Wednesday, 11 January 2012

SINOPSIS; MERENANG GELORA[KOMSAS TINGKATAN 3]

NOVEL MERENANG GELORA ( RUSLAN BIN NGAH)
SINOPSIS
BAB 1 – TUGAS BAHARU
Badri anak sulong daripada dua orang adik beradik mula bertugas sebagai pengawas sekolah.Adiknya bernama Badrul.Beliau seorang yang yegas dan berdisplin.Bercita-cita igin menjadi pemimpin pada masa hadapan.Jamil merupakan kawan baik kepada Badri,manakala Shahrul seorang murid yang nakal,Siti Cahaya Nadira seorang murid baharu cantik menjadi rebutan murid-murid leleki sekolah tersebut.Jamil dicabar oleh Badri dan
BAB 2-API YANG MEAMBARA
Jamil mengajak Badri melepak di Mastika Mail.Mereka berbeza dari segi soal prinsip kehidupan.Meng Kong anak tauke kedai telefon selalu dikerumuni oleh murid-murid lain.Badri telah disimbah air semasa berada di tandas.Peristiwa itu menjadi heboh di kantin.Nadira menyindirnya.Cikgu Jailani menyiasat tersebut.Badri dibenarkan balik ke rumah lebih awal kerana keadaan bajunya basah dan berbau.Selepas itu Badri pergi ke perpustakaan untuk menenangkan jiwa dan berjalan-jalan tetapi setempat dengan Shahrul yang menunggang motorsikal dengan Nadira.Badri telah pergi ke ruman Pak Alang dan agak terkejut kerana terserempat dengan Nadira di sana.Pak Alang memperkenalkan Nadira sebagai anak buahnya dari Kedah.
BAB 3 – MAIN API
Badri dapat mengenali murid yang ada di dalam tandas semasa dia disimbah air berdasarkan tanda lahir yang terdapat di leher murid tersebut.Kumar ditangkap dan dibawa kepada Cikgu Jailani,iaitu guru displin.Kumar ditangkap kerana turut membawa telefon bimbit.Ah Chun dan Selva ,rakan sekelas Badri yang menyuruh Kumar,Meng Kong dan Shahrul menjualmkad prabayar kepada murid-murid di se kolahnya.Kumar telah memberitahu Jamil agar Badri tidak memethatikan Meng Kong lagi.Nadira memberi amaran agar Badri tidak melaporkan apa-apa kepada Mak Alang.Badri digelar pelapor.Badri dimalukan dengan dijatuhkan apabila dirempuh dengan kuat oleh Bob dan disindir oleh Kumar serta diterawakan oleh Nadira.Semasa di dalam,dia mendapat nota untuk datang ke pasar raya petang itu.Dia ke pasar raya itu dan bertemu dengan Siew Mei yang belum dikenalinya sebelum ini.

BAB 4 – DURI DALAM DAGING
Kumar bertemu Meng Kong dan Shahrul di pusat boling.Beliau bercerita dan meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap Badri kerana ditangkap oleh Badri dan telefonnya.Kumarmasih berdendam dengan Badri.
BAB 5 -PERTEMUAN
Badri berjumpa dengan Jamil dan ditanya adakan dia juga terlibat dalam kegiatan menjual prabayar.Semua rashia itu diceritakan oleh Siew Mei setelah diberitahu oleh abangnya yang ulbekerja di kedai telefon di kedai ayah Meng Kong,iaitu Encik Tan.Badri pula melakukan sesuatu untuk menyelamatkan Nadira dari terus berkawan dengan Shahrul.Kemungkinan Shahrul turut melibat dengan aktiviti tidak bermoral.
BAB 6- KEMUNCAKAN DUNIA
Nadira dimarahi oleh Nurul Ain,iaitukakaknya kerana berpakaian sendat untuk keuar pada Sabtu pagi.Nadira menunggu Shahrul dalam keadaan marah kerana terlalu lewat,tetapi sering terpujuk oleh kata-kata manis Shahrul.Nadira marah kepada Badri kerana Nadira berkawan dengan Shahrul.Nadira mengikut Shahrul bersiar-siar dengan menunggang motorsikal .Shahrul bertemu dengan rakannya,mat motor yang selalu ber lumba haram.Nadira tidak senang dengan Aziz iaitu salah seorang kawan dalam kumpulan mat motor Shahrul.Mereka telah diserbu oleh anggota polis tetapi Shahrul,Aziz dan rakan-rakannya dapat melarikan diri.Nadira terpeangkap kerana ditinggakan oleh Shahrul.Akhirnya Nadira ditangkap dan dihantar pulang dari rumahnya oleh anggota polis.Pihak polis menerangkan bahawa Nadira telah berkawan dengan mat rempit yang diburu oleh anggota polis.Ada kalangan mereka yang terlibatkan dengan jenayah.Nadiria dimarahi kakaknya.
BAB 7 – SECANTIK SINAR
Jamil menjauhi diri daripada Badri.Taufik kawan sekelas Badri ingin mengetahui masalahnya.Badri menyembunyikannya dan memarahinya kerana bersikap menjaga tepi kain orang lain.Taufik memberitahu kejadian yang menimpa Nadira dan Shahrul.Nadira telah ditangkap dan disoal oleh anggota polis.Hal ini telah diketahui oleh pengetua dan menyebabkan Nadira dipanggil untuk menceritakan situasi sebenar kejadian tersebut.Nadira berjumpa dengan Badri di perpustakaan untuk meminta maaf kesalahannya terhadap Badri.Nadira menyatakan hasrat ingin berkawan dengan Badri tetapi Badri serba salah dan malu.Pertemuan dengan Shahrul membuatkan Nadira amat marah kepada Shahrul.Badri dicabar oleh Shahrul.
BAB 8 – MENGHARUNG BADAI
Jamil menceritakan kepada Badri yang dia telah dituduh mencuri telefon bimbit di kedai ayah Meng Kong.Nasibnya baik kerana bapa Meng Kong tidak membuat laporan kepada pihak polis dan sekolah.Dia tidak dapat membele diri.Badri bersyukur kerana Jamil sudah insaf atas perbuatanya.Nadira masih berharap Badri tidak masuk campur urusan Meng Kong dan rakan-rakannya,tetapi Badri masih tekad menyelongkar kebenarannya .Siew Mei mengajak Badri berjumpa di bengkel dan menasihati Badri tentang pergaduhannya dengan Shahrul kerana Nadira.Siew Mei meminta Badri membimbing Nadira.Akhirnya Badri bertanya kepada Siew Mei mengapa dia mengambil berat tentangnya.Siew hanya menutup mulut dan bergesa-gesa kerana malu.
Bab 9 – RAHSIA HAMPIR TERBONGKAR
Badri mengintip perbuatan Kumar,Meng Kong dan Shahrul tentang rancangan mereka untuk terus menjual telefon dank ad prabayar ketika sedang joging di tasik.Mereka agak risau jika Jamil membongkar kegiatan mereka itu.Mereka telah disergah oleh Badri.Shahrul menyerang Badri tetapi dapat dielak kerana Badri mahir dalam ilmu persilatan.
BAB 10 –SEMARAK API
Shahrul tidak selasa tinggal di rumah teres walaupun sudah tiga tahun mendiaminya.Dia masih rindu lagi akan rumah lamanya yang besar dan mewah itu.Rakan-rakan Shahrul sering menganggap daripada golongan yang berada,namun sebaliknya.Dia telah dipanggil oleh Cikgu Jailani kerana menyerang Badri.Apabila Shahrul bertemu dengan Badri yang sedang makan bersama-sama Nadira,hatinya marah dan dia cuba mengungkit rancangan mereka dahulu untuk mengenakan Badri.Tujuannya adalah memisahkan Badri dengan Nadira.Suatu hari,Shahrul dan Kumar memunggut hutang daripada Amir yang membeli telefon tetapi dibayar separuh sahaja kerana emaknya tidak membenarnya dia membelinya dan meminta dipulangkan kemba li.Apabila Amir memulangkan telefon itu kepada Shahrul,telefon tetrsebut telah jatuhdan dilihat oleh Cikgu Jailani.Amir dibawa ke bilik guru.Amir telah diugut oleh Shahrul dan Kumar agar tidak menceritakan hal sebenar kepada Cikgu Jailani,sebagai balasan hutang Amir akan menghapuskan.Amir telah berbohong kepada Cikgu Jailina untuk menutup rahsia daripada siapa dia membeli telefon itu agar hutangnya lupus.
BAB 11-TERANGKAP
Meng Kong ke kedai ayahnya untuk mendapatkan bekalan telefon di dalam stor tanpa menyedari stor tersebut telah dipasang dengan sistem CCTV.Dia berpura-pura menunggu Ah Meng.Telefon itu diserahnya kepada Kumar agar tidak dikesan oleh bapa Ah Meng telah memainkan semula rakaman CCTV tersebut dihadapan Encik Tan.Encik Tan melihat Meng Kong mengambil empat telefon bimbit dari stor itu.Apabila Meng Kong balik dia disuruh berjumpa dengan ayahnya.Ayahnya telah menunjukkan rakaman CCTV kepada Meng Kong lalu Meng Kong meminta maaf dn berharap dia dimaafkan tetapi ayahnya telah menghukumnya dengan menyuruhnya tinggal di asrama sekolah serta meminta maaf dengan mengetua sekolah iaitu Encik Baharom.Akhirnya,mereka bertiga Shahrul,Meng Kong dan Kumar tertangkap dan dikenakan hukuman tiga sebatan setiap orang.Meng Kong ditempatkan di asmara.Badri meminta Taufik memerhatikan Meng Kong.
Bab 12 – SUASANA BAHARU
Meng Kong mengikuti rutin jadual di asmara walaupun dia berasa kekok,tetapi atas keramahan Taufik dan Saiful,dia cuba menyesuaikan diri.Dia berasa lega kerana tiada orang bertanya sebab dia tinggal di asmara.Meng Kong mula belajar dan membuat kerja sekolahnya mengikut masa dan jadual.Dia menceritakan pengalaman buat kali pertama dapat menyiapkan kerja rumah kepada Shahrul dan Kumar.Mereka tidak berpuas hati dengan perubahan Meng Kong yang tidak mahu menjual telefon itu kerana Meng Kong untuk tinggal dengan datuknya yang garang.Shahrul dan Kumar mengajak Meng Kong meneruskan usahanya,tetapi Meng Kong tetap menolak.Berlaku pertengkaran antara mereka dan Badri datang meleraikan pertengkaran itu tersebut membawa mereka berjumpa Cikgu Jailani.Mereka dirotan atas kesalahan tersebut.
Bab 13 – JIWA REMAJA
Badri bersiap-siap dengan kemas untuk berjumpa dengan Nadira.Badri diusik oleh Badrul yang menyatakan abangnya menpunyai dua orang buah hati kepada emaknya.Nadira menelefon Badri dan bertanya kelewatannya.Badri akhirnya datang untuk melihat pementasan tersebut teater tersebut.Nadira berasa cemburu apabila mengetahui hubungan Badri dengan Siew Mei.Nadira mengelamun semasa pementasan itu dan disedarinya oleh Badri.Setelah pulang ke rumah Badri dimaklumkan Badri bahawa Jamil datang mencarinya.Badri menelefon Jamil dan berbual-bual melalui telefon.Mereka berjanji bertemu keesokannya harinya namun Badri pergi mencarinya tetapi emaknya tiada rumah.Jamil hilang tanpa dapat dikesan walaupun dia telah bertanya ibu bapa Jamil serta Taufik dan Kumar.Badri menemui Kumar yang sedang memasukkan rokok ke dalam beg Meng Kong atas arahan Shahrul supaya Meng Kong dibuang asrama.Kumar mengikut arahan Shahrul kerana takut dikasari oleh Shahrul.
Bab 14 –DI PERSIMPANGAN
Kumar insaf perbuatannya lalu mengelar diri daripada dihasut oleh Shahrul menyebabkan dia terikut-ikut dengan gaya mewah Shahrul.Shahrul tetap tertegas untuk memastikannya Kumar masih mahu menjadi ahli kumpulannya dan tidak membocorkan rahsia Jamil dan Meng Kong tidak lagi melibat dalam kegiatan mereka.Shahrul tetap memujuk Kumar mengikutnya membalas dendam terhadap Badri.
Bab 15 – KEHILANGAN YANG MISTERI
Kehilangan Jamil menjadi misteri.Walau bagaimana,Badri tidak dapat melurulpakan sahabatnya itu.Kini Badri sudah berkawan baik dengan Kumar.Badri dikejutkan dengan berita akhbar yang dibaca oleh Siew Mei tentang kematian Amran iaitu kawan Jamil mati ditembak kerana terlibat dengan kes jenayah dan dadah.Badri risau sekiraanya Jamil turut terlibat dalam kes jenayah tersebut.
Bab 16 – TERSAYAT PEDIH
Shahrul ketakutan mendengar berita kematian Amran dan mengurung diri mencari jalan untuk mendekati Nadira semula sebagai sahabat.Shahrul mula merasakan kehilangan rakan-rakannya dan bermula gaul dengan rakan-rakan yang lebih dewasa.Apabila melihat Badri,Shahrul ingin membalas dendan terhadap Badri mengupah Din memukul Badrul iaitu adik Badri.Din tidak mahu terlibat dan hal ini menyebabkan marah lalu memecut motorsikalnya menyebab dia terjatuh.Badrul dan kawan-kawannya menyebabkan Siew Mei tidak berpuas hati.Apabila berjumpa Badri,Kumar menceritakan niat sebenar Shahrul melalui maklumat yang diperoleh melalui Din tetapi Nadira curiga kata-kata Kumar,sebalik Siew Mei tidak bersetuju dengan pendapat Nadira yang menyatakan Shahrul telah berubah.
Bab 17 – MANGSA FITNAH
Badri banyak menghabiskan masa mengulangkaji pelajaran dengan Kumar.Namun begitu Badri kesal dengan sikap Siew Mei yang tidak semersa sebelum ini.Kumar menyatakan ada perasaan cemburu antara Siew Mei dan yang ingin merebut hati Badri.Untuk menghindari perasaan tersebut Badri lebih banyak menghabiskan masa mengulangkaji dengan Kumar.Badri telah difitnah membawa telefon bimbit ke sekolah apabila Cikgu Jailina menemui telefon tersebut di dalam begnya.Badri dibawa oleh Cikgu Jailina ke bilik displin.Taufik menyatakan Shahrul telah menyuruh Kumar melakukannya.Badri terkilan kerana tidak menyokongnya sebaliknya menyalahannya juga.Berita negatif tersebut masih tersebar walaupun Cikgu Jailina mendapati Badri tidak bersalah.Badri juga disindir oleh Shahrul.Semua rakan menjauhi diri daripadanya kecuali Siew Mei dan Taufik.
Bab 18 – PENTAS SANDIWARA
Badri dan Taufik mendengar perbualan Shahrul dan Kumar.Mereka mendapati Shahrul menyuruh Kumar meletakkan telefon bimbit ke dalam beg Badri tetapi Kumar tidak mematuhi arahan tersebut.Hal ini menyebabkan Shahrul berasa marah.Pertengkaran antara Shahrul dan Kumar telah dilihat oleh Lokman dan Badri.Mereka dibawa ke bilik pengawas oleh Lokman,iaitu ketua pengawas.Badri diberi semangat oleh Lokman berkenaan fitnah yang ditabur kepadanya.
Bab 19 – CERITA BAHARU
Meng Kong berjumpa dengan Badri,Taufik dan Siew Mei di kantin.Mereka bersimpati dengan nasib Badri.Badri menyatakan bahawa Kumar tidak terlibat dalam hal tersebut.Mereka berbincang tentang sikap Shahrul yang tidak serik dengan kejadian yang telh berlaku kerana ibu bapanya menyokongnya walaupun Cikgu Jailina pernah pergi ke rumah Shahrul memberitahu sikap Shahrul kepadanya.
Bab 20 – HATI YANG TERLUKA
Hubungan Shahrul dan Nadira kembali mesra.Hal ini menimbulkan sedikit rasa cemburu di hati Badri.Semasa mengelamun,Badri tersalah menyebut nama Nadira kepada Siew Mei menyebabkan Siew Mei agak terkecil hati.Doa Badri agar dia ditemukan dengan Nadira untuk mengetahui pandangan Nadira terhadapnya.Akhirnya dia bertemu dengan aaNadira yang ditemani Shahrul di rumah Pak Alangnya.Badri menyatakan kesalahan Shahrul telah dikesan oleh Cikgu Jailina menyebabkan Shahrul berasa bombing.Badri menyindir sikap Nadira.
Bab 21 – HARAPAN
Shahrul terlibat dalam kemalangan selepas balik dari rumah Pak Alang Nadira.Shahrul menduduki SPM di hospital.Kesan daripada kemalangan tersebut,kaki Shahrul tempeng sebelah.Badri meminta maaf kepada Siew Mei akan sikapnya tempoh hari.Badri menyatakan cita-citanya untuk menjadi untuk berjaya dalam Sijil Pelajaran Malaysia bukan untuk mengejar cinta.Hal ini disokong oleh Siew Mei,Ba dri,Taufik dan Siew Mei sama-sama belajar untuk menduduki SPM dan berjaya menjawab soal dengan baik.Selepas tamat peperiksaan,mereka sama-sama berbincang tentang cara menghabiskan masa cuti mereka.Taufik akan mengikut Badri berkerja di resort bapa saudara Badri.Badri dan Siew Mei berjaya mendapat 9A dalam SPM.Taufik pula mendapat 7A.Selepas mendapat keputusan,Badri bergegas pergi membeli tiket untuk balik bekerja semula.Badri telah memohon kemasukan ke universiti.



Bab 22- SENJA BELUM BERLABUH
Pertemuan semula antara Badri dengan Jamil berlaku di resort milik Jamil setelah masing-masing berjaya dalam kehidupan.Mereka mengimbau kembali kenangan lalu.Badri melanjutkan pelajaran di Ireland dalam bidang perubatan dan akan bertugas sebagai doktar di Hospital Besar Kuala Lumpur.Jamil melanjutan pelajaran dalam bidang hotel dan perlancongan di UiTM.Taufik mendapat ijazah dalam bidang peniagaan.Jamil dan Taufik menbuka resort di Terengganu.Shahrul dan Kumar melanjutkan pelajaran di Politeknik dalam jurusan kemahiran memperbaiki kereta sehingga berjaya membuka beberapa cawangan bengkel kereta di Kuala Lumpur.Shahrul telah berkahwin dengan Nadira.Nadira berjaya membuka sebuah butik setelah memperoleh kelulusan diploma fesyen di UiTM.Siew Mei berjaya menjadi seorang doktor gigi.Badri dan rakan-rakannya merenang gelora dalam kehidupan mereka dan berharap berjaya merenang gelora akan mendatang.

13 comments:

  1. Sinopsis yg trbaek !

    ReplyDelete
  2. Terima kasih! Berguna untuk pembentangan KOMSAS saya. :)

    ReplyDelete
  3. Thanks cigku rozali , It very useful for me ;)

    ReplyDelete
  4. Mohamad Syfiq bin Soekarno27 February 2012 at 15:38

    Terima Kasih,Cikgu Rozali.Sinopsis yang sesuai untuk folio Bahasa Melayu saya..Cikgu Rozali ade fb...nanti boleh add saye...Syfiq Soekarno..hehe

    ReplyDelete
  5. wat happened 2 chapter 1? didnt finish it

    ReplyDelete
  6. apasal ayat pelik?????

    ReplyDelete
  7. thankz anyway!!!! itz useful 4 me!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  8. It's very useful and meaningful, shorter than the other reference books, TQ =)

    ReplyDelete
  9. terima kasih cikgu... ini berguna untuk saya ... ^_^...

    ReplyDelete
  10. useless , impress by numouros of errors, such a failure ,its the best for you to sleep instead of doing this gd nite

    ReplyDelete