Saturday, 4 August 2012

RAGAM BAHASA DALAM NOVEL LENTERA MUSTIKA,KARYA NISAH HARON [disediakan oleh Rozali Rajab]

BAHAGIAN 12 ; RAGAM BAHASA DALAM NOVEL LENTERA MUSTIKA,KARYA NISAH HARON.





a.       Kata Nafi

          Jadi,  contoh ragam bahasa tempelak yang terdapat dalam novel “Lentera Mustika”. Kata tempelak yang ditujukan kepada pensyarah-pensyarah lain kerana mereka pandai mengampu untuk mendapatkan sesuatu tanpa menghadapi masalah.  Frasa “…Orang yang rajin mengampu biasanya tak dapat masalah seperti aku ini…” menunujukkam penggunaan bahasa ragam bahasa tempelak. Jadi, dalam ungkapan ini banyak mengulangkan kata tak yang merupakan kata nafi. Oleh yang demikian, kata nafi amat berfungsi untuk menidakkan sesuatu
                                                                63
perkara. ( Siti Hajar Abdul Aziz 2008 ; 157 ) Penggunaan intonasi dalam ungkapan ini merendah pada peringkat awal dan sederhana pada peringkat akhir.

b.      Kata Kerja

         Bagi Dr Ainur Mustika pula yang membuat kerja dan menaikkan nama universiti, tidak dipandang oleh pihak universiti dengan alasan aktiviti tersebut merupakan satu pembaziran. Situasi ini amat berbeza dengan orang luar yang sentiasa mengiktiraf dan menghargai kebolehan seseorang bukannya individu yang pandai mengampu tetapi tiada hasil yang boleh dibanggakan.” Alih-alih orang luar yang lebih mengiktiraf”  Jadi, perkataan mengampu merupakan kata kerja tak transitif. Jadi, kata kerja tak transitif tidak menggunakan sebarang objek atau penyambut selepas kata kerja. ( Nik Safiah Karim 1986 ; 70 ).

          Kata-kata tempelak yang menggunakan kata nafi dan kata kerja ini cukup menggambarkan kemarahan Ainur Mustika terhadap pensyarah-pensyarah yang menjadi kaki pengampu.  

1.      Ragam Bahasa Herdik

               Ragam bahasa herdik ini bunyinya seakan-akan bahasa tempelak tetapi nadanya agak lebih keras. Tujuan bahasa ini adlah untuk menunjukkan kesalahan
                                                                 64
pada masa itu juga, bukannya pada masa lalu. Oleh yang demikian, bahasa ini mempuyai persamaan dengan maki tengking tetapi tujuannya adalah untuk kebaikan, bukannya untuk memalukan orang lain. Ragam bahasa herdik  boleh di lihat contoh-contoh di bawah  seperti berikut ;
    “Bukan itu soalnya.” Rozario terus memandang beberapa orang pelajar di sekelilingnya. “Awak semua ni tak belajar sivik ke, masa di sekolah?” Pelajar lelaki di sekitar kawasan pintu lif itu terpinga-pinga.

                                                                                                            [LM :  48]
Berdasarkan petikan di atas, telah dikenal pasti penggunaan tatabahasa yang menjadi  kekuatan dalam ragam bahasa herdik, iaitu :

a.       Kata Nafi

            Dari sudut tatabahasa, kewujudan kata nafi dan kata tanya dalam dialog ini sudah cukup menggambarkan bahasa herdik. Hal ini disebabkan, intonasi yang diucapkan kepada pelajar adalah keras dan berlaku pada masa itu. Jadi, perkataan Bukan merupakan kata nafi berintonasi keras atau tinggi.  Kewujudan kata nafi dalam bahasa herdik amat penting untuk menghidupkam watak tersebut. Kata nafi ialah unsur yang menyatakan maksud nafi atau negatif kepada unsur utama dalam predikat ayat ( Nik Safiah Karim 1986 : 93 )

         Diski bukan yang hadir dalam dialog ini menafikan maksud frasa kerja dan frasa adjektif kedua-duanya ada mendukuna maksud pertentangan maklumat iaitu
                                                                 65
frasa “Bukan itu soalnya..” dan “…Awak semua ni tak belajar sivik ke...”. Oleh itu, kemarahan Rozario terhadap perlakuan pelajar-pelajar universiti yang terlalu mementingkan diri sendiri sehingga keadaan sekeliling tidak diberi perhatian. Sebab itulah Rozario mengherdik palajar-palajar berkenaan kerana tidak membantu pensyarah yang membawa banyak barang tetapi tidak membantu. Ayat “….Awak semua ni tak belajar sivik ke, masa di sekolah?...” jelas menunjukkan herdikan terhadap pelajar dan berlaku secara spontan.

b.      Kata Tanya

            Walau bagaimanapun, dari sudut tatabahasa dialog yang diutarakan itu mengandungi kata tanya tanpa kata tanya. Jadi, penggunaan kata tanya dalam bahasa herdik untuk mendapatkan kepastian ataupun jawapan. Maksudnya kemunculan ayat tanya dalam dialog ini ialah ayat yang digunakan untuk tujuan menanyakan sesuatu hal dengan berdasarkan nada suara meninggi dan perkataan tertentu sebelum kesenyapan pada akhir hayat. ( Nik Safiah Karim 1986 : 47 )

          Jadi, dalam dialog tersebut nada tanya ini dilambangkan dengan tanda soal [?]. Seterusnya berdasarkan dialog, pelajar-pelajar sibuk dengan aktiviti mereka walaupun mereka pelajar menjadikan pelajar-pelajar berasa malu degan perlakuan mereka. Jadi, penggunaan bahasa herdikan bertujuan untuk menunjukkan kesalahan mereka pada masa peristiwa itu berlaku supaya pelajar-pelajar sedar dengan kesilapan mereka. Begitulah ungkapan, ragam bahasa herdik dapat
                                                               66
dikesan melalui penggunaan kata nafi  di bawah, iaitu :
    “Maksudku, perkahwinan dan menjadi pensyarah itu kedua-duanya bukan sesuatu yang seenteng itu. Aku tidak setuju dengan alasan untuk kau berpindah ke mari, sekadar untuk menjadi dosen. Lalu, kiblatmu sebetulnya apa? Mahu mengajar anak-anak didikmu di sini ataupun sekadar mahu dekat denganku? Lantas, jika ditakdirkan aku tidak berada di sini, engkau pun tidak akan mengajar sepenuh hati? Mangsanya nanti pelajar itu juga!”

                                                                                                             [LM :  70]

         Penggunaan bahasa herdikan melalui kata nafi  dapat dilihat  iaitu sentiasa Dr Ainur Mustika memarahi Syed Amirul Hakim kerana Syed Amirul Hakim sanggup melatakkan jawatan sebagai dosen [pensyarah] di Indonesia dan menjadi dosen di Malaysia. Frasa “…Aku tidak setuju dengan alasan untuk kau berpindah ke mari, sekadar untuk menjadi dosen…” jelas menunjukkan herdikan yang dilemparkan Dr Ainur Mustika. Jadi penggunaan kata nafi tidak dalam dialog ini amat penting, bermaksud unsur yang menyatakan maksud nafi atau negatif kepada unsur utama dalam predikat. Oleh itu kata nafi tidak boleh menafikan frasa kerja dan frasa adjektif ( Nik Safiah Karim 1986 : 93 )], misalnya “…Aku tidak setuju dengan alasan…”. Perbuatan Syed Amirul Hakim adalah semata-mata untuk mendekati Dr Ainur Mustika supaya sentiasa di sampingnya. Dr Ainur Mustika mengherdik Syed Amirul Hakim kerana hendak menjadi dosen adalah untuk mendekatinya bukannya untuk mengajar pelajar-pelajar.

            Dalam dialog ini juga, penggunaan bahasa herdik banyak ditekankan penggunaaan kata tanya tanoa kata tanya yang berintonasi keras atau
                                                               67
meninggi.Misalnya, “…Lalu, kiblatmu sebetulnya apa?...” dan “…engkau pun tidak akan mengajar sepenuh hati?...”. Justeru, penggunaan kata tanya dalam bahasa herdikan menjadi keutamaan selain kata nafi. Sehubungan itu, sekiranya dia tiada, sudah pasti pelajar-pelajar akan menjadi mangsa pengabaian dalam pelajaran. Namun, kata seru juga turut membantu dalam bahasa herdikan, misalnya “…Mangsanya nanti pelajar itu juga!”  dengan intonasi yang keras. Menurut Nik Safiah Karim, penggunaan ayat seruan yang diucapkan dengan membawa nada atau intonasi seruan untuk melahirkan suatu keadaan perasaan seperti marah.

                Kesimpulan daripada ungkapan tersebut, terlihat penggunaan ragam bahasa herdikan yang melambanngkan kemarahan tetapi kemarahan itu hanya untuk memberi kesedaran kepada orang yang mendengarnya. Penggunaan kata nafi dalam bahasa herdikan juga boleh didapati dalam dialog di bawah ini, iaitu :
                     “Mengapa tidak? Saya cuma kata, saya tidak mahu tugasan dihantar menggunakan tulisan tangan. Saya tak kata, mesti hantar dicetak dengan laser printer!”
                                                                                                        [ LM :  45]

                 Jadi, penggunaan kata tanya, kata nafi dan kata seru dengan intonasi yang cukup keras melambangkan penggunaan bahasa herdikan. Misalnya, kata nafi “…Saya cuma kata, saya tidak mahu tugasan dihantar..”. begitu juga penggunaan kata tanya, “…Mengapa…” dan kata seru iaitu, “… mesti hantar dicetak dengan laser printer!” menunjukkan penggunaan penggunaannya amat  
                                                               68
penting dalam bahasa herdikan untuk menjadikan dialog sentiasa berbeza antara satu sama lain. Dengan penggunaan ini, menjadikan bahasa herdikan lebih hidup.

            Dalam hal ini, bahasa herdikan dapat dilihat semasa Dr Ainur Mustika memarahi pelajar-pelajarnya kerana tidak menyiapkan tugasan yang telah diberi. Sebaliknya, pelajar-pelajar menyiapkan tugasan dengan menggunakan tulisan tangan. Ayat “…Saya cuma kata, saya tidak mahu tugasan dihantar menggunakan tulisan tangan….”, situasi ini menampakkan lagi penggunaan bahasa herdikan dengan intonasi keras apabila dr Ainur Mustika tidak mahu menerima tugasan yang menggunakan tulisan tangan. Sebaliknya setiap tugasan perlu ditaip dengan kemas. Namun, pelajar-pelajar memberi alasan bahawa tidak ada printer. Walau bagaimanapun, herdikan-herdikan ini menyerlahkan penggunaan bahasa herdikan dalam ungkapan tersebut ataupun novel “Lentera Mustika”.
BAHAGIAN 13 ;SAMBUNGAN .......

No comments:

Post a Comment