Saturday, 29 September 2012

TATABAHASA; ULANG KAJI PMR

BAHAGIAN 2; SAMBUNGAN TATABAHASA....
Soalan 5

Oleh sebab telah lama tidak bersua, mereka bertukar-tukar pelbagai cerita-cerita menarik dalam
  A                                             B                                                      C
pertemuan itu. Tiada kesalahan.
                                      D


Rumus Frasa Sendi Nama
                                                        Huraian
KS à KN
·   oleh sebab
·   oleh kerana (X)
Kata sendi nama mestilah diikuti oleh kata nama. Oleh itu, frasa oleh kerana salah disebabkan perkataan kerana ialah kata hubung. Yang betulnya ialah frasa oleh sebab kerana sebab ialah kata nama.
Rumus Frasa Nama Jamak
                                                         Huraian
KBJ à KNT
·   pelbagai cerita
·   pelbagai cerita-cerita (X)
Dalam farasa nama jamak, kata bilangan jamak mestilah diikuti oleh kata nama tunggal.


    No.
      Jawapan
                                                               Huraian
     5
              C
·   A betul kerana frasa oleh sebab menepati Rumus Frasa Sendi Nama.
·   B betul kerana kata kerja tak transitif bersua tidak memerlukan pelengkap.
·   C salah kerana frasa pelbagai cerita-cerita tidak menepati Rumus Frasa Nama Jamak.


Soalan 6

Kemalangan jalan raya yang membabitkan motosikal mencatat peratusan yang paling tinggi sekali                                            A                                                           B                                        C
berbanding bas dan kereta. Tiada kesalahan.
                                                                D



Rumus Frasa Adjektif
                                                                   Huraian
·   amat … sekali
·   sungguh … sekali
·   sangat … sekali
·   ter- … sekali (X)
·   paling … sekali (X)
Dalam frasa kata adjektif, kata penguat amat, sungguh dan sangat boleh diikuti oleh kata penguat sekali. Sebaliknya, perkataan berawalan ter- yang bermaksud paling tidak boleh diikuti oleh kata penguat sekali.
Begitu juga halnya dengan kata penguat paling. Perkataan ini tidak boleh n diikuti oleh kata penguat sekali.


   No.
     Jawapan
                                                        Huraian
    6
            C
·   A betul kerana kata kerja transitif membabitkan diikuti oleh kata nama motosikal.
·   B betul kerana nama apitan peratusan hadir selepas kata kerja transitif mencatat.
·   C salah kerana frasa adjektif paling tinggi sekali tidak menepati Rumus Frasa Adjektif, iaitu kata penguat paling tidak boleh diikuti oleh kata penguat sekali.


Soalan 7

Puan Rina dijahitkan dua pasang baju kurung oleh anaknya untuk dipakai pada hari raya yang akan       A                                                     B                                                                           C
datang. Tiada kesalahan.
                          D



Rumus Apitan “di-…-kan” dan Awalan “di-“
                                            Huraian
KN + di-…-kan (subjek bernyawa)
·   Ibu dijahitkan
·   Ibu dijahit (X)
KN + di- (subjek tidak bernyawa)
·   Baju dijahitkan (X)
·   Baju dijahit
Pasangan di-…-kan  dan di- mempunyai rumus yang berbeza.
Bagi di-…-kan, subjek mestilah bernyawa
·   Puan Rina dijahitkan…
Bagi di-, subjek mestilah tidak bernyawa.
·   Baju dijahit…


    No.
      Jawapan
                                                               Huraian
     7
              D
·   A betul kerana ibu dijahitkan mempunyai subjek bernyawa. Hal ini bermakna ibu mendapat perbuatan jahit, iaitu dua pasang baju kurung dijahit untuk ibu.
·   B betul kerana kata sendi oleh digunakan untuk frasa kerja pasif diri ketiga.
·   C betul kerana kata hubung yang digunakan dalam klausa relative.


Soalan 8

Kain sutera batik buatan tangan yang halus dikagumi oleh pelawat dari Eropah. Tiada kesalahan.
          A                                                                   B                                 C                                  D



Rumus Hukum D-M
                                                                  Huraian
Diterangkan
Menerangkan
Batik sutera
Sutera batik(X)
Dalam Bahasa Melayu, Hukum D-M menetapkan bahawa perkara yang hendak diterangkan metilah mendahului bahagian yang menerangkan. Sebagai contoh, batik sutera ialah kain baaaatik yang dibuat daripada benang sutera, manakala sutera batik bermaksud sutera yang dibuat daripada batik. Persoalannya ialah adakah sutera dibuat daripada batik?


Rumus Frasa Kerja Pasif Diri Ketiga
                                               Huraian
KKP3 à oleh + FN
·   Dikagumi oleh pelawat
·   Pelawat kagumi (X)
Frasa Kerja Pasif Diri Ketiga(FKPD3) menetapkan bahawa FKPD3 hendaklah diikuti KS oleh, kemudian diikuti FN. Dalam frasa ini, KS oleh sebagai pilihan, iaitu boleh digugurkan. Contoh :
·   Dikagumi oleh pelawat
·   Dikagumi pelawat
Rumus Kata Sendi Nama
                                               Huraian
Dari à ATM
·   Dari Eropah, dari utara
Penggunaan kata sendi nama dari dan daripada dapat dibezakan dengan menggunakan ATM atau Kabos. Jika selepas perkataan tersebut ialah ATM, kita menggunakan kata sendi nama dari. Sebaliknya, jika selepas perkataan tersebut ialah KABOS, kita menggunakan kata sendi nama daripada.


    No.
      Jawapan
                                                               Huraian
     8
            A
·   A salah kerana frasa nama sutera batik tidak menepati hukum D-M
·   B betul kerana kata kerja pasif dikagumi menepati rumus FKPD3.
·   C betul kerana kata sendi nama dari digunakan untuk ATM.


Soalan 9

Asap-asap hitam yang keluar berkepul-kepul dari ekzos lori mencemari alam sekitar.
Tiada kesalahan                                B                                               C                                                D



Rumus Kata Ganda
                                                     Huraian
Kata nama yang tidak dapat berbilang tidak boleh digandakan
Asap, air,udara,hujan dan gas tergolong sebagai benda yang tidak dapat dibilang. Oleh itu, perkataan-perkataan ini tidak boleh digandakan untuk menunjukkan maksud jamak seperti asap-asap,udara-udara dan sebagainya.
Rumus Apitan “men-…-kan”
 dan “men-…-I”
                                                     Huraian

Men-…-kan à objek bergerak, subjek tidak akan bergerak.
Men-…-I à objek tidak bergerak, subjek bergerak.
Untuk membuat pilihan antara apitan “men-…-kan” dengan apitan  “men-…-i”, gunakan rumus yang berikut:
·   apitan “men-…-kan” menerima objek yang bergerak dan subjek yang tidak bergerak – menghadiahkan buku kepada Ali.
·   apitan  “men-…-i” menerima objek yang tidak bergerak dan subjek yang bergerak – menghadiahi Ali buku.


    No.
      Jawapan
                                                               Huraian
     9
            A
·   A salah kerana asap ialah kata nama yang tidak dapat dibilang. Jadi, perkataan ini tidak boleh digandakan.
·   B betul kerana berkepul-kepul menunjukkan bentuk sesuatu dan dapat dibilang. Oleh itu, perkataan berkepul boleh digunakan.
·   C betul kerana mencemari alam bermaksud subjek bergerak, iaitu asap yang menyebabkan alam tercemar.


Soalan 10

Anak yang setia itu berada di sisi ibunya hingga ke saat terakhir. Tiada  kesalahan.
                                           A                                   B                C                      D



Rumus Frasa Sendi Nama
                                                          Huraian
KS à KN
·   Sejak dari seminggu(X)
·   Sejak seminggu
·   Selain daripada tiu (X)
·   Selain itu
Rumus Frasa Sendi Nama menetapkan bahawa kata sendi nama dalam bahasa Melayu tidak boleh hadir secara berturutan.


    No.
      Jawapan
                                                               Huraian
    10
          B
·   A betul kerana kata sendi nama di menunjukkan ATM
·   B salah kerana kata sendi nama tidak boleh hadir secara berturutan seperti hingga ke.
·   C betul kerana perkataan terakhir bermaksud paling akhir.


BAHAGIAN 3;IKUTILAH SAMBUNGAN......

No comments:

Post a Comment