Wednesday, 30 May 2012

PENGALAMAN DI BUKIT BROGA,SEMENYIH.

Sudah lama diri ini mencari sedikit masa untuk menikmati keindahan ciptaan Allah yang terbentang luas,namun halangan-halangan itu tetap menjelma.Tarikh 28/5/12,hari isnin ,7 rejab,merupakan tarikh yang cukup terpahat di hati ini selama-lamanya.Saya,Ustad al-Sidiq Izudin,Ustad Taufik dan Ustad [dah lupa nama] janji dimenterai untuk dipertemukan pada jam 5 pagi disebuah rumah berwarna kuning di desa putra.Deruan motor ustad-ustad,memecah kesunyian pagi.Bunyi katak dan cengkerik tidak kedengaran.Mungkin takut dengan ustad.
Setelah berkumpul,motor ditinggalkan di banglo kuning,toyota rush menjadi mangsa kembara malam. Pada malam itu,perjalanan begitu sunyi,tiada kenderaan.Cukup gelap.Jalan berliku-liku,menambahkan keinginan untuk pendakian.Dalam kegelapan malam,jalan berliku-liku kedengaran azan subuh berkumandang.Kenderaan belok ke masjid[ berhampiran pekan Semenyih] ,untuk mengerjakan solat dan berdoa kepada Allah semoga perjalanan dan pendakian berjalan lancar.Selesai sahaja solat, toyota rush berderum ke arah Bukit Broga.Toyota rush masuk ke ladang kelapa sawit untuk berehat kerana sudah lama menjalankan tugas terhadap tuannya.Rupa-rupanya, sudah ramai yang memulakan pendakian walaupun jam baru 6.30 pagi. Kami memulakan pendakian dengan penuh bersemangat.Dua orang ustad, telah ke depan.Mereka cukup pantas dan berhati waja. Saya dan ustad Izudin berada di belakang.Mula-mulanya,ustad tidak mahu meneruskan pendakian,namun kata-kata semangat orang lama,ustad terus mendaki hinggalah tercapai hajatnya. Di puncak Bukit Broga,angin bertiup perlahan untuk menyambut kehadiran kami.Seketika di puncak,kami melihat keindahan alam ciptaan Allah.Cukup tenang dan menakjubkan...matahari terbit mencantikan pemandangan pada itu.Kami berehat........sebelum kami meninggalkan Bukit Broga. FOTO-FOTO SEMASA BERADA DI BUKIT BROGA.
KUINGIN MENDAKI LAGI UNTUK MENIKMATI KEINDAHAN ALLAH,KALAU BOLEH BERSAMA ANAK-ANAK MURIDKU DAN KITA BOLEH MENGAJAR BM DI PUNCAK BUKIT BROGA...PECAH REKOD!!! ANAK-ANAK MURIDKU YANG INGIN BERSAMA, SILA MAKLUM KEPADA CIKGU.

No comments:

Post a Comment