Wednesday, 4 December 2013

LAWATAN KE HATYAI,THAILAND.

TARIKH ; 26 - 29/11/2013
KENDERAAN; BAS PESIARAN
TAMBANG; 350.00[TERMASUK TEMPAT TINGGAL, MAKAN MINUM]
CORETAN DI HATYAI.
Pada tarikh 26/11,tepat jam 12.00 mlm ,kita bertolak dari Sek Alam Shah[bersama-sama guru SAS].Sepanjang perjalanan,tak nampak apa-apa...cuma kegelapan malam.Cuma kawan di sebelah Cikgu Fadhil tengah tidur dengan muzik yang merduuu.Manakala saya pula,sememangnya tidak boleh tidur..asyik terjaga dan dijaga oleh tayangan video dengan cerita hindustan.Entah siapa yang bawa cerita hindustan..yang melalak jee...mungkin Ustazah Wani![peminat setia..agaknya]Tiba-tiba bas berhenti di R&R[Rozali Rajab] di Tapah.Turun dari bas..buat apa yang patut!Jadi,kami meneruskan perjalanan ,hingga ke perhentian Juru.Kata Cikgu Fadhil,nak ambil Cikgu Koh[SAS].
              Sepanjang perjalanan ,sungguh membosankan sebab tak nampak apa-apa.Tepat jam 6pagi,kami berhenti di R&R Gurun untuk solat Subuh.Selepas tuu..kita bersarapan pagi.Selesai saja bersarapan, kita bertolak ke sempadan..iaitu Padang Besar melalui Pekan Danok.Banyak tapisan perlu dilakukan untuk masuk ke Thailand...lama juga menunggu.Ada seorang kawan,pasportnya ditahan..tetapi dapat diselesaikan juga.Kalau tak...sangkut juga.Syukur alhamdulillah semuanya selamat.
                Kami meneruskan perjalanan hingga ke Hat Yai Hotel iaitu hotel Islam[berdekatan dengan masjid Pakistan].Sebenarnya,sebelum ke hotel kami singgah dibeberapa tempat peranginan..tempatnya cukup cantik.Pada waktu tengah hari ,kami makan tomyam,ikan siakap 3 rasa dan lain-lainlah yang tak dapat disebut namanya.Rasanya sememangnya sedap..rasa Thailand.Manakala pada waktu petang,kami berehat di bilik kerana kepenatan berjalan dan malam...kami berjalan di sekitar Hat Yai bersama kawan-kawan.Kami naik Tuk-Tuk[teksi].Hari yang lain,kami banyak shopping di Plaza dan pasar malam yang harganya lebih murah[ada kualiti] iaitu 100bath bersamaan RM10.00. Maknanya,kami puashati dengan perjalanan ini...hinggalah kami bertolak pada 29/11/13.Tahun depan..insya-Allah ke Phuket dan singgah Pulau yang dihuni penduduk Islam berhampiran Laut Andaman.Nanti,nak kumpul duit dan shopping.....
Foto sepanjang berada di Thailand.[maaf..tak dapat disertakan bersama]

Monday, 30 September 2013

SMK PUTRAJAYA PRESINT 5[1]

PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA PELAJAR UNTUK;
1-CIPTA LAGU PATRIOTIK
II-KARANGAN 1 MALAYSIA

TAHNIAH KEPADA PELAJAR YANG BERJAYA.TERUSKAN USAHA ANDA UNTUK MENGHARUMKAN NAMA SEKOLAH ANDA.

FOTO PENYAMPAIAN HADIAH YANG DISAMPAIKAN OLEH PN UM TAKSIAH,PENGETUA SMKPP 5[1].

              CIPTAAN LAGU PATRIOTIK[PELAJAR TINGKATAN 1]
[FOTO YANG LAIN TIDAK DIKELUARKAN- HARAP MAAF]


Wednesday, 18 September 2013

LATIHAN NOVEL SUKAR MEMBAWA TUAH [TINGKATAN 1 dan PMR]

1.       Berdasarkan novel tingkatan 1,huraikan contoh peristiwa berdasarkan setiap latar di bawah iaitu latar masa,tempat dan masyarakat.

Latar masa –
Contoh peristiwa;
______________________________________________________________________________________________________________
Latar tempat-
Contoh peristiwa;
_____________________________________________________________________________________________________________
Latar masyarakat-
Contoh peristiwa;
________________________________________________________________________________________________________________

2.       Persoalan ;
-keberanian dalam perjuangan
-kasih sayang dalam keluarga
-kegigihan dalam kehidupan

Berdasarkan novel tingkatan 1,huraikan satu contoh peristiwa bagi setiap persoalan yang dinyatakan di atas.
Jawapan;
-keberanian dalam perjuangan,contoh peristiwa- __________________________________________________________________________________________________________
-kasih sayang dalam keluarga, contoh peristiwa-
_________________________________________________________________________________________________________
-kegigihan dalam kehidupan ,contoh peristiwa-
______________________________________________________________________________________________________________.


Nota rujukan,ada dibawah………..

Sinopsis Novel Tingkatan 1 : Sukar Membawa Tuah

Novel Sukar Membawa Tuah mengisahkan kehidupan Adit sebagai seorang anak Orang Asli yang mundur dari segi pelajaran. Kampung Bakai di kaki Bukit Lokan merupakan penempatan masyarakat Orang Asli suku Jahut. Terdapat kira-kira 25 keluarga yang menghuni penempatan ini. Masyarakat Orang di sini masih berpegang kuat pada kepercayaan tradisi dan kurang berhubung dengan dunia luar. Mereka hidup dalam kemiskinan dan rumah yang didiami hanyalah bangsal yang sempit dan daif, sekadar untuk berteduh siang dan malam.
                        Pak Katan merupakan ketua keluarga yang masih bergantung hidup pada hasil hutan untuk menyara keluarganya. Awal-awal pagi, Pak Katan telah bersedia untuk ke hutan bersama-sama anaknya, Adit. Isterinya, Mak Tawi menyediakan ubi kayu rebus dan air kopi pahit sebagai sarapan dan bekalan mereka ke hutan. Sebelum ke hutan, Adit pergi ke sungai dahulu untuk melihat belat yang dipasang untuk menangkap ikan.
                        Dalam perjalanan ke hutan, Adit cuba menyatakan hasratnya untu bersekolah demi membela nasib keluarga dan masyarakat Orang Asli. Adit juga menyatakan hasil hutan semakin berkurangan akibat pembalakan. Adit teringat akan cerita kawannya, Akeh yang menyatakan keseronokan bersekolah dan timbul keinginan di hati Adit untuk turut bersekolah. Namun begitu, hasrat Adit ditentang oleh ayahnya dengan alasan Adit perlu meneruskan tradisi keluarga dengan mencari hasil hutan, menyebabkan Adit berasa kecewa dan berdiam diri semasa berada di rumah.
Perubahan Adit disedari oleh ibu bapanya. Akhirnya Pak Katan memahami hasrat anaknya untuk bersekolah lalu pergi ke pekan untuk mendaftarkan persekolahan Adit. Adit diterima oleh pihak sekolah tetapi malangnya Adit tidak dapat tinggal di asrama kerana tiada kekosongan. Adit berasa kecewa lalu pergi ke tebing sungai. Di situ, dia berjumpa dengan Tijah. Tijah berjaya memujuk Adit supaya bersabar.
                      Suatu malam, ketika hujan lebat, Pak Katan menjumpai seekor rusa dara yang cedera berteduh di bawah bangsal mereka. Pak Katan menjual rusa tersebut kepada Ah Tong dan wang yang diperolehi digunakan untuk menampung perbelanjaan persekolahan Adit dan keluarganya. Ah Tong turut menawarkan bantuan untuk menumpangkan Adit ke sekolah pada setiap hari. Walaubagaimanapun, Adit terpaksa berkorban kerana harus bangun seawal empat pagi dan pulang dengan menumpang lori balak. Adit rela demi menuntut ilmu.
Pak Katan menasihati Adit supaya belajar bersungguh-sungguh. Adit terpaksa belajar bersama murid darjah satu walaupun usianya sudah menjangkau sepuluh tahun. Namun, Adit tidak berasa malu. Selama dua bulan Adit perlu bangun awal pagi dan pulang lewat petang kerana menumpang lori balak Pak Atan. Lama-kelamaan, kesihatan Adit semakin merosot akibat kepenatan kerana menempuh perjalanan sejauh empat jam untuk pergi dan pulang dari sekolah tetapi Adit tidak pernah bersunggut.
                         Pada suatu hari, Mak Tawi berasa berdebar-debar dan berasa seperti sesuatu yang buruk akan berlaku. Sehingga lewat senja, Adit masih tidak pulang ke rumah. Mak Tawi dan Pak Katan berasa sangat risau lalu meminta bantuan Tok Batin Ahboi dan orang kampung untuk mencari Adit. Setelah empat jam mencari, akhirnya mereka menjumpai Adit di dalam gaung dengan kecederaan parah pada kaki dan kepalanya manakala Ah Tong pula telah meninggal dunia.
                        Adit terlantar selama dua bulan di hospital dan akibat kemalangan itu, kakinya menjadi tempang. Namun, keadaannya itu tidak melemahkan semangat Adit untuk belajar. Akhirnya, Adit diterima untuk tinggal di asrama dan berkongsi katil dengan Akeh. Adit telah memperolehi 3A dalam peperiksaan UPSR dan ditawarkan ke sekolah berasrama penuh. Walaubagaimanapun, Adit menolak tawaran itu kerana memikirkan keadaan ibu dan bapanya. Adit dan Akeh telah membuktikan bahawa dengan mempunyai ilmu, hidup mereka akan lebih bermakna. Mereka tidak mahu lagi tertinggal dalam arus pembangunan.
Tema
Tema novel ini ialah tentang kegigihan remaja berketurunan Orang Asli yang bercita-cita tinggi untuk mendapatkan ilmu kerana ingin mengubah kehidupan dan pekerjaan tradisi keluarganya. Buktinya, Adit anak Pak Katan yang berusia 10 tahun dapat melangkah ke sekolah menengah dengan keputusan 3A dalam UPSR, walaupun menghadapi kesukaran dalam kehidupan.  Walaupun dia ditawarkan untuk belajar di sekolah berasrama penuh, namun begitu, Adit enggan menerimanya kerana keadaan keluarganya yang susah.  Dalah hal ini, Adit berpendapat  bahawa sekolah tempat  tidak penting,  bagi Adit asalkan  seseorang itu berusaha pasti dia boleh berjaya.
Persoalan
Antara persoalan yang dikemukakan dalam novel Sukar Membawa Tuah ialah persoalan tentang pentingnya  kemajuan dalam pelajaran untuk mengubah nasib keluarga. Contohnya, Adit mempunyai semangat dan kesedaran untuk bersekolah kerana menyedari betapa pentingnya ilmu untuk mengubah kehidupan keluarganya yang miskin dan ketinggalan arus pembangunan.
Selain itu terdapat juga persoalan tentang kemiskinan masyarakat Orang Asli yang tinggal di kawasan pedalaman kerana mereka hanya bergantung pada hasil alam sebagai sumber pendapatan. Misalnya, masyarakat Orang Asli di kaki Bukit Lokan yang hidup dalam kemiskinan dan kemunduran.  Rumah mereka dalam keadaan daif dan pada waktu malam rumah mereka hanya diterangi dengan pelita minyak.  Sumber air mereka ialah dari sungai.
Di samping itu, persoalan tentang sikap saling membantu dalam kalangan masyarakat merentasi sempadan bangsa, agama dan budaya. Contohnya, Ah Tong yang berbangsa Cina menolong Adit dengan menumpangkan  Adit pergi  ke sekolah dan balik ke rumah setelah tamat masa persekolahan.
WATAK UTAMA.
ADIT
-Anak sulung Pak Katan dan Mak Tawi.
-berketurunan Orang Asli yang tinggal di Kampung Bakai yang terletak di kaki bukit lokan.
PERWATAKAN
Perwatakan Adit
 Huraian dan contoh
Ringan tulang
Pada waktu pagi,Adit menolong ayahnya,Pak Katan mencari hasil hutan seperti damar,gaharu,rotan, dan tumbuhan ubat-ubatan.Pada waktu petang pula,dia pergi ke sungai untuk menjenguk belat yang dipasang untuk mendapatan ikan.
Bercita-cita tinggi
Adit bercita-cita tinggi hendak mengubah nasib keluarganya dan masyarakat Orang Asli.Oleh itu,langkah pertama yang mesti dilakukan adalah dengan menuntut ilmu.
Berani
Adit budak yang berani kerana dia mendayung perahu di sungi seorang diri untuk belat yang dipasang

WATAK  SAMPINGAN.
PAK KATAN.
-Ayah kepada Adit dan suami kepada Mak Tawi.
-Orang Asli berketurunan Jahut yang tinggal di Kg Bakai ,kawasan hutan BukitLokan.
PERWATAKAN.
Perwatakan Pak Katan
Huraian dan contoh
Berani
Pak Katan berani masuk ke dalam kawasan hutan bersama anaknya Adit untuk mencari dammar,gaharu dan rotan.
Prihatin
Pak Katan sangat prihatin terhadap Adit. Dia sanggup berjumpa dengan pihak sekolah untuk mendaftarkan anaknya bersekolah walaupun sudah lewat.
Penyayang
Pak Katan sangat saying akan anaknya,Adit. Dia sanggup mencari Adit yang tidak pulang selepas waktu persekolahan. Dia juga sanggup menunggu Adit yang terlantar di hospital selama dua bulan.



LATAR
                        LATAR
HURAIAN DAN CONTOH


Latar Masyarakat
Masyarakat yang bekerja sebagai pembalak
Masyarakat yang terdiri daripada pekerja balak.Mereka kebanyakannya tinggal di rumah kongsi yang dibina di tepi hutan.
Masyarakat pelajar
Masyarakat pelajar yang terdiri daripada anak Orang Asli yang sedang belajar di sebuah sekolah di pekan.Antaranya ialah Akeh dan Adit.
Masyarakat Cina
Masyarakat Cina yang terdiri daripada Ah Tong yang bekerja sebagai penyelia balak dan tauke Cina yang membeli hasil hutan daripada Orang Asli.



Tempat
Kg Bakai
Kg Bakai terletak di kaki bukit Lokan.Rata-rata penduduknya ialah masyarakat orang asli berketurunan Jahut.
Rumah Orang Asli
Rumahnya terdiri daripada bangsal yang sempit dan daif.Tiangnya daripada kayu bulat,berlantaikan nibung belah, berdindingkan kulit bayas dan buluh, dan beratapkan rumbia.
Asrama Jururawat
Terletak di kawasan hospital.Pihak hospital membenarkan Pak Katan dan Mak Tawi tinggal di asrama ini untuk menjaga Adit yang terlantar di hospital.



Masa
Petang
Adit pergi ke sungai untuk mengangkat belat yang dipasangnya.Dia akan mengambil ikan di dalam belat dan memasukkannya ke dalam bakul. Semua ikan itu diserahkan kepada ibunya untuk dimasak.
Musim Kemarau
Pada musim ini laluan balak akan berdebu. Keadaan ini menyebabkan pakaian Adit menjadi kotor kerana dia menaiki lori balak untuk pulang ke rumah.
Lima pagi
Setiap hari pada pukul lima pagi, Ah Tong keluar ke pekan dengan jipnya untuk mengambil minyak dan membawa Adit ke sekolah.






NILAI DAN PENGAJARAN.


HURAIAN DAN CONTOH



NILAI
Kasih sayang
Kasih saying anak terhadap ibu bapa.Adit sangat menyayangi ibu bapanya.Dia sanggup menolak tawaran belajar di sekolah berasrama penuh.
Rasional
Adit berfikiran rasional kerana menganggap pelajaran sangat pentng.Orang Asli perlu mengalami perubahan dalam pendidikan.
Berani
Berani seorang bapa,Pak Katan berani ke hutan seorang diri walaupun sudah tua demi mencari rezeki bagi menyara kehidupan keluarganya.


PENGAJARAN
Kita hendaklah menghormati ibu bapa
Adit selalu menghormati kedua-dua ibu bapanya.
Kita hendaklah sentiasa tabah
Adit tabah menghadapi ujian dan kesukaran dalam hidupnya demi mengejar cita- citanya untuk maju dalam pelajaran.
Kita hendaklah bersyukur
Kita hendaklah bersyukur apabila terselamat daripada malapetaka seperti kemalangan dan apabila Berjaya dalam pelajaran.


Tuesday, 27 August 2013

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG [APC]


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
2012
27 OGOS 2013[SELASA]
DEWAN SRI SIANTAN
KOMPLEKS PERBADANAN PUTRAJAYA.

FOTO-FOTO ANUGERAH.

                                   EN ROZALI BERSAMA PENGARAH PELAJARAN,TN HJ JAMALUDDIN BIN YUSUFF[JPWPP,PUTRAJAYA]



 
PENERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG[APC] 2012

Friday, 16 August 2013

SANTAPAN MINDA






Tarikh 3 Ogos merupakan tarikh yang sentiasa ditunggu-tunggu oleh pelajar dan guru.Pada tarikh tersebut bermulalah cuti persekolahan untuk menyambut Hari untuk Raya Aidlfitri sehinggalah persekolahan dibuka pada 19 Ogos 2013. Walaupun cuti persekolahan, tetapi puasa tidak boleh cuti.Tetap diteruskan...kecuali yang uzur. Bermacam-macam cara untuk memenuhi 10 malam terakhir pada bulan Ramadan, ada yang berada di masjid dan surau dengan membaca alQuran,mendengar tazkirah,membersihkan surau dan masjid,menyediakan majlis berbuka di masjid dan berbagai-bagai lagi.... untuk mencari pahala.Semoga Allah memberkati hamba-hamba yang sentiasa mengingati-Nya.Amin. Bagi diri Cikgu,selain yang dinyatakan di atas,mempunyai cara tersendiri untuk santapan minda.Semasa bertugas,cikgu tiada masa menjaga,membelai,memberi kasih sayang,dan sebagainya...terhadapmu..tumbuh-tumbuhan yang menghijau.Sememangnya,cikgu bersama isteri mempunyai hobi yang sama untuk memanjakan bunga.Kehijauan,kesuburan dan berbunga....memberi satu kepuasan yang tidak terhingga di minda ini.Kepuasan dan ketenangan.....apabila melihat tumbuh-tumbuhan terus menjadi.Itulah hebatnya kebesaran Allah...walaupun ditanam di tanah yang sama tetapi tumbuh-tumbuhan mengeluarkan bunga dan bau yang berbeza....fuhh..terasa nikmat yang Allah ciptakan. Setiap petang,bersama isteri..pokok bunga sentiasa disiram dan dibajai...manakala anak-anak sentiasa sibuk menyediakan juadah berbuka puasa.Terima kasih anakanda kerana sudah pandai memikul tanggungjawab apabila berada di dapur....masakan anakanda menyamai masakan bonda.Tahniah! Berbalik kepada tanaman bunga...merupakan aktiviti wajib bagi cikgu dan isteri setiap petang.Cara ini merupakan salah satu cara untuk merehatkan otak kita setelah penat bertugas selain kita beribadat kepada Allah.Bunga-bungaan merupakan santapan minda...pada waktu cikgu keletihan dan kepenatan yang tidak terhingga. Oleh itu perbanyak muhasabah diri, jiwa akan tenang. Ingat terapi minda bukan sekadar di tikar sejadah sahaja, bercucuk tanam dan menanam bunga juga terapi minda. Badan sihat dan fikiran pun sihat. Insya-Allah....

Wednesday, 17 July 2013

MENGULANG KAJI PELAJARAN PMR; NOVEL TINGKATAN 1

TAJUK; SUKAR MEMBAWA TUAH

SINOPSIS BAB DEMI BAB

Bab Satu: Inilah Dunia Kami

Sebaik sahaja sang suria memancarkan sinarnya, Pak Katan sudah bersiap sedia pergi ke hutan untuk memulakan pekerjaan yang menjadi rutin kehidupannya, mencari rotan di dalam hutan. Adit turut bersama-sama ayahnya mencari rotan di dalam hutan pada pagi itu. Adit yang sudah lali dengan kerja itu  menyediakan tali untuk mengikat rotan yang diperoleh nanti. Sebelum itu, Adit pergi ke sungai terlebih dahulu untuk mengangkat belat yang dipasang oleh ayahnya untuk mendapat  ikan yang banyak.  Nasib menyebelahinya kerana belat yang dipasang dipenuhi ikan-ikan yang terlekat. Kemudian, dia meletakkan belat tersebut kembali lalu mendayung sampannya pulang ke rumah, serta bersiap-siap untuk menemani ayahnya pergi ke hutan selepas sarapan pagi.

Bab Dua : Rutin Harian Adit Bermula

Adit dan ayahnya pergi ke hutan. Adit tidak menghiraukan keadaan pakaiannya yang sudah lusuh, lantaran menyedari kemiskinan hidupnya. Mereka mendamar dan mengutip hasil hutan untuk dijual dan hasil jualannya nanti hanya  cukup  untuk membeli makanan dan keperluan harian sahaja, tetapi tidak cukup untuk membeli pakaian baru.
Masyarakat Orang Asli menjual hasil hutan yang mereka peroleh kepada tauke Cina. Oleh sebab tahap pendidikan mereka yang rendah dan kemudahan infastruktur dalam keadaan yang sangat menyedihkan, maka kehidupan mereka dihimpit kemiskinan dan serba kekurangan. Pekan terhampir terletak kira-kira 30km dari kampung mereka.  Oleh hal yang demikian, barang keperluan hanya diperoleh melalui pekerja balak yang berulang-alik dari kampung mereka ke pekan. Namun begitu,  mereka tetap selesa hidup di sini dengan sedikit bantuan daripada agensi kerajaan.
Masyarakat di situ masih berpegang teguh pada kepercayaan nenek moyang dan sanggup bermati-matian untuk mempertahankan tempat tinggal yang diwarisi daripada nenek moyang mereka. Namun begitu, penerokaan hutan untuk aktiviti pembalakan kian menghimpit kehidupan mereka.  Misalnya, Adit masih tidak bersekolah biarpun sumurnya sudah hampir 11 tahun, sementelahan ayahnya yang mementingkan pengetahuan tentang hutan sebagai asas pendidikan Adit.
Adit menimbulkan persoalan tentang kepupusan hasil hutan dan musibah yang bakal menimpa mereka.  Walau bagaimanapun persolan itu dinafikan oleh ayahnya yang tidak sedar akan realiti itu. Dalam pada itu, Adit teringat akan Akeh, satu-satunya rakannya yang bersekolah.  Akeh tinggal di asrama dan dibiayai oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli.  Akeh bercita-cita ingin menjadi jurutera untuk membolehkannya berbakti kepada masyarakat orang asli.  Minat  untuk bersekolah timbul dalam perasaan Adit apabila dia diajak bersekolah  dan apabila mendengar cerita-cerita tentang alam persekolahan Akeh.  Namun demikian, keinginannya untuk bersekolah tidak dinyatakan oleh Adit kepada ayahnya.

Bab Tiga: Impian Adit

Bab ini berkisar tentang cerita Adit yang terlalu ingin bersekolah. Hasratnya itu akhirnya diluahkan kepada ayahnya  semasa mereka berakit membawa rotan. Namun begitu, hasratnya itu dibantah oleh ayahnya yang masih mementingkan tradisi kehidupan mereka.  Ayah Adit tidak melihat tujuan anaknya ialah  untuk engubah nasib keluarga mereka.  Jauh di sudut hatinya, Pak Katan memahami hasrat Adit, tetapi pada masa yang sama dia mahu Adit mengikut jejak langkahnya.
Pak Katan tidak memberi repons terhadap permintaan anaknya itu hingga membuat Adit berubah sikap.  Hal ini menyebabkan Mak Tawi berasa hairan lalu bertanyakan punca yang menyebabkan anaknya begitu pada Pak Katan. Sementara itu, Adit teringat kembali akan kedatangan pegawai penerangan ke kampung mereka dan sikap masyarakat mereka yang endah tak endah terhadap dasar kerajaan.
Mak Tawi cuba memujuk Adit, tetapi Adit sudah tidur lena. Pada pagi keesokannya, Pak Katan tidak  pergi ke hutan sebalik dia pergi ke pekan. Niat Pak Katan pergi ke pekan tidak diketahui oleh Adit, kerana dia  tidak menjawab apabila ditanya oleh Adit.

Bab Empat: Dugaan bagi Adit

Adit berurusan dengan tauke Cina yang ingin membeli hasil hutan  yang dijualnya sebelum mengangkat belat di sungai.  Adit berbuat demikian untuk mendapatkan ikan yang melekat pada belat tersebut. Ayah Adit, Pak Katan yang baharu sahaja pulang dari pekan membawa khabar gembira tentang Adit yang akan mula bersekolah, namun demikian ayahnya gagal mendapatkan kemudahan asrama baginya. Oleh hal yang demikian, Adit sukar bersekolah sebab masalah pengangkutan kerana jarak sekolah yang jauh dari kampungnya. Kekecewaan terpancar pada wajah Adit yang begitu teringin bersekolah. Namun begitu, semasa menenangkan diri di sungai, Tijah rakan baiknya, datang  untuk memujuknya dan berjanji untuk berbincang dengan bapanya (Tuk Batin) mengenai cara untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Adit.
Hujan lebat yang turun pada malam itu begitu merisaukan hati Pak Katan.  Pak Katan risau akan rezekinya kerana tidak  dapat pergi ke hutan pada keesokan harinya, tambahan pula belat yang ditahannya di sungai belum diangkat lagi. Satu perkara yang menambahkan kebuntuannya lagi ialah cara untuk menyelesaikan masalah persekolahan anaknya.  Adit, termenung bersendirian tatkala memikirkan impiannya itu.

Bab Lima: Riak ceria buat Adit.

Hujan masih turun dengan lebat lagi.  Hal ini  menyebabkan sebahagian daripada rumah terkena tempias air hujan. Adit diarahkan oleh ayahnya mencari kain guni untuk menutup dinding dan ruang terbuka. Walau bagaimanapun,  apabila hujan berhenti pada pagi itu mereka mendapat rezeki yang tidak pernah diduga.  Sekor rusa yang dalam keadaan cedera terbaring di bawah rumah mereka.  Rusa yang masih bernyawa itu dijual Pak Katan kepada Ah Tong, penyelia pekerja balak.
Ah Tong berasa harian apabila melihat Adit tidak pergi ke sekolah biarpun sudah mendaftar, namun begitu setelah  Pak Katan menjelaskan bahawa Adit tidak mendapat tempat untuk tinggal di asrama, maka Ah Tong memahaminya dan dia mempelawa Adit menumpang kenderaannya untuk ke sekolah.  Adit begitu gembira kerana Ah Tong sudi menolongnya.

Bab Enam:  Adit mula ke sekolah

Pada hari keesokannya, Adit memulakan pesekolahannya.  Segala keperluannya telah dibelikan oleh Pak Katan di pekan. Dia gembira dengan suasana sekolah dan berazam untuk berusaha bersungguh-sungguh. Adit menceritakan  suasana persekolahannya kepada Tijah.  Tijah teringin juga bersekolah tetapi akur akan kehendak ayahnya yang inginkan dia berkahwin jika bertemu jodoh beberapa tahun yang akan datang. Adit ada hati ingin menghebohkan bahawa dia  sudah bersekolah kepada masyarakat di kampungnya, namun begitu dia membatalkan hasratnya, kerana  menyedari sikap negatif penduduk di situ akan pendidikan.
Ayah dan ibunya gembira apabila melihat Adit yang mencuba memakai pakaian baru. Lebih mengembirakan lagi apabila ayahnya juga memberitahu bahawa dia sudah bekerja sebagai pembantu di kem pembalakan dengan upah yang lebih baik lagi daripada pendapatan memungut hasil hutan. Adit begitu gembira. Ibu bapanya  menasihati Adit supaya menjaga diri dan tidak menimbulkan masalah di sekolah.

Bab  Tujuh: Hari Pertama ke Sekolah

Hari pertama ke sekolah, Adit mandi pada pukul 4 pagi di sungai untuk pertama kalinya.  Pagi itu dia dijemput oleh Ah Tong dengan jipnya. Oleh sebab tiba terlalu awal dia tertidur di depan pintu pagar sekolah. Pak Kassim, pengawal  keselamatan sekolah yang terkejut melihat Adit tertidur, mengajak Adit bersarapan.  Mereka bersarapan sambil berbicara tentang rakannya Akeh, pada masa yang sama  Pak Kassim menyatakan kesudiannya uktuk Adit.
Di dalam kelas, Adit jauh lebih tua daripada rakan-rakannya.  Selain itu, dia juga  sering diberi perhatian oleh gurunya kerana tidak tahu membaca dan menulis.  Apabila masa persekolahan tamat, dia bertemu dengan Akeh dan mereka pun pulang menaiki lori balak Ah Tong.
Adit mula serasi dengan rutin hariannya mengejar masa untuk ke sekolah.  Dalam pada itu, dia berusaha untuk meningkatkan prestasinya dalam pelajaran. Adit berpeluang untuk melompat kelas.  Hal tersebut telah menggembirakan gurunya. Namun begitu, Adit sering keletihan, kesihatannya terganggu.  Hal ini menyebabkan dia  semakin kurus, namun, tidak dia pernah mengeluh.

Lapan:  Dugaan Terus Menimpa

Sepanjang dua bulan Adit bersekolah, dia tidak pernah ponteng.  Dia masih menumpang kenderaan Ah Tong untuk ke sekolah pada pagi itu. Sementara itu, Mak Tawi berasa tidak sedap hati. Menjelang petangnya pula Adit tidak pulang lagi sedangkan ayahnya sudah datang di rumah. Apabila melihat hari menjelang gelap, Pak Katan mengadu  hal tersebut kepada Tok Batin.  Tok Batin mengarahkan penduduk kampung mencari Adit. Setelah lima jam mencari  baru mereka mengetahui rupa-rupanya, jip Ah Tong terbabas lalu masuk ke dalam gaung. Adit cedera parah , manakala Ah Tong mati di tempat kejadian.
Adit dihantar ke hospital dengan lori balak.  Dia telah kehilangan darah yang banyak serta kakinya patah. Di rumah, Mak Tawi yang tertunggu-tunggu bersama Mak Ca didatangi Bong yang memberitahu Adit sudah ditemui dan berada di hospital. Di hospital Pak Katan menanti masa untuk melihat keadaan Adit yang dirawat di bilik ICU. Dua jam kemudian, doktor mengatakan bahawa  Adit dalam keadaanyang kian stabil.

Bab Sembilan:  Mendung Berarak Pergi.

Adit terlantar di hospital selama dua bulan.  Dia dijaga oleh ibu bapanya yang dibenarkan tinggal di asrama jururawat. Sementara itu, adik-adiknya dijaga oleh isteri Tok Batin. Dia akhirnya sembuh, namun begitu kakinya telah tempang.  Akan tetapi kecacatannya itu tidak mematahkan semangatnya untuk meneruskan persekolahan. Kesungguhan Adit ini telah mendapat perhatian daripada pihak sekolah dan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli yang memberikan bantuan dengan menawarkan tempat untuknya di asrama.  Dia boleh berkongsi katil dengan Akeh. Adit bersetuju dan menumpukan perhatiannya terhadap pelajaran sehingga mendapat tempat pertama dalam kelasnya setelah keputusan peperiksaan diketahui.
Setelah enam tahun peristiwa itu sudah dan kini semakin ramai anak Orang Asli yang bersekolah mengikut jejak langkah Adit. Adit melangkah ke sekolah menengah dengan keputusan 3A dalam UPSR. Walaupun ditawarkan untuk bersekolah di sekolah berasrama penuh, namun begitu Adit menolak tawaran tersebut kerana menyedari kemiskinan keluarganya. Adit  berpendapat walaupun dia belajar di sekolah biasa, dia tetap boleh berjaya asalkan dia rajin berusaha.
Tema
Tema novel ini ialah tentang kegigihan remaja berketurunan Orang Asli yang bercita-cita tinggi untuk mendapatkan ilmu kerana ingin mengubah kehidupan dan pekerjaan tradisi keluarganya. Buktinya, Adit anak Pak Katan yang berusia 10 tahun dapat melangkah ke sekolah menengah dengan keputusan 3A dalam UPSR, walaupun menghadapi kesukaran dalam kehidupan.  Walaupun dia ditawarkan untuk belajar di sekolah berasrama penuh, namun begitu, Adit enggan menerimanya kerana keadaan keluarganya yang susah.  Dalah hal ini, Adit berpendapat  bahawa sekolah tempat  tidak penting,  bagi Adit asalkan  seseorang itu berusaha pasti dia boleh berjaya.
Ringkasannya;
Tema :
Kegigihan remaja orang Asli yang bercita-cita tinggi untuk mendapatkan ilmu kerana ingin mengubah kehidupan dan pekerjaan tradisi keluarga.

Persoalan
Antara persoalan yang dikemukakan dalam novel Sukar Membawa Tuah ialah persoalan tentang pentingnya  kemajuan dalam pelajaran untuk mengubah nasib keluarga. Contohnya, Adit mempunyai semangat dan kesedaran untuk bersekolah kerana menyedari betapa pentingnya ilmu untuk mengubah kehidupan keluarganya yang miskin dan ketinggalan arus pembangunan.
Selain itu terdapat juga persoalan tentang kemiskinan masyarakat Orang Asli yang tinggal di kawasan pedalaman kerana mereka hanya bergantung pada hasil alam sebagai sumber pendapatan. Misalnya, masyarakat Orang Asli di kaki Bukit Lokan yang hidup dalam kemiskinan dan kemunduran.  Rumah mereka dalam keadaan daif dan pada waktu malam rumah mereka hanya diterangi dengan pelita minyak.  Sumber air mereka ialah dari sungai.
Di samping itu, persoalan tentang sikap saling membantu dalam kalangan masyarakat merentasi sempadan bangsa, agama dan budaya. Contohnya, Ah Tong yang berbangsa Cina menolong Adit dengan menumpangkan  Adit pergi  ke sekolah dan balik ke rumah setelah tamat masa persekolahan.
Akhir sekali, terdapat juga persoalan tentang semangat kekitaan dan bekerjasama dalam kalangan masyarakat. Tamsilnya, guru-guru di sekolah membantu Adit agar tidak ketinggalan dalam pelajaran.  Apabila Adit terlibat dalam kemalangan pula, pekerja-pekerja balak bekerjasama dengan penduduk kampung Orang Asli mencari Adit.
Nota Ringkasannya;
Persoalan :
1. Sikap masyarakat orang Asli yang kurang mementingkan pendidikan anak mereka.
2. Masyarakat pedalaman yang miskin kerana hanya bergantung pada hasil alam sebagai sumber pendapatan.
3. Sikap saling membantu yang ditonjolkan tanpa mengenal erti bangsa, agama dan budaya.
4. Kepercayaan kepada mistik, kuasa jahat dan pawang.
Watak dan perwatakan :
1.      Adit (Utama) : Anak Pak Katan, berusia 10 tahun, berbadan kurus, bersemangat kuat, sangat rajin, menghormati orang tua, suka membantu, berani dan berfikiran luas.
Watak-watak Sampingan
  1. Pak Katan : Ayah Adit, berusia, kuat dan rajin berusaha, mengambil berat terhadap anaknya.
  2. Mak Tawi : Ibu Adit, isteri Pak Katan, rajin, mengambil berat terhadap anaknya.
  3. Akeh : Kawan baik Adit, bersekolah dan tinggal di asrama, pengawas, bercita-cita tinggi.
  4. Tijah : anak Tok Batin, cantik, bijak dan matang.
  5. Ah Tong : Penyelia pekerja balak, suka membantu.
Latar Tempat :
  1. Kampung Bakai, Bukit Lokan.
  2. Rumah Pak Katan
  3. Tepi sungai
  4. Hutan
  5. Di dalam gaung.
  6. Sekolah
Latar Masyarakat
  1. Masyarakat yang kurang mementingkan pendidikan.
  2. Masyarakat orang Asli yang percaya kepada alam mistik seperti roh jahat.
  3. Masyarakat orang Asli yang bergantung pada hasil hutan.
  4. Masyarakat orang Asli yang sudah semakin terbuka minda mereka

Nilai
  1. Kasih sayang
  2. Kerajinan
  3. Bekerjasama
  4. Tolong-menolong
  5. Bercita-cita tinggi