Tuesday, 7 June 2011

KATA GANTI NAMA TUNJUK

KATA GANTI NAMA TUNJUK
1. Kata ganti nama tunjuk digunakan untuk menunjukkan sesuatu atau seseorang.
2. Terdapat dua kata ganti nama tunjuk, iaitu ‘itu’ dan ‘ini’.
Peringatan
1.Sebagai penentu, ‘ini’ dan ‘itu’ tidak boleh diletakkan di hadapan kata nama.
2.Elakkan bentuk ajaran yang salah apabila menggunakan kata ganti nama tunjuk ‘ini’ dan ‘itu;.
Contoh :

Kesalahan dari segi kata
Ayat yang salah
Sejak akhir-akhir itu, dia tidak suka bersembang.
Ayat yang betul
Sejak akhir-akhir ini, dia tidak suka bersembang.
Keterangan
Salah penggunaan kata gati nama tunjuk.

Kesalahan dari segi Struktur
Ayat yang salah
Ini budak sangat besar.
Budak itu yang jahat telah dirotan oleh ibunya.
Ayat yang betul
Budak ini sangat besar.
Budak yang jahat itu telah dirotan oleh ibunya.
Keterangan
Salah diletakkan ‘itu’ dan ‘ini’ di hadapan kata nama yang berfungsi sebagai penentu.
Bentuk ujaran yang salah

No comments:

Post a Comment