar terjejas.”
 Dia meluahkan pandangannya kepada Badariah. 

( LM :  173)

            Rasa kekecewaan dan keluhan terhadap sesuatu oleh Dr Ainur dapat dilihat dalam perkataan “….Ah!....” . Beliau mengeluh dan kecewa melihat persekitaran hidup yang telah dibangunkan kawasan perindustrian yang terpaksa mengorbankan alam sekitar. Jadi, penggunaan kata seru mempunyai peranan yang tersendiri. Kewujudan kata seru dengan intonasi yang sederhana untuk melahirkan sesuatu perkara agar keluhan yang dikeluarkan itu mendapat perhatian daripada orang lain. Cara ini menjadikan dialog yang diucapkan mendapat tumpuan kepada yang mendengarnya. Menurut Ong Ching Guan (2009 : 10) penggunaan kata seru untuk menyatakan perasaaan atau emosi terhadap sesuatu perkara.

SAMBUNGAN BAHAGIAN 17;...........

No comments:

Post a Comment