Friday, 3 June 2011

RAGAM BAHASA

RAGAM BAHASA DALAM NOVEL LENTERA MUSTIKA, KARYA NISAH HARON
disediakan oleh Rozali Rajab
DEDIKASI
Alhamdulillah syukur ke hidrat illahi kerana kertas projek ini telah berjaya disiapkan dengan izin-Nya. Terima kasih buat Ayahandaku Rajab Husin dan Bondaku Mimah binti Che’mat yang telah kembali kerahmatullah kerana telah melahirkan aku ke dunia ini, mendidik dan menyayangi diriku dengan penuh kasih saying sehingga menjadikan diri ini seorang insane yang berguna. Sesungguhnya segala jasa ayahanda dan bonda tidak ternilai harganya dan dan tidak mampu anakanda membayarnya walaupun hingga ke akhir hayat .
Bondaku
Belaian mesra dan kasih saying yang dicurahkan kepada
Diriku akan tetap kuhargai hingga ke hembusan nafas yang terakhir.
Ayahandaku
Keringat yang dikau curahkan bagi membesarkan diriku ini
Teramatku hargai buat selama-lamanya.
Isteriku
Kesabaranmu, belaian mesramu sesungguhnya membuatkan hidupku lebih bermakna
Dan dikaulah kekasih awal dan akhir buat diriku.
Anak-anakku
Puteriku Amira Hidayu, Puteriku Nur Farah Aliaa,Puteriku Nur Farah Adibah dan Puteraku Muhamad Nabil Fikri ingatlah kehidupan.
Ini bukanlah sesuatu yang mudah sesungguhnya ilmu itu
Penyuluh dalam kehidupan yang fana ini.

Rozali bin Rajab [JM 39348]

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad SAW.

Alhamdulillah, syukur saya ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan limpah izinnya jua dapatlah penulis menyiapkan penulisan ilmiah berjudul Ragam Bahasa Dalam Novel Lentera Mustika (LM), karya Nisah Haron ini dapat disempurnakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat Master Bahasa Melayu.

Penulis ingin mengambil kesempatan di sini untuk merakamkan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Prof Madya Dr Arba’ie bin Sujud selaku penyelia penulisan ilmiah ini kerana sudi memberikan bimbingan, saranan, panduan, teguran, nasihat dan dorongan kepada penulis dalam usaha menyiapkan sebuah penulisan ilmiah. Sesungguhnya budi dan jasa baik Prof Madya Dr Arba’ie bin Sujud dalam memberikan bimbingan semoga mendapat keberkatan dan rahmat daripada Yang Maha Esa.

Saya juga ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan terima kasih kepada para pensyarah dan warga kerja di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi dan Institut Pendidikan dan Pembelajaran Jarak Jauh [IDEAL] yang banyak memberikan kerjasama kepada penulis. Tidak ketinggalan ucapan terima kasih juga penulis tujukan kepada teman-teman seperjuangan khasnya Pn Normala bt Abu Samah dan Pn Rohani bt Othaman ( Media Perpustakaan UPM] atas segala bentuk bantuan dan sumbangan baik secara langsung mahupun secara tidak langsung yang diberikan bagi membantu penulis menyiapkan penulisan ilmiah ini. Selain itu, penulis juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada warga kerja Perpustakaan DBP, Kuala Lumpur dan Perpustakaan UPM, dalam menjayakan penulisan ilmiah ini.

Akhir bicara, saya dengan rendah diri menyerahkan kajian ini untuk diteliti dan dipertimbangkan. Diharapkan kajian ini bukan saja dapat memenuhi syarat penulisan ilmiah, tetapi juga dapat kita manfaatkan untuk perkembangan bahasa tanah air. Sesungguhnya mana yang baik adalah anugerah Allah s.w.t. manakala mana yang lemah adalah kelemahan penulis sebagai insan kerdil yang menerangi persada lautan ilmu.


ABSTRAK


Abstrak Penulisan Akademik ini dikemukakan kepada Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, sebagai memenuhi sebahagian daripada keperluan untuk mendapatkan Master Bahasa Melayu [MBM].


Tajuk ; RAGAM BAHASA DALAM NOVEL LENTERA MUSTIKA(LM),KARYA NISAH HARON
Oleh : ROZALI BIN RAJAB [JM39348] April 2011



Penyelia : Profesor Madya Dr. Arba’ie bin Sujud
Fakulti : Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi


Ragam bahasa merupakan kemuncak ketinggian nilai sesebuah karya kreatif. Lantaran itu, setiap perkara yang membina ragam bahasa saling mempertaut dan memperjelas bagi membentuk kesempurnaan. Oleh yang demikian, kajian ke atas ragam bahasa dalam novel Lentera Mustika, karya Nisah Haron, dilakukan untuk memperlihatkan perkara-perkara tersebut. Hal ini demikian penggunaan ragam bahasa dalam karya ini cukup menarik dan ditambah lagi keindahan bahasanya.

Secara umumnya, bahasa merupakan elemen penting. Oleh itu, hubungan antara bahasa dan manusia sangat erat . Justeru , bahasa merupakan medium utama karya sastera. Kajian terhadap teks sastera adalah untuk melihat dan menganaliis penggunaan ragam bahasa. Daripada ragam bahasa ini, pengkaji akan melihat dari sudut linguistik iaitu penggunaan diski atau kata, sintaksis, morfologi dan sebagainya. Oleh hal yang demiian, berdasarkan kajian pengkaji, mendapati novel Lentera Mustika mengandungi 13 ragam bahasa. Ragam-ragam bahasa tersebut ialah sindiran, menggiat, mengejek, terbalik, merajuk, tempelak, herdik, melampau, merendah, naik, berulang mengeluh dan jenaka.

Dalam hal ini, aspek bahasa yang merupakan medium pengantara dikaji secara khusus. Namun, pembicaraan terhadap aspek bahasa ini tidak dilakukan secara terpisah sebaliknya mengaitkannya dengan makna yang disampaikan. Sehubungan itu, setiap penggunaan ragam bahasa ini tidak sama dan berbeza antara satu sama lain. Jadi, kebolehan pengarang mengeksploitasikan aspek bahasa yang sedia ada, diolah dan digubah mampu memaparkan fenomena sejagat secara matang dan berkesan.


Selain itu, ragam bahasa merupakan bidang yang melengkapi tatabahasa. Oleh itu ragam bahasa tidak mungkin dapat berdiri dengan sendiri. Oleh yang demikian, dapat dikesani daripada kajian ini, setiap kata yang dipilih berfungsi dan dapat dipertanggungjawabkan dalam menyampaikan maksud tertentu. Dalam hubungan ini,


Akan wujud kata-kata tertentu yang biasa tetapi dimanuplasikan dengan baik dan berkesan sehingga mengungkapkan makna yang mendalam. Selain itu, dalam kajian yang dilakukan turut meneliti persoalan yang paling dominan dipaparkan dalam aspek jenis-jenis ragam bahasa dalam usaha memartabatkan Bahasa Melayu.

BAB I

PENDAHULUAN


Latar Belakang Kajian

Dalam kehidupan sehari-hari, manusia berkomunikasi dengan menggunakan bahasa. Bahasa merupakan wadah untuk manusia berkongsi maklumat, menyampaikan maksud dan apa-apa juga justifikasi yang mewajarkan berlakunya tindak balas. Dalam hal ini, setiap individu lazimnya akan merancang bentuk pernyataan mereka agar tidak menimbulkan sebarang implikasi kepada pihak lain. Oleh itu, bahasa merupakan alat komunikasi yang penting dalam masyarakat. Bahasa digunakan oleh masyarakat untuk memperkatakan pelbagai perkara, aspek, bidang dan peristiwa. Bahasa digunakan untuk menyatakan buah fikiran, pendapat, perasaan, hasrat dan sebagainya. Bahasa juga digunakan untuk menerangkan perkara-perkara berkaitan dengan sastera, perubatan, perundangan dan bidang-bidang lain.
........................................................................................................................................................................................................................................... UNTUK MAKLUMAT LANJUT,SILA HUBUNGI PENULIS. PENULIS TENGAH BERUSAHA UNTUK MEMBUKUKAN HASIL-HASIL KAJIAN DALAM WAKTU YANG TERDEKAT. INSYA-ALLAH.


PENULIS BERSAMA PENULIS NOVEL LENTERA MUSTIKA, NISAH HARON

No comments:

Post a Comment