Tuesday, 22 January 2013

Kesan Buruk Jika Mata Pelajaran Sejarah Dikesampingkan Oleh Pelajar.NORHIDAYAT BIN HASSAN

Sejarah ialah sesuatu harta yang terpenting bagi sesebuah negara sehingga dijadikan mata pelajaran yang terpenting untuk mendapat skor yang terbaik dalam peperiksaan PMR dan SPM. Setiap sesuatu kewujudan pasti ada hikmahnya begitu juga dengan sejarah . Tetapi pada zaman yang moden ini mata pelajaran sejarah banyak dikesampingkan oleh para pelajar kerana pelajar tidak mahu menghafal fakta sejarah yang panjang lebar. Terdapat banyak kesan buruk jika mata pelajaran sejarah  dikesampingkan oleh pelajar.
        Antara kesan yang berlaku jika mata pelajaran sejarah dikesampingkan adalah semangat patriotisme dalam diri pelajar akan mulai luntur. Hal ini berlaku sedemikian kerana pelajar zaman sekarang majoritinya tertarik kepada budaya Barat. Mereka sanggup membayar ratusan ringgit untuk menonton konsert artis Barat walaupun harga tiketnya  mahal tetapi tidak mahu membeli buku rujukan Sejarah  walaupun harganya berpatutan.
       Kesan yang seterusnya pula, generasi baru tidak tahu mengenang jasa dan budi yang dipertaruhkan oleh insan yang terdahulu untuk memerdekakan negara. Generasi yang sebegini akan menjadi penyumbang kepada ketidakharmonian dalam negara. Faktor ini akan menyebabkan generasi ini mudah diperdaya oleh anasir-anasir Barat. Kebanyakan daripada mereka inilah yang menentang kerajaan pada masa kini kerana termakan hasutan Barat.
      Di samping itu , kesan yang ketiga adalah peristiwa yang lampau mungkin akan berlaku jika generasi pada masa kini tidak mementingkan mata pelajaran sejarah . Hal ini berlaku kerana penjajah Barat akan bertanggapan bahawa kebanyakan rakyat Malaysia tidak tahu akan sejarah lampau negara mereka. Oleh itu,mereka mudah untuk menyebarkan fahaman yang sesat lagi berselirat.
      Konklusinya, mata pelajaran Sejarah adalah penting kerana tanpa sejarah kita tidak boleh memperbaiki kesilapan kita yang lampau. Oleh itu , mata pelajaran sejarah sewajarnya tidak boleh dikesampingkan.

No comments:

Post a Comment