Tuesday, 15 January 2013

PENCEMARAN SUNGAI - OLEH

No.16, Jalan P9B/12,
Presint 9,
62250, Putrajaya.


Pengarah,
Perbadanan Putrajaya,
Bahagian Alam Sekitar,
Tingkat 6, Kompleks Perbadanan Putrajaya.                                                                              13 JANUARI 2013.

Tuan,

Aduan tentang Pencemaran Sungai

Saya, mewakili penduduk jalan P9B/12, Presint 9 ingin membuat aduan tentang pencemaran sebatang sungai yang terletak berhampiran dengan kawasan tempat tinggal kami iaitu Sungai Sentosa.

2.        Sejak pembinaan sebuah kilang makanan kira-kira setahun yang lalu, Sungai Sentosa telah dicemari dengan sisa-sisa buangan dari kilang tersebut.

3.       Sebelum ini, keadaan air sungai itu sungguh jernih dan bersih. Namun demikian, air sungai itu kini menjadi kotor, berbau busuk dan kehidupan di dalam sungai itu juga turut mati. Selain itu, beberapa orang kanak-kanak telah diserang penyakit apabila mandi di sungai itu. Dahulu, Sungai Sentosa sering dijadikan tempat mandi-manda bagi kanak-kanak dan remaja kerana airnya yang sangat jernih serta nyaman. Alangkah kecewanya kami apabila melihat keadaan Sungai Sentosa kini.

4.       Sebelum ini, pelbagai usaha sudah kami lakukan untuk menghentikan kegiatan pembuangan sisa buangan dari kilang makanan tersebut. Antaranya ialah menghantar notis amaran kepada pihak pengurusan kilang itu. Namun begitu, notis amaran kami tidak diendahkan oleh mereka. Meraka masih lagi membuang sisa buangan kilang itu ke dalam sungai. Di sini, kami berharap agar tindakan yang lebih tegas dan efektif dilaksanakan bagi mengatasi isu pencemaran Sungai Sentosa ini.

Oleh itu, saya bagi pihak penduduk jalan P9B/12 ini berharap agar pihak tuan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya kepada pihak kilang tersebut bagi membendung masalah ini. Kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Yang menjalankan tugas,
         Izzah
(IZZAH HANNAH BT. HASHIM)
Wakil Penduduk,
Jalan P9B/12, Presint 9,
62250, Putrajaya.

No comments:

Post a Comment