Friday, 25 January 2013

Kempen Kitar Semula mempunyai banyak kebaikan, malangnya kurang mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat. Bincangkan kebaikan kitar semula. [NUR RABIATUL ADAWIYAH BT MAZLAN]

Dalam era pembangunan moden zaman kini, pelbagai topik menjadi halwa telinga kita saban hari. Salah satunya adalah mengenai topik  ‘Kitar Semula’. Secara zahirnya majoriti daripada rakyat Malaysia tidak megerti  tentang maksud di sebalik slogan ‘Kitar Semula’. Kitar semula ialah proses menghasilkan sesuatu produk  yang baru atau boleh dikategorikan sebagai inovasi, hasil daripada bahan-bahan yang enggan digunakan lagi.
            Antara bahan yang boleh dikitar semula ialah tin-tin kosong, plastik, kertas dan tayar-tayar lama. Pelbagai program yang dianjurkan oleh Dewan Bandaraya untuk membuka mata masyarakat tentang kebaikan kitar semula. Malangnya, program-program sebegini kurang mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat. Hal ini begitu mengecewakan pihak penganjur.
            Banyak kebaikan yang boleh diperoleh dengan mengitar semula, bukan sahaja mendatangkan kebaikan kepada manusia, malahan kepada haiwan dan alam sekitar. Kitar semula berpotensi menangani masalah kekurangan tapak pelupusan sampah.  Buat pengetahuan rakyat Malaysia, negara kita dilanda masalah kekurangan tapak pelupusan sampah. Hal ini demikian kerana, saban hari kuantiti sampah di Malaysia semakin meningkat. Tidak mustahil, suatu hari nanti kawasan perumahan kita juga boleh dijadikan tapak pelupusan sampah.
            Selain itu, kitar semula boleh memberikan keuntungan. Kebanyakan penduduk yang kurang pendapatan, boleh mengasah  bakat mereka untuk menghasilkan sesuatu yang baru daripada bahan yang tidak mahu digunakan lagi. Sebagai contoh, surat khabar boleh diinovasikan menjadi sebuah bakul yang cantik dan menarik sekali. Berbagai-bagai kraf tangan lain yang boleh dihasilkan daripada surat khabar mahupun tayar-tayar lama. Seterusnya, kraf-kraf tangan yang dihasilkan boleh dipasarkan dengan harga yang berpatutan.
            Di samping itu, masalah kesan rumah hijau dapat dikurangkan melalui kitar semula. Menurut kajian, penghasilan barang baru daripada bahan mentah menggunakan lebih banyak tenaga berbanding menghasilkan barang baru daripada barang terbuang. Gas-gas yang dikeluarkan dari kilang seperti karbon monoksida , sulphur oksida dan metana marupakan punca kesan rumah hijau sekali gus menjurus kepada pemanasan global. Hal ini terjadi apabila banyak tenaga yang digunakan ketika menghasilkan sesuatu barang.
            Seterusnya, kitar semula juga dapat mengurangkan penggunaan bahan mentah baru. Kebanyakan bahan mentah diperoleh daripada sumber hutan. Misalnya, kertas diperbuat daripada pokok dan tayar-tayar kenderaan diperbuat daripada getah. Jika amalan kitar semula diabaikan dalam kalangan masyarakat, negara kita bakal ketandusan sumber hutan. Habitat haiwan-haiwan yang tinggal di dalam hutan juga berkemungkinan besar akan  pupus. Mereka juga boleh membahayakan nyawa manusia kerana apabila haiwan-haiwan tersebut kehabisan sumber makanan, mereka akan  berkeliaran di kawasan kediaman manusia untuk mencari makanan.
            Tuntasnya, kitar semula membawa begitu banyak kebaikan kepada manusia, haiwan dan alam sekitar. Oleh itu, amalan kitar semula harus diambil peduli dalam kalangan masyarat kita,

25 comments:

  1. karangan paling tepat........

    ReplyDelete
  2. masturbations (penis) XD

    ReplyDelete
  3. mantaplah cikgu.....smoga ianya membantu semua pljr yang meliht blog cikgu ni...

    ReplyDelete
  4. kirim salammm.....ngn esei-esei cikgu.....piwiiiiit

    ReplyDelete
  5. great karangan

    ReplyDelete
  6. Karangan terbaikk !!

    ReplyDelete
  7. Perlu tambah sikit la cikgu...!

    ReplyDelete
  8. Cikgu kenapa tak masuk kelas dah ? Haha

    ReplyDelete
  9. Karangan nini bagus..
    πŸ‘πŸ‘πŸ‘

    ReplyDelete
  10. maseh cikgu tapi saya x jumpa ap yg saye nk

    ReplyDelete
  11. very interesting and great essay

    ReplyDelete
  12. Yang penutup tu kena tambah lagi, cikgu Rozali....overall best la...

    ReplyDelete
  13. Terima kasih!!! ������

    ReplyDelete
  14. Terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete
  15. Selama 7 tahun, tiada sesiapa perasan di penutup ada kesalahan kecil.

    ReplyDelete
  16. Saya dari masa depan

    ReplyDelete