Sunday, 30 September 2012

BAHAGIAN 3; TEKNIK MENJAWAB TATABAHASA PMR

BAHAGIAN 3; SAMBUNGAN.
Soalan 11

Encik Rosli selalu mengirimkan anaknya wang pada setiap akhir bulan bagi menampung belanja
                                           A                                         B                         
persekolahan anaknya itu. Tiada kesalahan.
           C                                               D



Rumus Apitan “men-…-kan” dan
 “men-…i” (dua objek)
                                               Huraian
men-…-kan à OTB + kepada
men-…-i   à OB
·   Mengirimkan surat daripada
·   Mengirimi anaknya
Dalam ayat yang mempunyai dua objek, apitan men-…-kan mestilah diikuti oleh objek tidak bernyawa, manakala apitan    men-…-i, mestilah diikuti oleh objek bernyawa. Frasa kerja mengirimkan surat bermaksud surat menjadi barang yang dikirimkan. Frasa kerja mengirimkan anaknya pula bermaksud anak menjadi barang yang dikirimkan. Hal ini sudah tentu tidak munasabah.


    No.
      Jawapan
                                                               Huraian
    11
          A
·   A salah kerana kata kerja mengirimkan sepatutnya diikutioleh objek tidak bernyawa iaitu wang.
·   B betul kerana kata sendi nama pada digunakan untuk menunjukkan waktu atau masa.
·   C betul kerana persekolahan bermaksud perihal sekolah.


Soalan 12

Jeremy memusingkan badannya ke kiri dan ke kanan ketika bersenam.
A)     ke kiri kanan
B)      kiri dan ke kanan
C)      ke kiri dan kanan
D)     ke kiri dan ke kanan


Rumus Frasa Sendi Nama Gabungan
                                                 Huraian
Ke…dan ke…
·   ke kiri dan ke kanan
di… dan di…
·   di depan dan di belakang
Dalam frasa sendi nama gabungan, kata sendi nama mesti hadir dalam kedua-dua bahagian yang digabungkan seperti ke kiri dan ke kanan. Jika frasa tersebut ditulis ke kiri dan kanan, frasa tersebut tidak gramatis


    No.
      Jawapan
                                                               Huraian
    12
          D
·   A salah kerana tidak menepati rumus frasa sendi gabungan, iaitu kata sendi nama ke mestilah diulang dan kata hubung gabungan dan perlu dikekalkan.
·   B salah kerana kata sendi ke seharusnya wujud dalam frasa sendi ke kiri.
·   C salah kerana kata sendi ke sepatutnya hadir dalam frasa sendi  ke kanan.
·   D betul kerana frasa sendi nama gabungan ke kiri dan ke kanan menepati Rumus Frasa Sendi Nama Gabungan.


Soalan 13

Perasaan resah saya cuba selindungkan dengan tersenyum ketika menghadiri temu duga itu.

A)     cuba saya menyelindungkan
B)      saya cuba menyelindungkan
C)      cuba saya selindungkan
D)     cuba saya selindung


Rumus Hukum Aneksi Persona
                                                       Huraian
KGND 1 & 2 à Pasif tanpa awalan
·   cuba saya selindungkan
·   saya cuba selindungkan (X)
Dalam Frasa Kerja Pasif, kata kerja pasif diri pertama dan diri kedua mesti diikuti oleh kata kerja pasif tanpa awalan. Hokum Aneksi Persona menetapkan bahawa ruang di antara kata ganti diri pertama atau diri kedua dengan kata kerja pasif tidak boleh dihadiri oleh sebarang perkataan lain seperti kata bantu atau kata nafi.


    No.
    Jawapan
                                                               Huraian
    13
          C
·   A salah kerana tidak menepati Hukum Aneksi Persona. Hal ini demikian kerana perkataan menyelindungkan ialah KKT yang sepatutnya diikuti oleh kata nama.
·   B salah kerana tidak menepati Hukum Aneksi Persona. Hal ini demikian kerana perkataan menyelindungan adalah daripada  KKT yang sepatutnya diikuti oleh kata nama.
·   C betul kerana frasa tersebut menepati Hukum Aneksi Persona.
·   D salah kerana frasa tersebut tidak menepati Hukum Aneksi Persona dengan adanya kata laindi antara kata ganti diri pertama dengan kata kerja pasif.


Soalan 14

Dalam perjalanan pulang, Aliaa membeli goreng keledek dari kedai Farah.

A)     Membeli keledek goreng dari
B)      Membeli goreng keledek daripada
C)      Membeli keledek goreng daripada
D)     Membeli goreng keledek daripada


Rumus Kata Sendi Nama
“dari” dan “daripada”
                                                      Huraian

Dari (ATM)
·   Dari Johor, dari utara
Daripada (KABOS)
·   Daripada lima orang,
·    daripada kekuatan, daripada kapas,daripada ibu
Penggunaan kata sendi nama dari dan daripada dapat dibezakan dengan menggunakan ATM atau KABOS. Jika selepas perkataan tersebut ialah ATM, kita menggunakan kata sendi nama dari.
Sebaliknya, jika selepas perkataan tersebut ialah KABOS, kita menggunakan kata sendi nama daripada.


    No.
      Jawapan
                                                               Huraian
    14
          C
·   A salah kerana kata sendi nama dari tidak menepati KABOS. Dalam hal ini, kita membeli sesuatu daripada Farah, bukan daripada gerai. Oleh itu,gerai Farah merujuk kepada orang (KABOS) dan bukan tempat (ATM). Gerai Farah ialah organisasi, iaitu institusi perniagaan.
·   B salah kerana goreng keledek tidak menepati Hukum D-M. Goreng keledek tidak menepati Hukum D-M. goring keledek ialah perbuatan menggoreng. Yang betulnya ialah keledek goreng, iaitu keledek yang digoreng.
·   C betul kerana keledek goreng menepati Hukum D-M dan kata sendi nama daripada menepati KABOS.
·   D salah kerana goreng keledek tidak menepati Hukum D-M dan kata sendi nama dari tidak menepati KABOS.


Soalan 15

Yang turut hadir dalam majlis itu ialah Pengarah Pelajaran Negeri.

A)     Yang turut hadir dalam majlis itu adalah
B)      Yang turut menghadiri majlis itu ialah
C)      Yang turut menghadiri majlis itu adalah
D)     Yang turut hadir dalam  majlis itu


                Rumus Kata Pemeri
                                               Huraian
FN + FN = ialah
·   Yang turut hadir dalam majlis itu ialah Pengaran Pelajaran Negeri.
FN + FA = adalah
·   Kenyataannya adalah benar.
·   Hadiah ini adalah untuk ibu.
Kata pemeri ialah hendaklah digunakan dalam ayat yang berpola FN = FN. Sebaliknya, kata pemeri adalah digunakan dalam ayat yang berpola FN +FS atau FN +FA. Kata pemeri adalah tidak boleh hadir di hadapan kata kerja seperti adalah dimaklumkan, adalah merupakan, adalah bergantung dan sebagainya.


    No.
    Jawapan
                                                               Huraian
    15
          D
·   A salah kerana subjek ayat ialah frasa nam. Oleh itu, kata pemeri ialah sepatutnya digunakan.
·   B salah kerana kata kerja transitif menghadiri diikuti oleh kata sendi nama ke.
·   C salah kerana ayat  ialah frasa nama. Oleh itu, kata pemeri ialah sepatutnya digunakan.
·   D betul kerana subjeknya ialah frasa nama. Oleh itu, kata pemeri ialah tepat digunakan dalam ayat yan berpola FN + FN


BAHAGIAN 4 ; SAMBUNGAN......

Saturday, 29 September 2012

MINUM AIR ZAMZAM SEMPENA PMR 2012

SEK MEN KEB PUTRAJAYA PRESINT 9[1]
TARIKH ; 28OKTOBER 2012
MASA     ; 8 PAGI
TEMPAT; DI PLAZA SMK PUTRAJAYA PRESINT 9[1]
DIRASMIKAN ; TUAN HJ ZAWI -PENGETUA SMKPP9[1]

TUJUAN;
Minum air zamzam bertujuan supaya pelajar-pelajar tingkatan 3 diterangkan hatinya dan tenang semasa menjawab semasa peperiksaan PMR selain daripada membaca surah yassin dan makan buah kismis.Diharapkan semua pelajar SMKPP9[1] berdoa kepada Allah semoga lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan.Cikgu mendoakan untuk semua pelajar agar lulus dengan cemerlang.Amin.Amin.Amin.Bagi pelajar yang belum minum air zamzam,sila jumpa dengan Pengetua atau Ustazah Rumaizah. ok.selamat berjaya.
Foto-toto semasa mendengar taklimat daripada Tuan Pengetua.


TATABAHASA; ULANG KAJI PMR

BAHAGIAN 2; SAMBUNGAN TATABAHASA....
Soalan 5

Oleh sebab telah lama tidak bersua, mereka bertukar-tukar pelbagai cerita-cerita menarik dalam
  A                                             B                                                      C
pertemuan itu. Tiada kesalahan.
                                      D


Rumus Frasa Sendi Nama
                                                        Huraian
KS à KN
·   oleh sebab
·   oleh kerana (X)
Kata sendi nama mestilah diikuti oleh kata nama. Oleh itu, frasa oleh kerana salah disebabkan perkataan kerana ialah kata hubung. Yang betulnya ialah frasa oleh sebab kerana sebab ialah kata nama.
Rumus Frasa Nama Jamak
                                                         Huraian
KBJ à KNT
·   pelbagai cerita
·   pelbagai cerita-cerita (X)
Dalam farasa nama jamak, kata bilangan jamak mestilah diikuti oleh kata nama tunggal.


    No.
      Jawapan
                                                               Huraian
     5
              C
·   A betul kerana frasa oleh sebab menepati Rumus Frasa Sendi Nama.
·   B betul kerana kata kerja tak transitif bersua tidak memerlukan pelengkap.
·   C salah kerana frasa pelbagai cerita-cerita tidak menepati Rumus Frasa Nama Jamak.


Soalan 6

Kemalangan jalan raya yang membabitkan motosikal mencatat peratusan yang paling tinggi sekali                                            A                                                           B                                        C
berbanding bas dan kereta. Tiada kesalahan.
                                                                D



Rumus Frasa Adjektif
                                                                   Huraian
·   amat … sekali
·   sungguh … sekali
·   sangat … sekali
·   ter- … sekali (X)
·   paling … sekali (X)
Dalam frasa kata adjektif, kata penguat amat, sungguh dan sangat boleh diikuti oleh kata penguat sekali. Sebaliknya, perkataan berawalan ter- yang bermaksud paling tidak boleh diikuti oleh kata penguat sekali.
Begitu juga halnya dengan kata penguat paling. Perkataan ini tidak boleh n diikuti oleh kata penguat sekali.


   No.
     Jawapan
                                                        Huraian
    6
            C
·   A betul kerana kata kerja transitif membabitkan diikuti oleh kata nama motosikal.
·   B betul kerana nama apitan peratusan hadir selepas kata kerja transitif mencatat.
·   C salah kerana frasa adjektif paling tinggi sekali tidak menepati Rumus Frasa Adjektif, iaitu kata penguat paling tidak boleh diikuti oleh kata penguat sekali.


Soalan 7

Puan Rina dijahitkan dua pasang baju kurung oleh anaknya untuk dipakai pada hari raya yang akan       A                                                     B                                                                           C
datang. Tiada kesalahan.
                          D



Rumus Apitan “di-…-kan” dan Awalan “di-“
                                            Huraian
KN + di-…-kan (subjek bernyawa)
·   Ibu dijahitkan
·   Ibu dijahit (X)
KN + di- (subjek tidak bernyawa)
·   Baju dijahitkan (X)
·   Baju dijahit
Pasangan di-…-kan  dan di- mempunyai rumus yang berbeza.
Bagi di-…-kan, subjek mestilah bernyawa
·   Puan Rina dijahitkan…
Bagi di-, subjek mestilah tidak bernyawa.
·   Baju dijahit…


    No.
      Jawapan
                                                               Huraian
     7
              D
·   A betul kerana ibu dijahitkan mempunyai subjek bernyawa. Hal ini bermakna ibu mendapat perbuatan jahit, iaitu dua pasang baju kurung dijahit untuk ibu.
·   B betul kerana kata sendi oleh digunakan untuk frasa kerja pasif diri ketiga.
·   C betul kerana kata hubung yang digunakan dalam klausa relative.


Soalan 8

Kain sutera batik buatan tangan yang halus dikagumi oleh pelawat dari Eropah. Tiada kesalahan.
          A                                                                   B                                 C                                  D



Rumus Hukum D-M
                                                                  Huraian
Diterangkan
Menerangkan
Batik sutera
Sutera batik(X)
Dalam Bahasa Melayu, Hukum D-M menetapkan bahawa perkara yang hendak diterangkan metilah mendahului bahagian yang menerangkan. Sebagai contoh, batik sutera ialah kain baaaatik yang dibuat daripada benang sutera, manakala sutera batik bermaksud sutera yang dibuat daripada batik. Persoalannya ialah adakah sutera dibuat daripada batik?


Rumus Frasa Kerja Pasif Diri Ketiga
                                               Huraian
KKP3 à oleh + FN
·   Dikagumi oleh pelawat
·   Pelawat kagumi (X)
Frasa Kerja Pasif Diri Ketiga(FKPD3) menetapkan bahawa FKPD3 hendaklah diikuti KS oleh, kemudian diikuti FN. Dalam frasa ini, KS oleh sebagai pilihan, iaitu boleh digugurkan. Contoh :
·   Dikagumi oleh pelawat
·   Dikagumi pelawat
Rumus Kata Sendi Nama
                                               Huraian
Dari à ATM
·   Dari Eropah, dari utara
Penggunaan kata sendi nama dari dan daripada dapat dibezakan dengan menggunakan ATM atau Kabos. Jika selepas perkataan tersebut ialah ATM, kita menggunakan kata sendi nama dari. Sebaliknya, jika selepas perkataan tersebut ialah KABOS, kita menggunakan kata sendi nama daripada.


    No.
      Jawapan
                                                               Huraian
     8
            A
·   A salah kerana frasa nama sutera batik tidak menepati hukum D-M
·   B betul kerana kata kerja pasif dikagumi menepati rumus FKPD3.
·   C betul kerana kata sendi nama dari digunakan untuk ATM.


Soalan 9

Asap-asap hitam yang keluar berkepul-kepul dari ekzos lori mencemari alam sekitar.
Tiada kesalahan                                B                                               C                                                D



Rumus Kata Ganda
                                                     Huraian
Kata nama yang tidak dapat berbilang tidak boleh digandakan
Asap, air,udara,hujan dan gas tergolong sebagai benda yang tidak dapat dibilang. Oleh itu, perkataan-perkataan ini tidak boleh digandakan untuk menunjukkan maksud jamak seperti asap-asap,udara-udara dan sebagainya.
Rumus Apitan “men-…-kan”
 dan “men-…-I”
                                                     Huraian

Men-…-kan à objek bergerak, subjek tidak akan bergerak.
Men-…-I à objek tidak bergerak, subjek bergerak.
Untuk membuat pilihan antara apitan “men-…-kan” dengan apitan  “men-…-i”, gunakan rumus yang berikut:
·   apitan “men-…-kan” menerima objek yang bergerak dan subjek yang tidak bergerak – menghadiahkan buku kepada Ali.
·   apitan  “men-…-i” menerima objek yang tidak bergerak dan subjek yang bergerak – menghadiahi Ali buku.


    No.
      Jawapan
                                                               Huraian
     9
            A
·   A salah kerana asap ialah kata nama yang tidak dapat dibilang. Jadi, perkataan ini tidak boleh digandakan.
·   B betul kerana berkepul-kepul menunjukkan bentuk sesuatu dan dapat dibilang. Oleh itu, perkataan berkepul boleh digunakan.
·   C betul kerana mencemari alam bermaksud subjek bergerak, iaitu asap yang menyebabkan alam tercemar.


Soalan 10

Anak yang setia itu berada di sisi ibunya hingga ke saat terakhir. Tiada  kesalahan.
                                           A                                   B                C                      D



Rumus Frasa Sendi Nama
                                                          Huraian
KS à KN
·   Sejak dari seminggu(X)
·   Sejak seminggu
·   Selain daripada tiu (X)
·   Selain itu
Rumus Frasa Sendi Nama menetapkan bahawa kata sendi nama dalam bahasa Melayu tidak boleh hadir secara berturutan.


    No.
      Jawapan
                                                               Huraian
    10
          B
·   A betul kerana kata sendi nama di menunjukkan ATM
·   B salah kerana kata sendi nama tidak boleh hadir secara berturutan seperti hingga ke.
·   C betul kerana perkataan terakhir bermaksud paling akhir.


BAHAGIAN 3;IKUTILAH SAMBUNGAN......