Monday, 14 January 2013

BAHAS ALAPARLIMEN[PERKONGSIAN ILMU]

Jika sebelum ini kita membincangkan tentang pendirian samada untuk menyokong atau membangkang usul, maka kali ini kita akan melihat pendirian pasukan atau lebih dikenali sebagai premis. Premis merupakan kenyataan yang diterbitkan daripada pemahaman kita terhadap definisi konsep yri dengan peranan kita samada kita menyokong atau membangkang usul. Premis ini juga yang turut dikenali sebagai penegasan atau tegasan kes adalah pandangan dan perspektif kita terhadap usul yang dibentangkan.

Secara umumnya, usul yang dibahaskan tidak boleh diambil sebagai premis pasukan (terutamanya oleh pihak Kerajaan) kerana ini menyebabkan pihak Kerajaan seolah-olah tiada pandangan, perspektif atau pendirian tersendiri terhadap usul. Rata-rata pembahas akan mengambil jalan mudah dengan mengatakan bahawa, “Premis kami semudah usul.” Ini tidak sepatutnya berlaku dalam Bahas Ala Parlimen.

Maka, bagaimanakah kita ingin mencipta premis-premis yang mantap?
1. Premis hendaklah berkait-rapat dengan usul yang dibentangkan. Cuba untuk menggunakan perkataan-perkataan lain yang boleh menggantikan frasa-frasa penting di dalam usul.
2. Premis perlulah menunjukkan hala tuju pasukan (terutamanya dalam membentangkan hujah-hujah nanti).
3. Premis tidak boleh mengubah maksud dan tuntutan sebenar usul.
4. Premis boleh disertakan dengan rasional.
5. Penggunaan perkataan yang tepat dan memenuhi maksud dalam membentuk premis perlu dititikberatkan.

Berikut merupakan contoh-contoh premis yang boleh digunakan;

Usul : Pengguna Mampu Membendung Kenaikan Harga Barang.

REMAJA BERKULALITI MODAL INSAN NEGARA
Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan yang dipertua.Rakan-rakan kerajaan,perwakilan pembangkang serta ahli-ahli dewan .

Assalamualaikum wbt,salam sejahtera dan selamat bersidang.

Tuan Yang Dipertua,

Saya selaku menteri ketiga telah diberi amanah untuk membidas serta mematahkan ketiga-tiga hujah yang telah dikemukakan sebentar tadi oleh pihak pembangkang. Berdirinya saya pada pagi yang penuh ceria ini ,adalah untuk menegaskan pendirian kami kepada sidang dewan sekalian bahawa sesungguhnya remaja itu merupakan tunjang  yang bakal mengambil alih tampuk kepimpinan Negara kelak. Oleh yang demikian,pihak kerajaan telah bersepakat serta sebulat suara bersetuju dengan premis Remaja Berkualiti Modal Insan Negara.



Tuan Yang Dipertua,



Untuk menolak usul yang dikemukakan pihak pembangkang , saya akan mendedahkan serta menyatakan kelemahan-kelemahan hujah yang dilakukan oleh perwakilan pembangkang sebentar tadi.



Saya tidak pandai bermain dengan emosi.Maka,saya ingin membetulkan ketidaktepatan fakta.Kelemahan pertama yang dilakukan oleh YAB_____________ menyatakan bahawa jenayah dalam kalangan remaja kini bagai tiada noktahnya. Namun kenyataan itu salah sama sekali. Hal ini kerana, statistic kadar jenayah dalam kalangan remaja kini menunjukkan  penurunan yang ketara.kondisi ini bukan sekadar omong kosang,”Polis Diraja Malaysia(pdrm) kini berada di landasan yang betul dalam mengurangkan indekskadar jenayah yang melibatkan kerjasama daripada masyarakat “itulah kata-kata yang daripada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang saya petik pada laman MSTAR online yang telah dipaparkan pada 1oktober 2011. Berdasarkan penilaian yang dikeluarkan oleh Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) PDRM pada setiap tahun mencatatkan jumlah penurunan kadar jenayah yang memberangsangkan. Statistik terkini menunjukkan  indeks kadar jenayah antara Januari hingga Ogos tahun ini menurun sebanyak 23.6 peratus, manakala kadar jenayah jalanan pula berkurang sebanyak 39.7 peratus dalam tempoh sama berbanding 2009. Hal ini telah terbukti bahawa dengan adanya hubungan yang kukuh antara polis dan penduduk merupakan asas perkongsian pintar yang dapat membantu mengenal pasti jenayah dengan awal dan melaksanakan strategi terbaik untuk mengatasinya.Jelas sekali pencegahan jenayah bukan sahaja memerlukan kesedaran tentang jenayah masyarakat, malah amat bergantung kepada kerjasama yang diterima pihak polis daripada masyarakat setempat.





Seterusnya,kerapuhan usul kedua yang di kemukakan oleh ______________ yang berbunyi remaja mempunyai keperibadian yang lemah  .Bagi menangikis tuduhan yang tidak berasas itu, Kabinet pada 28 Mei 2003 telah meluluskan cadangan perlaksanaan Program Latihan Khidmat Negara dan Akta Latihan Khidmat Negara 2003. Dewan rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Akta latihan Khidmat Negara pada 25 Jun 2003 manakala Dewan Negara meluluskan Rang Undang-Undang ini pada 7 julai 2003. Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dilaksanakan di negara kita merupakan gabungan daripada latihan ketenteraan dan penanaman nilai-nilai patriotik kepada generasi muda ke arah cinta , kasih dan sayang akan negara.Program yang dilaksanakan ini banyak mendatangkan manfaat. PLKN juga bertindak sebagai satu makanisme bagi pembentukan disiplin diri remaja. Disiplin diri merupakan asas penting bagi sesuatu kejayaan.Penubuhan Program Latihan Khidmat Negara ini juga merupakan salah satu platform untuk memberi didikan,pembangunan moral dan merangsang tenaga intelektual bagi membina tamadun bangsa yang cemerlang.saya ingin melontarkan satu soalan yang cukup penting.Adakah kemudahan yang telah pihak kerajaan sediakan sperti  P..L…K…N… ini masih ingin disia-sia kan serta dipandang enteng? Sedangkan kemudahan ini jugalah yang mencorak satu generasi yang berilmu,berketerampilan ,bersahsiah mulia.Malah, kemudahan ini jugalah yang menampilkan wajah genarasi muda yang bersulamkan tekad yang ingin menjulang Negara hingga ke puncak jagat.




Bagi menjernihkan tanggapan yang keruh yang telah dikemukakan oleh _________________  yang berbunyi  remaja kini menzalimi diri sendiri.Kondisi ini memang tidak dapat dinafikan oleh semua pihak seperti mengambil dadah,melakukan seks bebas dan sebagainya.pascamodenisasi ini,remaja semakin dibelenggu dengan cara berfikir yang sempit dan mereka lebih cenderung kepada keseronokan dan berpeleseran . Namun , pihak kerajaan mengambil langkah sederap bagi mengekang kemelut ini agar masyarakat tidak dihinggapi masalah social yang teruk.Kerajaan telah menyediakan pusat pemulihan penagihan narkotik(PUSPEN),pusat perlindungan wanita,pusat pemulihan akhlak,klinik pemulihan dan prihatin 1malaysia yang bertujuan untuk membentuk semula nilai keinsanan yang syumul dalam diri remaja.Disamping itu, Datuk Seri Abdullah telah membuat keputusan memberi peruntukan kewangan 2006 kepada sektor sosial sebanyak 9.9 bilion ringgit berbanding 5.6 bilion ringgit untuk sektor pertahanan dan 3.6 bilion ringgit untuk pentadbiran pembangunan. Bagi pembangunan sumber manusia atau human capital, beliau membuat keputusan memperuntukkan 29 bilion ringgit atau satu per lima daripada peruntukan Bajet 2006 untuk perbelanjaan mengurus dan pembangunan Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi. Sebanyak 5 bilion ringgit telah diperuntukkan bagi perbelanjaan pembangunan pelajaran dan latihan untuk guru, pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi. Di samping itu, peruntukan sebanyak 493 juta ringgit disediakan bagi menampung 98 ribu pelajar di sekolah teknikal, vokasional dan institusi latihan kemahiran.
Selain itu, peruntukan hampir satu bilion ringgit disediakan bagi latihan perdagangan dan industri yang sedang dilaksanakan di Institut kemahiran MARA, Pusat Giat MARA, Institut Kemahiran Belia Negara, Institut Latihan Perindustrian dan Pusat Latihan Teknologi Tinggi. Nampaknya usaha bersungguh-sungguh kerajaan untuk mengatasi punca masalah sosial diberi penekanan yang sangat jelas dan menyeluruh,bagi memanifestasikan remaja yang berkualiti,sakinat dan madani kelak.



Tuan Yang dipertua,


Deduksinya,saya sekali lagi ingin menegaskan bahawa  usul yang telah dikemukakan oleh pihak pembangkang ditolak kerana pihak pembangkang gagal menyatakan usul yang relaven.Dengan ini,saya mohon agar semua pihak memberi komitmen dan pengertian yang serius terhadap usul pada hari ini malah kita tidak wajar akur dengan arus songsang ini.,saya memohon maaf sekiranya terkasar bahasa,namun saya masih berpegang teguh dengan pendirian saya iaiti remaja berkualiti pemacu pembangunan Negara.sekian,terima kasih.


Premis Kerajaan : Situasi Kenaikan Harga Barang Dapat Ditangani Secara Berkesan Menerusi Peranan Pengguna.

Premis Pembangkang : Situasi Kenaikan Harga Barang Tidak Dapat Ditangani Secara Berkesan Menerusi Peranan Pengguna.

Dalam usul di atas, perhatikan bahawa premis pembangkang hanya menambahkan perkataan ‘tidak’ sebagai penafian mutlak. Kedua-dua premis tersebut menggambarkan tentang peranan pengguna yang mampu atau tidak mampu menangani situasi kenaikan harga barang. Maka, penghujahan Kerajaan perlu menunjukkan peranan positif yang dimainkan oleh pengguna dalam menangani isu tersebut. Dan begitu sebaliknya bagi pihak Pembangkang.

Usul : Aktiviti Kokurikulum Dapat Memacu Semangat Patriotik Dalam Kalangan Murid.

Premis Kerajaan : Semangat Patriotik Dalam Jiwa Murid-Murid Kita Dapat Disemai Menerusi Perlaksanaan Aktiviti Kokurikulum Yang Berkesan.

Premis Pembangkang : Kelemahan-kelemahan Dalam Perlaksanaan Aktiviti Kokurikulum Menjejaskan Usaha Untuk Menyemai Semangat Patriotisme Dalam Kalangan Murid.

Wujud dua premis berbeza bagi usul di atas kerana fokus atau perspektif kedua-dua belah pihak dalam membincangkan usul ini adalah berbeza namun masih dalam ruang lingkup usul. Pihak Kerajaan akan menceritakan tentang kelebihan-kelebihan yang ditonjolkan menerusi perlaksanaan aktiviti kokurikulum sehinggakan ianya berkesan dalam mencetuskan semangat patriotisme dalam kalangan murid. Sebaliknya, pihak Pembangkang tidak boleh bahkan sukar untuk mempertikaikan aktiviti kokurikulum sebagai wahana pembentukan semangat patriotisme tetapi mereka boleh mempertikaikan tentang kelemahan-kelemahan dalam perlaksanaan aktiviti kokurikulum sehingga menjejaskan usaha pembentukan semangat patriotisme.

Usul : Rakyat Yang Berminda Kelas Pertama Tunjang Kegemilangan Negara.

Premis Kerajaan : Peranan Rakyat Yang Berminda Kelas Pertama Menjadi Asas Kepada Pembentukan Negara Yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.

Premis Pembangkang : Kekangan-kekangan Dalam Mewujudkan Rakyat Berminda Kelas Pertama Menjejaskan Usaha Pembangunan Negara.

Pihak Kerajaan akan membuktikan bahawa menerusi peranan yang dimainkan oleh rakyat berminda kelas pertama ini amat penting sehingga mereka layak diangkat sebagai ‘penggerak utama’ atau ‘tunjang’ kepada kemajuan negara. Manakala pembangkang pula akan menunjukkan bahawa wujudnya masalah-masalah atau kekangan-kekangan dalam mewujudkan rakyat berminda kelas pertama sehingga menjadikan mereka tidak layak menjadi ‘tunjang’ kepada kegemilangan negara. Umpamanya, usah berbicara mengenai buluh jika pada peringkat rebungnya sudah berpenyakit. Maka, usah berbicara tentang kegemilangan negara, jika usaha untuk membentuk rakyat berminda kelas pertama itupun menghadapi masalah-masalah yang besar.

Dalam sesetengah keadaan, ada juga pasukan yang akan memperkukuhkan premis mereka dengan rasional-rasional tertentu (yang turut menjadi kata kunci hujah).
Contoh : Khidmat Sistem Pesanan Ringkas Meningkatkan Kualiti Hidup Manusia.

Premis Kerajaan : Aplikasi Teknologi Khidmat Sistem Pesanan Ringkas Memanfaatkan Kehidupan Manusia.

Rasional 1 : Mampu merapatkan jurang perhubungan sesama manusia.
Rasional 2 : Mampu mengurangkan bebanan kos sara hidup yang tinggi.
Rasional 3 : Mampu meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan.

Premis Pembangkang : Aplikasi Teknologi Khidmat Sistem Pesanan Ringkas Memudaratkan Kehidupan Manusia.

Rasional 1 : Mampu memecahbelah hubungan kekeluargaan dan perpaduan masyarakat.
Rasional 2 : Mampu meningkatkan bebanan kos sara hidup semasa.
Rasional 3 : Mampu menggugat tahap keselamatan negara.

Namun ini semua terpulang kepada citarasa masing-masing. Apa yang penting adalah kandungan premis dan rasional perlulah mempunyai perkaitan yang jelas dan dapat dikaitkan pula dengan usul.

Berikut merupakan contoh ayat yang boleh digunakan oleh kedua-dua pihak untuk menyampaikan premis pasukan masing-masing;

Tuan Yang DiPertua,
Selaku pihak Kerajaan/Pembangkang, kami cukup yakin bahawa usul pada hari ini wajar diterima/ditolak berdasarkan pendirian kami bahawa ..... (Nyatakan premis anda)

Dalam membentuk premis pasukan, anda hanya perlu memerhatikan dengan teliti usul yang akan dibahaskan. Kemudiannya, cuba ubah beberapa perkataan yang hampir maksudnya dalam frasa-frasa usul. Contohnya, ‘kegemilangan negara’ boleh ditukarganti dengan ‘kemajuan negara’ atau ‘pembangunan negara’. Jangan lupa untuk memasukkan sekali pandangan dan perspektif anda mengenai usul tersebut, samada anda ingin membincangkan kelebihan-kelebihan, keberkesanan dan kejayaan-kejayaan atau kelemahan-kelemahan, masalah-masalah serta kegagalan-kegagalan.

Lebih penting lagi, anda perlu sentiasa berlatih dengan meneliti usul-usul bahas yang lama bagi mempertajamkan perspektif anda. Bincangkan bersama rakan-rakan pembahas yang lain bagi menghasilkan suatu premis (berserta rasional-rasional) yang menepati tuntutan usul perbahasan

No comments:

Post a Comment