Monday, 28 January 2013

Cara pemakanan yang tidak sihat seperti makan secara berlebihan menyebabkan obesiti / kegemukan.Berikan pendapat anda tentang punca obesiti. [Nurul Syafiqah bt Senin]

      Pada era terkini manusia meninggal dunia kerana terlebih makan manakala pada zaman dahulu manusia meninggal dunia kerana kekurangan makanan. Antara contoh penyakit yang melibatkan makanan sehingga meninggal dunia ialah kencing manis,darah tinggi , diabetis dan obesiti. Kanak-kanak pada zaman sekarang sudah menghidapi penyakit obesiti  atau masalah kegemukan.Penyakit ini amatlah merisaukan khususnya dalam kalangan remaja atau kanak-kanak kerana mereka masih muda sudah mempunyai penyakit yang sedemikian.

      Pada pendapat saya berlakunya penyakit obesiti ini kerana tersalah mengambil makanan yang tidak sihat.Kanak-kanak amat suka makan makanan ringan kerana mereka memikirkan tentang kelazatan makanan sahaja dan tidak mengambil peduli kesihatan mereka.Ini amat membimbangkan kerana nanti akan berkuranglah generasi apabila kanak-kanak meninggal dunia kerana masalah obesiti.Bagi perempuan mereka inginkan tubuh badan yang cantik supaya mereka kelihatan ramping dan ayu.Apabila mereka menghidapi masalah obesiti ini mereka berasa tekanan kerana mereka kelihatan gemuk dan boleh mengakibatkan kes bunuh diri dan ada sesetengah kaum hawa mengambil pil pelansingan badan yang agak banyak untuk mengurangkan berat badan mereka.

      Selain itu,berlakunya penyakit obesiti atau masalah kegemukan ini disebabkan gagal mengawal tekanan yang dihadapi. Mereka mempunyai pelbagai masalah sehinggakan mereka makan terlalu banyak makanan yang tidak sihat mengakibatkan mereka menghidapi penyakit obesiti.Di samping itu, salah satu punca obesiti ialah terpengaruh dengan emosianal.Mereka kekurangan kasih sayang  ibu bapa mereka yang hanya memikirkan tentang kerja sahaja sehingga mengaibakan anak-anak mereka.Orang yang menghidapi penyakit obesiti ini mengantikan kasih sayang ibu bapa mereka dengan makanan.Oleh itu, mereka makan terlalu makanan yang tidak sihat seperti ayam goreng.

    Seterusnya, punca obesiti ialah kurang bersenam.Di kalangan orang dewasa, mereka terlalu sibuk dengan kerja sehingga tiada masa untuk bersenam malahan mereka juga malas untuk bersenam kerana agak memenatkan.Di kalangan kanak-kanak pula mereka juga malas dan sibuk dengan pelajaran.Walaupun bersenam memerlukan banyak tenaga dan penat namun kesannya memuaskan .Bak kata pepatah "bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian".Punca yang lain ialah persekitaran.Persekitaran juga mempengaruhi kita menjadi obesiti.Apabila orang selalu mengata kita gemuk dan tidak pernah memuji kita boleh mengakibatkan kita menghadapi penyakit obesiti ini.Mereka berasa tertekan kerana masyarakat selalu mengejek mereka dengan rupa yang begitu.Bukan semua orang nak dilahirkan gemuk jadi janganlah kita asyik ingin mengata orang gemuk dan hodoh kerana bukannya mereka nak kelihatan begitu.Jadi kita sepatutnya memberi dorongan dan semangat agar mereka dapat mengurangkan berat badan mereka dan dapat hidup dengan sihat.Kita juga perlu memberi tunjuk ajar kepada mereka seperti cerita "The Biggest Losser" yang mengisahkan tentang beberapa orang yang mengalami masalah berat badan sehingga mencecah 300 padahal umur mereka masih muda.Mereka juga menghidapi penyakit kencing manis,darah tinggi,obesiti dan masalah jantung.Apabila mereka menyertai program itu mereka diberi tunjuk ajar tentang hidup dengan sihat.Sepatutnya pihak kerajaan mengadakan program begitu di Malaysia ini supaya berkuranglah orang yang mengidapi penyakit ini.

   Punca terakhir ialah genetik.Penyakit obesiti ini boleh didapati daripada keturunan.Jikalau ada keturunan kita yang mempunyai penyakit obesiti, kita mesti berhati-hati kerana berkemungkinan besar kita boleh dapat penyakit ini.Oleh itu, kita mesti sentiasa makan makanan yang sihat dan seimbang supaya terhidar daripada sebarang penyakit.Penyakit yang mengikut keturunan ini tidak boleh dijangka kerana ada sesetengah keluarga hadapi penyakit seperti ini dan ada yang tidak dapat.

    Kesimpulannya,bukan setakat makan makanan tidak sihat sahaja berlakunnya penyakit obesiti malahan ada banyak punca yang boleh menyebabkan kita menghadapi obesiti.Kita juga mesti makan makanan yang sihat dan jika kita ada tekanan kita mesti berkongsi masalah kita agar kita berasa lega apabila menceritakan masalah kita kepasa orang lain.Kita juga mesti menceritakan masalah kita kepada orang yang boleh menyimpan rahsia dan kita boleh keluar bersama keluarga atau melakukan aktiviti riadah supaya tidak tertekan atau dapat kasih sayang keluarga secukupnya.

1 comment: