Thursday, 27 September 2012

TATABAHASA ;MEMAHAMI SOALAN OBJEKTIF PMR

BAHAGIAN 1; PENGGUNAAN RUMUS UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH TATABAHASA
SOALAN 1

Ali  dengan penuh yakin melangkah ke dewan peperiksaan berbekalkan doa ibunya. Tiada kesalahan.    A                        B                                                               C                                            D



Rumus Frasa Kerja Tak Transitif
                                                    Huraian
KKTT  à  KS
·   melangkah ke
KKTTber-…-kan  à  KN
·   berbekalkan doa
Kebanyakan kata kerja tak transitif(KKTT) diikuti oleh kata sendi  (KS), contohnya bertanya kepada, bergerak ke, membelok ke, bertemu dengan, dan sebagainya. Selain itu, kata kerja tak transitif yang berpitaan beR-…-kan(KKTTber…kan) mesti diikuti oleh kata nama (KN), contohnya berdasarkan maklumat, berlandaskan agama dan sebagainya.


    No.
     Jawapan
                                                      Huraian
      1
            D
·   A , betul kerana penuh ialah kata kerja tunggal
·   B,  betul kerana KKTT (melangkah) diikuti oleh KS (ke)
·   C,  betul kerana KKTT (berbekalkan) diikuti oleh KN (doa)


SOALAN 2

Puan Rosam menyuruh pelajarnya memasukkan telur putih itu ke dalam adunan biskut. Tiada kesalahan.    A                                                              B                                    C                                D



Rumus Hukum D-M
                                                        Huraian
Diterangkan
Menerangkan
Telur putih
Putih telur
Hukum D-M menetapkan bahawa perkara yang hendak diterangkan mestilah mendahului bahagian yang menerangkan . Sebagai contohnya, telur putih ialah telur yang berwarna manakala putih telur ialah bahagian telur ialah bahagian yang berwarna putih.


     No.
    Jawapan
                                                    Huraian
       2
            B
·   A betul kerana kata kerja transitif menyuruh diikuti oleh kata nama pelajar. (KKT à kn)
·   B salah kerana telur putih ialah telur yang berwarna putih. Dalam hal ini,Puan Rosam tidak mungkin memasukkan telur yang berwarna putih dalam adunan biskut.
·   C betul kerana adunan bermaksud campuran tepung, gula, putih telur.


SOALAN 3

Wang yang saya jumpai ketika balik dari sekolah akan saya serahkan ke pihak polis. Tiada kesalahan.          A                                B                                                       C                                      D
   


Rumus Frasa Kerja Pasif
 Diri Pertama (RFKPD 1)
                                                         Huraian
Saya jumpai
Dijumpai oleh saya
Berdasarkan RFKPD 1, kata ganti nama diri pertama hendaklah diikuti oleh kata kerja pasif yang tanpa di awalan di- . Selain itu, kata sendi nama oleh Frasa Nama tidak perlukan.


     No.
    Jawapan
                                                               Huraian
      3
            C
·   A betul kerana saya jumpai…menepati RFKPD 1
·    B betul kerana dari sekolah menunjukkan ATM
·   C salah kerana kata sendi nama ke tidak menunjukkan tempat


Soalan 4

Penghijrahan belia ke bandar-bandar telah dapat meningkat taraf kehidupan keluarga mereka.
            A                                                                                    B                          C
Tiada kesalahan.
             D



Rumus Frasa Kerja Transitif
                                                    Huraian
KKT à KN
·   meningkatkan taraf
Rumus Frasa Kerja Transitif menetapkan bahawa kata kerja transitif (KKT) mestilah diikuti oleh kata nama (KN). Sebagai contohnya, meningkatkan ialah KKT yang mesti diikuti oleh KN taraf.


     No.
     Jawapan
                                                                Huraian
       4
            B
·   A betul kerana penghijrahan bermaksud perbuatan atau perihal berhijrah.
·   B salah kerana meningkat ialah kata kerja tak transitif yang mesti diikuti oleh kata sendi nama kepada. Yang betulnya ialah meningkatkan kerana perkataan yang hadir selepasnya ialah kata nama, iaitu taraf.
·   C betul kerana kehidupan bermaksud keadaan hidup.

 BAHAGIAN 2; SAMBUNGAN........

No comments:

Post a Comment