Soalan 11
Encik Rosli selalu mengirimkan anaknya wang pada setiap akhir bulan bagi menampung belanja
A B
persekolahan anaknya itu. Tiada kesalahan.
C D
|
Rumus Apitan “men-…-kan” dan
“men-…i” (dua objek)
|
Huraian
|
men-…-kan à OTB + kepada
men-…-i à OB
· Mengirimkan surat daripada
· Mengirimi anaknya
|
Dalam ayat yang mempunyai dua objek, apitan men-…-kan mestilah diikuti oleh objek tidak bernyawa, manakala apitan men-…-i, mestilah diikuti oleh objek bernyawa. Frasa kerja mengirimkan surat bermaksud surat menjadi barang yang dikirimkan. Frasa kerja mengirimkan anaknya pula bermaksud anak menjadi barang yang dikirimkan. Hal ini sudah tentu tidak munasabah.
|
No.
|
Jawapan
|
Huraian
|
11
|
A
|
· A salah kerana kata kerja mengirimkan sepatutnya diikutioleh objek tidak bernyawa iaitu wang.
· B betul kerana kata sendi nama pada digunakan untuk menunjukkan waktu atau masa.
· C betul kerana persekolahan bermaksud perihal sekolah.
|
Soalan 12
Jeremy memusingkan badannya ke kiri dan ke kanan ketika bersenam.
A) ke kiri kanan
B) kiri dan ke kanan
C) ke kiri dan kanan
D) ke kiri dan ke kanan
|
Rumus Frasa Sendi Nama Gabungan
|
Huraian
|
Ke…dan ke…
· ke kiri dan ke kanan
di… dan di…
· di depan dan di belakang
|
Dalam frasa sendi nama gabungan, kata sendi nama mesti hadir dalam kedua-dua bahagian yang digabungkan seperti ke kiri dan ke kanan. Jika frasa tersebut ditulis ke kiri dan kanan, frasa tersebut tidak gramatis
|
No.
|
Jawapan
|
Huraian
|
12
|
D
|
· A salah kerana tidak menepati rumus frasa sendi gabungan, iaitu kata sendi nama ke mestilah diulang dan kata hubung gabungan dan perlu dikekalkan.
· B salah kerana kata sendi ke seharusnya wujud dalam frasa sendi ke kiri.
· C salah kerana kata sendi ke sepatutnya hadir dalam frasa sendi ke kanan.
· D betul kerana frasa sendi nama gabungan ke kiri dan ke kanan menepati Rumus Frasa Sendi Nama Gabungan.
|
Soalan 13
Perasaan resah saya cuba selindungkan dengan tersenyum ketika menghadiri temu duga itu.
A) cuba saya menyelindungkan
B) saya cuba menyelindungkan
C) cuba saya selindungkan
D) cuba saya selindung
|
Rumus Hukum Aneksi Persona
|
Huraian
|
KGND 1 & 2 à Pasif tanpa awalan
· cuba saya selindungkan
· saya cuba selindungkan (X)
|
Dalam Frasa Kerja Pasif, kata kerja pasif diri pertama dan diri kedua mesti diikuti oleh kata kerja pasif tanpa awalan. Hokum Aneksi Persona menetapkan bahawa ruang di antara kata ganti diri pertama atau diri kedua dengan kata kerja pasif tidak boleh dihadiri oleh sebarang perkataan lain seperti kata bantu atau kata nafi.
|
No.
|
Jawapan
|
Huraian
|
13
|
C
|
· A salah kerana tidak menepati Hukum Aneksi Persona. Hal ini demikian kerana perkataan menyelindungkan ialah KKT yang sepatutnya diikuti oleh kata nama.
· B salah kerana tidak menepati Hukum Aneksi Persona. Hal ini demikian kerana perkataan menyelindungan adalah daripada KKT yang sepatutnya diikuti oleh kata nama.
· C betul kerana frasa tersebut menepati Hukum Aneksi Persona.
· D salah kerana frasa tersebut tidak menepati Hukum Aneksi Persona dengan adanya kata laindi antara kata ganti diri pertama dengan kata kerja pasif.
|
Soalan 14
Dalam perjalanan pulang, Aliaa membeli goreng keledek dari kedai Farah.
A) Membeli keledek goreng dari
B) Membeli goreng keledek daripada
C) Membeli keledek goreng daripada
D) Membeli goreng keledek daripada
|
Rumus Kata Sendi Nama
“dari” dan “daripada”
|
Huraian
|
Dari (ATM)
· Dari Johor, dari utara
Daripada (KABOS)
· Daripada lima orang,
· daripada kekuatan, daripada kapas,daripada ibu
|
Penggunaan kata sendi nama dari dan daripada dapat dibezakan dengan menggunakan ATM atau KABOS. Jika selepas perkataan tersebut ialah ATM, kita menggunakan kata sendi nama dari.
Sebaliknya, jika selepas perkataan tersebut ialah KABOS, kita menggunakan kata sendi nama daripada.
|
No.
|
Jawapan
|
Huraian
|
14
|
C
|
· A salah kerana kata sendi nama dari tidak menepati KABOS. Dalam hal ini, kita membeli sesuatu daripada Farah, bukan daripada gerai. Oleh itu,gerai Farah merujuk kepada orang (KABOS) dan bukan tempat (ATM). Gerai Farah ialah organisasi, iaitu institusi perniagaan.
· B salah kerana goreng keledek tidak menepati Hukum D-M. Goreng keledek tidak menepati Hukum D-M. goring keledek ialah perbuatan menggoreng. Yang betulnya ialah keledek goreng, iaitu keledek yang digoreng.
· C betul kerana keledek goreng menepati Hukum D-M dan kata sendi nama daripada menepati KABOS.
· D salah kerana goreng keledek tidak menepati Hukum D-M dan kata sendi nama dari tidak menepati KABOS.
|
Soalan 15
Yang turut hadir dalam majlis itu ialah Pengarah Pelajaran Negeri.
A) Yang turut hadir dalam majlis itu adalah
B) Yang turut menghadiri majlis itu ialah
C) Yang turut menghadiri majlis itu adalah
D) Yang turut hadir dalam majlis itu
|
Rumus Kata Pemeri
|
Huraian
|
FN + FN = ialah
· Yang turut hadir dalam majlis itu ialah Pengaran Pelajaran Negeri.
FN + FA = adalah
· Kenyataannya adalah benar.
· Hadiah ini adalah untuk ibu.
|
Kata pemeri ialah hendaklah digunakan dalam ayat yang berpola FN = FN. Sebaliknya, kata pemeri adalah digunakan dalam ayat yang berpola FN +FS atau FN +FA. Kata pemeri adalah tidak boleh hadir di hadapan kata kerja seperti adalah dimaklumkan, adalah merupakan, adalah bergantung dan sebagainya.
|
No.
|
Jawapan
|
Huraian
|
15
|
D
|
· A salah kerana subjek ayat ialah frasa nam. Oleh itu, kata pemeri ialah sepatutnya digunakan.
· B salah kerana kata kerja transitif menghadiri diikuti oleh kata sendi nama ke.
· C salah kerana ayat ialah frasa nama. Oleh itu, kata pemeri ialah sepatutnya digunakan.
· D betul kerana subjeknya ialah frasa nama. Oleh itu, kata pemeri ialah tepat digunakan dalam ayat yan berpola FN + FN
|
BAHAGIAN 4 ; SAMBUNGAN......
Apesal soalan dia sebijik soalan cikgu nesh c r ?? --'
ReplyDeleteHuraian pon sebijik.serius semua sebijik