Wednesday, 16 January 2013

FAEDAH MENYERTAI KEGIATAN KOKURIKULUM.[ Rusydiah Bt Sulaiman3 Sapphire]

Kegiatan kokurikulum ialah aktiviti di luar bilik darjah. Terdapat tiga jenis kegiatan kokurikulum di sekolah. Kegiatan tersebut termasuklah aktiviti badan beruniform, kelab dan persatuan serta sukan dan permainan. Semua pelajar digalakkan menyertai kegiatan kokurikulum kerana  mendatangkan banyak faedah.

     Salah satu faedah kegiatan kokurikulum ialah pelajar dapat memanfaatkan masa lapang mereka dengan bijak. Dengan menyertai aktiviti kokurikulum, kita tidak akan melakukan aktiviti-aktiviti yang tiada feadahnya seperti merokok, melepak, mencuri dan lain-lain.Secara tidak langsung, pelajar akan dapat menghindari diri sendiri daripada terjebak dengan gejala sosial dalam  kalangan remaja. Contohnya, jika kita aktif dalam bidang sukan, kita akan membuat latihan pada setiap petang dan akan mengisi masa petang kita dengan melalukan perkara-perkara yang berfaedah. Oleh itu, kegiatan kokurikulum dapat memenuhi masa lapang kita dengan perkara-perkara yang berfaedah.

     Selain itu, kegiatan kokurikulum juga dapat melatih diri pelajar untuk menjadi pemimpin. Ada berbagai-bagai jawatan dalam persatuan seperti pengerusi, setiausaha, bendahari, ahli jawatankuasa dan ahli biasa. Apabila pelajar memegang sesuatu jawatan, maka kita akan belajar menjadi ketua dan menguruskan aktiviti persatuan. Ahli biasa juga boleh belajar daripada kawan-kawan yang ada jawatan. Oleh hal yang demikian, dengan menyertai aktiviti kokurikulum, pelajar akan belajar menjadi  seorang pemimpin. Dengan adanya jawatan-jawatan seperti ini, ini akan membuat pelajar-pelajar lebih bijak menguruskan sesuatu pekerjaan tanpa bantuan guru-guru mereka.Aktiviti kokurikulum juga akan menambahkani keberanian dalam diri seorang pelajar itu.

     Malahan, kegiatan kokurikulum akan mengukuhkan lagi perpaduan antara kaum. Setiap persatuan dan kelab mempunyai banyak ahlinya. Ahli-ahli tersebut terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain. Dalam aktiviti yang dijalankan, semua ahli akan berkumpul. Oleh itu, kita boleh berbincang atau bertukar-tukar pendapat serta bekerjasama dalam melakukan sesuatu aktiviti. Kita juga dapat berkomunikasi dengan baik bersama mereka walaupun berlainan agama atau kaum.Dengan ini, akan terjalinlah hubungan yang erat sesama kita.
    
    Di samping itu, dengan menyertai kegiatan kokurikulum kita juga dapat membentuk disiplin diri. Disiplin sangat penting untuk mencapai kejayaan. Pelajar yang tidak berdisiplin susah untuk berjaya. Contohnya, kita akan dilatih menepati masa, berpakaian kemas dan mematuhi peraturan sama ada peraturan perkhemahan, bersukan dan sebagainya.Disiplin juga memainkan peranan yang penting dalam mencapai kejayaan. Justeru, pelajar haruslah menyertai aktiviti kokurikulum untuk memantapkan lagi disiplin mereka.

     Kesimpulannya, terdapat banyak faedah apabila kita menyertai kegiatan kokurikulum. Oleh itu, saya menyarankan kepada rakan-rakan agar memanfaatkan masa yang terluang dengan menyertai aktiviti kokurikulum. Apalah gunanya mempunyai otak yang pintar sekiranya tubuh badan kita tidak bermaya.Pihak sekolah juga hendaklah mengadakan aktiviti yang menarik untuk menggalakkan lagi minat pelajar untuk menyertainya. Ibu bapa pula haruslah menasihati anak-anak mereka supaya melibatkan diri dengan kegiatan kokurikulum di sekolah. Dengan itu, sekolah dapat melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang sama ada dalam bidang akademik mahupun kokurikulum.



10 comments:

  1. telah selamatkan saya . terima kasih

    ReplyDelete
  2. Super karangan......tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes.....wat u say is correct....

      Delete
  3. Mana cukup panjang!!!????

    ReplyDelete
  4. Karangan sesuai untuk pelajar sekolah rendah

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. This is perfect enough.. for my karangan keperihalan.. :) terima kasih..

    ReplyDelete
  7. Tidak cukup panjang,ada lima point Sahaja

    ReplyDelete