Tuesday, 22 January 2013

FAEDAH RUANGAN SISIPAN -SISTEM PENDIDIKAN SEBAGAI BAHAN PELAJARAN [Muhd Firdaus b Mohd Jamil]

Akhbar merupakan bahan bacaan harian utama masyarakat pada hari ini.Pelbagai berita dan maklumat dipaparkan untuk pengetahuan umur.Bagi pelajar,selain membaca surat khabar untuk menambah ilmu pengetahuan,pelajar juga boleh memanfaatkan ruangan sisipan pendidikan yang dikhususkan untuk meraka.akhbar-akhbar utama seperti Berita Harian dan Utusan Malaysia mnyisipkan ruang khas seperti skor, media, didk, tutor, e-kelas dan sebagainya. Sisipan seumpana ini yang memfokuskan pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR PMR dan SPM banyak memberi faedah kepada pelajar.
    Pelbagai bahan terkandung dalam ruangan sisipan pendidikan. Antaranya terdapat ruangan latihan yang menepati keperluan pelajar untuk mengulang kaji pelajara. pelajar boleh menjadikan bahan bahan ini sebagai latihan tambahan di samping latihan daripada  buku-buku kerja atau yang diberikan oleh guru. Latihan dan nota-nota yang ditulis oleh guru-guru yang berpengalaman luas ini juga mudah difahami serta menarik. Ibu bapa boleh menggunakan sisipan ini sebagai bahan untuk membantu anak mereka dalam pelajaran. Langkah pihak akhbar menerbitkan sisipan pendidikan ini sebagai serampang dua mata iaitu menyebarkan berita dan maklumat kepada pembaca umum dan pada masa yang sama, membantu para pelajar agar cemerlang dalam bidang akademik. Hal ini kerana terdapat banyak pelajar yang berjaya mencapai keputusan yang cemerlang tanpa mengikuti kelas tuisyen, sebaliknya memberi tumpuan dengan mengulang kaji menggunakan sisipan pendidikan.
    Sering terdapat juga panduan dan teknik memjawab soalan dalam sisipan pendidikan ini.Pedoman yang dieberikan ini memandu pelajar menjawab soalan dengan terbaik untuk memeperoleh markah yang tinggi. Dalam sisipan ini juga terdapat esei-esei yang berbentuk motivasi yang amat berguna untuk pelajar meningkatkan motivasi diri. Seterusnya, terdapat ruangan untuk pelajar mengasah bakat dengan menghantar karya-karya mereka atau mencari rakan pena untuk bertukar-tukar nota dan pendapat.
   Di samping itu, kerajaan juga membantu dari segi pembelajaran ini. Mereka membantu dari segi latihan intensif seperti soalan latih tubi yang dibuat hari-hari tanpa henti untuk menjadikan pelajar peka dan lalui pada setiap soalan hinggalah pelajar menghadapi peperiksaan yang sebenar. Hal ini demikian mengajar setiap pelajar untuk bersedia dengan keadaan yang sebenarnya.
    Konklusinya, sispan pendidikan dalam akhbar memberi banyak kebaikan kepada pelajar.Oleh itu, pelajar tidak seharusnya mengabaikan ruang yang diberikan untuk mereka.Pelajar yang rajin berusaha dan bijak mengambil peluang lazimnya cemerlang dalam akedemik.Para guru dan ibu bapa juga wajar memanfaatkan sisipan dalam akhbar untuk kebaikan pelajar dan anak-anak.

2 comments:

  1. boleh saya tahu berapa patah perkataan karangan ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. copy, paste kat word. tengok sendiri

      Delete