SKRIP JURUACARA CERAMAH1
CERAMAH 1;
Melayang serindit di atas permatang
Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang
Awal bismillah pembuka bicara
Yg Berbahagia tetamu kita pd pagi ini Yg Berbahagia Tuan Hj Mohd Erfino b. Johari, Yg Dihormati Pn Pengetua Pn Hjh Romlah bt Abd Rahim,barisan guru2 GPK,Ketua-ketua Bidang dan rakan seperjuangan yg ada did lm dewan ini. Assalamualaikum w… dan salam 1 Malaysia.
Sayang kumbang mencari makan
Terbang seiring di tepi kali,
Selamat dtg kami ucapkan
Moga diiring restu illahi
-Terlebih dahulu pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yg Berbahagia Tuan Hj Mohd Efino b Johari kerana sudi hadir ke SMKPP9[1] . Juga tidak ketinggalam pihak majlis mengucapkan terima kasih kepada guru2 yg hadir pd pagi ini. Kelazimannya, pd hari sabtu merupakan hari bersantai bersama keluarga. Nampaknya, apl dilihat muka2 cikgu yg ada di dewan ini begitu ceria yg menjkkan keprihatinan cikgu dlm memartabatkan profesion perguruan, Terima kasih.
-Sebelum penceramah menyampaikan cermah yg bertajuk GURU,BICARA KEPIMPINAN ALQURAN DAN SUNAH, terlebih dahulu Kenalilah Penceramah secara ringkas. [BIODATA DIBACA]
-Dengan tidak membuang masa, dengan segala hormatnya mempersilakan Yg Berbahagia Tuan Hj Mohd Erfino b Johari untuk menyampaikan ceramah beliau yang bertajuk GURU,BICARA KEPIMPINAN ALQURAN DAN SUNAH,
-dipersilakan……………………………………
-Demikian sudah ceramah beliau pd pagi ini. Penerangan dan kupasan yang cukup menarik yg perlu kita renungi bersama. Diharapkan apa yg kita peroleh, dapat manfaat dan seterusnya diaplikasikan dalam kelas dan kehidupan sebagai seorang guru
-majlis berhenti rehat seketika.
CONTOH PANTUN
Pantun Pembuka Acara
Melati kuntum tumbuh melata
Sayang merbah di pohon cemara
Assalammualaikum mulanya kata
Saya sembah pembuka bicara
Terbang unggas riuh menari
Mentari terbit menguning padi
Girang rasa tidak terperi
Bertemu tuan yang baik budi
Mencari timba si anak dara
Di bawah sarang burung tempua
Salam sembah pembuka bicara
Selamat datang untuk semua
Sayang kumbang mencari makan
Terbang seiring di tepi kali
Selamat datang kami ucapkan
Moga diiring restu Illahi
Ke Pekan Kuala membeli bingka
Dalam pesanan pelbagai juadah
Majlis bermula tirai dibuka
Dengan alunan madah nan indah
Melayang serindit di atas permatang
Merbah berkicau dihujung muara
Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara
Pantun Ucapan Alu-aluan
Bukan rumput sebarang rumput
Rumput penghias tepi halaman
Bukan jemput sebarang jemput
Jemput memohon kata aluan
Duduk sekawan gadis jelita
Buat santapan buat pahlawan
Tampillah tuan kami meminta
Madah ucapan kata aluan
Mudik di sungai mendayung sampan
Sampan di dayung ke laut dalam
Sudilah tuan beri ucapan
Kata aluan pemanis kalam
Emas tempawan buatmu puteri
Busana indah buat rupawan
Sudilah tuan tampilkan diri
Bersama madah kata aluan
Terima ksh byk cikgu. Sy ambil sedikit ilmu dr blog cikgu utk panduan..
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian,,moga ilmu yang cikgu bagi dibalas oleh Allah..:)
ReplyDeletepohon dihalalkan ilmu cikgu, barakallah
ReplyDeleteterima kasih byk cikgu..saya ambil juga pantun cikgu
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteTerima kasih cikgu.. Contoh pantun yang sangat menarikk..semoga cikgu diberkati
ReplyDeleteterima kasih cikgu
ReplyDeleteAssalamualaikum cikgu , izinkan saya utk mengambil & menggunakan pantun cikgu ini. terima kasih semoga cikgu diberkati oleh Nya.
ReplyDeleteTerima kasih cikgu
ReplyDeleteAsssalamualaikum cikgu..izinkan saya mengambil satu pantun karya cikgu yang sangat indah didengari..terima kasih atas perkongsian yang sangat menarik.semoga cikgu dirahmati dan diberkati oleh sang pencipta
ReplyDeleteTerima kasih cikgu sudi berkongsi ilmu dengan Kami,minta halal segala ilmu yg dicurahkan😊
ReplyDelete