Thursday, 31 January 2013

Sejauh mana Teori Mekanis Membantu Proses Pemerolehan Bahasa Kanak-Kanak [diselenggarakan oleh Encik Rozali Rajab]

PEMEROLEHAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA

BBM  5401






TAJUK :


Sejauh mana Teori Mekanis Membantu Proses Pemerolehan Bahasa Kanak-Kanak





NAMA                 :  SARIFAH RAFEAH BT YA’ACOB

                                 AZIZAH BT ABDUL GHANI
PROGRAM         :  MASTER  BAHASA  MELAYU

SEMESTER       :  2 ( JUL 2007 /NOV 2007 )

PENSYARAH    :  DR. VIJAYALETCHUMY A/P SUBRAMANIAM







Sekolah Pengajian Siswazah
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Universiti Putra Malaysia

ABSTRAK


Pemerolehan bahasa kanak-kanak boleh berlaku dalam banyak keadaan. Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi pemerolehan bahasa seseorang kanak-kanak. Antara faktor-faktor tersebut ialah faktor perorangan, faktor persekitaran, faktor bakat bahasa, faktor variasi individu, dan faktor bimbingan dan motivasi.
            Pemerolehan bahasa yang berbeza dalam kalangan kanak-kanak ini menyebabkan terdapat pelbagai tahap penguasaan bahasa yang berbeza-beza antara seorang kanak-kanak dengan seorang kanak-kanak yang lain. Dalam hal ini, pengalaman penulis sendiri telah menemui bahawa terdapat dua orang kanak-kanak yang usianya lebih kurang sama telah mempunyai tahap penguasaan bahasa yang berbeza. Penulis mengesyaki faktor persekitaran menjadi penyebab hal ini berlaku. Telahan ini disokong pula oleh perbezaan persekitaran keluarga di mana kedua-dua kanak-kanak ini membesar. Kebolehan kanak-kanak terbabit didapati mempunyai perbezaan yang amat ketara dalam mengungkap ayat-ayat tertentu dalam komunikasi harian mereka sama ada dari segi jumlah ayat yang digunakan mahupun variasi ayat yang dibina. Perbezaan tahap penguasaan bahasa kanak-kanak yang ketara ini mengundang keinginan penulis untuk membuat kajian secara lebih mendalam untuk mengesan faktor-faktor yang menyebabkan perkara tersebut berlaku.
Bagi membuktikan kebenaran hipotesis, penulis telah memilih tajuk kerja kursus,’Sejauh Mana Teori Mekanis Membantu Proses Pemerolehan Bahasa Kanak-Kanak’. Penulis telah memilih kerangka teori mekanis untuk menjalankan kajian

1

kerana teori itu dianggap sesuai dengan hipotesis kajian di mana faktor persekitaran
dianggap punca perbezaan tahap penguasaan bahasa kanak-kanak tersebut. Penulis telah memilih dua orang kanak-kanak sebagai subjek kajian. Kedua-dua orang kanak-kanak ini membesar di kawasan yang sama namun persekitaran dan latar belakang keluarganya berbeza.
Penulis telah menggunakan kaedah pemerhatian, dan kaedah kajian perpustakaan untuk mengumpul bahan dan maklumat bagi menyelesaikan kajian ini. Analisis dilakukan terhadap rangsangan dan ujaran-ujaran yang dihasilkan oleh subjek kajian sewaktu proses tersebut berlangsung. Penulis merekodkan bentuk-bentuk rangsangan dan ayat-ayat yang dihasilkan setiap kali proses tersebut berlaku. Jenis-jenis ayat yang dihasilkan, kekerapan penghasilan ujaran juga diambilkira. Penulis amat berkeyakinan proses pemerolehan bahasa lebih giat berlaku dalam persekitaran yang merangsang kepada aktiviti perubahan tingkah laku dengan penghasilan ujaran-ujaran.










2
PENGENALAN
A         LATAR BELAKANG KAJIAN
Setiap kanak-kanak dilahirkan dengan daya untuk memahami alam sekitarnya. Dengan memahami alam sekitarnya, seseorang kanak-kanak itu dapat membezakan sesuatu kejadian dengan kejadian alam yang lain. Pemahaman dan pengertian akan alam di sekitarnya itu sebahagian besarnya dipengaruhi oleh bahasa. Hanya dengan pengetahuan bahasa sahajalah kanak-kanak itu boleh menimbulkan konsep-konsep atau pengertian-pengertian tertentu yang dapat disampaikan kepada orang lain. Bahasa ialah alat yang digunakan oleh manusia untuk berhubung di antara satu sama lain dengan menggunakan bunyi-bunyi ujaran yang terdapat dalam tubuh badan manusia. Bahasa adalah tingkah laku manusia melalui ucapan yang sekian lama menjadi kajian dan penyelidikan ahli-ahli psikologi. Kalau kita perhatikan betul-betul memang tidak ada satu pun kegiatan manusia yang tidak membabitkan bahasa kerana setiap kegiatan manusia terkeluar daripada hasil pemikiran dan bahasa merupakan wahana yang dapat digunakan bagi mengungkap setiap perkara .
           
B         PERMASALAHAN KAJIAN
Pada peringkat awal kajian ini, penulis telah membuat pemerhatian  terhadap dua orang kanak-kanak yang berusia dalam lingkungan yang sama iaitu kanak-kanak A yang berusia 2 tahun  11 bulan dan kanak-kanak B yang berusia 2 tahun 9  bulan. Pada usia yang sedemikian kanak-kanak tersebut telah boleh menguasai peringkat penguasaan bahasa keempat. Kanak-kanak ini telah boleh bertutur dengan menggunakan ayat kompleks yakni ayat yang lebih panjang.  Latar belakang kedua-
dua kanak-kanak ini mempunyai banyak persamaan di mana kedua-duanya sama
3
jantina, membesar di kawasan yang sama, mempunyai ibu-bapa berpendidikan tinggi dan bekerja, mempunyai bahasa ibunda yang sama, sosio ekonomi keluarga juga lebih kurang sama, mempunyai kesempurnaan fizikal dan tahap kesihatan yang sama. Apa yang membezakan antara keduanya ialah kanak-kanak A merupakan anak tunggal dan diasuh oleh seorang orang gaji manakala kanak-kanak B pula merupakan anak kelima daripada enam orang adik beradik yang terdiri dari seorang lelaki dan lima orang perempuan serta diasuh oleh ibu saudaranya sendiri. Turut tinggal dalam keluarga tersebut ialah neneknya. Perbezaan lain yang ketara ialah seorang daripada kanak-kanak itu tinggal dalam keluarga yang besar yang terdiri daripada 10 orang ahli keluarga manakala seorang lagi tinggal hanya bersama kedua ibu bapanya dan seorang pembantu rumah.
            Hasil daripada pemerhatian tersebut, penulis membandingkan penguasaan bahasa mereka. Penulis mendapati terdapat perbezaan yang ketara dalam pemerolehan bahasa kanak-kanak tersebut di mana kanak-kanak yang tinggal dalam keluarga yang besar itu lebih baik penguasaan bahasanya berbanding kanak-kanak yang mempunyai bilangan keluarga yang kecil. Hasil pengamatan penulis mendapati kanak-kanak yang tinggal dalam keluarga yang besar itu menggunakan faktor persekitarannya untuk berinteraksi dengan ahli keluarganya. Dalam hal ini, penulis beranggapan faktor rangsangan dan dorongan memainkan peranan penting sehingga menyebabkan kanak-kanak tersebut bertindakbalas dengan menghasilkan beberapa variasi ujaran bahasa berupa pernyataan, permintaan, nafian, amaran, pertanyaan, bermegah dan memprotes.
            Ini berbeza dengan kanak-kanak A yang kebanyakan masanya dihabiskan bersama dengan pengasuhnya.  Kanak-kanak itu tidak berpeluang untuk berinteraksi
4
 dengan meluas sebagaimana kanak-kanak B. Interaksinya hanya terhad bersama dengan ibu bapanya dan pengasuhnya, itupun dalam waktu yang amat terbatas memandangkan ibu dan ayahnya hanya pulang ke rumah menjelang malam. Selain daripada itu, pengamatan penulis juga mendapati kanak-kanak A juga tidak didedahkan dengan pelbagai rangsangan yang memungkinkan dirinya bertindak balas dengan komunikasi ujaran.
            Berdasarkan dapatan tersebut, penulis telah membuat satu hipotesis bahawa faktor persekitaran boleh merangsang proses pemerolehan bahasa seseorang kanak-kanak. Untuk membuktikan kebenaran hipotesis tersebut penulis telah memilih kedua-dua orang kanak-kanak tersebut sebagai subjek kajian. Berdasarkan hipotesis yang dibuat penulis ingin melakukan kajian kerana didorong oleh faktor-faktor berikut:
i.              Pemerolehan bahasa kanak-kanak boleh terjejas sekiranya gagal mendapat pendedahan yang sewajarnya di peringkat awal.
ii.            Kanak-kanak tidak dapat  menguasai bahasa dengan baik kerana tidak didedahkan dengan pelbagai jenis rangsangan yang membolehkannya menghasilkan tindak balas menggunakan bahasa yang pelbagai.
iii.           Pemerolehan bahasa yang terhad boleh menjejaskan perkembangan bahasa seseorang kanak-kanak.
iv.           Kanak-kanak yang tidak berinteraksi dengan persekitaran secara maksimum akan gagal menguasa kemahiran berbahasa secara meluas.
v.            Persekitaran yang tidak merangsang perkembangan pemerolehan bahasa kanak-kanak akan menyebabkan kanak-kanak tersebut tidak dapat menggunakan pelbagai variasi ujaran bahasanya mengikut situasi tertentu.
5
vi.           Perkembangan bahasa kanak-kanak boleh terbantut kerana gagal diperkembangkan dalam persekitaran lingkungannya.

C         OBJEKTIF KAJIAN
Dalam menyiapkan kajian ini, penulis telah menetapkan tiga objektif untuk dicapai pada akhir kajian nanti. Objektif-objektif tersebut adalah seperti berikut :
i.              Mengenalpasti faktor-faktor persekitaran yang mempengaruhi pemerolehan bahasa kanak-kanak.
ii.            Menyenaraikan bagaimana teori mekanis membantu pemerolehan bahasa kanak-kanak.
iii.           Mengenalpasti sejauh mana teori mekanis membantu proses pemerolehan bahasa kanak-kanak.

D         TEORI KAJIAN
Dalam kajian linguistik, terdapat banyak teori yang cuba menganalisis dan menerangkan fenomena bagaimana kanak-kanak memperoleh dan mempelajari sesuatu bahasa tetapi secara keseluruhannya teori-teori itu dapat digolongkan kepada dua golongan. Teori-teori itu ialah teori behaviourisme atau dikenali sebagai teori mekanis dan teori kognitif yang juga dikenali sebagai teori mentalis. Kajian penulis pada kali ini memilih teori mekanis sebagai teori kajian. Teori ini memandang manusia sebagai produk lingkungan (persekitaran). Segala tingkah laku manusia sebahagian besarnya adalah  akibat pengaruh lingkungan sekitarnya. Lingkunganlah yang membentuk keperibadian manusia. Lingkungan jugalah yang banyak mempengaruhi perkembangan kemahiran berbahasa seseorang kanak-kanak.
6
E         JANGKAAN HASIL KAJIAN
Menerusi kajian ini penulis menjangkakan faktor persekitaran mempengaruhi pemerolehan bahasa kanak-kanak . Oleh itu, prasarana yang baik haruslah di wujudkan dalam lingkungan kanak-kanak agar pemerolehan dan perkembangan bahasanya dapat dirangsang. Penulis mengharapkan kajian ini dapat dijadikan panduan oleh pihak-pihak tertentu seperti ibu bapa, TADIKA, TASKA, Prasekolah dan sebagainya dengan membuat persediaan awal bagi tujuan tersebut. Telahan penulis ini ada kebenarannya jika mengambilkira kata-kata Asmah Haji Omar (1992:58) bahawa, Kanak-kanak mempunyai berbagai-bagai cara untuk menimbulkan hubungan sosial melalui bahasa dengan orang yang ada di sekelilingnya. Di antara cara-cara ini ialah bercerita, bertengkar atau berbahas, bekerjasama, menyatakan keinginan dan berbagai-bagai lagi.
            Selain itu, penulis juga menjangkakan bahawa faktor rangsangan boleh menggiatkan lagi proses pemerolehan bahasa di mana kanak-kanak akan bertindak balas kerana adanya pendorong dalam dirinya dan rangsangan yang datang daripada persekitarannya. Oleh itu, kajian ini diharap dapat membantu ibu bapa dan guru-guru untuk mengenalpasti bentuk-bentuk rangsangan yang positif yang dapat diperkukuh agar menbentuk tingkah laku yang baik. Jangkaan penulis mungkin tidak tersasar jika kita mengamati kata-kata daripada Ainon Mohd. (2002:33) bahawa, Puji-pujian dan pengikhtirafan boleh muncul sendiri daripada individu-individu di sekeliling tanpa dipaksa-paksa ataupun diminta-minta. Disebabkan puji-pujian dan pengikhtirafan daripada pihak-pihak lain mendorongnya meneruskan tingkah laku tersebut.

7
F          KAEDAH KAJIAN
Dalam usaha menyiapkan kajian ini, penulis telah menggunakan beberapa kaedah untuk mendapatkan bahan dan maklumat berkaitan dengan tajuk kajian. Antara kaedah kajian yang digunakan oleh penulis adalah seperti berikut :
i.              Kaedah Pemerhatian
            Kaedah pemerhatian ini dilakukan terhadap subjek kajian. Tujuan pemerhatian ini dilakukan ialah untuk memperoleh maklumat dan       mengesan bentuk-bentuk rangsangan dan dorongan serta  ujaran-      ujaran yang   dihasilkan akibat daripada rangsangan dan dorongan             tersebut. Melalui kaedah ini penulis mengenalpasti bentuk-bentuk             rangsangan dan dorongan yang wujud dan ujaran-ujaran yang             digunakan lalu merekodkannya maklumat-maklumat yang diperoleh itu         untuk digunakan sebagai sampel kajian.
ii.            Kaedah Kajian Perpustakaan.
Melalui kaedah ini penulis telah membuat rujukan perpustakaan di Perpustakan Kajang dan Pusat Dokumentasi Bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka. Bahan-bahan dan maklumat yang diperoleh membantu penulis untuk menyempurnakan kajian ini.

G         TEMPAT KAJIAN
Kajian ini dijalankan di sebuah kawasan perumahan di pinggir bandaraya Kuala Lumpur yang dikenali sebagai Taman Cheras Jaya. Kedua-dua subjek kajian ini berbangsa Melayu dan menggunakan bahasa ibunda iaitu bahasa Melayu dalam pertuturannya begitu juga dengan keluarganya. Subjek kajian tinggal bersama
8
keluarganya di sebuah rumah teres kos sederhana dua tingkat. Majoriti penduduk di kawasan ini berbangsa Melayu. Kebanyakan penghuni taman ini bekerja makan gaji dan segelintir daripadanya merupakan ahli perniagaan. Ibu dan bapa kanak-kanak A bekerja sebagai jurutera manakala bapa kanak-kanak B merupakan jurutera kanan dan ibunya seorang guru lepasan siswazah. Penduduk berbangsa Melayu di kawasan  subjek kajian tinggal mengamalkan cara hidup dan kebudayaan orang Melayu.

H         BATASAN KAJIAN
Kajian ini hanya menumpukan aspek bahasa yang diujarkan oleh subjek kajian. Faktor yang dipilih pula dibataskan kepada faktor persekitaran sebagai tindak balas hasil dorongan dan rangsangan yang dapat diperhatikan yang boleh membawa kepada perubahan tingkah laku kanak-kanak terbabit. Kajian ini tidak melibatkan ciri-ciri teori mekanis yang lain seperti pengukuhan, pengulangan dan sebagainya. Oleh itu, kajian penulis pada kali ini hanya dibataskan pada dua ciri teori mekanis yang utama iaitu dorongan dan rangsangan. Penulis akan mengenalpasti jenis-jenis dorongan dan rangsangan yang membawa kepada pembentukan ujaran yang dianggap sebagai hasil tindak balas atau respon daripada rangsangan dan dorongan tersebut. Selain itu, kajian yang dijalankan oleh penulis hanya mengambilkira tiga situasi yang dipilih iaitu situasi minum susu, situasi makan tengah hari dan situasi bermain pada waktu petang.
I           DEFINISI ISTILAH
TeorI
Menurut Mohamad Mansur Abdullah sebagaimana dipetik oleh Marzukhi Nyak
9
Abdullah (1993:839) , Teori merupakan suatu bentuk intelektualisme dalam idea dan konsep yang dimiliki oleh seseorang individu menerusi asas pekerjaannya, pengalamannya, pembacaannya dan juga meditasinya. Teori dalam ilmu pengetahuan pada umumnya terdiri daripada dalil-dalil dan hipotesis-hipotesis yang berdasarkan pada asas tertentu untuk memberi penerangan atau interpretasi tentang gejala-gejala tertentu (Soegarda Poerbakawatja H.A.H. Harahap, 1981:358).
            Pada dasarnya teori bererti gambaran tentang hubungan sebab akibat antara variable. Dalam sesuatu teori, terkandung keunggulan yang dapat menjelaskan sesuatu gejala dan juga mempunyai kekuatan untuk meramalkan sesuatu gejala (Best, John W, 1982:21). Dengan itu, dapatlah dirumuskan bahawa teori adalah suatu tindakan intelektual bagi menjelaskan hakikat yang berkait rapat dengan kejadian yang kompleks, konkrit, abstrak berdasarkan pemerhatian yang lebih  rapi dan teliti. Teori juga  mengandungi fakta-fakta yang berhubung kait bagi menjelaskan sesuatu hal dan sebab.
Mekanis
Menurut Marzukhi Nyak Abdullah (1993:840), Mekanis (behaviourisme) merupakan teori atau ajaran daripada W. Mc Doughall tentang tingkah laku (behaviour) yang dihuraikan dalam bukunya Psychology, the Study of Behaviour. Mekanis tidak bermaksud menimbulkan masalah terhadap norma-norma  yang ada pada manusia sama ada seorang manusia tergolong dalam kalangan orang baik, tidak baik, emosional, rasional, ataupun irrasional. Teori mekanis hanya membicarakan bahawa tingkah laku manusia itu hanyalah sebagai akibat berinteraksi dengan lingkungan persekitarannya. Bagi membentuk tingkah laku yang ideal maka  pola interaksi tersebut perlulah diawasi dan diberi bimbingan sewajarnya. 
10
Teori mekanis ini selanjutnya menyatakan bahawa adanya hubungan langsung antara drive (dorongan) yang hadir dalam diri individu dan stimulus (rangsangan) yang datang dari luar dengan respon (tindakbalas) yang ditampilkan oleh individu. Respon tertentu akan muncul dari individu, jika terdapat dorongan dalam diri individu atau apabila wujud rangsangan dari luar. Seseorang akan bereaksi jika terdapat dorongan dan diberi rangsangan oleh lingkungan luarnya. Demikian juga jika stimulus atau rangsangan dilakukan secara terus menerus dan dalam waktu yang cukup lama, akan mengakibatkan perubahan tingkah laku individu.
Pemerolehan Bahasa
Pemerolehan Bahasa merupakan satu proses memperoleh  maklumat dan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan tabiat serta pembentukan sikap dan kepercayaan (Marzukhi Nyak Abdullah, 1994:9). Menurut Jamali Ismail (1980:7), pemerolehan bahasa merupakan satu proses memperoleh bahasa dalam konteks komunikasi sehari-hari. Daripada kajian dan pemerhatian, seseorang bayi apabila sahaja dilahirkan di dunia, turut ada bersama-samanya beberapa alat fizikal yang sesuai untuknya memperoleh bahasa. Walaupun pada awalnya mereka hidup tanpa berbahasa tetapi pemerolehan bahasa dalam kalangan mereka berlaku sedikit demi sedikit dan berperingkat-peringkat mengikut perkembangan otak mereka, iaitu sebagai hasil perkembangan fizikal kanak-kanak itu sendiri Tegasnya proses pemerolehan bahasa itu kelihatan seperti berlaku tanpa disedari dan tidak perlu diajarkan. Apa yang perlu  bagi kanak-kanak itu hanyalah pendedahan kepada pemakaian bahasa itu yang merupakan dorongan dan rangsangan untuk  kanak-kanak itu terus memperoleh bahasa tersebut.
11
J          METODOLOGI KAJIAN
Bagi memastikan kajian ini mencapai objektif yang disasarkan, penulis telah menetapkan metodologi kajian yang akan digunakan untuk mengumpul maklumat daripada subjek kajian. Antara perkara-perkara yang dilakukan ialah :
i. Membuat Pemerhatian
Pemerhatian dilakukan bagi mengenalpasti dorongan-dorongan dan rangsangan-rangsangan yang menjurus kepada tindakbalas ujaran oleh subjek kajian. Selain daripada itu, kaedah pemerhatian ini juga dilakukan bagi mengumpul maklumat mengenai kekerapan ujaran-ujaran dilafazkan dan jenis-jenis ujaran yang dihasilkan apabila dorongan dan rangsangan berlaku.
ii.  Mengumpul Maklumat
Menerusi metodologi kedua ini, penulis mengumpul maklumat-maklumat dan data yang diperoleh dari pemerhatian dan merekodkannya. Maklumat-maklumat dianalisis dengan mengambilkira  empat perkara utama iaitu :
  1. Bentuk-bentuk dorongan dan rangsangan yang menghasilkan ujaran
  2. ujaran- ujaran yang dihasilkan
c.    Kekerapan ujaran dihasilkan
d.    Jenis-jenis ujaran yang dihasilkan
iii. Membanding dan Menganalisis Maklumat
Maklumat-maklumat yang diperoleh dari kedua-dua subjek kajian itu akan dibandingkan dan dianalisis.

K         PENGENALAN KEPADA TEORI
Aliran mekanis cenderung menghuraikan pertalian psikologi dan bahasa dengan
12
menggunakan pendekatan yang dapat diamati secara langsung atau secara fizikal. Menurut Abdullah Hassan (1983:255), pengkaji-pengkaji teori mekanis ialah sarjana psikologi yang beranggapan bahawa pemerolehan sesuatu lakuan terjadi melalui sesuatu lakuan. Mereka menganggap bahawa kemahiran bertutur itu merupakan suatu lakuan manusia sama dengan lakuan lain. Mereka juga berpendapat bahawa otak manusia merupakan satu kotak kosong yang tidak dapat diamati apa yang berlaku di dalamnya. Apa sahaja yang ada dalam otak itu tidak berkaitan dengan penyelidikan linguistik,  bahasa adalah perangai dan dapat secara langsung diamati dan diselidiki. Golongan mekanis juga berpendapat bahawa bahasa adalah proses perilaku iaitu hasil operasi stimulus atau rangsangan (S-R) dan respon atau tindak balas yang bergantung semata-mata kepada ciri-ciri naluriah yang ada pada manusia (Kamarudin Hj. Husin ,1986:13). Secara gambarajah hal ini dapat diterangkan seperti berikut :
Perangsang melalui indera-indera lain
Perangsang melalui mata

Bahasa melalui mulut


Otak sebagai kotak gelap
Perangsang melalui telinga
                                                                                                Kamarudin Hj. Husin ,1986:13
            Manusia mempunyai alat-alat biologis yang berfungsi untuk menghasilkan bahasa bagi membolehkan mereka berhubung di antara satu sama lain. Golongan ini menolak sebarang pendapat yang menghubungkan proses penghasilan bahasa
13
dengan operasi kognitif. Golongan ini mempunyai ramai pengikutnya . Antara tokoh-tokoh teori behaviourisme ialah John B. Watson, Edward L. Thorndike, Pavlov, B. P. Skinner, E.R. Guthrie, dan Leonard Bloomfield. Mereka menegakkan teori asosianisme atau teori rangsangan gerak balas. Antaranya termasuklah teori Pavlov (classical conditioning), Thorndike (connectism) dan Skinner (operant conditioning), (Alias Jamsuri,1982:17).
            Pada umumnya teori belajar bahasa yang termasuk ke dalam keluarga besar mentalis memandang manusia sebagai organisma yang bertindak balas terhadap ransangan (stimulus) di sekitar lingkungannya. Orang akan bereaksi jika diberi rangsangan oleh lingkungan luarnya. Demikian juga jika rangsangan dilakukan secara terus menerus dan dalam waktu yang cukup lama, ini akan mengakibatkan perubahan tingkah laku kepada individu itu.  Misalnya dalam hal kepercayaan sebahagian masyarakat tentang ubat-ubatan yang diiklankan di televisyen, mereka sudah tahu dan biasa melihat ubat-ubatan yang sering diiklankan di kaca televisyen itu. Apabila mereka menghadapi masalah kesihatan, mereka akan merujuk ubat yang sering ditayangkan dalam iklan televisyen tadi. Mereka tidak akan mencari ubat yang lain walaupun ubat yang lain itu mungkin lebih mujarab. Dalam proses pembelajaran bahasa berdasarkan  pola hubungan S-R terdapat unsur dorongan (drive), rangsangan (stimulus), tindak balas (response), dan pengukuhan (reinforcement).
            Unsur yang pertama, iaitu dorongan adalah suatu keinginan dalam diri seseorang untuk memenuhi keperluan yang sedang dirasakannya. Di sebalik semua tingkah laku manusia, ada sesuatu yang mendorongnya supaya melakukan tingkah laku itu. Sebagai contoh, seseorang itu mempelajari makna sesuatu perkataan kerana didorong oleh perasaan ingin tahu akan maknanya untuk digunakan dalam
14
proses membina ayat, atau mempelajari makna peribahasa yang didorong oleh kemahuan untuk membuat karangan tentang peribahasa tersebut. Unsur dorongan ini ada pada setiap orang, meskipun kadarnya tidak sama, ada orang yang mempunyai unsur dorongan yang kuat di mana setiap dorongannya atau keinginannya sentiasa mahu dipenuhi dan ada juga yang lemah dan mengambil rasa tidak peduli sama ada dorongan atau keinginan mereka itu dipenuhi atau tidak.
            Unsur berikutnya adalah rangsangan atau stimulus. Unsur ini datang dari luar diri individu, dan tentu saja berbeza dengan dorongan tadi yang datangnya dari dalam.  Contoh rangsangan antara lain adalah mendengar dendangan syair yang merdu yang merangsang keinginan untuk mempelajari irama syair atau sesi pembelajaran bahasa yang dimulakan dengan set induksi yang cukup menarik, merangsangkan percambahan minda pelajar dan lain-lain. Rangsangan boleh terjadi pada bila-bila masa bahkan diharapkan dapat menggerakkan terutamanya pihak sasaran agar mereka bereaksi sesuai dengan apa yang diharapkan. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa, di mana banyak pelajar-pelajarnya yang tidak tertarik atau mengantuk, maka guru yang mengajar kelas tersebut boleh merangsang pelajar-pelajarnya itu dengan menggunakan pelbagai cara dan kaedah yang dapat menimbulkan minat dan merangsang tumpuan dan minat pelajar terhadap sesi pembelajaran.  Ini dapat dilakukan misalnya, dengan bertanya tentang masalah-masalah tertentu yang sedang menjadi isu semasa, atau boleh juga diadakan sedikit humor yang segar untuk membangkitkan tumpuan murid pada proses pembelajaran.
Adanya rangsangan atau stimulus ini juga dapat  menimbulkan  reaksi di pihak sasaran. Terdapat bermacam-macam bentuk reaksi bergantung pada situasi, kondisi, bahkan bentuk dari rangsangan tadi. Reaksi-reaksi dari seseorang akibat
15
dari adanya dorongan dari dalam dan rangsangan dari luar inilah yang disebut sebagai tindak balas atau respon dalam dunia teori belajar ini. Tindak balas ini boleh diamati dari luar. Tindak balas ada yang positif, dan ada pula yang negatif. Tindak balas positif disebabkan oleh adanya ketepatan seseorang dalam melakukan tindak balas terhadap ransangan atau stimulus yang ada, dan tentunya sesuai dengan apa yang diharapkan. Contohnya, seorang guru bahasa meransang muridnya menggunakan alatan audio visual untuk membantu murid tersebut menyebut dengan betul perkataan -perkataan. Ransangan itu tadi akhirnya, telah dapat mengubah minat dan tingkah laku murid tersebut membaca dengan lancar dan betul. Sedangkan tindak balas yang negatif adalah apabila seseorang pelajar memberi reaksi sebaliknya dari yang diharapkan oleh pemberi rangsangan.
Unsur yang terakhir adalah masalah pengukuhan (reinforcement). Unsur ini datangnya dari pihak luar, ditujukan kepada orang yang sedang melakukan tindak balas (response). Apabila tindak balas telah benar dilakukan dan mencapai sasaran maka diberi pengukuhan agar individu tersebut merasakan  adanya keperluan untuk melakukan tindak balas seperti tadi lagi. Seorang kanak-kanak yang menconteng beg tangan ibunya, tiba-tiba dimarah dengan kasar. Marah yang keterlaluan itu akan menyebabkan kanak-kanak tersebut ketakutan bahkan boleh menyebabkan trauma yang membawa kesan psikologi kepadanya. Memang, setelah peristiwa itu, anak itu tidak akan menconteng beg ibunya lagi kerana takut dimarahi namun, kesan yang serius ialah, dia mungkin tidak berani untuk memegang pen lagi dan ini pasti menimbulkan masalah kepada proses pembelajarannya pada masa akan datang. Peristiwa yang dialami telah membantutkan kecenderungannya untuk menulis. Hal seperti itu merupakan pengukuhan yang salah dan tidak patut berlaku terhadap
16
seorang kanak-kanak yang baru mula mahu belajar menulis. Barangkali keadaan akan menjadi lebih baik jika si ibu tadi tidak memarahinya dengan kasar akan tetapi melakukan teguran yang halus sambil membawa alat tulis lain berupa selembar kertas kosong sebagai penggantinya. Misalnya, "Bagus! Cuba kamu menulisnya di tempat ini, pasti lebih bagus".
Dengan cara pengukuhan seperti itu, kanak-kanak tadi tidak merasa dilarang menulis. Itu namanya pengukuhan positif. Contoh pengukuhan positif yang lain ialah, setiap anak mendapat pencapaian yang baik di sekolahnya, orang tuanya memberi hadiah melancong ke tempat-tempat tertentu yang menarik, atau setidaknya dipuji oleh orang tuanya, maka si anak akan berusaha untuk mempertahankan pencapaiannya tadi pada masa yang akan datang.

DAPATAN  KAJIAN
Berdasarkan metodologi yang digunapakai oleh penulis, pemerhatian yang dilakukan mendapati terdapat berbagai bentuk dorongan dan rangsangan yang berlaku sepanjang tempoh kajian. Antara dorongan-dorongan dan rangsangan-rangsangan yang berlaku dan menjadi pilihan untuk kajian penulis ialah ketika kanak-kanak itu terdorong untuk minum susu, makan, dan bermain. Berikut adalah dapatan kajian yang dapat dikumpul. Maklumat-maklumat yang diperoleh dipersembahkan dalam bentuk paparan hasil kajian, merekod maklumat, menganalisis maklumat, membuat ulasan dan membuat rumusan agar dapatan kajian ini dapat membantu pemahaman mengenai kajian. Berikut dipaparkan proses komunikasi yang berlangsung dalam tempoh kajian oleh dua orang kanak kanak tersebut  dalam situasi yang telah dipilih


17
oleh penulis. Berdasarkan dapatan tersebut penulis akan menyatakan dorongan-dorongan dan rangsangan-rangsangan serta jenis-jenis ayat yang dibina bagi memudahkan pemahaman mengenai kajian ini.
Situasi 1 – Minum susu
Ujaran yang dihasilkan kanak-kanak A           
  1. Nak .                                                                           - persetujuan
  2. Sinilah                                                                       - arahan
  3. Bik, panaslah.                                                          - rungutan
Dorongan      - rasa kehausan, rasa panas
Rangsangan            - pertanyaan pengasuh

Ujaran yang dihasilkan kanak-kanak B
  1. Mak Teh nak susu.                                                  - kehendak
  2. Cepatlah.                                                                   - perintah
  3. Ni botol.                                                                     - pernyataan
  4. Kita tak mahu nenek buat.                                     - penjelasan
  5. Kita tak mau kawan Mak Teh.                               - ugutan
  6. Biarlah adik.                                                              - arahan
  7. Mana bantal?                                                           - pertanyaan
  8. Jangan duduk dekat, kita tak nak.                        - larangan
Dorongan      - rasa kehausan, inginkan perhatian, rasa tidak puas hati, inginkan                           keselesaan
Rangsangan            - terlalu lama menunggu, pengasuh tidak memenuhi permintaannya,           pelawaan nenek untuk membuat susu.

Ulasan Situasi 1
Berdasarkan apa yang berlaku di situasi 1, proses penghasilan ujaran lebih giat dilakukan oleh kanak-kanak B berbanding kanak-kanak A. Hal ini disebabkan kanak-kanak A hanya tinggal dengan pengasuhnya sewaktu ibu dan ayahnya ke tempat
18
kerja. Lagipun kanak-kanak A mendapat layanan sepenuhnya daripada pengasuhnya yang ditugaskan mengasuh dan menjaganya sepanjang ibu dan ayahnya tiada di rumah. A tidak perlu mengarah pengasuhnya membuat susu untuknya kerana pengasuhnya itu akan menyediakannya mengikut waktu yang ditetapkan. Segala keperluan A dilayan oleh pengasuhnya menyebabkan tiada rangsangan untuk A bertindak balas dengan mengeluarkan ujaran dengan lebih meluas. A sekadar menjawab pertanyaan pengasuhnya bahawa dia memang nak susu dan mengarahkan pengasuhnya membawa susu kepadanya yang sedang menonton televisyen. A seterusnya membuat rungutan apabila susu yang disediakan agak panas.  
            Berbeza dengan B yang mempunyai ahli keluarga yang ramai.  B terpaksa bersaing untuk mendapatkan perhatian daripada Mak Teh yang mengasuhnya kerana pengasuhnya itu juga perlu menjaga adik B yang masih kecil. Ada masa dan ketikanya pemintaan B tidak terus dapat ditunaikan. B terpaksa memohon permintaannya dipenuhi berulangkali. Layanan yang tidak memuaskan itu merangsang B mendesak dengan menggunakan ayat-ayat ujaran “Cepatlah” dan “Ni botol kita”. Ayat-ayat itu dilafazkan kesan daripada dorongan keinginan yang kuat dalam dirinya untuk mendapatkan sebotol susu bagi menghilangkan kehausannya.
            Hasil dari rangsangan persekitarannya B juga mengujarkan kata “Kita tak mahu nenek buat”, apabila neneknya itu menawarkan diri untuk membuatkan susu untuknya. Ini disebabkan neneknya sudah terlalu uzur dan lambat melakukan sesuatu perkara. Lagipun hanya Mak Teh yang boleh membuat susu yang memenuhi seleranya di mana sukatan yang digunakan adalah betul. Kelaziman seperti itu merangsang A hanya mahu Mak Teh yang membuat susu untuknya
19
apabila ketiadaan ibunya. 
            Apabila mendapati ibu saudaranya masih terus membuai adiknya yang sedang merenggek kerana hendak tidur dan tidak menghiraukan arahannya, hal tersebut merangsang B bertindak mengugut ibu saudaranya dengan menyatakan dia tidak mahu berkawan dengan ibu saudaranya itu. Dia juga sempat mengarahkan ibu saudaranya itu meninggalkan adiknya dan membuatkan susu untuknya. Di sini memperlihatkan B bertindak mementingkan dirinya dengan mengarahkan pengasuhnya itu mengikut kehendaknya. Dia juga mengeluarkan pertanyaan, di mana bantal busuknya apabila melihat pengasuhnya itu bangun untuk membuatkannya susu, namun tidak jelas kepada siapakah pertanyaan itu ditujukan. Kebiasaan B yang minum susu sambil mengentel bucu bantal mendorong B mencari bantal busuknya. B juga berani melarang penulis agar jangan duduk hampir dengannya kerana berasa tidak selesa. Daripada pemerhatian penulis  dalam situasi 1, B lebih banyak idea, petah, berani, dan yakin  mengeluarkan kata-kata berbanding A.
Situasi 2 - Makan tengah hari
Ujaran yang dihasilkan kanak-kanak A
  1. Kita nak ikan.                                                            - kehendak                           
  2. Tak nak kicap.                                                          - pernyataan
  3. Sedap, kita suka.                                                     - pujian
  4. Nak minum bik.                                                        - kehendak
  5. Sudah, tak nak.                                                        - pernyataan.                                   
Dorongan      - rasa lapar, keinginan terhadap sesuatu, rasa dahaga, rasa kenyang
Rangsangan            - pertanyaan pengasuh
20
Ujaran yang dihasilkan kanak-kanak B
  1. Kita pun nak makan nasi.                                      - pernyataan
  2. Mak Teh suap kita.                                                  - permintaan
  3. Kita tak nak sayur.                                                   - pernyataan
  4. Tak nak nanti pedas.                                               - pernyataan                        
  5. Pedas?                                                                      - pertanyaan
  6. Kirin ambil banyak . Kita nak macam Kirin.        - irihati
  7. Janganlah Kirin, kita nak.                                      - larangan
  8. Jangan usik!                                                             - marah
  9. Kita sudah, Kenyang                                              - pernyataan
Dorongan      - rasa lapar, inginkan perhatian, rasa iri hati, rasa kenyang
Rangsangan            - sayur yang tidak disukai, kuah yang selalunya pedas, haknya diusik.

Ulasan Situasi 2
Kajian Situasi 2 dijalankan pada waktu makan tengah hari di mana ibu bapa A dan B tiada di rumah kerana ke tempat kerja. Kanak-kanak A hanya bersama pengasuhnya ketika makan tengah hari itu. Kanak-kanak B pula makan tengah hari bersama dengan nenek, ibu saudaranya (Mak Teh) dan seorang abangnya yang berusia 6 tahun. Kanak-kanak A disuap oleh  pengasuhnya di meja makan. Hidangan yang disajikan hanyalah makanan yang dikhaskan oleh A tanpa ada hidangan lain di atas meja. Kanak-kanak B pula makan bersama keluarganya di meja makan. Di atas meja terhidang gulai, ikan goreng dan sayur goreng untuk hidangan makan tengah hari mereka sekeluarga. Penulis mendapati  persekitaran A tidak merangsangnya menghasilkan ujaran secara meluas. A hanya menyatakan kehendaknya dan
21
pendapatnya apabila ditanya oleh pengasuhnya. Namun A masih  menggunakan ayat-ayat yang betul ketika berkomunikasi, cuma variasi ayat yang dihasilkan tidak pelbagai dan agak terhad dari segi jenis dan jumlahnya berbanding B. Ayat yang dibina oleh A banyak dipengaruhi oleh dorongan dalam dirinya seperti meminta minuman setelah didorong oleh rasa haus dan menyatakan “Sudah, tak nak.”, setelah dia merasa kenyang untuk terus makan. Namun, A ada menggunakan kata-kata pujian apabila dirangsang oleh pertanyaan pengasuhnya dengan memberi jawapan bahawa makanan yang disediakan sedap dan dia menyukainya.
            Melalui kajian yang dijalankan terhadap B didapati, dia banyak menggunakan bahasanya ketika makan tengah hari itu berjalan. Melihat keluarganya yang hendak menikmati hidangan tengah hari di meja makan, timbul dorongan dalam dirinya untuk makan bersama mereka lalu dia menyatakan keinginannya itu. Barangkali kerana sering tidak mendapat layanan seperti yang diharapkan daripada ibu saudaranya yang mengasuh adiknya yang masih kecil dan perlu lebih perhatian, B terangsang untuk mengungkapkan permintaan yang lebih berupa inginkan perhatian daripada pengasuhnya itu dengan meminta agar disuapkan.
            Sikap tidak gemar makan sayur pula, mendorong B menolak perbuatan ibu saudaranya yang mahu menyuapkannya nasi bersama sayur ke mulutnya. Apabila abangnya cuba meletakkan kuah ke pinggannya,  dia menolak kerana khuatir kuah itu pedas. Hasil siasatan penulis, kebiasaannya keluarga itu memasak gulai pedas mendorong B menghalang abangnya meletakkan kuah ke pinggan nasinya.  Melihat abangnya yang sedang menyuap nasi berkuah ke mulutnya, B terangsang untuk bertanya kepada abangnya itu sama ada kuah itu pedas atau sebaliknya.
            Penulis juga dapat merasakan timbul perasaan iri hati dalam diri B apabila
22
abangnya mengambil lauk yang agak banyak ke dalam pinggannya lalu untuk memenuhi dorongan perasaan iri hati dalam dirinya, dia menyatakan kemahuannya untuk mempunyai lauk yang banyak seperti abangnya.   Apabila ada rangsangan dari persekitarannya iaitu abangnya yang mengusiknya mahu mengambil lauk yang ada di pinggannya, B dengan pantas mempertahankan haknya itu dengan larangan yang tegas. Namun setelah larangannya tidak dihiraukan A bertindak menengking abangnya kerana marah.

Situasi 3 - Bermain di luar rumah
Ujaran yang dihasilkan oleh kanak-kanak A
  1. Nak naik kereta.                                                       - kehendak
  2. Tak boleh pusing.                                                    - pernyataan
  3. Boleh?                                                                       -  pertanyaan
  4. Tolaklah.                                                                    -  permintaan                      
  5. Duduk sini.                                                                - suruhan
  6. Sinilah.                                                                        - arahan
7.    Kita nak main.                                                          - penegasan
  1. Tak nak masuk, nantilah                                         - rayuan
  2. Tak nak masuk!                                                          - protes
  3. Kaki kita gatal, bik.                                                     - pernyataan
Dorongan      - rasa gatal, rasa penat, rasa jemu, rasa keseorangan, rasa seronok
Rangsangan            - kereta mainan, setereng kereta yang rosak, keriangan kanak-kanak                       lain yang sedang bermain, ajakan pengasuh agar masuk ke dalam                          rumah
23
Ujaran yang dihasilkan oleh kanak-kanak B
  1. Kirin, kita ikut, boleh?                                             - pertanyaan
  2. Kita tahu sepak bola.                                              - megah
  3. Tak nak kawan Kirin.                                              - merajuk
  4. Kak Ana kawan Kirin?                                            - pertanyaan
  5. Kirin jahat.                                                                 - tuduhan
  6. Nanti beritahu mama.                                             - ugutan
  7. Main sama-sama nak?                                           - permintaan
  8. Alah, basikal kita lagi cantik, laju.                         - megah
  9. Basikal kak Ana besar, tak cantik.                                    - memperlekeh
  10. Nanti suruh ayah beli yang baru.                         - cadangan
  11. Tak mau Kirin main, dia jahat.                               - menghasut
  12.  Kita letak batu sini nak?                                        - pertanyaan
  13.  Nanti basuh tanganlah.                                        - penjelasan
  14.  Kirin bodoh.                                                             - marah
  15.  Tengok, kaki kita sakit.                                           - inginkan perhatian
  16.  Nanti  baling batu.                                                  - mengugut
  17. Kita nak tunggu mama balik, beli keropok.         - kehendak
  18. Tak nak bagi Kirin.                                                   - dendam
Dorongan        rasa sakit hati, rasa dendam, rasa ingin bermain       
                        bersama-sama, rasa sakit dan rasa marah.
Rangsangan            - bola ditangan Kirin, kata-kata Kirin yang menyakitkan hatinya, Kak                         Ana yang main sendirian, mama yang selalu menasihati Kirin kerana                       mengganggunya, kawasan lapang untuk bermain, basikal Kak Ana                                                                    24
yang agak besar dan lama, basikal barunya yang cantik, bola Kirin yang tergolek menghampirinya, beberapa ketul batu di pasu bunga, kata-kata Kak Ana tentang tangan kotor, bola Kirin melantun ke badannya, waktu kepulangan mama.

Ulasan Situasi 3
Penulis mengkaji Situasi 3 pada waktu petang di mana setiap hari kanak-kanak A dan kanak-kanak B berada di luar rumah masing-masing untuk bermain. Kanak-kanak A bemain di dalam pagar rumah sementara kanak-kanak B bermain bersama kakaknya di luar pagar. Setelah keluar sahaja dari rumah, kanak-kanak A telah ternampak kereta mainannya di sudut taman menyebabkan dia terangsang untuk bermain kereta dan meghasilkan ujaran “Nak naik kereta”. Apabila dia cuba memusingkan setereng keretanya didapati seterengnya tidak mahu berpusing, lalu hal tersebut merangsang A untuk memberitahu pengasuhnya mengenai setereng kereta yang tidak mahu berpusing. Ujaran ini bermaksud, dia mahukan pengasuhnya  membaiki setereng keretanya. Oleh kerana masa yang digunakan untuk membaiki setereng itu agak lama, A berasa jemu lalu menghasilkan ujaran “Boleh” untuk kepastian sama ada setereng kereta itu boleh dibaiki atau tidak. B juga mengarahkan pengasuhnya menolak kereta yang dinaikinya. Arahan ini jelas didorong oleh perasaan penat setelah beberapa pusingan dia berlari sambil menolak keretanya.
            Kanak-kanak A terdorong untuk mengambil anak patungnya lalu meletakkannya di sebelahnya mungkin disebabkan dorongan rasa kesepian kerana bermain sendirian. Keriangan kanak-kanak lain yang sedang bermain-main di kawasan tanah lapang di hadapan rumahnya merangsang  A bermonolog dengan


25
anak patungnya itu kerana dia tidak punya teman untuk bermain. Melihat pengasuhnya yang memanggilnya masuk ke dalam rumah, A bertindak mengarahkan pengasuhnya itu datang kepadanya. Perbuatannya itu adalah didorong oleh perasaan seronok bermain di luar rumah berbanding berada di dalam rumah. A melarang pengasuhnya itu masuk ke dalam rumah, namun dia tidak berani untuk terus tinggal sendirian di luar rumah. Oleh itu A melarang pengasuhnya masuk ke dalam rumah. Pengasuh A terus mengajaknya masuk ke dalam rumah. Rangsangan yang diterimanya menyebabkan A bertegas dengan mengujarkan “Kita nak main”,. Apabila pengasuhnya bertegas mahu A masuk ke dalam rumah, A merayu kepada pengasuhnya dan menyatakan bahawa dia tidak mahu masuk ke dalam rumah kerana mahu terus bermain. Bebelan pengasuhnya yang memberi alasan dan sebab kenapa A perlu cepat masuk rumah menimbulkan desakan kepada A lalu dengan nada marah dia menjerit mengatakan bahawa dia tidak mahu masuk. Setelah beberapa ketika dibiarkan sedirian di luar oleh pengasuhnya A menjerit memanggil pangasuhnya. Jeritan tersebut didorong rasa gatal pada kakinya akibat gigitan nyamuk atau semut.
            Berdasarkan pemerhatian penulis pada petang itu, situasi 3 lebih banyak mendorong dan merangsang kanak-kanak A untuk berkomunikasi akibat faktor persekitaran yang mempengaruhinya. Ini membuktikan bahawa A juga berkebolehan
berinteraksi dengan persekitarannya. Apa yang membezakan di sini ialah komunikasi A dalam situasi tertentu tidak berlaku secara meluas kerana tiadanya faktor dorongan dan rangsangan untuk dirinya berbuat demikian. Ini kerana A tidak didedahkan dengan pergaulan yang lebih bebas, pergaulannya hanya terhad bersama pengasuh dan keluarganya sahaja.
26
            Bagi kanak-kanak B pula, dia menghabiskan masa bermainnya pada waktu
petang bersama-sama kakaknya. B juga lebih bebas bermain berbanding A. B bermain di tanah lapang di hadapan rumahnya. Situasi yang sedemikian memungkinkan B lebih berpeluang berinteraksi dengan persekitaran yang lebih membantu pemerolehan bahasanya. B seorang kanak-kanak yang agak aktif dan lasak. Sikap B itu disebabkan terikut-ikut tingkah laku abangnya, Kirin. Apabila B melihat abangnya keluar dari pagar rumahnya bersama sebiji bola di tangan, naluri B dirangsang untuk bermain bola bersama abangnya. Apabila abangnya menjawab bahawa B seorang perempuan dan tidak boleh bermain bola, B dengan megah menyatakan bahawa dia pandai menyepak bola. Apabila kata-katanya tidak mendapat respon abangnya, B berasa kecewa lalu merajuk dan mengugut tidak mahu berkawan dengan Kirin, abangnya.
            Sikap tidak peduli abangnya itu terhadapnya menyebabkan B membawa diri lalu menghampiri kakaknya yang dipanggilnya Kak Ana. Untuk mengubat kekecewaannya di atas sikap abangnya itu, mendorong B bertanya kakaknya itu sama ada kakaknya itu berkawan dengan abangnya, Kirin. Apabila kakaknya menjawab bahawa dia kawan dengan Kirin, B cuba meyakinkan kakaknya itu bahawa Kirin seorang budak jahat. Kata-kata itu terbit dalam ujarannya kerana dorongan rasa sakit hatinya terhadap Kirin. Dorongan rasa sakit hati itu juga merangsang B mengugut untuk memberitahu ibunya akan perbuatan abangnya itu. Dia bertindak demikian kerana kajian penyelidik mendapati ibunya sering mengambil tindakan terhadap abangnya itu apabila menerima aduan dari B seperti memberi nasihat kepada Kirin agar tidak mengusik adiknya itu. Apabila mendapati kata-katanya tidak mendapat respon daripada kakaknya, B bertindak merangsang
27
kakaknya dengan mengajaknya bermain bersama-sama. Ajakan B itu diberi respon oleh kakaknya dengan menyatakan bahawa basikal  B terlalu kecil untuk bermain bersama dengannya. Rangsangan kata-kata dari kakaknya itu menimbulkan respon di mana B mempertahankan basikal kepunyaanya dengan menyatakan bahawa basikalnya cantik dan laju serta memperlekeh saiz basikal  dan keadaan basikal kakaknya yang sudah lama. B seterusnya menyarankan kakaknya agar meminta basikal baru darpada ayahnya.
            Apabila kakaknya menganjurkan agar B bermain dengan Kirin abangnya, B dengan pantas menjawab bahawa dia tidak mahu bermain dengan Kirin kerana abangnya itu jahat. Jawapan pantasnya itu adalah didorong oleh perasaan dendam terhadap abangnya itu yang tidak membenarkannya bermain bola. Melihat kakaknya yang kurang berminat bermain, B merangsang tingkah laku kakaknya dengan menunjukkan sebuah pasu plastik kosong dan mengajak kakaknya itu mengutip batu dan memasukkannya ke dalam pasu plastik itu. Apabila kakaknya memberi respon dengan menyatakan bahawa nanti tangannya akan kotor, B memberi tindak balas seterusnya dengan menyatakan bahawa mereka boleh membasuh tangan untuk menghilangkan kekotoran itu.
            Sedang B mengutip batu tiba-tiba, bola yang digunakan oleh Kirin dan kawan-kawannya untuk bermain bola telah melantun dan terkena kakinya. Kejadian itu merangsang B menyumpah abangnya dengan kata “Bodoh”. Kata-kata itu memperlihatkan betapa dorongan dendam kuat dalam dirinya. Dari pengamatan  penulis, kata-kata kurang eloknya itu ditiru oleh B daripada abang dan kakak-kakaknya. Apabila melihat Kirin terus bermain tanpa memperdulikan dirinya, B cuba menarik perhatian Kirin dengan menyatakan bahawa kakinya sakit terkena bola tadi.
28
Rasa sakit hati yang mendalam mendorong B bertindak cuba mebaling batu ke arah
Kirin namun perbuatannya dihalang oleh kakaknya.
            Menjelang senja, ibu saudara B memanggilnya masuk ke rumah. B masuk ke dalam pagar. Apabila ibu saudaranya menjenguk B dari muka pintu, jengukan itu merangsang B untuk melafazkan ujaran berbentuk mempertahankan tindakannya yang masih belum mahu masuk ke dalam rumah kerana mahu menunggu ibunya pulang dari kerja. Ibu B seorang guru yang mengajar sesi petang di sebuah sekolah berdekatan. Dorongan dendam yang tak sudah juga menyebabkan B cuba menyakitkan hati abangnya apabila abangnya itu lalu di hadapannya untuk masuk ke dalam rumah dengan menyatakan kepada abangnya itu bahawa dia tidak akan memberi keropok yang kebiasaannya dibawa oleh ibunya setiap kali pulang ke rumah kepada abangnya itu.

RUMUSAN  KAJIAN
Untuk menambahkan pemahaman mengenai kajian yang dijalankan, penulis merekodkan dapatan kajian seperti dalam jadual berikut :








29

Situasi
Jumlah Dorongan / Ransangan
Kekerapan Ujaran Dihasilkan
Jumlah Variasi Ujaran Dihasilkan
K A
K B
K A
K B
K A
K B

Situasi 1

3


7

3

8

3

8

Situasi 2


5

6

5

9

3

5

Situasi 3


9

14

10

18

9

16

Jumlah


17

27

18

35

15

29

Perbezaan

-10

+10


-17

+17

-14

+14

                                                                       
Petunjuk  :
K A      - Kanak-kanak A
K B      - Kanak-kanak B
            Setelah membuat perbandingan dan meneliti maklumat yang direkodkan, penulis mendapati terdapat perbezaan yang amat ketara dalam proses pemerolehan bahasa kanak-kanak yang menjadi subjek kajian. Penulis mendapati perbezaan yang ketara itu ialah dari segi jumlah dorongan dan rangsangan yang wujud, jumlah ujaran yang dihasilkan dan jumlah variasi ujaran yang terbina. Berdasarkan kajian juga membuktikan bahawa peningkatan jumlah ujaran adalah seiring dengan penambahan jumlah dorongan dan rangsangan yang wujud dalam diri dan persekitaran kanak-kanak tersebut. Dorongan dalam diri kanak-kanak tersebut dan rangsangan yang banyak dari persekitaran  menyebabkan terhasilnya ujaran yang lebih banyak dan variasi ujaran yang dihasilkan juga pelbagai. Selain daripada itu, situasi bermain merupakan situasi yang paling banyak merangsang proses
                                                                        30
penghasilan ujaran berbanding situasi-situasi lain yang menjadi pilihan kajian penulis. Ini disebabkan sewaktu situasi bermain kanak-kanak tersebut paling banyak berinteraksi dengan persekitarannya. Penulis akan memperincikan dapatan kajian yang diperolehi seperti berikut :
i.   Faktor-Faktor Persekitaran yang Mempengaruhi Pemerolehan Bahasa       Kanak-Kanak
 Hasil kajian penulis mendapati, kanak-kanak A tinggal dalam persekitaran yang kurang memberi rangsangan dan dorongan kepadanya menyebabkan dia tidak menghasilkan ujaran-ujaran yang banyak dalam situasi-situasi yang dipilih untuk kajian. Selain itu, variasi ujarannya juga didapati tidak meluas. A tidak perlu meminta sesuatu daripada pengasuhnya kerana segala keperluannya dipenuhi mengikut jadual. A juga tidak perlu bersaing dengan orang lain untuk mendapatkan sesuatu bagi memenuhi keinginannya kerana A adalah anak tunggal. A juga tidak perlu bersikap iri hati kerana persekitannya tidak memungkinkan dirinya bertindak sedemikian. Sungguhpun begitu, A bertindak memprotes atau memarahi pengasuhnya setelah dirangsang oleh persekitaran apabila keinginannya tidak diendahkan atau tidak dilayan oleh pengasuhnya.
            Ini berbeza dengan kanak-kanak B yang sentiasa didorong dan dirangsang oleh persekitarannya yang menyebabkan B bukan sahaja menghasilkan banyak ujaran bahkan variasi ayat yang dibina juga pelbagai. Antara faktor-faktor persekitaran yang berjaya merangsang dan mendorong B melahirkan ujaran ialah keadaan di mana permintaan B tidak dapat dipenuhi oleh pihak lain, ada masa dan ketikanya B inginkan perhatian, ada kalanya timbul rasa iri hati dalam dirinya apabila melihat pengasuhnya asyik melayan adiknya, dan dalam pada itu interaksi di antara
31
B dengan ahli keluarganya yang ramai sering kali mengundang pelbagai ransangan kepadanya untuk berinteraksi dan memberi respon dengan melafazkan pelbagai ujaran .
            Daripada kajian yang dijalankan terhadap kanak-kanak A dan kanak-kanak B ini jelas menunjukkan faktor persekitaran telah mengujudkan dorongan dan rangsangan kepada kanak-kanak untuk menggunakan bahasanya dalam pelbagai situasi dan keadaan seperti untuk bertanya, menyatakan sesuatu, melahirkan rasa kurang senang, inginkan penjelasan, melarang, mengugut, meminta atau memerintah, memprotes, bermegah, menghasut, memperlekeh dan lain-lain.   Jelas kanak-kanak akan berinteraksi dengan persekitarannya sekiranya wujud dorongan dan rangsangan dari persekitarannya. Persekitaran yang beku tidak akan merangsang pemerolehan bahasa kanak-kanak menyebabkan kanak-kanak tersebut tidak dapat menghasilkan atau mempraktiskan ayat-ayat yang pelbagai dengan lebih meluas.
ii          Bagaimana Teori Mekanis Membantu Pemerolehan Bahasa kanak-Kanak
Sebagaimana yang dinyatakan oleh penulis dalam batasan kajian, kajian yang dilakukan oleh penulis hanyalah ingin melihat dua faktor utama teori mekanis yang membawa kepada penghasilan ujaran yang dianggap sebagai hasil tindak balas atau respon iaitu faktor dorongan dan rangsangan.
            Faktor dorongan merupakan keinginan seseorang untuk memenuhi keperluan yang sedang dirasakannya. Manusia melakukan sesuatu kerana ada dorongan dalaman yang mahukan dirinya bertindak sedemikian. Dalam kajian penulis kali ini faktor dorongan terbukti merangsang subjek kajian menghasilkan ujaran. Antara dorongan-dorongan yang dapat dikesan ialah dorongan rasa
32
kehausan yang menyebabkan subjek kajian menghasilkan ujaran mahukan susu untuk menghilangkan kehausannya. Dorongan-dorongan lain yang wujud dalam kajian ini ialah dorongan rasa panas, rasa iri hati, rasa inginkan perhatian, rasa lapar, ingin bermain, rasa jemu, rasa penat, rasa seronok, rasa sakit hati, rasa marah dan lain-lain. Jelas dapat dilihat menerusi kajian ini faktor dorongan-dorongan yang berlaku disusuli dengan ujaran yang pelbagai oleh subjek kajian. Ini membuktikan dorongan-dorongan tersebut menjadi penyebab kepada perlakuan bahasa yang praktis.
            Faktor rangsangan pula wujud dari luar diri individu. Di dalam kajian yang dijalankan terdapat unsur-unsur rangsangan daripada luar yang menggalakkan subjek kajian mengujarkan perlakuan bahasa. Antara rangsangan yang dikenalpasti ialah rangsangan berbentuk pengucapan, rangsangan daripada situasi yang berlaku, rangsangan daripada benda maujud yang ada dipersekitaran, dan rangsangan berbentuk perlakuan. Antara rangsangan pengucapan yang dapat dilihat ialah pertanyaan daripada individu di sekeliling subjek kajian yang menyebabkan terlahirnya jawapan dalam bentuk ujaran-ujaran oleh subjek kajian. Rangsangan berbentuk situasi pula seperti layanan yang kurang memuaskan oleh pengasuh, rangsangan benda maujud pula seperti apabila melihat kereta mainan, dan rangsangan berbentuk perlakuan pula dapat dilihat seperti yang dialami oleh subjek kajian B  apabila lauk di pinggannya diambil oleh abangnya. Rangsangan-rangsangan tadi telah dapat memberi respon kepada subjek kajian untuk menghasilkan ujaran yang pelbagai dan sesuai dengan keadaan.
            Daripada kajian ini jelas menunjukkan dorongan dan rangsangan memainkan peranan penting dalam mempengaruhi penghasilan ujaran oleh  subjek kajian.  
33
Kajian juga menunjukkan semakin banyak dorongan dan rangsangan wujud, semakin banyak ujaran dihasilkan malahan variasi ujaran yang dihasilan juga pelbaga. Berdasarkan fakta tersebut jelas menunjukkan faktor dorongan dan rangsangan yang merupakan ciri-ciri utama teori mekanis membantu proses pemerolehan bahasa kanak-kanak. Pendapat penulis ini selari dengan  pendapat Bloomfield ahli teori mekanis sebagaimana dipetik oleh Kamarudin Hj. Husin, (1986:18) yang menjelaskan bahawa, Bloomfield berpendapat, rangsangan yang praktis menyebabkan seseorang itu bercakap. Hasil yang diterima oleh pendengar dengan segera pula menyebabkan pendengar melahirkan gerak balas yang praktis. Gerak balas yang berlaku di antara penutur dan pendengar itu tadi dianggap sebagai peristiwa praktis dan terletak di luar bidang bahasa. Manakala peristiwa ucapan yang berlaku merupakan aspek yang harus dikaji.
iii         Sejauh Mana Teori Mekanis Membantu Proses Pemerolehan Bahasa   Kanak-Kanak.
Berdasarkan kajian penulis, teori mekanis memang membantu proses pemerolehan bahasa kanak-kanak. Ini kerana, dengan adanya dorongan dan rangsangan yang wujud dalam diri dan persekitaran subjek kajian jelas menjadi punca kepada penglahiran ujaran oleh subjak kajian. Kajian juga mendapati subjek kajian yang kurang mendapat dorongan dan rangsangan oleh persekitarannya kurang menghasilkan ujaran, malahan variasi ujarannya juga agak terhad. Ini berbeza dengan subjek kajian yang persekitarannya begitu aktif mengujudkan dorongan dan rangsangan di mana subjek kajian tersebut telah menghasilkan ujaran yang juga aktif. Bahkan variasi ujaran yang digunakannya sesuai dengan keadaan dan pelbagai.
34
            Berdasarkan kajian penulis terhadap subjek kajian juga mendapati kanak-kanak A yang kurang mendapat dorongan dan rangsangan bukan sahaja tidak petah berkata-kata bahkan kelihatan tidak yakin menggunakan bahasanya. Subjek kajianA hanya dapat berkomunikasi dengan ibu bapa dan pengasuhnya. Hanya ibu bapa dan pengasuhnya tempat A meniru gaya bahasa dan percakapan yang boleh melenturkan alat-alat atrikulasinya untuk membolehkannya menghasilkan ujaran dengan lancar dan yakin. Selain daripada itu, semua kemahuan A juga dapat dipenuhi, oleh itu dorongan dan keperluannya terhadap sesuatu juga kurang wujud dalam dirinya. Disebabkan itu, organ-organ pertuturannya tidak dilatih sepenuhnya bagi membantunya menghasilkan ujaran. 
            Ini berbeza dengan kanak-kanak B yang begitu yakin dan dapat mengungkap kata-kata bukan sahaja tepat bahkan berkesan dari segi emosi, intonasi dan gaya sebutannya. Ini disebabkan B sentiasa didorong dan dirangsang oleh persekitarannya untuk melahirkan bahasa-bahasanya sejak awal lagi. B telah dibesarkan dalam keluarga besar di mana setiap seorang daripada ahli keluarganya berkomunikasi secara aktif serta turut serta membantunya menimbulkan rangsangan-rangsangan bagi membolehkan B menggunakan alat atrikulasinya untuk melatih, membina dan menghasilkan kata-kata. Bahasa yang diperolehinya  berkembang mengikut pengaruh persekitarannya. Bahasa yang pada awalnya dirtiru dari persekitarannya itu akhirnya menjadi suatu kebiasaan dan digunakan sesuai dengan keadaan.
            Jelas dapat dibuktikan di sini bahawa teori mekanis memainkan peranan penting dalam membantu proses pemerolehan bahasa kanak-kanak. Pendapat saya ini ada logiknya jika mengambilkira kata-kata Bloomfielad. Bahasa menurut
35
Bloomfield ialah sejumlah isyarat atau tanda-tanda yang berupa unsur-unsur vokal (fitur-fitur bunyi) yang dinamakan bentuk linguistik. Beliau juga mendefinisikan bahasa sebagai satu keadaan atau situasi yang terdapat dalam tubuh badan manusia (penutur) yang meliputi sistem saraf sebagai sebahagian yang terpenting. Oleh sebab itu, beliau menganggap makna tidak penting dalam kajian bahasa sebaliknya beliau menganggap bahasa sebagai satu gudang data lakuan-ucapan yang boleh mengeluarkan segala unit-unit bahasa dengan kata lain, kalimat-kalimat bahasa tersusun dalam otak dan dikeluarkan bila ada rangsangan. Beliau seterusnya percaya bahawa kebolehan bertutur merupakan hasil daripada satu proses menanamkan kebiasaan (conditioning), Kamarudin Hj. Husin (1986:18).
            Dorongan dan rangsangan daripada persekitaran juga mempengaruhi kualiti bahasa seseorang kanak-kanak. Tekanan yang keterlaluan boleh menyebabkan seseorang kanak-kanak itu menghasilkan ujaran-ujaran yang tidak sepatutnya. Ujaran-ujaran tersebut mungkin diperolehi dari persekitarannya. Kanak-kanak mudah meniru bunyi-bunyi bahasa yang dituturkan oleh orang dewasa di persekitarannya. Bahasa yang digunakan oleh seseorang kanak-kanak sering menggambarkan situasi persekitarannya. Ini dapat dilihat menerusi kajian penulis di mana kanak-kanak A membesar dalam pengaruh bahasa yang baik, sopan dan lembut bunyinya.
            Ini berbeza dengan B yang mana persekitarannya terutama kemahuannya yang sering tidak dapat ditunaikan dan pengaruh bahasa kasar yang diperolehi daripada abang dan kakak-kakaknya merangsangnya dirinya mengeluarkan kata-kata yang kadang-kadang agak kasar dan keterlaluan.  A juga sering mendapat tekanan dalam hubungan di antara dirinya dengan adik beradiknya yang lain. A juga sering mendapat rangsangan yang negatif yang akhirnya mencetuskan bahasa yang
                                                                                   36
negatif juga sebagai tindak balas dari rangsangan tersebut. Penulis mendapati hal ini memberi pengaruh dalam perkembangan bahasa seseorang kanak-kanak. Apabila seseorang kanak-kanak itu membesar dalam persekitaran bahasa yang baik maka baiklah bahasanya, begitu juga sebaliknya. Maka itu Asmah Haji Omar (1992:53)  ada menyatakan bahawa amat pentinglah bagi ibu-ibu menggunakan bahasa yang betul dari segi nahu dalam mendidik anak-anaknya. Kata-kata dan ayat-ayat yang menyalahi hukum nahu akan ditiru oleh kanak-kanak akan terus hidup dalam percakapan mereka sampai mereka dewasa.
            Daripada huraian di atas jelas dapat dibuktikan bahawa interaksi kanak-kanak dengan persekitaran telah mengujudkan dorongan dan rangsangan yang mempengaruhi pemerolehan bahasa dan seterusnya perkembangan bahasa mereka.

KESIMPULAN
Teori Mekanis memandang manusia sebagai produk lingkungan. Segala tingkah laku
manusia sebahagian besar akibat dari pengaruh lingkungan. Lingkunganlah yang membentuk keperibadian manusia. Kajian ini membuktikan bahawa faktor persekitaran mempengaruhi proses pemerolehan dan perkembangan bahasa kanak-kanak. Oleh itu lingkungan kanak-kanak harus memainkan peranan bagi membantu kanak-kanak terbabit memperoleh bahasanya.
            Proses pemerolehan bahasa dalam teori mekanis ini selanjutnya merupakan proses hubungan langsung antara stimulus yang datang dari luar dengan respon yang ditampilkan oleh individu. Hubungan stimulus dan respon ini kemudian dikenal

37
dengan nama teori S-R (stimulus-response). Unsur-unsur S-R ini adalah: dorongan, rangsangan, respon, dan pengukuhanan. Secara umum, dalam pemerolehan bahasa yang didasarkan oleh teori mekanis ini memerlukan situasi dan kondisi yang sesuai dengan kanak-kanak yang sedang belajar menguasai bahasa itu. Proses pemerolehan bahasa dapat berlaku dengan baik apabila kanak-kanak turut sama aktif di dalamnya. Jika stimulus atau ransangan diberikan terus menerus dan dalam jangka waktu yang lama, akan meyebabkan perubahan tingkah laku individu.
            Rangsangan dari pesekitaran menjadi pemangkin kepada kualiti bahasa seseorang kanak-kanak. Oleh itu, dalam proses pemerolehan bahasa, bahasa yang diperoleh oleh seseorang kanak-kanak itu sepatutnya  mestilah bahasa standard yang diterima oleh masyarakat dan penutur jati. Selain daripada itu, bahasa itu mestilah bahasa yang baik dan sempurna sifatnya. Penggunaannya mestilah betul dan tepat terutama dari segi tatasusila dan kebudayaan penutur jati bahasa tersebut. Bahasa yang didedahkan itu juga hendaklah betul dari segi nahu dan tatabahasanya. Jika bahasa yang diperdengarkan kepada kanak-kanak itu daripada jenis yang kurang baik atau rendah mutunya, maka kesan bahasa kepada bahasa kanak-kanak mereka itu amat buruk sekali. Penguasaan bahasa yang baik dalam kalangan kanak-kanak akan membantu mereka membentuk ketrampilan diri yang lebih .
             

           
                                                                                   

38
BIBLIOGRAFI

Abdullah Hassan 1983. Linguistik Am untuk Guru Bahasa Melayu Malaysia. Petaling     Jaya : Fajar bakti.

Ainon Mohd.  Abdul Hassan 2002. Guru Sebagai Pendorong Dalam Darjah. Kuala         Lumpur : PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd.

Alias Jamsari 1982. “Psikolinguistik dan Pemerolehan Bahasa” dlm Jurnal Dewan          Bahasa 6:3 Mac hlm. 176-183.

Asmah Hj. Omar, 1992. Bahasa dan Alam Pemikiran Melayu. Kuala Lumpur :       Dewan Bahasa dan Pustaka.

Best, John W. 1982. Metodologi Penelitian Pendidikan. Surabaya: Penerbit Usaha         Nasional .

Kamarudin Hj. Husin 1986. Kaedah Pengajaran dan Pemelajaran Bahasa. Subang Jaya :        Fajar Bakti.

Marzukhi Nyak Abdullah 1993. “Teori-Teori Pemerolehan Bahasa” dlm Jurnal Dewan    Bahasa dan Pustaka 37:9 September hlm 830-846.

Soegarda Poerbakawatja H.A.H. Harahap 1984. Ensiklopedia Pendidikan.  Jakarta :       Gunung Agung.

















36

ISIKANDUNGAN                                                                                HALAMAN


ABSTRAK                                                                                                    1-2

PENGENALAN

            A         LATAR BELAKANG KAJIAN                                             3
            B         PERMASALAHAN KAJIAN                                               3-5
            C         OBJEKTIF KAJIAN                                                              6
            D         TEORI KAJIAN                                                                     6
            E         JANGKAAN HASIL KAJIAN                                              7
            F          KAEDAH KAJIAN                                                                8
            G         TEMPAT KAJIAN                                                                 8-9
            H         BATASAN KAJIAN                                                              9
            I           DEFINISI                                                                               9-11
            J          METODOLOGI KAJIAN                                                      12
            K         PENGENALAN KEPADA TEORI                                     12-17

DAPATAN KAJIAN                                                                                     17
           
                        Situasi 1 - Minum susu                                                       18-20
                        Situasi 2 - Makan tengah hari                                           20-23
                        Situasi 3 - Bermain di luar rumah                                     23-29

RUMUSAN KAJIAN

i           Faktor-Faktor Persekitaran yang mempengaruhi
            Pemerolehan Bahasa Kanak-Kanak                                           31-32
ii          Bagaimana Teori Mekanis Membantu Pemerolehan
            Bahasa Kanak-Kanak                                                                    32-34
iii         Sejauh Mana teori Mekanis membantu Proses
            Pemerolehan Bahasa Kanak-Kanak                                           34-37                                                                         

KESIMPULAN                                                                                             37- 38

BIBLIOGRAFI                                                                                              39