TEKNIK PENUTUPAN
Aspek Penting Dalam Penutup
1.Pelajar perlu mengemukakan rumusan pendapat, pandangan ataupun saranan tentang keseluruhan isi karangan yang telah dibincangkan. Teliti perkara-perkara yang perlu ada dalam perenggan penutup dalam rajah di bawah. 2.Mulakan ayat dalam bahagian kesimpulan dengan menggunakan frasa sepeti berikut:
Ayat/Frasa Memulkan Penutup -Kesimpulanya,
-Sebagai kesimpulan dapatlah dikatakan bahawa…..
-Ringkasnya, jelaslah bahawa… -Kenyataan-kenyataan tersebut menunjukkan bahawa…
-Natijahnya, jelaslah bahawa…
3.Penutup dalam penulisan karangan yang berformat perlu disudahi dengan penutup mengikut format yang telah ditentukan dalam karangan berkenaan.
Ayat/Frasa Memulakan Penutup Berformat
-Sekian, terima kasih.
-Saya sudahi syarahan saya dengan serangkap pantun,” Kalau ada sumur di lading, Boleh saya menumpang mandi, Kalau ada umur yang panjang, Boleh kita berumpa lagi.”
4.Penutup dalam karangan jenis cerita ialah kesudahan kepada peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam bahagian isi cerita. Pastikan penutup dalam karangan jenis cerita sejajar dengan kehendak soalan. Umpamanya, jika soalan berkehendakkan ‘menceritakan cara memulihkan rakan yang dipulihkan itu sedar daripada pengsan. Jangan biarkan penghujung cerita tergantung.
5.Pastikan perenggan penutup ditulis dalam satu perenggan sahaja.
Aspek Penting Bahagian Penutup Karangan Jenis Fakta
Penutup dalam karangan jenis fakta merupakan rumusan menyeluruh yang dapat disimpulkan dalam satu perenggan ringkas secara ringkas, tepat dan padat. Ringkasnya perenggan penutup karangan jenis cerita biasanya mengandungi perkara-perkara berikut:
No. Ayat Kandungan
Ayat 1 Rumusan ataupun kesimpulan menyelurh tentang perbincangan isi.
Ayat 2 Menyatakan cadangan atau saranan yang sesuai. Ayat 3 Menyatakan harapan tentang isu yang dibincangkan. Ayat 4 Menyatakan pendirian tentang pokok persoalan yang dikemukakan.
Contoh Penutup Karangan Jenis Fakta
Soalan: Gejala lepak di kalangan remaja berpunca daripada kurangnya pengawasan daripada ibu bapa. Berikan pendapat anda.
(A1) Ringkasnya kekurangan pengawasan dan sikap tidak prihatin ibu bapa terhadap aktiviti dan perlakuan anak-anak mereka menjadi penyebab gejala ini kian memuncak. (A2) Dengan demikian, ibu bapa perlu sentiasa mengambil berat dan mengawasi setiap pergerakan anak-anak mereka yang mencurigakan. (A3) Sekiranya semua ibu bapa mengambil pendekatan sedemikian, gejala ini akan dapat diatasi dengan mudah. (A4) Jelaslah, ibu bapa memainkan peranan yang amat penting dalam menangani kegiatan tidak berfaedah anak-anak dan tidak boleh hanya mengharapka pihak lain sahaja.
Soalan: Jelaskan langkah-langkah yang boleh diambil untuk menjayakan Tahun Melawat Malaysia.
(A1) Sebagai kesimpulan, dapatkah kita katakan bahawa semua pihak memainkan peranan yang sama penting untuk menjayakan program ini. ( ) Semua pihak yang terbabit perlu menjalinkan hubungan kerjasama yang erat untuk memastikan kejayaannya dan tidak hanya ‘melepaskan batuk di tangga’ dalam setiap usaha mereka. ( ) Diharapkan usaha-usaha yang dijalankan oleh pelbagai pihak menjayakan program Tahun Melawat Malaysia akan meningkatkan martabat Malaysia di persada antarabangsa. ( ) Kejayaan dan kegagalannya bergantung kepada kegigihan rakyat negara ini tersendiri
Aspek Penting Bahagian Penutup Karangan Jenis Cerita
Perenggan penutup dalam karangan jenis cerita merupakan peleraian kepada cerita yang disampaikan. Bahagian penutup tidak mengandungiisi, sebaliknya merupakan kesudahan cerita. JANGAN timbulkan unsur suspens. Ingat! Anda bukan menulis skrip drama atau filem yang kadang kala mengandungi unsur suspens dalam peleraian cerita dengan harapan penonton berfikir sendiri. Terus sahaja kepada kesudahan cerita.
Ringkasnya perenggan penutup karangan jenis cerita biasanya mengandungi perkara-perkara berikut:
No. Ayat Kandungan Ayat
Ayat 1
Peleraian cerita ataupun kesudahan cerita. Ayat 2
Pengajaran daripada cerita ataupun pengalaman yang dilalui.
Ayat 3
Huraian ringkas pengalaman yang diperoleh. Ayat 4
Harapan daripada cerita yang ditulis.
Perkara dalam penutup yang dicadangkan di atas tidak semestinya disusun mengikut urutan, boleh juga didahulukan mana-mana perkara yang difikirkan sesuai.
Contoh Penutup Karangan Jenis Cerita
Soalan:
Anda dan keluarga anda telah terlibat dalam pemindahan mangsa banjir dalam kejadian banjir besar yang melanda kampung anda. Ceritakan pengalaman anda semasa berada di pusat pemindahan banjir selama beberapa hari.
Perenggan lengkap:
Setelah berada di pusat pemindahan banjir itu selama beberapa hari, akhirnya hujan pun teduh dan banjir mula surut. Kami pulang ke rumah masing-masing dan berdepan dengan kerja-kerja membersihkan segala kekotoran yang ditinggalkan akibat banjir. Selama berada di pusat pemindahan banjir itu, kami beroleh pengalaman yang amat berharga. Kami berharap agar kami tidak terlibat lagi dalam kejadian seumpama ini pada masa hadapan.
Soalan: Setiap bulan sekolah anda mengadakan pertandingan kelas terbersih sebagai satu cara mewujudkan keindahan dan keceriaan kelas. Sebagai ketua kelas, ceritakan tindakan yang telah anda dan rakan-rakan anda lakukan untuk menceriakan kelas anda.
Perenggan lengkap:
Walaupun kelas kami gagal memenangi pertandingan itu pada setiap bulan, kami berasa amat gembira kerana kelas kami kini sudah berubah wajah. Daripada pertandingan itu, akhirnya kami menyedari bahawa keceriaan kelas amat penting bagi merangsang pembelajaran kami. Kami berharap agar pelajar-pelajar di sekolah kami tidak melakukan kerja-kerja keceriaan kelas semata-matakeraa menginginkan kemenangan dalam pertandingan. Sebaliknya jadikalah kebersihan dan keceriaan suasana sebagai suatu cara hidup pada setiap masa.
Penutup Karangan Cerita Berdasarkan Peribahasa
Penutup dalam karangan cerita berdasarkan peribahasa agak berbeza dengan karangan jenis cerita berdasarkan pengalaman ataupun gambaran peristiwa. Penutup dalam karangan bentuk ini memerlukan pelajar membuat peleraian cerita dan menyatakan pengajaran yang diperoleh daripada cerita yang disampaikan. Hal ini demikian kerana karangan cerita berdasarkan peribahasa merupakan karangan yang dapat memberikan pengajaran kepada pembaca.
No. Ayat Kandungan Ayat
Ayat 1
Peleraian cerita.
Ayat 2
Ulasan peleraian/kesudahan cerita. Ayat 3
Pengajaran yang diperoleh daripada kisah yang berlaku.
Ayat 4
Penegasan dan kaitan cerita dengan peribahasa.
Perkara dalam penutup yang dicadangkan di atas tidak semestinya disusun mengikut urutan, boleh juga didahulukan mana-mana perkara yang difikirkan sesuai.
CONTOH-CONTOH PENUTUP KARANGAN JENIS CERITA PERIBAHASA
Soalan:
Salah satu peribahasa Melayu yang selalu disebut ialah ‘sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tidak berguna’. Tulis sebuah cerita berdasarkan peribahasa tersebut.
Perenggan lengkap:
Semenjak hari itu, Razak tidak berani lagi melawan cakap ibunya. Dia berasa begitu insaf dengan peristiwa yang berlaku kepada rakannya yang mati lemas di lombong lama itu akibat tidak mendengar asihat ibunya. Razak amat menyesal kerana tidak mendengar tidak mendengar nasihat ibunya yang menegahnya daripada menghampiri lombong lama itu. Namun segala-galanya telah berlaku,tragedi yang berlaku kepada rakannya itu bertepatan dengan peribahasa ‘sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna’.
Soalan:
Kita selalu mendengar peribahasa yang berbuyi “berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian”.
Perenggan lengkap:
Kini, Kamarudin telah menjadi seorang peniaga yang berjaya. Segala kesusahan, kesulitan dan cabaran yang dialaminya semasa mula-mula menceburkan diri dalam perniagaan telah berlalu. Tidak sai-sai selama ini dia memulakan perniagaaannyasecara kecil-kecilan. Inilah yang dikaitkan orang ‘berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian’.
KELEMAHAN PELAJAR DALAM PENULISAN KARANGAN
• Menulis dua atau tiga isi dalam satu perenggan
• Tulisan yang buruk dan tidak kemas menyebabkan karangan sukar dibaca
• Kesilapan membina ayat :-
• Contoh : Karangan itu ditulis oleh saya
• Kesalahan ejaan
Kebanyakkan - kebanyakan
Disana - Di sana
Penganguran - Pengangguran
Pendalaman - Pedalaman
ibubapa - ibu bapa
pusat membeli-belah - pusat beli-belah
samada - sama ada
matapelajaran - mata pelajaran
ulangkaji - ulang kaji
kenalpasti - kenal pasti
mengenalpasti - mengenal pasti
Tidak dapat membezakan huruf kecil dan huruf kecil.
Mengabaikan tanda baca
Penggunaan bahasa sms dan bahasa basahan
Contoh : kasi, tak, kuar, nak, kena, tengah
Penggunaan Ini kerana pada awal ayat.
Penggunaan Selain daripada itu dalam ayat
Penggunaan di mana dalam ayat.
Penggunaan saling sayang-menyayangi
Penggunaan ia untuk bukan manusia.
Penggunaan berasa dan merasa.
Penggunaan ialah dan adalah.
Penggunaan justeru itu.
__________________________________________________________________________
No comments:
Post a Comment