Wednesday, 8 August 2012

RAGAM BAHASA DALAM NOVEL LENTERA MUSTIKA,KARYA NISAH HARON [disediakan oleh Rozali Rajab]

SAMBUNGAN BAHAGIAN 13; RAGAM BAHASA DALAM NOVEL LENTERA MUSTIKA,KARYA NISAH HARON.


1.      Ragam Bahasa Melampau

               Ragam bahasa melampau ini membawa maksud bahasa yang digunakan untuk membesar-besarkan dan melebih-lebihkan daripada perkara atau kedudukan yang sebenarnya. Jadi, perkara atau benda yang kecil telah diperbesar-besar yang melebihi kemampuan manusia untuk memperolehnya. Lihat ungkapan ragam bahasa melampau di bawah:
Ah ! Andai kering Selat Melaka……Ya, selat itulah yang memisahkan mereka. Seorang di sana, seorang di sini. Dua jiwa yang dicantumkan oleh seni dan cinta sesungguh hati kepada
                                         69
warisan bangsa. Tanah Sriwijaya mempertemukan dua orang insan ini,  satu keturunan berlainan warganegara. Sayang, belumpun kering Selat Melaka, hasrat dan ketentuan ini bukan lagi dalam milik mereka. 
                                                                                    [LM :  27]   
Berdasarkan petikan di atas, ragam bahasa melampau telah dikenalpasti penggunaan tatabahas, iaitu ; 

a.       Kata Seru

             Kata seru dan ayat penyata menjadi ucapan penting dalam dialog ini. Kata-kata yang diucapkan “…..Ah ! Andai kering Selat Melaka…” menunjukkan penggunaan ragam bahasa yang melampau. Jadi, dari sudut tatabahasa penggunaan kata seru telah menjadi kekuatan dalam dialog bahasa melampau dengan intonasi sederhana. Jika dilihat ayat” ..kering Selat Melaka ..”,  merupakan perkataan melampau maka tidak logik  bahawa air di Selat Melaka boleh kering hasil daripada perhubungan mereka. Perkataan Ah! yang menggambarkan untuk menyatakan rasa tidak setuju atau untuk menyatakan penolakan.(S. Nathesan 2004 ; 24)

b.      Ayat Penyata

            Hal ini dapat dilihat melalui kata-kata yang dikeluarkan oleh Dr Ainur Mustika bahawa Selat Melaka telah memisahkan mereka. Namun, bahasa
                                                                70
melampau yang diuar-uarkan itu Andai kering Selat Melaka , menunjukkan bahawa Selat Melaka telah menghalang perhubungan mereka. Walau bagaimanapun, pertemuan mereka berlaku semasa berada di Tanah Srivijaya dan termenterailah penjanjian antara mereka. Ayat penyata, “Tanah Sriwijaya mempertemukan dua orang insan ini, satu keturunan berlainan warganegara..” untuk memberitahu atau menerangkan sesuatu perkara dengan intonasi yang sederhana dan diakhiri dengan nada penutup turun. Menurut Asraf (2001 ; 124 ) , penggunaan ayat penyata bertujuan untuk memberikan keterangan atau menyatakan sesuatu perkara, benda atau orang. Malahan, ayat ini juga disebut sebagai ayat berita atau ayat keterangan.

            Jadi, bentuk frasa ayat penyata terdiri daripada unsur subjek dan predikat. Berbalik kepada dialog tersebut, subjek ialah “Tanah Sriwijaya mempertemukan dua orang insan ini,…” merupakan unsur yang hadir pada bahagian awal ayat atau bahagian yang diterangkan. Manakala predikat “…satu keturunan berlainan warganegara..” merupakan unsur yang hadir selepas subjek itu atau bahagian yang menerangkan subjek. Dalam dialog ini, pencintaan mereka tetap mempunyai halangan-halangan walaupun air Selat Mereka kering. Justeru, penggunaan kata seru dan ayat penyata dalam bahasa melampau begitu menarik. Demikianlah penggunaan bahasa ragam melapmau yang diungkapkan dalam dialog ini.

2.      Ragam Bahasa Merendah atau Turun
                 Ragam bahasa merendah merupakan bahasa yang bertentangan dengan
                                                             71
bahasa melampau. Jadi, bahasa merendah iaitu mengatakan sesuatu perkara itu kecil dan kurang. Tujuan berbuat demikian untuk merendah diri walaupun memang sebenarnya perkara itu kecil atau besar. Contoh ungkapan iaitu ;
                         Tanpa berfikir panjang, kotak it uterus bertukar tangan.
                        “Kenapa tak minta tolong dengan pelajar. Berat ni!”
                        “Tak mengapa. Bukan jauh sangat. Naik lif, bukan tangga.” 

                                                                                                [ LM :  48]

            Penggunaan bahasa merendah diri terdapat dalam ungkapan ini. Dari sudut tatabahasa, kata tanya, kata nafi dan kata seru merupakan perkara penting dalam ragam bahasa merendah .

a.       Kata Tanya

            Dalam dialog ini. Frasa, “…Kenapa tak minta tolong dengan pelajar…” dan “…Tak mengapa…” merupakan ayat tanya. Jadi, kemunculan ayat tanya bertujuan untuk menanyai seseorang atau menanyakan sesuatau. (Asraf 2001 : 107 ). Justeru, intonasi yang ditunjukkan adalah rendah. Sebab itulah Rozario memberi pertolongan dan bantuan kepada Dr Ainur untuk mengangkat kotak yang berat tersebut. Rozario berasa hairan kerana Dr Ainur tidak meminta bantuan daripada pelajar-pelajar yang ada di sekelilingnya. perkataan “…Tak mengapa…” menunjukkan betapa merendah dirinya Dr Ainur dalam menguruskan kerjayanya dengan memberi alasan bahawa dia menaiki lif dan bukannya menaiki tangga.  
                                                             72
b.      Kata Seru

           Walau bagaimanapun, kemunculan kata seru iaitu  “…Berat ni!” dengan intonasi yang tinggi, menjadikan bahasa merendah diri ini menarik. Hal ini disebabkan perkataan Berat ni!” untuk menunjukkan rasa simpati dan ingin membantu. Menurut Asraf([2001 : 30), kewujudan kata seru ialah kata yang digunakan untuk menyatakan perasaan.  

BAHAGIAN 14; SAMBUNGAN.........


        

No comments:

Post a Comment