Monday, 28 January 2013

Soalan; Pengalaman bercuti.[Mohd Nabil Fikri]

14A,LOT 8142 Desa Putra Sungai Merab,43000 Kajang,Selangor Darul Ehsan

                                                                                                8 November 2012

Menemui kakanda yang berada di Perth,Australia.Ketika adik  menulis surat ini, adik sekeluarga berada dalam keadaan sihat walafiat. Diharapkan kakanda juga dalam payung kerahmatan Yang Maha Esa.

Kakanda yang disayangi,

     Ayahanda dan bonda berkirim salam kepada kakanda. Kami selalu berdoa semoga kakanda dalam keadaan sihat sejahtera. Kadang-kadang ayahanda dan bonda risau memikirkan keadaan dan kesihatan kakanda yang tinggal berseorangan sahaja di Astralia. Kami berharap agar kakanda sentiasa menjaga kesihatan terutama pemakanan kakanda setiap hari.

     Cuti sekolah akan bermula tidak lama lagi.Untuk pengetahuan kakanda,kami bercadang untuk pulang ke kampung bagi mengziarahi nenda.Di samping itu, adinda juga ingin melepaskan rasa rindu terhadap nenda kerana sudah agak lama juga kami tidak berjumpa dengan anenda.Mesti kakanda rindu akan nenda.Adik tidak sabar-sabar menanti cuti persekolahan tiba untuk bertemu dengan nenda dan menghabiskan cuti bersama-sama.

     Ayahanda telah menyuarakan hasratnya ingin membawa kami ke Kuala Terengganu.Kata ayahanda,terdapat banyak tempat menarik untuk dilawati di Terengganu. Kakanda bolehlah turut serta untuk pergi ke kuala Terengganu jika kakanda ada masa cuti nanti.Adik tidak sabar untuk bercuti  bersama keluarga ketika berada di Kuala Terengganu.Banyak barang yang bleh kita beli nanti apabila kita berada di sana. Adinda dapat rasakan keseronokan yang menanti keluarga kita nanti.

Selepas ke Terengganu ayahanda ingin ke Pahang kerana di sana ada adik bonda. Sudah lama bonda tidak ke sana. Kakanda pun begitukan. Di sana nanti bonda ingin membeli barang untuk teman-temanya. Adinda pun sama ingin memebeli cenderahati untuk kawan-kawan adinda.
 
     Nampaknya sudah panjang lebar adinda menulis warkah buat tatapan kakanda kali ini. Jika ada kelapangan, adinda akan menulis surat lagi. Adinda akhiri dengan ucapan salam kasih sayang daripada kami di sini.Harap kakanda gembira di sana.
                                                                                                                     
                                                                                                                      Yang Benar
                                                                                                                      nabil      fikri

No comments:

Post a Comment