Wednesday, 3 October 2012

TATABAHASA;TEKNIK MENJAWAB PMR

SAMBUNGAN 4 ; TEKNIK MENJAWAB TATABAHASA PMR

Soalan 16

Alisya sekeluarga pulang ke kampung sejak dari seminggu yang lalu untuk berjumpa dengan saudara-mara mereka.
A)     pada seminggu yang lalu
B)      daripada seminggu yang lalu
C)      sejak seminggu yang lalu
D)     sejak dari seminggu yang lalu



Rumus Frasa Sendi Nama
                                                         Huraian
KS à KN
·   sejak dari seminggu(X)
·   sejak seminggu
·   selain daripada itu (X)
·   selain itu
Rumus Frasa Sendi Nama menetapkan bahawa kata sendi nama tidak boleh hadir secara berturutan.


    No.
    Jawapan
                                                               Huraian
    16
          C
·   A salah kerana penggunaan kata sendi nama pada dalam ayat itu tidak tepat. Kalau menggunakan pada, perkataan yang mengikutinya seharusnya minggu.
·   B salah kerana penggunaan kata sendi nama daripada tidak menepati KABOS.
·   C betul kerana kata sendi nama sejak diikuti oleh frasa nama.
·   D salah kerana penggunaan kata sendi nama secara berturutan.


Soalan 17

Daripada sehari ke sehari, Encik Amirul menanti kepulangan anaknya dari luar negara dengan sabar.
A)     dari hari ke sehari
B)      daripada sehari ke hari
C)      dari sehari ke sehari
D)     daripada sehari ke sehari


Rumus Frasa Sendi Nama Berpasangan
                                                 Huraian
Dari … ke …
·   dari Muar ke Melaka
·   dari masa ke masa
·   dari semasa ke semasa
Daripada … kepada…
·   daripada ibu kepada anak
·   daripada orang kepada orang
Sejak … hingga…
·   sejak dahulu hingga kini
Antara … dengan …
·   antara saya dengan Ali
Dari … hingga …
·   dari mula hingga akhir
Dalam frasa sendi nama yang berpasangan, kata sendi nama dari berpasangan dengan kata sendi ke atau hingga, kata sendi nama daripada berpasangan dengan kepada, kata sendi nama sejak dengan hingga dan sebagainya. Selain itu, dalam frasa tersebut terdapat perkataan yang sama mesti dikekalkan seperti …..masa….masa, ….semasa….semasa…. dan sebagainya. Frasa tersebut salah jika ditulis seperti berikut:
·   dari masa ke semasa (X)
·   dari semasa ke masa (X)
·   dari setahun ke tahun (X)
·   daripada seorang kepada orang (X)




    No.
    Jawapan
                                                               Huraian
    17
          C
·   A salah kerana tidak menepati Rumus Frasa Sendi Nama Berpasangan, iaitu perkataan hari mestilah diulang seperti “dari hari ke hari”.
·   B salah kerana kata sendi nama daripada seharusnya berpasangan dengan kata sendi nama kepada.
·   C betul kerana kata sendi nama dari berpasangan dengan kata sendi nama ke dan perkataan sehari diulang.
·   D salah kerana kata sendi nama daripada sepatutnya berpasangan dengan kata sendi nama kepada.


Soalan 18

Pembangunan negara kita hendaklah berteras Rukun Negara.
A)     berteraskan kepada Rukun Negara
B)      berteraskan kepada Rukun Negara
C)      berteraskan Rukun Negara
D)     berteras Rukun Negara


Rumus Frasa Kata Kerja Tak Transitif
                                             Huraian
KKTT à KS
·   melangkah ke
·   melekat pada
KKTT ber-…-kan à KN
·   berbekalkan doa
·   berdasarkan peta minda (X)
Kebanyakan kata kerja tak transitif diikuti oleh kata sendi (KS), contohnya bertanya kepada, bergerak ke, membelok ke, dan bertemu dengan. Selain itu, kata kerja tak transitif (KKTT) yang berapitan ber-…-kan (KKTTber-…-kan) mesti diikuti oleh kata nama (KN). Contohnya, berdasarkan maklumat, berlandaskan agama dan berpandukan peta.


    No.
    Jawapan
                                                               Huraian
    18
          C
·   A salah kerana berteraskan (KKTT) diikuti oleh kata sendi nama kepada.
·   B salah kerana  berteraskan (KKTT) diikuti oleh kata sendi nama pada.
·   C salah kerana berteraskan (KKTT) diikuti oleh kata nama.
·   D salah kerana berteraskan (KKTT) sepatutnya diikuti oleh kata sendi nama pada.


Soalan 19

Akan saya tonton pertandingan itu pada malam ini” beritahu Andrew kepada rakannya.
A)     Akan ditonton oleh saya pertangdingan itu
B)      Akan ditonton pertandingan itu oleh saya
C)      Akan saya menonton pertandingan itu
D)     Akan saya tonton pertandingan itu


Rumus Frasa Kerja Pasif Diri Pertama (RFKP1)
                                             Huraian
KKPD1 à KKP tanpa awalan
·   saya jumpai
·   dijumpai oleh saya (X)
Berdasarkan RFKPD1, kata ganti nama diri pertama hendaklah diikuti oleh kata kerja pasif tanpa awalan  di-.  Selain itu, kata sendi nama oleh yang diikuti oleh frasa nama (FN) tidak diperlukan.


    No.
    Jawapan
                                                               Huraian
    19
          D
·   A salah kerana frasa ditonton oleh saya tidak menepati RFKPD 1.
·   B salah kerana frasa oleh saya tidak menepati RFKPD 1.
·   C salah kerana frasa akan saya menonton tidak menepati RFKPD 1.
·   D betul kerana frasa akan saya tonton menepati RFKPD 1.


Soalan 20

Banyak pepohon kelapa yang sudah tua itu ditebang untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.
A)     banyak pohon-pohon kelapa
B)      pohon-pohon kelapa
C)      pepohon-pepohon kelapa
D)     banyak pepohon kelapa


Rumus Frasa Nama Jamak
                                                       Huraian
KBJ à KNT
·   pelbagai cerita
·   pelbagai cerita-cerita(X)
·   banyak pohon kelapa
·   banyak pepohon kelapa(X)
Dalam Frasa Nama Jamak (FNJ), kata blangan jamak mestilah diikuti oleh kata nama tunggal.


    No.
    Jawapan
                                                               Huraian
    20
          B
·   A salah kerana banyak pohon-pohon terdapat unsur kelewahan bahasa dan tidak menepati Rumus Frasa Nama Jamak.
·   B betul kerana pohon-pohon kelapa menepati Rumus Frasa Nama Jamak.
·   C salah kerana pepohon-pepohon kelapa terdapat unsur kelewahan bahasa dan tidak menepati Rumus Frasa Nama Jamak.
·   D salah kerana pepohon kelapa terdapat unsur kelewahan bahasa dan tidak menepati Rumus Frasa Nama Jamak.


No comments:

Post a Comment

Post a Comment