Sunday, 28 October 2012

SPM-BM K2 [Soalan Bahagian 3]

SOALAN 3 ; PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA
BAHAGIAN 1;
PENGENALAN.
Ø  Soalan 3 meliputi pengetahuan dan kefahaman tentang aspek ;
1.    Morfologi
2.    Sintaksis
3.    Kesalahan ejaan dan imbuhan
4.    Penggunaan kata dan istilah,
5.    Peribahasa
Ø  Soalan ini terdiri daripada lima [5] bahagian dan wajib dijawab oleh semua calon peperiksaan.
Ø  Markah yang diperuntukkan bagi soalan tatabahasa ialah 30 markah.

HURAIAN DAN BIMBINGAN. ; Soalan ( a);












Morfologi-[membina ayat]
1-membina ayat daripada kata ganda
Contohnya; enak-enak,makan-makan
2-membina ayat daripada pasangan kata ganda dan kata majmuk; contoh,Makan-makan  , makan minum
3-membina ayat daripada pasangan kata ganda dan kata berimbuhan; contoh,Masak-masak ,  memasakkan
4-membina ayat daripada pasangan kata dan kata ganda; contoh , Malam , semalam-malaman
5-membina ayat daripada pasangan kata dan kata ganda seluruh; contoh, Agar , agar-agar
6-membina ayat daripada pasangan kata dan kata majmuk; contoh, lalu , lalu lintas
7-membina ayat daripada kata yang hampir sama maknanya; contoh, merebus, mengukus
8-membina ayat daripada pasangan kata homograf[ sama ejaan tetapi lain sebutan]; contoh, perang , perang
9-membina ayat daripada pasangan kata yang berbeza makna tetapi hampir sama bunyi; contoh, belot, belut
10- membina ayat daripada kata dan kata berimbuhan ; contoh , didik , pendidikan
11-membina ayat daripada pasangan kata berimbuhan; contoh , kemasyhuran , pemasyhuran
12-membina ayat daripada kata majmuk dan kata majmuk berimbuhan ; contoh, kuat kuasa, dikuatkuasakan

                                            -1-
Ciri-ciri membina ayat.

1.Pastikan setiap ayat dimulakan dengan subjek.
2.Subjek terdiri daripada:
  a. manusia
  b.binatang
  c.benda
  d.tumbuhan
  e.kata ganti diri

Contoh Subjek;
       -Polis itu ………..
-  Burung merak ……
- Kotak …….
- Pokok rambutan……….
- Saya/ Dia/Engkau……….

3. Jika kata tanpa imbuhan – jadikan ayat pasif KGD 1

     Contoh; ada 2 cara
a.Pasif aktif
b.Cakap Ajuk


Pasif Aktif
Sampah itu saya bakar.

Cakap Ajuk
“Saya bakar sampah itu,” kata Ali.

4.Jika kata ada imbuhan – jadikan ayat aktif KGD1 tetapi ada kata bantu.

Ayat aktif
Saya telah membuang sampah.

## Tulis kata bantu selepas KGD1.##

5.Jika kata ada imbuhan apitan – jadikan sebagai subjek.

Contohnya:
Kebersihan kelas sangat penting.



LATIHAN  1 ;
Tulis dua ayat bagi setiap perkataan dalam pasangan kata di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
[i]-hampa
[ii]-hampir
[iii]-hampas

[i] hampa [ kecewa]
_______________________________________________________________________________________________________________________________________________________
  -hampa [ tidak berisi,kosong]
__________________________________________________________________________________________________________________________________________________
[ii] hampir [nyaris]
__________________________________________________________________________________________________________________________________________________
   -Hampir [dekat,rapat]
_______________________________________________________________________________________________________________________________________________
[iii] hampas [ sisa benda yang telah diambil patinya]
___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
    -hampas [tidak berguna,sia-sia]
______________________________________________________________________________________________________________________________________________________  
Latihan 2;
(a)
Tulis satu ayat bagi tiap – tiap kata ganda di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh memberikan imbuhan, menukarkan imbuhan, menjadikannya sebagai nama khas dan peribahasa.


(i)
kuih – muih

(ii)
lintang – pukang

(iii)
semak – samun

(iv)
gunung – ganang

(v)
selok – belok

(vi)
huru – hara


(6 markah)

                                                     -2-
SAMBUNGAN ; BAHAGIAN 2[soalan b]

Wednesday, 17 October 2012

PROGRAM PENINGKATAN PRESTASI BAHASA MELAYU SPM 2012

ANJURAN JABATAN PELAJARAN WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA
TARIKH ; 17-18 OKTOBER 2012
TEMPAT ; DEWAN PUTRA,SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH,PUTRAJAYA.
PENCERAMAH BM ;
1.PN NUR SHIDAH BT HAMID
2.EN ROTHAMAN B MOHD TAHIR
3.EN ROZALI BIN RAJAB
4.PN HAIANAH BT AHMAD
5.PN.KHAZANAH BT CHE JUSOH
6.PN NORAIHAN BT ABD WAHAB.

PERASMIAN ; HAJI JAMALUDDIN BIN YUSOFF, PENGARAH PELAJARAN,
JABATAN PELAJARAN WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA.

GAMBAR-GAMABAR PROGRAM BM.



Sunday, 7 October 2012

PUNCA ROKOK - KARANGAN BERGAMBAR-PMR

LATIHAN 1.
Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang punca ketagihan rokok dalam kalangan pelajar sekolah. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
PUNCA ROKOK
-Rokok mudah diperoleh
merokok dipengaruhi oleh kawan-kawan

terikut-ikut dengan keadaan keluarga

rokok murah
undang-undang  yang longgar.
 












PENDAHULUAN;
_Rokok………___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
ISI  1; Sebab-sebab ketagihan rokok dalam kalangan pelajar sekolah ialah ________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________. Hal ini demikian kerana  ____________________________________________________________________________________________________________________________.

ISI 2; Selain itu,  sebab-sebab ketagihan rokok dalam kalangan pelajar sekolah ialah _________________________________________________________________________________________________________________________________________. Hal ini dekian kerana _________________________________.

ISI 3; Di samping itu, sebab-sebab ketagihan rokok dalam kalangan pelajar sekolah ialah _________________________.________________________________________________________________________________________________________ Hal ini demikian _____________________________________ ________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Kesimpulan,____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________._.


BERJIMAT CERMAT - KARANGAN BM K1-PMR

SOALAN;
KERAJAAN MENYERU RAKYAT BERJIMAT CERMAT EKORAN DARIPADA KEADAAN EKONOMI YANG TIDAK MENENTU.
BINCANGKAN LANGKAH-LANGKAH UNTUK MELAHIRKAN MASYARAKAT YANG BERJIMAT CERMAT. [JUMLAH PERKATAAN MELEBIHI 180 PATAH PERKATAAN]

RANGKA JAWAPAN;
PENDAHULUAN.

ü Ekonomi dunia mempengaruhi ekonomi negara- kita harus bersedia untuk situasi yang tidak dijangka – seruan kerajaan sangat baik- harus amalkan berjimat cermat – sediakan payung sebelum hujan – elakkan pembaziran. 
ISI-ISI;
1.    Harus bermula dari rumah – peranan ibu bapa – didik anak dengan amalan menabung sejak kecil – ajar anak  elak daripada sifat boros – melentur buluh biarlah dari rebungnya.
2.    Peranan guru/pihak sekolah – menubuhkan koperasi sekolah- pelajar dapat membeli barangan dengan harga yang murah – barangan yang dijual di luar lebih mahal
3.    Institusi kewangan – sedia dan tawar pelbagai pakej istimewa atau insentif  untuk mengalakkan rakyat menabung
4.    Kerajaan melancarkan kempen berjimat cermat – berbelanja untuk barang yang perlu sahaja.
PENUTUP
Masyarakat harus sedar akan kepentingan amalan ini.

Thursday, 4 October 2012

TATABAHASA; TEKNIK MENJAWAB PMR

SAMBUNGAN 5; TATABAHASA PMR
Soalan 20

Banyak pepohon kelapa yang sudah tua itu ditebang untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.
A)     banyak pohon-pohon kelapa
B)      pohon-pohon kelapa
C)      pepohon-pepohon kelapa
D)     banyak pepohon kelapa


Rumus Frasa Nama Jamak
                                                       Huraian
KBJ à KNT
·   pelbagai cerita
·   pelbagai cerita-cerita(X)
·   banyak pohon kelapa
·   banyak pepohon kelapa(X)
Dalam Frasa Nama Jamak (FNJ), kata blangan jamak mestilah diikuti oleh kata nama tunggal.


    No.
    Jawapan
                                                               Huraian
    20
          B
·   A salah kerana banyak pohon-pohon terdapat unsur kelewahan bahasa dan tidak menepati Rumus Frasa Nama Jamak.
·   B betul kerana pohon-pohon kelapa menepati Rumus Frasa Nama Jamak.
·   C salah kerana pepohon-pepohon kelapa terdapat unsur kelewahan bahasa dan tidak menepati Rumus Frasa Nama Jamak.
·   D salah kerana pepohon kelapa terdapat unsur kelewahan bahasa dan tidak menepati Rumus Frasa Nama Jamak.






Soalan 21

Sebahagian daripada harta-harta pusaka itu disumbangkan kepada anak-anak yatim.
A)     sebahagian harta
B)      sebahagian dari harta
C)      sebahagian daripada harta
D)     sebahagian daripada harta-harta


Rumus Kata Bilangan Pecahan
                                    Huraian
Kata bilangan pecahan mestilah menggunakan kata sendi nama daripada.
·   sebahagian harta(X)
·   sebahagian daripada harta
Kata bilangan sebahagian terdiri daripada sesetengah, seperempat, separuh, sebahagian dan sebagainya yang bermaksud satu daripada dua bahagian, satu daripada empat bahagian dan sebagainya.


    No.
    Jawapan
                                                               Huraian
    21
          C
·   A salah kerana sebahagian harta tidak menepati rumus kata bilangan pecahan.
·   B salah kerana dari harta tidak menunjukkan ATM.
·   C betul kerana sebahagian daripada harta menepati Rumus Kata Bilangan Pecahan dan menunjukkan KABOS.
·   D salah kerana harta-harta menunjukkan kelewahan bahasa disebabkan sebahagian menunjukkan maksud jamak.


Soalan 22

  I.      Almari yang usang itu dipenuhi majalah-majalah lama.
II.      Ayam kari yang dijual di Restoran Pelita mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para pelanggan.
III.      Sejak bersara dari perkhidmatan tentera, Pak  Jamil mendamar di hutan untuk mengisi masa lapang.
IV.      Setiap hari, Nor Afiqah berkayuh basikal sejauh lima kilometer ke sekolahnya.
A)     I dan II sahaja
B)      III dan IV sahaja
C)      I,III dan IV sahaja
D)     II,III dan IV sahaja


    No.
    Jawapan
                                                               Huraian
    22
          B
·   I salah kerana frasa nama jamak dipenuhi majalah-majalah tidak tepat. Yang betulnya ialah dipenuhi majalah.
·   II salah kerana frasa nama ayam kari tidak menepati Hukum D-M. yang betulnya ialah kari ayam iaitu sejenis lauk atau masakan.
·   III dan IV htiada sebarang kesalahan bahasa.


Soalan 23

  I.      Bangunan pentadbiran baharu Kerajaan Negeri yang teramat cantik itu telah dirasmikan oleh Menteri Besar.
II.      Percikan bunga api itu kelihatan sungguh indah pada malam sambutan Hari Kebangsaan.
III.      Umar meminjam buku cerita yang baharu itu kepada kawannya.
IV.      Kami baharu saja tiba ke pusat peranginan yang terkenal di Pulau Langkawi itu.
A)     I dan II sahaja.
B)      I dan III sahaja
C)      II dan IV sahaja
D)     III dan IV sahaja


    No.
    Jawapan
                                                               Huraian
    23
          A
·   I betul kerana frasa teramat cantik menepati Rumus Frasa Adjektif.
·   II tiada kesalahan bahasa.
·   III salah kerana kata kerja transitif meminjam sepatutnya mempunyai akhiran –kan untuk menunjukkan bahawa objek, iaitu buku, bergerak.
·   IV salah kerana frasa tiba ke tidak tepat. Yang betulnya ialah tiba dii (tiada pergerakan)


Soalan 24

  I.      Janet terbaring keletihan setelah pulang daripada menjaja aiskrim.
II.      Encik Goh memasuki surat itu ke dalam peti surat di pejabat pos.
III.      Saya tidak dapat mendengar apa-apa yang dicakapkan oleh Richard kerana suasana hingar-bingar.
IV.      Warna kain itu telah luput kerana acap kali dibasuh oleh Eunice.
A)     I dan II sahaja
B)      I dan III sahaja
C)      II dan IV sahaja
D)     III dan IV sahaja


Rumus Apitan “men-…-kan” dan “men-…i”
                                  Huraian
Memasuki- objek tidak bergerak, subjek bergerak
Memasukkan- objek bergerak, subjek tidak bergerak
Dalam apitan men-…-kan, subjek yang bergerak.
·   Ali memasuki bilik…(Ali yang bergerak)
Sebaliknya, dalam apitan men-…-kan,objek yang bergerak.
·   Ali memasukkan surat…(surat yang bergerak )