DARIPADA:NOR AMIRA BINTI MOHD JAMAL
KELAS: 3 ALPHA
SOALAN :
Anda telah mendapat tawaran belajar di sebuah sekolah berasrama penuh.Setelah sebulan berada di sana,anda telah menerima sepucuk surat daripada rakan anda di kampung yang ingin mengetahui keadaan anda di sana.Balas surat rakan anda selengkapnya.
Tingkatan 4 Sigma,
Sekolah Menengah Maju,
54600 Banting,
Selangor.
22 Jun 2011.
Menemui sahabatku Nur Zahira Binti Hassan yang berada di Sekolah Menengah Kulim,Kedah semoga berada dalam keadaan sihat di samping keluarga dan rakan-rakan seperjuangan.
Saudari,
Bagaimanakah keadaan saudari di sana? Tentunya masih ramai lagi rakan kita yang bersekolah bersama saudari di sana.Saya memohon maaf atas kelewatan saya membalas surat saudari tempohari.Hal ini,kerana saya sedikit sibuk menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh guru dan kesuntukan masa.Namun demi persahabatan kita,saya tetap meluangkan sedikit masa untuk membalas coretan saudari.
Untuk pengetahuan saudari,saya merupakan antara dua puluh orang pelajar baru yang terpilih untuk memasuki sekolah berasrama penuh ini.Keadaan di sini cukup berbeza dengan sekolah kita di kampung dahulu.Di sini semua kemudahannya cukup legkap dan serba moden.Asrama ini dilengkapi dengan peghawa dingin,kipas siling yang baru dan almari yang besar.Selain itu,kami juga diberi sebuah meja untuk kegunaan pelajar.
Begitu juga dengan kemudahan di kelas-kelas.Pihak sekolah telah menyediakan sebuah almari kecil untuk kegunaan pelajar di sini.Misalnya,untuk menyimpan buku tulis,buku rujukan dan alatan pelajar.Kini saya tidak perlu memikul beg dengan terlalu berat pada setiap bagi dan petang seperti di sekolah lama kerana semua peralatan dapat disimpan di almari berkenaan.Pendek kata,semua kemudahan dan keselesaan disediakan sepenuhnya oleh pihak sekolah.Hal ini, kerana mereka mahukan pelajar-pelajarnya sentiasa bersedia untuk mencari ilmu dan mencapai kejayaan.
Untuk makluman saudari juga,kebanyakan pelajar-pelajar yang menuntut di sekolah ini berasal dari pelbagai negeri.Misalnya dari Melaka,Perak,Kedah dan sebagainya.Terdapat banyak kenalan baru yang hebat-hebat berlaka.Hal ini,secara tidak langsung mendorong saya untuk bersaing secara sihat dalam pembelajaran nanti.Kebanyakan pembelajaran saya di sini dilakukan secara berkumpulan.Hal ini,dapat memudahkan lagi fahaman saya terhadap pelajaran yang saya kurang mahir dan menjimatkan masa.
Kehidupan di asrama ini melatih saya menjadi seorang pelajar yang berdisiplin.Peraturan-peraturan yang ditetapkan di sini banyak membantu saya sebagai langkah awal untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang disamping berdisiplin tinggi.Masa menjadi perkara utama di sini,kami perlu mengikut masa yang di tetapkan dengan betul tanpa sebarang kelewatan.Kami juga harus melibatkan diri dalam segala aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah.Hal ini,dapat memupuk sikap bantu-membantu dan dapat mengeratkan sillaturrahim diantara kami.
Akhir sekali,guru-guru di sini juga kebanyakannya bersikap terbuka dan sedia mengajar serta sudi mendengar masalah kami.Cara pengajarannya juga amat menarik dengan menggunakan alat bantu mengajar.Semuanya membuatkan saya terkenang akan keadaan sekolah kita dahulu.Walaupun sekolah kita itu kurang kemudahan namun berjaya juga melahirkan ramai para pelajar yang cemerlang.
Saya rasa cukuplah setakat ini dahulu.Sebenarnya banyak lagi pengalaman yang ingin saya kongsikan di sini tetapi masa tidak mengizinkan saya untuk membuat demikian.Saya berharap agar saudari dapat mengutus surat lagi disamping menceritakan juga keadaan saudari di kampung.Akhir kata sampaikanlah salam saya kepada rakan-rakan kita dan pesanlah kepada mereka bahawa rajinlah menuntut ilmu.Seperti bak kata pepatah “Tuntutlah Ilmu hingga di Negara Cina’’.Sekiah,terima kasih.
Sahabatmu,
Amira
No comments:
Post a Comment